BAB 3

Mystery & Detective Completed 8355

"27 tahun yang lalu, ada seorang pelajar dari kelas 4 Biruni yang dilaporkan
hilang di lorong itu dan ditemui mati disitu. Pada akhir persekolahan,
semua pelajar kelas itu mengambil gambar untuk graduasi, yang
mengejutkan orang yang mati tadi muncul di gambar tersebut dan namanya
ialah Rin"

************
Han terkejut mendengarnya serta bingung. Han teringat akan kata-kata
penjual tadi, "Lagipun kami tidak ada pelanggan sebelum ini".
"Kamu ada soalan lagi?" tanya Rin.
"Emm.. Di mana lorong tu?"
"Di bangunan ketiga Sekolah Menengah Utara. Di tingkat bawah tanah"
"Bagaimana Rin mati?"
"Dia ditikam dengan kejam"
"Kenapa kamu kata rakan di dalam kelas, tak ingin saya tahu tentang ini?"
"Kerana kamu orang luar".

Tiba-tiba bunyi telefon bimbit Han mengejutkannya. Han mengangkat.
Kedengaran seperti nenek Han sedang bercakap.
"Ya, saya akan pulang sekarang" kata Han kepada neneknya.
"Budak sudah lewat ni, kamu boleh pulang sekarang" kata orang tua yang
menjual di kedai itu.
Han melihat sekeliling dan didapati Rin tiada.

************
Keesokkan harinya, di dalam kelas, Han, Herian dan Hendry melihat jadual
peperiksaan yang bermula pada 1 April.
"Ujian ni betul-betul susah la" rungut Herien.
"Senang je la" kata Hendry.
"Bagi kamu je senang, kamu kan budak bijak"
"Kalau kamu belajar betul-betul, pasti akan berjaya"
"Mengarutlah, saya dah belajar betul-betul, tak jadi apa pun"
"Tak mengapa, balik sekolah ni kamu belajar, lagi pun ujian ni esok.
Saya nak pergi ke perpustakaan sekejap dengan Han"
"Saya ikut"
"Tak boleh kamu kena belajar".

Hendry dan Han ke perpustakaan untuk meminjam buku untuk ujian esok.
Sampai di luar, angin bertiup kencang yang menandakan hendak hujan.
"Sejak beberapa hari ini, kerap saja hujan" kata Hendry.
Han melihat ke atas bumbung sekolah dan didapati Rin berada di situ.
"Tunggu disitu" kata Han yang berlari menuju ke bumbung sekolah.
Sampai di bumbung sekolah, tiba-tiba telefon Han berdering.
"Han kamu tidak apa-apa ke?" tanya Herian setelah diberitahu oleh Hendry.
"Kenapa tanya begitu" tanya Han.
"Han dengar sini, apa yang kamu lihat itu tidak wujud! Tentang lorong tu
nanti saya ceritakan!" kata Herian.

************
Setelah tamat waktu sekolah, hujan turun membasahi kampung tersebut.
Han dan Hani yang berada di pintu keluar dari bangunan pertama sekolah.
"Hani, kenapa dengan Rin?" tanya Han yang bingung dengan Rin yang selalu
tiada di dalam kelas.
Hani terdiam seketika,
"Jangan! Jangan sebut nama tu lagi!" marah Hani.
"Alamak, hujan lagi" rungut Harry yang baru tiba di situ.
"Tentang kelas 4 Biruni pada 27 tahun yang lepas dan lorong tu kamu tahu?"
tanya Han lagi.
Harry berhenti dan bertanya,
"Bagaimana kamu tahu tentang itu?"
"Saya hanya terdengar khabar angin saja"
"Apa yang kamu tahu tentang itu?"
"Emm.. Seorang pelajar dilaporkan hilang dan ditemui mati di sebuah
lorong. Ketika kelas mengambil graduasi pelajar yang mati tadi muncul di
dalam gambar tersebut, itu saja"
"Hanya tahun pertama" kata Hani
"Kenapa ni?" tanya cikgu Ren yang sampai disitu.
"Han, tahu tentang kejadian 27 tahun yang lalu" jawab Hani.
Han bingung dengan keadaan itu dan tertanya-tanya kenapa semua orang
bagaikan tidak ingin dia ketahui tentang itu.

************
Pada malamnya, dokter Lily menelefon Han.
"Han tentang remaja yang mati pada 28 Mac tu, namanya Rin bukan Ran.
Nama sebenar dia ialah Vellen Rin"
"Oh"
"Kamu ada ujian kan esok?"
"Ya, bagaimana kamu tahu?"
"Adik saya, dia sekelas dengan kamu"
"Siapa ?"
"Luise, kamu kenal kan? Dia sekelas dengan kamu, dia suka main bola
keranjang. Sampai lupa nak belajar untuk ujian"
"Oh. Lily, kamu tahu tentang kejadian yang berlaku di Sekolah Menengah
Utara 27 tahun yang lepas, atau adik kamu ada cerita?"
"Kejadian 27 tahun yang lepas? Maaflah saya sekolah di Sekolah Menengah
Selatan dulu, tapi tak mengapa saya akan tanya adik saya"
"Tanya juga tentang budak perempuan yang bernama Rin"
"Yang mati tu ke?"
"Tak, dia rakan sekelas. Cuma saya rasa pelik dengan dia"
"Hey Han, kamu suka dia kan?"
"Tak lah saya hanya nak tahu saja! Emmm.. Jumpa lagi saya, saya nak
belajar ni!" kata Han dan terus memutuskan talian.

************
Keesokkan harinya, selepas Han siap menjawab semua soalan, dia keluar
dan bertemu dengan Rin yang berada di luar kelas.
"Orang yang mati di hospital pada 28 Mac tu, namanya Vellen Rin"
"Rin tu, sepupu saya. Kami sangat rapat"
"Jadi patung yang kamu bawa tu untuk dia ke?"
"Ya.. Hari tu, hari jadinya. Dia suka akan patung tu dan dia mintakan
kepada saya supaya berikan patung tu sebagai hadiah hari jadinya. Sehari
sebelum hari jadi, dia sakit dan dirawat di hospital. Pada malam tu,
saya dihubungi oleh pihak hospital yang mengatakan Rin telah tiada. Pada
malam itu juga saya ke bilik mayat untuk memberikan hadiah hari jadinya".
"Oh.. Tak mengapa ke, kamu tidak ambil ujian?" tanya Han.
"Tidak mengapa"
"Tapi kenapa?"
Rin terdiam seketika dan berkata,
"Sebab, saya tidak wujud pada pandangan mereka".

Han yang mendengarnya terkejut dan teringat kata-kata Herien semalam,
"...apa yang kamu lihat itu tidak wujud!".
"Kenapa begitu?"
"Kamu akan ketahui tak lama lagi. Hari ini 1 April, tarikh yang
bermulanya kesengsaraan"
"Apa yang kamu maksudkan?"
Rin terdiam.
"Kenapa hanya saya yang dapat melihat kamu?" tanya Han lagi.
"Kamu merupakan pelajar yang baru berpindah ke sini".

Selepas itu, tamatlah sesi ujian yang pertama. Semua pelajar kelas 4 Biruni
keluar dari kelas termasuklah cikgu. Han berpaling dan melihat Rin dan
didapati Rin tiada.

************
Di dalam kelas,
"Han bagaimana dengan ujian tadi?" tanya Herien.
"Mudah saja"
"Mudah kamu kata, soalan tadi saya hanya dapat jawab 65% saja, yang lain
saya tak dapat jawab"
"Kamu memang begitu" sindir Hendry.
"Han, kamu nak sertai kelab seni kan?" tanya Harry.
"Ya, kenapa?"
"Ini borangnya" kata Harry sambil memberikan borang kepada Han.
"Selepas ni, ujian apa ye?" tanya Peter.
"Ujian.. Matamatik" jawab Harry.
"Matematik?! Habislah aku!" kata Herien yang jahil tentang matematik.
"Habislah kau" usik Hendry.
"Matematik lah yang paling aku suka!" jerit L.
Semua orang di dalam kelas tersebut terkejut.
"Jangan risau, dia memang begitu" kata Kay kepada Han.

kelas 4 Biruni senyap setelah Shira bertanya,
"Kamu semua ada nampak Hani?"
"Tidak" balas mereka yang sedang berbual dengan Han.
"Kenapa?" tanya Harry.
"Saya tak jumpa lagi dia, sejak tamat ujian sesi pertama tadi" jawab Shira.
"Tunggu! Hari ni 1 April kan?" tanya Hendry.
"Kenapa dengan 1 April? 'April Fool'. Tak mungkin!" kata Herien yang
sudah faham.
Han bingung dengan keadaan.

Shira segera pergi ke lorong di bangunan ketiga sekolah, diikuti dengan
Herien, Hendry, Harry dan juga Han yang ingin tahu.
Setelah sampai di lorong yang bertanda, 'DILARANG MASUK', mereka semua
terkejut melihat Hani yang mati tergantung dengan tali lama di hadapan
lorong tersebut.
"Tidaaaaakkkk!!!!!" Shira menjerit.
Han terkejut melihat kejadian itu dan mula mengetahui tentang lorong
yang menjadi tanda tanya dia selama ini. Dia teringat kata-kata Rin,
"Hari ini 1 April, tarikh yang bermulanya kesengsaraan".

"Inilah sebab kenapa ramai yang tak ingin kamu tahu tentang lorong ini"
kata Rin yang tiba-tiba berada di sebelah Han tanpa diketahuinya.
"Hari ini bermulalah malapetaka" tambahnya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience