Bab 3 : Surat Rahmat

Fantasy Series 1383

Felisa dan Ronaldon masuk ke dalam sebuah wad kecil, di mana, ada seorang wanita sedang dirawat doktor, dan jururawat sambil mereka berbincang di sana. Felisa memerhatikan ada dua lelaki berdiri di luar bilik, memakai kaca mata hitam, sambil berbisik-bisik sesuatu yang Felisa ingin tahu.
“Guru Latifah pernah ajar kami semasa tahun satu,”kata Ronaldon lalu Felisa masuk ke dalam bilik itu, kerana merasakan ada sesuatu tidak kena. Doktor datang ke arah Felisa, dan berhadapan dengannya.
“Siapa kamu?”Kata doktor lelaki india itu.
“Err… saya murid miss Latifah,”Kata Felisa. Felisa melihat ada api membara di dalam mata manusia bekerja sebagai doktor itu.
“Dia perlukan teman,”Kata jururawat comel orangnya. Felisa mendapati Latifah melihat dua lelaki itu dengan ketakutan dan kepanikan. Dia menghumban selimut, dan beredar dari wad itu sambil membuka jarum pada tangannya.
“Miss kamu tak boleh keluar dari wad!”Kata jururawat itu, tetapi Felisa menangkap ada sesuatu dilakukan oleh dua lelaki itu. Mereka bagaikan berbisik dan terkumat-kamit mulut menyebut sesuatu yang Felisa tidak dapat kenali.
Felisa melihat cincin emasnya bersinar, lalu menerangi lorong hospital itu, sehinggalah ada sesuatu asap hitam keluar dari dada lelaki itu. Felisa tahu ada suatu makhluk iblis merasuk lelaki itu dan dia bagai tidak percaya lelaki itu mulai ingin mengejar Latifah!
Felisa mengucap ayat; Per Gio!
Lalu cincin emasnya mengeluarkan cahaya menembusi badan lelaki itu, dan mereka berdua rebah ke lantai.
Doktor yang terkejut mengosok-gosok mata bagai tidak percaya tercetusnya peperangan yang mengejutkan itu. Felisa menarik tangan Ronaldon, beredar untuk mengejar Latifah. Ronaldon terkejut besar, masih ingin menghadam kejadian sebentar tadi.
“Kamu…”Kata Ronaldon.
“Sekarang bukan masanya, apa yang penting, kamu percayakan saya, dan kita kena cari tahu kenapa iblis tu rasuk jiwa lelaki tadi, bagi mendapatkan Latifah tu!”kata Felisa, mencari wanita itu di bilik air, dengan Ronaldon mencari guru mereka di bilik air lelaki.
Tiba-tiba, ada sesuatu berlaku di beranda. Di situ, berdiri Latifah ingin menjatuhkan diri ke aras bawah hospital. Felisa mengambil tindakan menarik Latifah dan menenangkan guru itu.
“Saya dah tak boleh tahan akan rahsia ni!”kata Latifah.
“Apa yang berlaku?”Kata Felisa membuak-buak rasa ingin tahu di benaknya. Felisa melihat ada asap putih keluar masuk ke dalam badan Latifah, membentuk suatu pancaran cahaya yang hanya bidadari boleh melihatnya. Ada sesuatu menyentuh jiwa Latifah, dan menjadikan dia tenang.
Felisa menarik tangan Latifah dan membawanya ke lorong hospital, sambil Latifah menangis teresak-esak.
“Apa berlaku?”Kata Felisa.
“Saya..dah bunuh orang!”kata Latifah mengejutkan Felisa dan Ronaldon. Felisa menenangkan Latifah dan berharap cincin emasnya membolehkan Felisa melihat fikiran Latifah, tetapi kesaktian cincin itu bukanlah untuk membaca fikiran manusia. Melainkan, Felisa harus memaksa Latifah menceritakan segalanya kepada mereka berdua.
“Ceritakanlah miss, kami setia mendengar,”kata Felisa, mengigit bibirnya.
Begini ceritanya;
………..
Semasa Latifah bergerak ke makmal bagi mengambil buku dan timbunan folio yang merupakan laporan eksperimen pelajar, dia ternampak ada sesuatu berlaku di dalam makmal. Dua lelaki mencari-cari sesuatu di dalam laci.
“Hei kamu siapa?”Kata Latifah dan dua lelaki itu mengacukan pistol ke arah Latifah.
“Diam! Ikut kami,”Kata salah seorang lelaki botak.
Latifah dibawa keluar dari makmal, pergi ke belakang tandas dan ada dua lagi lelaki berdiri di situ, membawa beg hitam besar. Latifah diarahkan duduk di tanah dan kain diikat pada kepalanya bagi menutup matanya. Oleh itu, dia tidak dapat melihat apa-apa lagi.
Kumpulan lelaki itu berbisik-bisik dan menyoal siasat Latifah.
“Mana surat daripada Rahmat tu?”Kata lelaki botak.
“Saya tak kenal Rahmat!”kata Latifah ketika itu sedang bingung. Tiba-tiba, ada seorang lelaki memakai topeng, datang ke arah mereka dan mulailah aksi tembak-menembak kedengaran. Lelaki asing tampan itu menjadi penyelamat Latifah dan membuka kain pada kepala wanita itu.
“Nahh!”kata lelaki itu memberikan pistol dari pinggang. Latifah mengambil pistol dan menembak dua lelaki yang tidak sempat mengacukan pistol kerana tangan mereka sudah luka dengan peluru tajam pistol.
Bommm! Dua lelaki itu ditembak di kepala dan rebah ke lantai. Latifah mengigil! Dia menjadi pembunuh di sekolah tempat kerjanya itu. Latifah memerhatikan kumpulan lelaki menaiki sebuah kereta di tepi jalan, dan beredar ketakutan.
Kemudian, lelaki itu mendapatkan Latifah.
“Mereka akan datang lagi, berhati-hati,”Kata lelaki bernama Leonardo itu.
“Terima kasih selamatkan saya,”
Leonardo tidak ingin membuka topeng mukanya agar Latifah tidak mengenalinya apabila mereka bersua. Latifah ditinggalkan di situ kerana lelaki itu berlari masuk ke hutan tebal.
“Tunggu!”kata Latifah tapi lelaki itu sudah hilang dari pandangan.
Apabila Latifah pergi ke makmal dan duduk di kerusi pendek, membaca fail laporan pelajar, dia mendapati ada bunyi derapan kaki di luar makmal. Sebelum dapat dia keluar melihat apa terjadi, api sudah marak di dinding makmal, dan pintu makmal sudah dikunci!
Latifah menjadi mangsa keadaan ketika itu, dan tibalah masa untuk Felisa beraksi sebagai heroin menyelamatkan guru itu.
……….
“Jadi begitulah kisahnya,”Kata Latifah.
“Kamu pasti tidak terlibat dengan gangster tu?”Kata Felisa memerhatikan wajah ketakutan Latifah.
“Saya..ini dia,”Kata Latifah mengeluarkan segulung kertas kecil dari poket seluarnya.
Felisa dan Ronaldon berpandangan. Mereka mengambil kertas itu dan membacanya perlahan;
“Tongkat Delima Bulan.
Mencari mangsa di sinaran bulan.
Mencari musuh di padang gurun.
Kuasai seluruh alam,”
Felisa terkejut besar. Itulah tongkat dicarinya di bumi itu! Akhirnya dapat juga dia menjumpai orang yang kemungkinan memiliki tongkat itu.
“Siapa bagi ni?”Kata Ronaldon.
“Rahmat. Gengster tu mahukan surat ni.. untuk mendapatkan tongkat tu,”Kata Latifah.
Latifah dibawa ke dalam bilik wad bagi dia berehat selepas ingin menamatkan riwayatnya itu. Tetapi Felia menenangkannya, dan tertidurlah Latifah di katil. Felisa mendapatkan kertas itu dan berfikir-fikir apa yang dimaksudkan dari setiap barisan ayat. Ronaldon juga hairan, langsung tiada idea mengenai kata-kata di kertas itu.
“Tongkat Delima Bulan.
Mencari mangsa di sinaran bulan.
Mencari musuh di padang gurun.
Kuasai seluruh alam,”kata Felisa dengan wajah seriusnya.
“Adakah maksudnya orang asli di Moon Night?”kata Ronaldon.
“Oo.. itu kampungkah?”Kata Felisa.
“Yaa, mereka hidup di pulau, saya pernah ke sana dalam misi mendapatkan keluarga angkat,”Kata Ronaldon, tersenyum lebar.
“Ohh hmm.. kemungkinan… Mencari mangsa di sinaran bulan.”
“Atau bermaksud keadaan orang yang suka berjaga waktu malam?”kata Felisa mengigit bibirnya.
“Apapun kita kena pergi ke pulau itu bagi mencari klu seterusnya,”Kata Felisa lagi, membuatkan Ronaldon semangat kerana sememangnya Ronaldon sukakan pengembaraan.
“Bila nak pergi?”
“Hmm esok,”
“Tapi saya tak ada banyak duit,”Kata Ronaldon.
“Duit? Apa tu?”kata Felisa mengaru kepalanya. Sesungguhnya dia tidak banyak arif mengenai dunia manusia.
“Haha kamu ni luculah.. macam mahkluk asing pula… duit tu benda untuk mendapatkan sesuatu barang lain, seperti ianya nilai sesuatu barang,”Kata Ronaldon.
Felisa mengharap dalam hati agar cincin emasnya memberi dia duit bagi perjalanan mereka esok, lalu tiba-tiba, ada sesuatu keluar dari poket Felisa. Felisa memasukkan tangan ke dalam poket, dan mengambil duit yang tebal diikat menggunakan tali kecil. Hal itu mengejutkan Ronaldon.
“Wow!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience