BAB 6

Horror & Thriller Completed 659

“Saya tercabar...dicabar.” Iklimah mengangkat kepala menentang wajah Izz Shazzy. Renungan matanya tajam sarat dengan keazaman yang bukan sedikit. Keazaman inilah yang telah mendorong dia melakukan kekejaman semalam.

“Oleh apa dan siapa?” Begitu tenang Izz Shazzy menyoal. Dia tidak perlu memprovok Iklimah kerana wanita itu kelihatan rela bekerjasama.

“Dua tiga hari lepas, saya dapat mesej WhatsApp daripada kawan-kawan. Mesej dalam group sekolah.” Iklimah mula bercerita.

“Apa mesejnya?” Dahi Izz Shazzy berkerut. Mesej apakah yang dapat melahirkan dorongan kuat kepada wanita ini untuk melakukan pembunuhan kejam?

“Tuan boleh tengok kat telefon saya.” Iklimah enggan melanjutkan penjelasannya. Jika Izz Shazzy ingin tahu, dia harus baca sendiri. Baru dia akan faham perasaannya.

Lantas Izz Shazzy memandang ke arah cermin, memberikan isyarat supaya mereka di situ bertindak sewajarnya. Tidak lama selepas itu, pintu bilik soal siasat dibuka dari luar. Seorang pegawai polis menyerahkan sebuah telefon bimbit yang tersimpan di dalam beg bukti lutsinar kepada Izz Shazzy. Sebaik sahaja telefon bertukar tangan, Izz Shazzy segera membuka aplikasi WhatsApp.

“Boleh bukakan mesej tu untuk saya?” Telefon disorong ke depan Iklimah.

Laju sahaja Iklimah menekan skrin sebelum telefon disorong semula kepada Izz Shazzy. Buat seketika, Izz Shazzy tekun membaca mesej yang panjang berjela. Mesej itu berbunyi begini:

“Sesiapa yang pulang beraya je rumah mentua, beringatlah. Ini pesanan daripada ibu mentua kepada menantu jika balik beraya:

1. Mak mentua bukan orang gaji yang kena sediakan juadah untuk korang anak-beranak

2. Mak mentua bukan orang gaji yang kena kemas tempat tidur korang anak-beranak

3. Rumah mak mentua bukan taman permainan... jadi kawal anak-anak masing-masing

4. Mak mentua bukan isteri perdana menteri yang ada simpanan berjuta untuk taja makanan raya kepada korang anak-beranak

5. Mak mentua bukan ada kedai dobi layan diri untuk basuh segala cadar yang ditinggalkan lepas raya nanti

6. Rumah mak mentua bukan parlimen di mana ipar duai dan biras nak kecil hati sesama sendiri

7. Rumah mak mentua bukan hotel. Walaupun korang dah bagi duit raya, suruh juga bini masing-masing ringan-ringankan diri untuk tolong kerja dapur

8. Jagalah aurat di rumah mak mentua. Ipar duai bukan mahram

Yang ikhlas,

MAK MENTUA”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience