bab8

Romance Series 14769

"Malam ni nak makan apa korang?
Aku malas lah nak keluar", Tanya KHairul.

"Kita pesan food panda je lah ye?"
Kata Khairul lagi.

"Hurmmm bolehlah juga. Kau buatlah pesana, aku pun dah lapar ni". Kata Naim.

"Kau pergi tanya Awek tu nak apa?Bolehlah buat pesana sekali".
kata Naim kepada Kahirul.

"Ehhh, tak apa! tak apa! biar yang bujang ni pergi bertanya. Yang dah bertunang, tak payah tanya". kata Fais sambil ketawa dan berjalan mengambil penutup mulut.

"Bangang punya Fais".
kata Khairul sambil ketawa.
Fais, membuka pintu bilik yang Feena duduk. Kelihatan bilik itu gelap, masih tak dibuka lampunya. Fais menekan suiz lampu dibilik itu.
kelihatan Feena berselimut tidur diatas katil. Fais menjadi kesian terhadap Feena. Fais menutup semula lampu bilik itu dan mahu keluar dari bilik itu.

"Awak, dak pukul berapa?"
Tanya Feena. Terhenti Fais dari terus berjalan keluar.

"Boleh tolong buka kan lampu?"
Tanya Feena lagi. Fais membuka lampu bilik dan melihat jam ditangganya.

"Sudah pukul 7malam". kata Fais.

"HUwaaaa letihnya duduk je dalam bilik ni. Saya betul betul bosanlah Fais".

"Maafkan kami Feena, buat awak tak selesa. Esok kami akan lepaskan awak! Jadi awak boleh bebas semula". Kata Naim sambil terseyumm. Feena yang masih berselubung diatas katil, turut tersenyumm.

"Awak nak makan apa? kami nak order je, makan malam ni".
kata Fais.

"I tak makan benda yang berat berat malam malam. I nak milo ais dengan roti bakar boleh ke?"

"lahhh, itu je ke? Kalau itu je, saya pun boleh buatkan awak. Roti, milo semua ada dekat dalam rumah ni.
tinggal buat je. Nanti saya buatkan awak ye".
kata Fais.

"Thanks Fais! Awak memang baik".

Terseyum Fais, bila dipuju oleh Feena dan Fais berlalu keluar dari bilik dan mengunci semula pintu bilik. Fais terus duduk diruang tamu bersama Naim dan Khairul.

"Dia nak makan apa Is?"
Tanya Naim.

"Dia tak nak makan apa apa? malam dia jarang makan yang berat berat.
Jadi dia nak milo ais dengan roti bakar. Nanti aku buatkan dia". Kata Fais.

"Wahhh, jimatlah kalau macam ni".
kata Khairul.

"Kau nak makan apa Im, Is?"
Tanya Khairul.

"Aku nak buger mcd". kata Naim.

"Aku pun samalah dengan Naim". kata Fais pula.

"Ok, jap aku order".
Kata Khairul, sambil menekan app makan di handphonenya.

Menjelang keesokan pagi. Pagi pagi lagi Man telah menalifon Naim.

"Ring ring ringgg".

"Apalah Man nak pagi pagi buta macam ni?" Lantas Naim menggankat handphonenya dan menekan butang on.

"Hurmmmm kau nak apa pagi pagi ni Man?"
Tanya Naim.

"Woiii, kau tak tengok ke berita malam tadi?" Tanya Man.

"Berita apa Man?" Naim menjadi tak menentu, bila Man bercakap tentang berita.

"Kenapa? polis dah tau ke, yang Anak Dato tu kena culik? Mati lah kita semua!".
Naim mula mengelabah dan bermacam macam bermain di fikiran Naim.

"Woii Naim, apasal kau diam. Hello hellooooo dengar tak?"
jerit Man.

"Oii, aku dengarlah. Berita apa ni?" Tanya Naim lagi.

"Kita tak boleh keluar rumah sekarang, polis berkeliaran. Pasal kes covid19 ni. Dah banyak kes, orang kena. Perintah jangan keluar rumah dah berkuat kuasa malam tadi. Dua minggu tak boleh keluar rumah, melainkan ada sebab sebab dan kelulusan dari pegawai polis.
Masak lah kita Im. Macam mana kita nak simpan Awek tu lama lama? Jadi hal nati. Kalau kita bagi awek tu balik sendiri bahaya. Nanti dia tau lokasi kita. Kite kena hantar dia keluar dari tempat tu, masa hari malam, supaya dia tak cham lokasi dan laluan kita. Nak gerak pun dah tak boleh dah ni"
kata Man lagi.

"Hurmmm macam mana ni Man.Takkan lah aku dengan yang lain kena hadap perempuan tu. Lama tu dua minggu". Kata Naim lagi.

"Kau cuba tanya bos macam mana?
lepas tu, kau call aku balik".
kata Naim lagi.

"Ok Im, kejap lagi aku call kau balik. Kau jangan sambung tidur pula. Rajin rajinlah tengok tv tu".
kata Man lagi.

Naim memutuskan talian dan duduk termenung dengan fikiran yang kosong. Menantikan panggilan dari Man semula.

"Woiii menung apa tu?"
Sergah Khirul. Terperanjat Naim.

"Terperanjat aku bro! Aku tengah tunggu Man call ni. Dia cakap ada masaalah sikit. PM dah istihar duduk rumah, tak boleh keluar PKP. Polis banyak meronda. Macam manalah nak hadap masaalah ni".

"Ahaaa, malam tadi aku ada tengok dekat Instagram, jorang cerita pasal PKP ni. Terus aku pun terfikir pasal awek tu. Habis tu macam mana?"
Tanya Khairul.

"Kita tunggu Man call je".
balas Naim.

"Kau pergi panggilkan Fais. Kita bincang sama sama".
Arah Naim kepada Khairul. Khairul banggun dan terus ke bilik Fais.

"Is Is, bangun. Ada masaalah ni", jerit Khairul.

"Hurmmmm jap jap". Balas Fais.
Khairul terus datang semula ke ruang tamu.

"Ring ring ring"

Handphone Naim berbunyi. Naim menjawap panggilan tersebut dan mengunakan pembesar suara.

"Bro, kita ada masaalah ni?"
kata Man.

"Masaalah apa lagi Man!"
balas Naim.

"Bos cakap dengan aku, kena simpan awek tu dua minggu lagi.
Bahaya kalau keluar rumah. Polis banyak. Tapi bayaran, bos akan dapatkan hari ini. Cuma kita tak boleh kemana mana. Pegerakan terkawal. Aku pun dah tersekat dekat Klang, tapi aku masih boleh ke KL, untuk jumpa bos. Merentas Negeri aje sudah tak boleh ni. Kecuali dapat surat polis. Susah macam ni Im. Kita tersekat tempat yang lain lain. Masaalah betullah kann. Bos cakap, apa apa dia call aku semula".
kata Man lagi.

"Haaaa itu lahh. Hari tu aku suruh letak dia dekat area KL kau tak nak!
Kau cakap bahaya. Nak juga dekat rumah kita orang. Rumah kami ni dekat Negeri sembilan beb. Dah lah jauh, tak boleh nak kemana mana sekarang ni. Kau nak datang sini, memanglah dah tak boleh! Aku nak ke sana pun tak boleh! Hurmmmmm
Apa ceritanya awek ni? Apa aku nak cakap dekat dia? Buatnya dia meraung raung nak balik macam mana? Aduhhh semak lah otak aku ni Man!".
balas Naim.

"Ok tak apa! Tenghari ni aku jumpa bos sekejap. Kalau sudah ada duit, Aku simpankan bahagian korang.
Awek tu pulak, nanti aku suruh bos fikirkann. Apa apa aku bagi tau kau ye Im".
kata Man.

"Sekarang ni bukan pasal duit Man. Sekarang ni pasal awek tu. Kalau kau kata tak boleh merentas Negeri,
macam mana nak hantar balik awek tu? Tak kan nak lepaskan macam tu je. Nanti dia tau tempat kita. Aku nak buat macam perjanjian hari tu.
Kena hantar dia lepas ke sempadan KL. Biar dia pandu kereta dia balik sendiri".
kata Naim lagi.

"Ok lah Im, apa apa aku call korang balik. Aku nak siap siap jumpa bos dulu. Apa apa aku rojer korang. Harap dapat settle hari ni".
kata Man.

"Hurmmm ok lah Man. Kau buatlah kerja kau. Yang penting semuanya ok".
Balas Naim dan memutuskan talian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience