BAB 31: Soalan

Drama Series 28610

SATU tendangan yang padu dari Tiger mengenai kepala pihak lawannya. Pihak lawannya jatuh tumbang. Tiger yang sudah dilatih daripada kecil memang bukan tandingannya. Tiger hanya tersenyum sinis. Kakinya melangkah ke kerusi di tepi dinding itu sebelum mencapai tuala di dalam begnya. Tangannya rancak mengelap air peluh yang mengalir di setiap pelosok tubuhnya yang tidak berbaju itu. Kelihatan tangannya dibalut kemas dengan lilitan kain berwarna putih yang agak lusuh.

" Bagus, Tiger." kata seseorang yang muncul dari belakang Tiger.

Suara itu amat dikenalinya. Tailong. Tiger menoleh dengan tangannya yang masih memegang tuala tadi.

" Kau ada contact dengan Shake tentang misi dia? " tanya Tailong sambil berkerut.

" Tak, Tailong. Aku dah lama tak contact dia." kata Tiger. Tegas dan ringkas.

Tailong mendengus perlahan. Ibu jarinya mengusap-usap di sekeliling cincin yang tersemat di jari telunjuknya. Dia seperti dapat menghidu sesuatu. Pengalamannya yang sudah lama dalam bidang mafia ini seperti dapat meneka sesuatu. Namun Shahir ialah antara anak buahnya yang terbaik jadi tidak semudah itu dia hendak khianat. Matanya kembali melihat Tiger yang sedang menunggu responnya.

" Shake pernah mengendalikan kes yang lebih rumit tetapi tidak pula dia mengambil masa selama ini. Tiger. Aku nak kau perhatikan dia. Pastikan yang dia tidak mengkhianati aku." kata Tailong sebelum melangkah pergi.

Tiger hanya melihat kelibat Tailong yang semakin menjauh. Dia tersenyum sinis menampakkan lagi gigi taringnya.

" Bagus..Shahir. Teruskan.. teruskan jatuh ke tangan aku." kata Tiger sebelum ketawa kecil.

SHAHIR berjalan perlahan menuruni tangga. Dirinya sudah segar selepas mandi tadi. Tiba-tiba hidungnya menangkap bau seperti minyak wangi yang sangat kuat dari bawah. Semakin cepat kakinya melangkah turun. Kelihatan Fatin sedang tergopoh-gopoh menyediakan barangnya di dalam beg tangannya yang berwarna coklat itu dengan shawl yang tersarung kemas di kepalanya. Shahir hanya memerhati pergerakan Fatin. Selepas semuanya siap kakinya laju melangkah ke arah pintu. Shahir tersentak.

" Ehhh. Cop! Awak nak pergi mana ni?" tanya Shahir sambil menunjuk ke arah Fatin.

" S-saya nak pergi kerja ni. Saya ada mesyuaratlah pagi ni sebab tulah 'rushing' sikit ni. Ni, saya ada sediakan awak breakfast nanti awak makan, eh? Lepastu awak kemaslah apa yang patut. Dah. Saya pergi dulu." bebel Fatin sebelum membuka pintu dan melangkah keluar daripada rumah itu.

Mata Shahir membulat. Kakinya laju mengejar Fatin daripada belakang menuju ke luar rumah.

" Eh, tapi saya bosanlah duduk rumah soarang-sorang! Nanti saya jemput awak lunch boleh? " pekik Shahir di muka pintu.

Fatin yang mendengar permintaan Shahir itu tercengang sebentar. Nak lunch dengan dia ke tak? Soalan itu diulang beberapa kali di dalam kapalanya sambil memandang muka Shahir. Bibir bawahnya digigit sebelum mengetap giginya. Macam tengah fikir masalah dunia.. Tangannya diletakkan di atas pintu kereta yang telah dibuka luas di hadapannya. Matanya membulat apabila ternampak jam tangannya yang sedang menunjukkan pukul 8:09 pagi.

" Haish.. Yelah-yelah. Assalamualaikum." ucap Fatin sebelum menutup pintu keretanya.

Mata Shahir hanya melekat di kereta milik Fatin yang berwarna kelabu itu sehingga ia berlalu pergi. Kepalanya diangguk-anggukkan perlahan dengan senyuman nipis terukir di bibirnya.

"HAIH.. Penat betul lah meeting ni." keluh Fatin sambil membuka pintu biliknya.

Nairah yang mengikuti Fatin di belakang menahan pintu daripada tertutup selepas Fatin melepaskan pegangannya di pintu itu.

" Biasalah tu.. Dah nama pun mesyuarat." kata Nairah sebelum menutup pintu bilik pejabat Fatin itu.

Fatin menghempaskan badannya ke tempat duduknya yang empuk. Sesuai dengan keadaan tulang belakangnya sekarang.

" Aah.. Sedapnya.. dapat duduk kat kerusi macam ni. " katanya sambil menyandarkan kepalanya di penyandar kerusi dan dengan mata yang tertutup.

Nairah bercekak pinggang melihat gelagat Fatin sambil menggelengkan kepalanya. Senyuman nipis terukir di bibirnya.

" Amboi.. Kau dah survey ke belum tempat tu?" kata Nairah.

Fatin memandang Nairah. Keningnya berkerut. Pelik. Matanya terkelip-kelip sendiri. Nampak sangatlah lupa .

Mata Nairah membulat. Mulutnya ternganga luas.

" Kau jangan cakap kau lupa." kata Nairah sambil menunjuk ke arah Fatin.

Kening Fatin berkerut sendiri. Lupa? Benda apa yang dia patut ingatkan pun dia tidak tahu sekarang ini. Macam mana dia nak lupa? Haih..

" Hmmm.."

Fatin cuba mengerahkan otaknya yang sudah berkarat itu untuk berfungsi semula. Kalau boleh.. sudah lama kedengaran bunyi besi-besi berlaga di dalam otak Fatin. Namun berasap juga otaknya itu kerana tidak dapat memikirkan apa-apa.

Nairah yang sedang menunggu menyilangkan tangannya sambil mengecilkan matanya. Kecik besar..Kecik besar... sahaja si Fatin di dalam pandangan Nairah. Kalau nak diikutkan hatinya sudah lama segala maki-hamun dilemparkan bertubi-tubi kepada Fatin. Nyanyuk betul budak ni..

" Annual Dinner and Family Day company kita lah Fatin.." kata Nairah.

Fatin terkejut dengan jawapan Nairah. Family Day dan Annual Dinner?!! Macam manalah dia boleh lupa. Majlis-majlis seperti ini memang selalu dianjurkan sekali setahun oleh Papanya dahulu untuk menghargai jasa pekerja-pekerja di dalam syarikat ini. Sekarang giliran dia pula untuk mengambil alih tugas Papanya.

" Weyh!! Aahlah.. Aku lupa! Sorry.." kata Fatin sambil membuat muka anak kucing tak makan sepuluh hari.

Nairah mendengus sendiri.Bibirnya dicemikkan. Muka yang tidak sedikit pun dekat dengan title kecomelan itu tidak mungkin dapat mempengaruhinya.

" Aku dah agak dah! Macam mana kau boleh lupa?! Selalunya kaulah yang paling over pasal benda ni kau tau tak? Aku ingatkan kau dah siap survey apa semua.. tapi.. Satu hapak pun kau tak buat lagi! Aduhai... Kau ni kan Fatin.." bebel Nairah tak henti-henti.

" Hehe.." Fatin tersengih seperti tidak bersalah.

" Sorry lah.. Kau tahu kan yang aku ada berlambak kerja aku kene siapkan.. Dengan kes haritu lagi.. Sorry eh? Kau tolonglah aku. Kau buat je apa yang kau nak buat. Aku tak kesah pun. OK?" pujuk Fatin. Cuba meredakan kemarahan Nairah.

Nairah mengeluh sendiri sambil mengaup mukanya yang sedang kepanasan itu. Matanya kembali menghinggap ke Fatin.

" Please..." rayu Fatin.

Nairah merenung sahaja sahabat baiknya itu. Nasiblah kawan kalau orang lain sudah lama Nairah menyuruhnya buat sendiri. Lagipun sejak kebelakangan ini keadaan Fatin memang agak terkontang-kanting tanpa tujuan. Siapa lagi yang lebih layak untuk membantu Fatin kalau bukan dia.

" Yelah.. Aku tolong." ucap Nairah dengan muka bersahaja.

" Yay!!!! " pekik Fatin sambil berjalan laju ke arah Nairah.

" Terima kasih, Nairah!" kata Fatin sambil meletakkan tangannya di kedua belah pipi Nairah sebelum menggomolnya.

Nairah hanya merelakan. Dia sudah terbiasa. Fatin memang suka berbuat begitu kepadanya sejak daripada sekolah rendah lagi.

"Hisy.. Dah." kata Nairah sambil menurunkan tangan Fatin daripada pipinya.

" Dahlah.. Aku nak pergi buat kerja sikit.. Pastu aku nak pergi lunch. Kau tak pergi lunch ke?" tanya Nairah sambil membuka pintu bilik pejabat Fatin.

Fatin melihat dua-tiga fail yang tersusun di atas mejanya sebelum kembali memandang Nairah yang sedang menunggu jawapan.

" Takpelah. Kau pergilah. Aku ada banyak kerjalah." kata Fatin.

" Oo.. Yelah. Aku pergi dulu." kata Nairah sebelum melangkah pergi.

Fatin memerhatikan kelibat Nairah yang semakin jauh dari pejabatnya. Dia tersenyum sendiri. Kerusi itu kembali diduduki oleh Fatin. Tangannya baru sahaja memegang pen yang berwarna hitam itu sebelum pintu pejabatnya diketuk lagi. Fatin memandang ke arah pintu. Mata Fatin membulat. Kepala Shahir sudah menjulur masuk di pintu.

" Cak! Jom lunch." kata Shahir.

" Ha?! Lunch?"

' Aduh!! Kenapalah... aku pergi cakap 'Ya' tadi? Padahal kerja berlambak lagi ni.. Haih.. Nasib kaulah Fatin..' bebel hatinya sambil menepuk dahinya sendiri.

" Ya. Lunch. Dah jom. Cepatlah! Nanti habis masa lunch awak nanti." kata Shahir.

Fatin berkerut seribu sambil memandang mejanya. Terlampau berat hatinya untuk meninggalkan kerjanya itu. Berat sebab takut bertambah membukit bila dia balik dari lunch nanti.

" Tapi.."

" Dah! Takde tapi-tapi lagi.. Jom!" kata Shahir sambil menarik tangan Fatin keluar daripada pejabatnya.

Fatin tersentak.

" Ehhh! Shahir! Tapi kerja saya.. Shahir!" kata Fatin yang tersekat-sekat.

Tangannya cuba dilepaskan daripada genggaman Shahir yang tidak seberapa kuat itu kerana takut mencederakan Fatin. Namun walau genggaman Shahir tidak kuat, Fatin tetap gagal melepaskan dirinya. Dia relakan sahaja sambil memandang pejabatnya yang sudah makin jauh darinya.

" IDLAN?"

Nairah berkerut. Sudah hampir tiga kali dia memanggil Idlan tetapi dia masih tidak memandangnya. Pelik. Apa yang dilihatnya sehingga dipanggil pun tidak menoleh? Nairah mengalihkan pandangannya ke arah yang sama dengan Idlan. Jawapannya tidak mengejutkan Nairah. Mukanya yang bertukar sayu memandang ke bawah.

Fatin?

Idlan masih sukakan dia ke? Cara Idlan memandang Fatin seperti bersetuju dengan soalan itu. Namun Nairah tidak menyalahkan Fatin mahupun Idlan. Fatin ialah cinta pertama Idlan. Memang agak susah untuk melupakan cinta pertama.

Mungkin buat selamanya, Nairah akan sentiasa menjadi tempat kedua di dalam hati Idlan. Mungkin Idlan setuju untuk berkahwin dengannya kerana dia cuba untuk melupakan Fatin?

Terdapat banyak kemungkinan sekarang namun yang paling dia takuti ialah kemungkinan yang Idlan tidak cintakannya.

Idlan terkejut selepas menoleh kebelakang. Dia tidak perasan yang selama ini Nairah ada di belakangnya. Nairah sedang menunduk. Mungkin Nairah perasan apa yang dia perhatikan daripada tadi dan terasa hati. Alamak...

" Eh.. Nairah. Terkejut saya. Dah lama ke awak ada kat sini?" tanya Idlan sambil tersenyum kelat.

Nairah mengangkat mukanya perlahan. Matanya yang berwarna coklat keperangan itu disinari cahaya lampu. Dia hanya ingin bertanyakan satu sahaja soalan kepada Idlan untuk menyimpulkan semua ini. Apa yang dia perlukan ialah satu jawapan jujur daripada Idlan.

" Idlan. Awak cintakan saya ke?"

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience