Selesai sahaja azan Maghrib berkumandang, aku segera masuk ke tandas untuk mengambil wuduk. Terkejut aku buka je pintu Lisa terpacul depan pintu..
“Eh, maaf Niza. Lisa baru lepas mandi.”
“Tekerjut Niza, nasib baik tak teberanak. Hehe,” aku cuba berlawak.
“Tadi yang chuby-chuby tu anak Niza ke? Lisa menyoal.
“Aah, anak sulung tu. Dah darjah 6,”
“Seronoknya, anak Niza dah besar, Tapi Nampak muda lagi je Niza, celah Lisa.
“Lepas SPM terus kawen Lisa oii..tu anak dah besar cepat,” aku tersenyum dah terus masuk ke tandas.
Usai solat maghrib, aku duk belek-belek telefon bimbit sambil berwhatsapp dengan Razif. Kebetulan makan malam pun sedang dihidangkan. Akak yang tolak troli tu hanya menghidangkan makanan untuk aku sorang je. Untuk Lisa takde pulak diaorang letak. Aku fikir, mungkin Lisa yang request tak nak makanan hospital. Sebab dia kan tengah berpantang. Mungkin nak makan makanan sendiri. Sebab aku pun sebelum ni lepas bersalin je lauk hospital aku tak sentuh. Aku makan lauk yang mak bawak kan dari rumah.
Tepat jam 9 malam, jururawat bertugas memanggil aku dan bawa jumpa doktor untuk terangkan prosuder untuk pembedahan esok. Aku perlu berpuasa tepat tengah malam ni supaya perut aku kosong sewaktu proses pembedahan dilakukan. Jam dah menunjuk kan pukul 11 malam, tiba-tiba aku rasa lapar sangat. Jururawat dah bagitahu tadi, kalau terasa lapar nak suruh suami hantar makan sekejap dibenarkan. Tapi aku tak sampai hati nak telefon Razif. Sebab dia pun mesti sibuk urus anak-anak di rumah.
Share this novel