BAB 2

Romance Completed 9366

“Nama awak Farah Harissa binti Haris?”

Sambil bertanya, aku cubit sikit pipiku. Sebab apa? Sebab aku rasa macam sedang mimpi. Nama tu… Hisy!! Tak kan kut?

Gadis itu merenung tajam ke wajahku. Agaknya dia geram kerana semua itu dah tercatat dalam resume. No kad pengenalan, tarikh lahir, semua ada dalam salinan-salinan sijil-sijil yang disertakan. Dia tentu pelik tengok perangai aku sekarang.

“Kenapa, encik? Ada yang tak kena dengan nama saya, ke? Tapi, kan…. tu nama yang mak, pak saya bagi. Selama ni, semua orang cakap nama saya sedap disebut. Tak tahulah kut-kut encik tak suka pulak.”

Aku menyandarkan tubuhku ke kerusi empuk. Sepasang mata ini memang tidak aku lepaskan daripada memandang seraut wajah ayunya. Oh ya, dia memang sangat ayu. Jelita, menawan namun serba sederhana dari segi penampilannya yang hanya memakai baju kurung berwarna hijau kosong dengan tudung warna sedondon yang agak labuh. Tidak langsung melilit-lilit seperti mana kebanyakan gadis-gadis sekarang kelihatan.

Aku baca lagi CV di hadapanku. Memang nama dia itu. Orang Langkawi, tinggal di pekan Kuah. Anak sulung daripada dua beradik. Ayahnya cikgu. Hmm, nama ayahnya Haris bin Nasir. Temgok pada apa yang tercatat dalam surat beranaknya, aku congak-congak umur si bapak tu 15 tahun dulu, 40 tahun. Aku, 17 tahun dan anak dia ni 10 tahun. Sah! Memang anak cikgu Haris ni. Nama emaknya pulak, Zaleha. Memang tepat! Confirm! Gadis ni memang anak si Haris tu! Grr….

Aku tatap wajahnya dalam-dalam. Tak banyak berbeza daripada dulu. Hidung mancung maklum mak dia si Zaleha tu anak mami, orang Penang. Kalau dia ni ikut wajah bapaknya, uisy…. tentu bengis! Ni, manis aje aku tengok! Tapi, dari dia kecil dulupun, dia ni memang comel… sangat!

“Encik??”

Sayup-sayup aku dengar suaranya memanggilku. Aduh! Aku dah mengelamun pula. Aku berdehem sebelum menemuduganya semula.

“Baru habis belajarlah ni? Well, kenapa awak nak kerja di sini?” aku tanya dia. Mahu tak hairan. Aku mana ada pasang iklan beritahu ada kerja kosong di pejabat audit aku ni. Pejabat ni pun baru nak hidup, aku baru hendak belajar berdikari setelah lima tahun bekerja di syarikat bapak. Kakitangan pun cuma ada lima orang termasuk aku. Kerja bukan banyak mana, maklum bukan senang nak dapat job sekarang ni. Aku terpaksa terhegeh-hegeh ke sana ke mari menagih syarikat-syarikat supaya mendapatkan khidmatku. Sesekali terpaksa juga guna nama besar bapak bila aku diperlekeh. Tapi, aku puas. Taklah jadi anak manja yang bergantung pada harta benda ibu bapa! Aku kena buktikan juga kepada mereka yang aku juga boleh berjaya tanpa bantuan duit daripada mereka. Aku juga boleh berjaya walaupun di mata mereka, aku ni anak paling tidak berguna kalau hendak dibanding-bandingkan dengan abang dan kakakku. Mereka perlu ditunjukkan bahawa anak yang sering memberi masalah dalam hidup mereka ini juga seorang yang hebat! Bukan kacang hantu! Bukan!

Ah, berbalik kepada soalanku tadi, si Farah ni kata, dia ditawarkan kerja ni oleh Siti.

“Kak Siti tu jiran sebelah rumah saya. Dia yang suruh saya datang sini. Katanya, saya boleh gantikan dia selama dia cuti bersalin tiga bulan nanti.”

Aku nak kata apa lagi? Kesianlah pulak kalau aku cakap tak boleh. Si dia ni nampak berharap sangat. Hmm, aku cakap boleh ajelah… tapi ada maksud tersirat…. hehe…

“Awak jadi PA sayalah! Bantu saya di ofis dan ikut saya kalau ada temujanji.” Tegasku.

“Tapi, kata kak Siti dia jurutaip aje.”

“Itupun skop kerja awak juga.”

“Tapi…”

“Eh, berapa banyak tapi ni? Awak nak kerja sini ke tidak?” Sengaja ku tajamkan pandangan mataku, biar dia gelabah. Tahu takut?

Mungkin tak tahan melawan panahan renunganku, dia tunduk. Malu? Hmm, malu, ya? Boleh tak kalau aku nak jadikan malu menjadi mahu? Mahu ke dia jadi??

Aku yakin….. dia mahu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience