Orang Baik

Poetry Series 2151

Salah ke kalau aku cakap orang baik ni selalu diambil kesempatan?

Salah ke kalau aku cakap orang baik ni bila terlalu baik dia dipijak-pijak?

Salah ke kalau aku cakap orang baik selalu jadi mangsa keadaan sebab sikap dia yang naif tu?

Salah ke kalau aku cakap orang baik ni selalu kena tindas?

Salah ke kalau aku cakap orang baik ni orang tak pandang kebaikannya, nampak sekuman buruknya terus ditolak tepi.

dan,

Salah ke kalau aku cakap, orang baik ni lah yang selalu kena tinggal.

Sebab pada mereka;
Orang baik ni tidak akan pernah sedar kalau dia sedang dipergunakan.

Orang baik juga naif, biarlah diperlakukan serupa apa pun tetap pasti dia tidak akan melawan.

Orang baik ini orang kampung yang cetek akalnya. Jadi banyak ketinggalan zaman dan tidak akan bertindak luar jangkaan.

Orang baik ni kalau dikatanya dia buat jahat pun dia tidak akan mampu lawan sebab tak ada siapa akan dengar.

Dan orang baik ini juga tak dipeduli hatinya bila remuk sebab pada mereka orang baik ni pemaaf , jadi dia pasti akan maafkan walau sebesar laut kesalahan itu.

Tapi mereka lupa,
Orang Baik ini juga punya hati dan perasaan. Punya tahap kesabaran yang mereka tak tahu sampai bila mampu untuk bendung.
Sebab itu orang kata,
diam-diam ubi berisi,
kecil-kecil cili padi,
kalau kau tak mahu terbakar dek api,
jangan cuba berani-berani.

Jaga-jaga, kau tak akan tahu bila langit akan sambarkan petirnya pada kau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience