Rate

BAB 3 (BALIK KAMPUNG )

Romance Completed 121661

Seminggu kemudian.....

"Eisya...ooo...Eisya...hari ni keputusan SPM kamu keluarkan..?"

"Ye ke Mak Su...Eisya tak tahu pula, maklumlah dah lama tak tengok tv...sibuk dengan kerja-kerja dalam rumah besar ni..."

"Emmm...yelah orang macam kita ni mana nak sempat tengok tv ...ni pun Mak Su tahu dari surat khabar ni hah..cuba tengok ni..."

Aku mengambil surat khabar yang dihulurkan oleh Mak Su kepadaku. Isi kandungan ku baca dengan penuh tekun.

"Mak Su boleh ke kita balik kampung...Eisya nak pergi ambil keputusan SPM Eisya tu...."

"Malam nanti Mak Su cuba tanya Datin Sri...kalau Datin Sri bagi kita cuti, esok kita baliklah kampung.."

Aku berharap sangat Datin Sri Zarina Amylea memberikan pelepasan kepada kami berdua untuk pulang ke kampung.

**************************************************

"Macam mana Mak Su...Datin Sri bagi ke kita cuti..?"

"Alhamdulillah Eisya...Datin bagi kita cuti..dan paling Mak Su tak sangka Datin Sri, Dato Sri dengan Faiz pun nak ikut kita balik kampung..."

"Betul ke ni Mak Su....Eisya macam tak percaya pula, tapi nanti mereka semua tu nak bermalam dekat mana...rumah kita kan tak ada apa-apa, nanti tak selesa pula..."

"Alaa...kat kampung kita tu kan banyak homestay..
nanti Datin Sri mesti booking satu untuk family dia..
pandailah Mak Su aturkan nanti...pasal tu Eisya tak perlu risau...."

"Eisya seganlah Mak Su...dahlah keluarga Datin Sri tu semuanya baik-baik...semua kebajikan Eisya dijaga dengan rapi..dahlah gaji pun luyaman siap bonus lagi...masa Eisya sakit hari tu pun Datin Sri suruh Eisya berehat lagi tiga hari sebelum mulakan kerja balik..."

"Sebab tu Eisya kena kerja rajin-rajin, buat kerja tu dengan penuh ikhlas...kita ni tak mampu nak balas budi Datin Sri tu dengan wang ringgit tapi kita balas dengan kerja bersungguh-sungguh... lagi satu ingat pesan Mak Su ni...jangan pernah sesekali buat perkara yang boleh mencontengkan arang kat muka kita...jaga perilaku kita sebagai seorang wanita...jaga air muka Mak Su..jaga batas pergaulan dengan Faiz tu..."

"Baiklah Mak su..Eisya akan ingat segala pesan Mak Su tu..Insya Allah Mak Su...Eisya tahu kita tak mungkin boleh sama dengan keluarga Datin Sri.. Eisya sedar siapa diri Eisya...asal-usul Eisya..."

"Dahlah tu...tidur cepat..esok pagi-pagi kita dah nak bertolak balik kampung.."

"Mak Su kita naik kereta besar warna hitam tu ke esok
Mak Su..."

"Haah tu yang Datin Sri bagitahu Mak Su tadi..malas katanya nak drive jauh-jauh, bawa kereta banyak-banyak...satu kereta senang.."

"Merasa juga Eisya naik kereta besar...mesti Eira dengan Ernie cemburu esok.."

"Kembar balik juga ke esok.."

"Haah...semalam Eira call kata esok mereka berdua cuti awal semesta..cuti sekolah lama.. pihak asrama bagi pelepasan untuk pulang ke rumah masing- masing"

"Eloklah tu dapat kita berkumpul ramai-ramai... lama juga Mak Su dah tak jumpa dengan mereka berdua tu.."

Pagi itu sebelum bertolak pulang ke kampung, aku menyediakan nasi lemak sambal sotong untuk sarapan pagi Dato Sri Zainuddin sekeluarga.
Berselera sungguh aku melihat tiga beranak itu menjamah juadah hasil daripada air tanganku. Melihat itu aku tersenyum puas.

"Sedapnya Eisya...lepas ni Mak Leha bolehlah berehat..biar Eisya pula ambil alih tugas Mak Leha memasak..."

"Boleh je Datin Sri..sejak Eisya datang sini memang Eisya yang selalu memasak..Eisya memang pandai bab masak memasak ni Datin Sri...mewarisi bakat arwah Uminya tu..."

"Ooo...mesti arwah Umi Eisya ni pun hebat orangnya kan...tengok tu Faiz makan sampai tak pandang kiri kanan dah...nasib baik dia tak drive harini..kalau tak, tak tahu lah kita sampai sana pukul berapa nanti.."

"Ma...janganlah nak perli-perli Faiz...jatuhlah saham anak teruna Mama depan Eisya ni nanti..."
Faiz Asmara sudah menarik mukanya, perasan yang aku sedang memandang wajahnya, dia mula tersenyum kembali menjadikan wajahnya auto ceria semula.

"Dah...dah cepat habiskan sarapan kamu tu...Papa dah tak sabar nak balik kampung Eisya...seronok tau dah lama Papa tak rasa suasana kampung...boleh release sikit tension Papa ni..."

Setelah selesai mengemas dan menyusun semua beg pakaian dalam but kereta jenis MPV Lexus LM 350 hitam milik Dato Sri Zainuddin, Pak Samad selaku pemandu peribadi Dato Sri mengemudi kenderaan majikannya dengan berhati-hati.

Hampir 4 jam perjalanan, kami semua selamat sampai di halaman kampung aku yang terletak di selatan tanah air. Kampung Nelayan Tanjung Balau yang terletak di Kota Tinggi, Johor diberi nama. Di sini lah aku membesar bersama-sama dua orang adik beradik kembar aku itu.

Kedatangan kami disambut oleh kembar Eira dan Ernie dalam suasana yang meriah bersulam air mata. Sempat kami bertiga membuat drama swasta sebabak seraya mengundang kemarahan
Mak Su.

"Sudah-sudahlah tu...kamu bertiga ni tak malu ke ada orang luar dekat sini...malulah sikit dekat keluarga Dato Sri ni..dengan Faiz lagi ni..."

"Takpelah Mak Leha..diorang tu dah lama tak berjumpa..biarlah mereka melepaskan rindu masing-masing dulu..."

"Dato Sri, Datin Sri, Faiz dengan Samad marilah kita masuk ke dalam dulu. Maaflah rumah kami ni buruk je..serba-serbi kurang..."

"Eh...janganlah cakap macam tu..kami pun ni bukannya asal terus senang..kami pun bermula dari bawah juga.."
Jelas Dato Sri Zainuddin kepada Mak Leha yang begitu risau atas keselesaan majikannya itu.

"Cantik je Faiz tengok rumah Eisya ni..klasik macam rumah orang zaman dulu-dulu..kan Mama..mana nak merasa rumah beratap rumbia macam ni zaman sekarang..."

"Terima kasihlah Faiz sudi juga jejak kaki dalam rumah arwah kakak dan abang Mak Leha.. jemputlah duduk dulu..Mak Leha nak ke dapur sebentar.."

"Eisya tolong buatkan air untuk tetamu kita tu
Mak Su nak jumpa Mak Senah kamu nak bincang tentang homestay untuk keluarga Dato Sri"

"Nak ke mana tu Mak Leha...?"
Tegur Datin Sri Zarina Amylea yang tengah duduk bersantai di serambi beratapkan pohon rumbia bersama suaminya, manakala Faiz Asmara dan
Pak Samad sedang menurunkan bagasi-bagasi pakaian kami untuk dibawa masuk ke dalam rumah.

"Kejap ye Datin Sri saya nak uruskan homestay untuk Datin Sri sekeluarga.."

"Eh..rasanya tak perlulah susah-susah...kami semua dah sepakat nak tidur je dekat sini malam ni... barulah namanya balik kampung.."

"Tak boleh macam tu Datin Sri, Dato Sri...nanti tak selesa..rumah kami ni serba kekurangan nanti sakit semua badan Dato Sri dengan Datin Sri.."

"Alaa...Mak Leha ni tak payah nak kira sakit-sakit tu. Saya dulu pun orang susah, tidur alas tikar je...biarlah saya nak merasa moment tu semula...Saya nak ajar sikit anak bujang saya tu rasa hidup orang susah... jangan tahu nak senang je..."

"Laa...tak pasal-pasal Faiz pula yang kena...Apa ada hal lah Papa setakat tidur atas tikar..Faiz kan anak jantan malulah dengan Eisya nanti...Faiz sahut cabaran Papa tu..."
Aku sudah tertunduk malu di situ. Aku hulurkan beberapa helai selimut dan disambut pantas oleh Faiz Asmara di situ. Matanya yang asyik memandang wajahku sehingga membuatkan aku jadi tidak tentu arah di situ.

"Emmm...kemain anak awak tu Pa, ok Mama nak tengok sampai bila anak teruna kesayangan Mama ni mampu bertahan..jangan tak sampai setengah jam kamu dah bising nak balik KL.."

'Kalaulah Mama tahu bertapa seronoknya aku berada di sini...Demi Eisya, Abang sanggup hadapi apa saja segalanya untukmu sayang...'
Faiz tersenyum sendiri selepas membayangkan isi hatinya.

"Hah...dah kenapa pula tu tersengih-sengih
kat situ Faiz..kamu ni dari hari ke hari Mama tengok lain macam je.."

"Eh...takde apalah Mama..ni minum air ni Ma...Pa.. Pak Samad penat tau Eisya buatkan untuk kita semua.."
Faiz tersenyum lagi. Wajahnya yang sedia kacak itu bertambah-tambah kacaknya.

*****************************************************

"Kak Eisya...Abang yang handsome tu pakwe Kak Eisya ye...?"

"Abang mana pula ni...?"
Aku pura-pura buat tak mengerti maksud Ernie.

"Alaa Kak Eisya ni..buat-buat tak tahu pulak..jangan menangis pula kalau Eira 'sailang' Kak Eisya nanti"

"Amboi-amboi..kamu berdua ni budak hingusan lagi dah pandai-pandai nak ada pakwe-pakwe ye..belajar dulu tingi-tinggi dah ada kerjaya yang bagus barulah fikir pasal nak ada boyfriend tau".

"Kak Eisya..Abang Faiz kan nama abang tu...tadi adalah kejap dia sembang dengan Ernie..dia keliru sebab tak tahu mana satu Ernie mana satu Eira..
kelakar tau.."

"Memanglah Abang tu kan baru first time jumpa kamu berdua..dah jom tidur dah lewat ni...esok kita sambung lagi.."

Aku melelapkan mataku sejurus selepas itu setelah jam loceng yang berada di tepi katil sudah menunjukkan angka satu pagi.

Alhamdulillah siap juga bab ketiga.. Jemput baca semua reader.... Maaf jika ada kekurangan dalam penulisan saya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience