Bab 8

Romance Completed 21373

"Abang, Ilhan bukan nak mengajar abang tapi, janganlah kecewakan, Kak Iris. Kalau abang nak kahwin dengan Kak Nia, lepaskan Kak Iris. Ilhan tahu kakak akan menderita kelak. Abang kena pilih. Jangan sesekali berlaku tamak, bang. Fikirkanlah." Ilhan, adik Iris tidak sanggup melihat kakaknya yang telah berubah. 'Buatlah pilihan kau, Rayyan Hadif. Aku takkan benarkan kau kecewakan kakak aku lagi.'

Rayyan terduduk di sofa. Kepalanya berserabut sungguh. Ternyata adik iparnya yang berumur 15 tahun lebih bersikap matang berbandingnya.

Iris di dalam bilik menarik nafas dalam. Dia menjadi tidak tenteram sebaik sahaja Ilhan mengatakan yang Rayyan ada di ruang tamu. Ah! Mesti lelaki itu ingin membawanya pulang.

Akhirnya, Iris keluar juga dari bilik dan berjalan ke ruang tamu. Tangan kanannya digenggam kuat dan diletakkan ke dada.

Rayyan yang melihat Iris terus mendapatkan gadis. "Kenapa balik dulu?" tanyanya serius. Dia pasti ada sesuatu yang terjadi kepada Iris. Kalau tidak, takkanlah isterinya itu pergi balik dan hanya menyampaikan pesanan kepada Puan Asnida.

Vestnya sudah disangkut di atas sofa manakala tali lehernya dilonggarkan. Baju sudah dikeluarkan dari seluar dan lengan baju dilipat hingga ke siku. Panas!

Iris hanya diam. Dia tidak dapat berbuat apa-apa. Sesungguhnya dia rasa takut sekarang. "Iris, aku tanya ni." Rayyan masih tidak berpuas hati. Lelaki itu sebenarnya dalam tekanan. Tekanan dengan keluarga Tania dan juga gadis itu. Tidak habis-habis bercerita tentang kahwin.

"Umi yang datang tadi. Lepastu kau tak keluar lagi. Aku malas nak tunggu. Itu aje." Iris menyulam jari-jemarinya erat. Berpeluh-peluh tangannya. Mahu saja dia menangis di situ juga.

Bukan Rayyan tidak perasan perubahan Iris, tetapi dia hanya berdiam diri. Mungkin jika dia menegur keadaan akan bertambah rumit. "Jangan buat lagi lain kali. Sediakan aku air boleh?" Rayyan bersandar di sofa. Menghilangkan kelesuan yang mencengkam diri.
*****************
Tania berangan sendiri. 'Tak sabar aku nak ada ikatan dengan Rayyan! Rasa sakit hati apabila mengetahui yang Rayyan sudah berkahwin. Lebih lagi dengan rakan baiknya sendiri. Marahnya meluap-luap. Rasa macam haknya telah dirampas!

Dia mengambil telifon bimbitnya lalu membuka aplikasi Whatsapp.

Tania: Kenapa senyap je? Sibuk layan wife ke?

Dengan sakit hati, dia menghantar mesej itu kepada Rayyan. Geram!
****************
Rayyan tidak membawa telifonnya. Di sekolah memang tidak boleh membawa sebarang gajet. Itulah peraturan. Jadi dia tidak dapat membaca mahupun membalas apa yang dihantar Tania.

Iris datang kembali sambil meletakkan jus oren di depan Rayyan. "Wei, air." selamba sahaja dia. Tetapi dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa perasaannya bercampur aduk.

"Thanks. Pergi siap, aku nak balik rumah ayah ni." arah Rayyan lagi. Iris terus menaiki tangga tanpa berkata apa-apa.

"Dya, umi dan walid sentiasa ada untuk menjadi tempat Dya melepaskan beban. Jangan pendam ya, sayang?" kata Hajah Laila yang berada di depan pintu bilik Iris. Iris yang mendengar uminya berkata begitu, terus memeluk Hajah Laila dan meangis.
"Dya takut umi. Dya takut sangat. Dya tak sanggup kehilangan Tania, dalam masa yang sama taknak kehilangan Rayyan. Dya sayang kat dia. Tapi diaorang mencintai satu sama lain. Dya tak sanggup tengok orabg yang Dya sayang, jadi milik orang lain. Dya takut Dya tak mampu. Dya nak buat apa ni, umi?" Iris memeluk tubuh itu. Tersedu sedan dia disitu.
"Ilhan pun ada. Kalau kakak perlukan apa-apa. Ilhan sentiasa ada. Janganlah disebabkan Rayyan, akak jadi lemah sampai macam ni?" Ilhan memegang bahu kakaknya.
Rayyan yang berada di bawah terdiam. 'Selama ni Iris terseksa ke dengan apa yang aku buat? Ya Allah. Apa perlu aku lakukan?' Rayyan memicit kepala sendiri. Dja tidak pasti sama ada cinta dia terhadap Tania ialah cinta monyet atau cinta sejati.
Tetapi, getaran yang terjadi jika bersama Iris lebih hebat dan kencang berbanding Tania. Dia tidak mahu mengecewakan sesiapa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience