Rate

BLACK ROSE (broken inside) 11

Drama Completed 921018

Hampir seminggu Mawar berada di hospital. Dia sudah mula bosan. Seperti yang dijanjikan, setiap hari Aydean menjenguk Mawar di hospital.

Mawar sedikit terganggu dengan kehadiran Aydean. Buat semak mata dan menyakitkan telinga! Ada sahaja yang dibebelkan Aydean setiap kali dia melawat Mawar.

Hari ini, sekali lagi susuk tubuh itu muncul di situ. Mawar yang baru sahaja mahu makan tengah hari, terus memberhentikan suapan. Mana tidaknya, Aydean membawa pelbagai makanan untuk Mawar. Walaupun makanan hospital tidak kurang sedapnya, tetapi, apa yang Aydean bawa lebih menarik selera Mawar.

Dia ni saja nak bagi aku gemuk ke??

Aydean seperti biasa menghidangkan semua makanan tersebut di atas meja makan Mawar. Makanan hospital di ambil dan diletak ke tepi. Wajah dingin Mawar di pandang.

"I tahu you suka makan. Ni semua I beli untuk you," wajah Aydean ceria ketika Mawar memandang ke arahnya. Mata kanan dikenyit. Mawar terkebil-kebil. Cepat-cepat dia melarikan pandangan ke arah makanan yang berada di depan mata. Aydean ketawa besar geli hati melihat riak wajah Mawar. Mawar menjeling tajam ke arah Aydean.

"You tak takut ke tidur dekat hospital ni sorang-sorang?" soal Aydean sambil menolak perlahan meja makan mendekati Mawar. Sekali lagi Mawar buat muka pelik.

Ada la benda merepek dia nak ajak aku bersembang ni!

"You pernah dengar cerita makcik karipap?" soal Aydean sambil menahan senyum. Dia tahu Mawar malas mahu melayan perbualannya. Namun, dia masih tidak berputus asa untuk mendengar suara wanita itu.

"Mesti you tak pernah dengarkan?" soal Aydean dengan pandangan sinis. Iye, dia sengaja mahu mengusik Mawar.

"Lainkali bercampur dengan masyarakat. Jangan buat hal sendiri," bebel Aydean sambil melabuhkan punggungnya ke sofa yang berada di dalam bilik itu. Tubuhnya disandarkan ke dada sofa dan kaki di silang.

Apa kaitan campur masyarakat dengan makcik karipap??

Mawar menarik nafas dalam dan dihela perlahan. Malas mahu melayan perbualan Aydean, dia terus menjamah makanan yang dibawa lelaki itu. Aydean tersenyum melihat gelagat Mawar.

"Dulu makcik karipap ni, popular tau you. Dia kalau jual karipap, mesti ketuk tingkap rumah orang," Aydean meneruskan ceritanya. Bersungguh wajah Aydean tika ini. Mawar menghentikan suapannya sekali lagi. Dahi berkerut. Wajah Aydean di pandang.

Aydean yang tadinya tersenyum terus buat muka serius saat Mawar menoleh ke arahnya. Dia tahu Mawar mula tertarik dengan ceritanya. Aydean menunggu Mawar membuka mulut menyoal sesuatu. Namun, hampa apabila wanita itu kembali menyuap makanan. Aydean melepaskan keluhan kecil. Bibir digigit lembut.

"Youuuu... Tanyalah kenapa makcik karipap tu ketuk tingkap, bukan pintu," pinta Aydean kepada Mawar. Mawar menyembunyikan senyum. Dia tahu Aydean sengaja mahu menarik perhatiannya.

"Kenapa?" soal Mawar tanpa nada. Wajah Aydean tidak dipandang. Aydean tersenyum lebar saat mendengar suara Mawar. Dia membetulkan duduknya.

"Sebab makcik karipap tu dulu, ahli mesyuarat tingkap," jawab Aydean dengan wajah polos. Mawar menarik nafas dalam. Cuba menahan perasaan geramnya. Terasa dipermainkan.

Menyesal aku layan!

"Kadang-kadang, makcik karipap tu ketuk tingkap bilik yang tinggi-tinggi tau. Haa.. Takut tak?" soal Aydean lagi sengaja. Dia cuma mahu Mawar melayan perbualannya. Hanya mahu mendengar suara wanita itu. Mawar diam. Malas mahu menjawab.

"Youuu.. jawablah. You takut tak?" soal Aydean separa merengek. Mawar merasa kasihan mendengar suara Aydean yang sebegitu. Mahu atau tidak, terpaksalah dia melayan perbualan lelaki itu.

"Tak," balas Mawar dingin. Dia kemudian, mencapai air coffee yang dibeli Aydean untuknya. Di sedut straw tersebut dan diletakkan kembali. Wajah Aydean mula ceria apabila Mawar sudah mahu berbual dengannya.

"You tak takut ke, kalau tiba-tiba makcik karipap, ketuk tingkap tu?" soal Aydean lagi sambil menunjuk ke arah tingkap bilik wad yang berada di sebelah katil Mawar. Mawar mengetap bibir. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia menghalau lelaki itu keluar dari situ.

Suka sangat mengarut!

"Youuu... I tanya ni.. Tak takut ke kalau...," belum sempat Aydean menghabiskan kata-katanya, Mawar mencelah.

"Awak ni memang suka mengarut eh? Kenapa makcik karipap tu nak ketuk tingkap bilik ni? Dia nak buat apa?" bertalu-talu soalan Mawar kepada Aydean. Geram sungguh dirasakan dengan lelaki itu. Aydean menahan tawa melihat wajah Mawar tika ini. Wanita itu seakan melepas geram terhadapnya. Namun, Aydean tidak peduli, yang penting, Mawar sudah mula berbual dengannya.

"Yelah, makcik tu nak jual karipap lah. Dah nama pun makcik karipap. Tak kan dia nak jual kain pula," balas Aydean mengusik. Senyuman disembunyikan.

"Encik Aydean, bilik ni tingkat 2, apa gila makcik tu nak ketuk tingkap bilik ni? Ingat dia superman??" Mawar mula geram. Entah mengapa dia rajin melayan mengarut si Aydean hari ini. Meledak tawa Aydean tatkala mendengar bebelan Mawar. Nampak benar wanita itu geram padanya.

"Youuu.. Makcik karipap tu hantu youu.. Sebab tu I tanya, you tak takut ke? Mana tahu malam nanti, dia rajin jengah kat tingkap tu nak jual karipap pada you ke? Biasa orang perempuan tengah malam selalu lapar," usik Aydean dengan tawa yang masih bersisa. Aydean meraup wajahnya. Rambut disebak ke belakang. Dia kembali menyandar ke dada sofa. Puas hati dapat mengusik Mawar.

"Kalau makcik karipap tu datang, saya suruh dia hempuk bakul karipap tu dekat kepala awak!!" Mawar menolak kasar meja makan. Dia cuba bangun untuk mencuci tangannya di sinki bilik air. Aydean tersentak. Dia menelan airliur apabila melihat wajah masam mencuka Mawar.

"Janganlah marah. I bergurau je," pujuk Aydean. Dengan pantas Aydean bangun dari duduknya cuba membantu Mawar. Lengan Mawar di raih. Mawar menolak pertolongan Aydean. Tidak mahu disentuh lelaki itu. Aydean akur. Namun, dia tetap membontoti Mawar hingga ke pintu bilik air.

Pintu bilik air ditutup. Terkebil-kebil Aydean di depan pintu bilik air. Namun, bibirnya masih terukir senyuman. Wajah cemburut Mawar menghiburkan hatinya.

Di dalam bilik air, Mawar merenung wajahnya ke dalam cermin. Dia menarik nafas dalam. Geram terhadap Aydean masih belum hilang.

Kurang asam menakutkan aku!!!

Tangan dibasuh. Balutan di bahu kiri dibelek seketika. Ditekan perlahan. Sakit mula berkurangan. Mawar berdoa agar dia boleh pulang ke rumah dengan segera. Dia sudah mula bosan tinggal di hospital itu.

Kemudian, pintu bilik air dibuka. Dia keluar dari situ. Aydean masih setia menunggu di sebelah pintu bilik air dengan senyuman yang masih tidak lekang dari wajahnya. Mawar masih dengan riak wajah dingin. Perlahan dia kembali ke katil.

"Makcik karipap..," sekali lagi Aydean tidak sempat menghabiskan kata-katanya, Mawar mencelah.

"Dahlah! Makcik karipap.. Makcik karipap!" marah Mawar. Terhambur tawa Aydean saat mendengar balasan wanita itu.

"You takut eekk?" usik Aydean sambil tersenyum mengejek. Tawanya masih bersisa. Geli hati melihat wajah Mawar saat ini. Wajah yang seakan geram benar pada dirinya.

"Okay sweetie. Got to go. I ada shooting sampai esok pagi. So, esok I datang lewat sikit," ujar Aydean sambil membontoti Mawar. Mawar melabuhkan punggungnya ke katil. Dia tidak memberi respon terhadap kata-kata Aydean itu.

Sweetie.. sweetie! Gelilah!!

"Sooo... Don't miss makcik karipap," bisik Aydean sambil mendekatkan wajah ke wajah Mawar. Mawar terkaku seketika apabila wajah Aydean begitu hampir dengannya. Aydean tersenyum menggoda. Wajah Mawar direnung lama.

Kemudian, Aydean berganjak semula ke belakang. Rambutnya dirapikan. Cermin mata berjenama Rayban dipakai. Bibir mengukir senyuman ke arah Mawar yang masih merenungnya.

"Jangan pandang lama-lama. Takut terjatuh cinta dengan I," usik Aydean lagi. Mawar tersedar. Cepat-cepat dia melarikan pandangan matanya ke arah lain. Jantung Mawar berdegup kencang.
Dia mula tidak keruan.

Ciss betul!! Macam mana aku boleh terpandang dia lama-lama!!

Aydean tersenyum lebar. Hari ini hatinya berbunga riang kerana Mawar sudah mula berbual banyak dengannya. Sebelum ini, hanya dia sahaja yang bercakap seorang diri.

"Bye," Aydean mengatur langkah menuju ke pintu. Sempat dia menoleh ke arah Mawar sebelum dia keluar dari situ. Senyuman paling manis dilemparkan ke arah Mawar apabila Mawar turut memandangnya. Mawar terpaku sekali lagi.

Sebaik sahaja Aydean hilang dari pandangan matanya, Mawar mengetuk perlahan kepala sendiri.

"Iiisshh... Stupid me!!" Mawar geram dengan diri sendiri. Tingkap bilik dipandang. Terbit perasaan seram apabila mengingati cerita Aydean itu tadi.

Makcik karipap?? Tagune!

~~~~~~~~~~

Syakir termenung jauh. Entah kenapa wajah Mawar berlegar-legar dimatanya. Pertama kali dia melihat wanita itu tanpa hijab sewaktu di hospital tempoh hari. Hati Syakir terusik. Iye, Mawar cantik. Tetapi, seolah ada sesuatu disebalik wajah wanita itu.

Syakir meraup wajahnya perlahan. Rahang digosok lembut. Volume dikuatkan sedikit. Lagu Unintended bergema di ruangan bilik itu. Ingatannya berputar kepada kenangan lalu. Kenangan bersama Kie.
. .
.

Kie menyedut rokok yang berada di celahan jarinya. Dihembus ke udara. Berkepul-kepul asap keluar dari mulut gadis itu. Shark memandang lama wajah Kie. Rambut yang menutupi alis kening Kie di renung. Baju singlet ketat tidak berlengan yang dipakai Kie, menampakkan ukiran tatoo 'SHARKIE' di bahu kirinya.

Betapa agungnya cinta mereka saat itu. Jika bisa diukir seluruh tubuh, pasti Kie sudah lakukan untuk menunjukkan bukti cinta mereka. Shark tersenyum segaris. Tangan kiri meraih bahu Mawar. Jari kanan mengusap tatoo ukiran nama mereka itu.

"Tak sakit ke you buat tatoo ni?" soal Shark setelah beberapa minit mendiamkan diri. Kie tersenyum segaris.

"Sakit. Tapi, I suka. I boleh tengok nama you hari-hari dekat sini. I akan rasa you sentiasa dengan I," balas Kie bersahaja. Rokok bertukar tangan. Shark menyedut dalam rokok yang diambil dari tangan Kie. Mereka saling berbalas senyum.

Love - Birds. Itu sahaja yang dapat di ungkapkan tentang hubungan mereka. Remaja yang saling menyintai antara satu sama lain. Mengukir nama sebagai tanda cinta yang mendalam terhadap pasangan tanpa memikirkan halal haram setiap perbuatan. Semuanya lebih kepada mengikut perasaan.

"You tak kan tinggalkan I kan?" soal Kie tiba-tiba. Wajah Shark direnung. Jarak antara mereka hanya seinci. Shark mengukir senyum. Bibir mereka bertaut. Tangan Kie mula melingkari pinggang Shark. Shark melepaskan tautan bibir mereka. Mata Kie direnung dalam.

"I tak kan tinggalkan you, selagi nama kita ada di sini," ucap Shark sambil tangannya mengusap bahu kiri Kie yang terukir nama mereka. Kie tersenyum manja. Pelukan di eratkan ke tubuh Shark. Hangat dirasakan tubuh lelaki itu.

"Dah-dahlah.. Bila nak gerak? Bebudak semua dah tunggu tempat biasa," Dean yang sejak dari tadi menemani pasangan itu mula bersuara. Namun, matanya langsung tidak memandang ke arah pasangan itu. Shark tersenyum. Kie tarik muka masam.

Pada awalnya Dean duduk agak jauh dari Kie dan Shark. Tetapi, apabila dirasakan sudah agak lama dia menunggu. Dean mengambil keputusan untuk menerjah sahaja pasangan itu. Malas mahu melihat aksi mesra Shark dan Kie lagi. Sakit mata!

"Okaylah. Let's go," Shark melepaskan pelukannya dari tubuh Kie. Riak wajah Kie yang masam mencuka itu dipandang dengan senyuman.

"Kejap lagi kita sambung, okay. Budak-budak lain semua dah tunggu kita. Bising diorang nanti," pujuk Shark sambil mengelus lembut pipi Kie yang masih tidak mahu melepaskan tubuhnya.

Pinggang Shark masih dirangkul Kie. Dean memandang sekilas ke arah Kie. Jelingan tajam diberikan sebaik sahaja wanita itu melihat ke arahnya. Jelingan saling berbalas antara Kie dan Dean. Shark hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua. Memang tak boleh bertemu muka.

Macam anjing dengan kucing!
. .
.

Syakir tersenyum sendiri. Cinta pertamanya. Kie. Entah di mana wanita itu sekarang. Setiap kali lagu-lagu yang pernah dinyanyikan Kie ketika dahulu dimainkan, Syakir pasti akan teringat pada kenangan mereka. Kie yang kasar, tapi manja. Kie yang ceria dan menghiburkan hatinya. Kie yang kelakar dan selamba. Semuanya tentang wanita itu. Syakir tersenyum lagi.

"Boss, ada sorang lelaki dari production house nak jumpa boss," Adam tiba-tiba menerjah masuk ke bilik Syakir. Serta merta Syakir menoleh ke arah Adam.

"Production house? Eemm..suruh dia masuk," balas Syakir sambil merapikan rambutnya. Dia mengemas sedikit meja yang berselerak. Adam terus menghilang dari muka pintu.

Beberapa saat kemudian, muncul seorang lelaki berbaju t-shirt hitam berkolar masuk ke dalam ruangan pejabat Aydean. Dia tersenyum sambil melangkah merapati Syakir.

"Have a sit," pelawa Syakir. Mereka saling bersalaman. Syakir mengukir senyum. Lelaki itu melabuhkan punggungnya ke kerusi.

"I Fendi dari High Class Production House. Actually production house kami sedang mencari restoran untuk shooting drama. So, Aydean yang beri suggestion untuk kami buat di sini," jelas Fendi sambil matanya meliar melihat sekeliling pejabat Syakir. Syakir tersenyum sambil menganggukkan kepala.

"Eemm... I perlu confirmkan dengan Aydean dulu, boleh? Then, I'll tell you later," balas Syakir bersahaja. Lelaki di hadapannya itu masih belum puas meneroka ruang pejabat Syakir. Dia seolah kagum melihat hiasan pejabat itu. Sekali sekala kepalanya mengangguk. Syakir hanya tersenyum melihat reaksi lelaki itu.

"Okay. Kalau boleh as soon as posibble lah. Sebab kami akan start shooting pada awal bulan depan," balas Fendi. Dia mula bangun dari duduknya. Syakir terpinga seketika.

Eh, dah nak blah ke?.

"Aaa.. okay," balas Syakir. Dia turut bangun dari duduknya.

"This is my card. If you dah buat keputusan, let me know. Then, I'll give you an agreement," kad nama dihulurkan kepada Syakir. Syakir mengambil kad tersebut dari tangan Fendi. Dia membelek kad nama itu sambil menganggukkan kepalanya.

"Alright," jawab Syakir ringkas. Kemudian, mereka bersalaman dan lelaki itu beredar dari situ. Syakir hanya menghantar dengan pandangan mata sehingga susuk tubuh itu menghilang.

Telefon bimbit dikeluarkan. Nombor Aydean di dail. Deringan telefon kedengaran dari hujung talian. Dia sabar menanti sepupunya itu menjawab panggilannya.

"Yo, baybiy. What's up?" soal Aydean sebaik sahaja menjawab panggilan itu.

"Where are you Dean?" soal Syakir tenang. Dia menyandarkan tubuhnya ke dada kerusi sambil tangan kiri di mengusap rahang.

"On the way ke set. Why?" soal Aydean sambil menumpukan perhatiannya kepada pemanduan. Handsfree dipasang.

"Tadi ada someone from Highclass Production House datang sini," jelas Syakir. Dia perlu pastikan kesahihan perkara tersebut, sebelum dia bersetuju untuk membenarkan pihak production menggunakan restoran mereka untuk menjalankan penggambaran di situ.

"Oh, ya. Siapa yang datang jumpa kau?" soal Aydean lagi.

"Fendi," jawab Syakir ringkas. Dia menanti penjelasan Aydean.

"Oh, Fendi. Yess, aku yang suggestkan dia shoot drama dekat restoran kita. Dalam masa yang sama, diorang boleh promotekan restoran sekali," jelas Aydean sambil memulas stereng membelok ke kiri jalan. Destinasi yang dituju semakin hampir.

"Noted. So, kau terlibat ke dalam drama tu?" soal Syakir ingin tahu.

"Fendi ada offer aku. Tapi, jadual aku full lah. So, aku tak terlibat dalam drama tu," jawab Aydean. Dia sudah pun sampai ke set pengambaran. Kereta diparkir.

"Alright. Okaylah. Itu je aku nak tahu," balas Syakir.

"Okay, baybiyy. I dah sampai dekat set. So, don't miss me. Bye," ucap Aydean di hujung talian. Syakir tersenyum. Kemudian, panggilan ditamatkan.

Syakir membetulkan duduknya. Telefon diletak ke atas meja. Wajah Mawar kembali berlegar di mata. Dia hanya melawat wanita itu sekali sahaja ketika bersama Maira tempoh hari.

Mahu melawat seorang diri, timbul rasa segan dan kekok. Sikap Mawar yang dingin dan tidak ramah itu mengundang rasa tidak selesanya jika dia ke sana seorang diri nanti. Pasti dia tidak tahu apa yang mahu dibualkan. Akhirnya Syakir membatalkan niatnya untuk melawat Mawar.

Die with memories, not dream - Mawar Kirana.

happy reading everyone..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience