"Khairi! Kau pergi mana?"
Mika mengeluh perlahan. Dia mengintai ke arah Aliya yang sedang dalam proses mencari dirinya. "Berapa kali aku nak cakap yang aku bukannya Khairi." Mika meraup wajahnya kasar. Bayangan dari kejadian tadi masih terngiang di dalam kepalanya.
"Betul ke apa yang aku nampak tadi? Patut ke aku report polis?" Bisik Mika bersendirian. Jantungnya masih berdegup kencang mengingat kejadian yang baru saja dilihatnya tadi. Nasib dia lari keluar rumah. Takut juga nanti mereka membunuh dirinya. Tak pasal-pasal mati muda.
"Huuu selamat!"
Mika tersentak. Dia menoleh ke tepi belah kanannya kemudian melihat siapa yang membuat bunyi tadi. "senyap lah! Nanti dia dengar." Gadis yang membuat bunyi tadi terus menutup mulutnya.
"Ah! Maaf.." Bisik gadis itu. Dia melihat ke arah gadis yang masih lagi mencari lelaki yang baru sahaja dijumpainya tadi. Baguslah, dua-dua tengah menyorok.
"Balik, Khairi!" Ujar Aliya sebelum kembali masuk ke dalam rumah. Puas mencari tapi tiada sebarang hasil. Mika menghembus nafas lega. Terduduk dia dibuatnya. Takut kantoi tempat persembunyiannya itu.
"Awak tengah menyorok dari siapa?" Soal gadis itu buat-buat bodoh. Mika menjeling sekilas ke arah gadis itu. "Apa nama kau?" Soal Mika tanpa menjawab soalan gadis itu. Dah lah ambil tempat persembunyian orang. Lepastu tanya pula dia sembunyi dari siapa. Mika menjeling tajam.
Gadis itu tersengih. "Haha..nama saya Irene. Selamat berkenalan err.."
"Mika."
"Ahh! Selamat berkenalan, Mika. Maaf sebab ambil tempat awak. Saya nak sembunyi dari abang saya. Tak habis-habis nak suruh saya masuk kelas. Saya tak suka lah!" Mika mengeluh perlahan. Dia menatap anak mata Irene. "Ada aku tanya ke?" Soal Mika membuatkan sengihan Irene Makin melebar.
"Haha..tak ada pula. Maaf.." Ujar Irene kekok. Mika tersenyum. "Kenapa kau suka sangat minta maaf? Ada aku cakap ni salah kau ke?" Sengihan Irene terpadam. Dia berfikir sejenak. "Haah juga kan. Saya tak terfikir haha.. maaf eh.." Mika ketawa kecil.
"Aku suka dekat kau ni. Perempuan polos.." Irene tersenyum. "Saya tak sepolos tu awak tahu." Ujar Irene dengan senyuman lembut terukir dibibirnya. Mika mengangguk perlahan. Dia bangkit dari duduknya kemudian menarik lengan baju Irene.
"Dah kau ada dekat sini, apa kata kau teman aku main dekat luar?" Irene mengangkat satu keningnya ke atas. "Main?" Mika mengangguk perlahan. Dia berjalan mendahului Irene
--
"Kita nak pergi mana ni? Jauh sangat kita berjalan. Penat saya.." Irene berhenti dengan nafas yang tercungap-cungap. Dia memandang ke arah Mika yang masih bertenaga selepas lama mereka berjalan.
Irene tanpa membuang masa terus melabuhkan punggungnya ke atas tanah. Sungguh dia penat berjalan. "Awak! Duduklah dulu. Saya penat ni.." Irene menepuk-nepuk tanah di sebelahnya menyuruh Mika turut sama melabuhkan punggung. Mika yang melihat hanya memeluk tubuh tanpa mengikuti apa yang disuruh Irene tadi.
"Kotorlah. Kau suka sangat ke duduk kat tempat kotor. Bangku ada taknak duduk.." Mika berjalan menuju ke arah bangku kayu yang berdekatan. Mereka sekarang berada di taman permainan. Suasana agak suram dek kerana waktu maghrib yang akan tiba sekejap saja lagi.
Irene mendengus kasar. Dia bangkit dari duduknya kemudian turut sama melabuhkan punggungnya di sebelah Mika. Mereka berdua terdiam untuk seketika. Menyaksikan keindahan langit yang hampir berubah gelap itu.
"Awak punya mulut kalau saya boleh cili dah lama saya buat. Suka sangat buat saya sakit hati!" Mika tersenyum sinis. Dia menutup hidungnya kemudian berkata, "eeeee..busuknya kau. Tu aku cakap jangan duduk kat tempat yang kotor. Kan dah busuk.." Irene menghentak kakinya menandakan yang dia sedang marah. Marah-marah manja gitu.
"Awak ni jahat lah! Saya report kat abang saya baru tahu.." Mika mula tertawa kecil. "Adik manja abang rupanya. Apa kata kau duduk je bawah ketiak abang kau tu? Baru aman sikit hidup aku." Ujar Mika. Dia ketawa mengekek saat melihat wajah Irene yang mula memerah.
"Ish awak ni! Malas lah saya nak main dengan awak!" Irene menghentakkan kakinya sebelum berjalan pergi meninggalkan Mika. Lelaki itu tersenyum dengan wajah yang mula memerah.
"Apa aku cakap ni, sial?"
--
Mika membuka kelopak matanya. Bayangan saat pertama kali bertemu dengan Irene membuatkan dia mula merindui wanita itu. Dia mengeluh perlahan. Entah apa yang sedang dilakukan wanita itu sekarang.
"Oii, tangkap!"
Mika menoleh ke belakang. Dia menangkap setin minuman yang dilempar oleh Haikal tadi. Tin itu dibuka kemudian dia meneguk minuman tersebut.
"Kau buat apa kat luar malam-malam ni? Tak sejuk ke?" Soal Haikal kemudian melabuhkan punggungnya di sebelah Mika. Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Tidak langsung menjawab pertanyaan Haikal tadi. Haikal tersenyum kecil. Dia turut sama meneguk minuman yang di ambil olehnya tadi.
"Dia okay. Aku dah suruh anak buah aku jagakan dia. Kau tak payah risau sangat.." Mika menunduk memandang ke lantai. "Bila semua ni akan berakhir? Aku penat.." Haikal memeluk bahu Mika.
"Aku tahu kau kuat." Mika yang mendengar terus memandang jijik ke arah Haikal. Dia menolak tubuh lelaki itu ke belakang. "Geli aku dengan kau ni. Kuat lah tu lah. Kau ingat aku perempuan ke?" Haikal hanya tersengih. Dia beralih memandang ke arah langit gelap yang baginya amatlah mengamankan.
Share this novel