18

Romance Series 93218

Awal - awal pagi lagi telefon bimbit Yasir sudah berdering. Dia mendengus kuat. Deringan itu benar - benar menganggu tidurnya. Perlahan - lahan Yasir menggapai telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja di sisi katil. Dalam keadaan yang masih mamai, dia cuba melihat dari ekor matanya siapakah gerangan yang telah menghubunginya di awal pagi seperti itu.

‘Jeslina?? Aduh! Apa pula yang perempuan ni nak pagi - pagi buta ni?' Omel Yasir di dalam hatinya.

“Hello??" Ucap Yasir saat talian disambungkan. Suaranya masih kedengaran serak.

“Morning Biy!! You tidur lagi ke tu? Bukalah pintu ni cepat. I dah ada depan rumah you ni." Ujar Jeslina di hujung talian.

Buntang mata Yasir sebaik mendengar kata - kata Jeslina. Sepantas kilat telefon bimbitnya dicampak ke atas katil lalu kakinya segera melangkah keluar bagi mendapatkan Jeslina. Dia perlu segera membuka pintu dan menjemput perempuan itu masuk ke dalam. Jika tidak, Yasir bimbang kalau - kalau ada mata yang melihat kehadiran Jeslina di kondo miliknya itu. Walaupun kondo itu agak privacy, tapi dia tetap bimbang jika ada mata - mata yang melihat lalu disampaikan kepada Tan Sri Zamir.

Semalam sebaik sahaja pulang dari club, Yasir terus sahaja memandu keretanya pulang ke kondo ini bagi mengelak dari kedua orang tuanya menyedari bahawa dia pulang dalam keadaan mabuk. Jika Tan Sri Zamir mengetahui akan hal ini, Yasir pasti papanya akan memarahi serta menghukumnya. Papa dan mamanya tidak boleh tahu akan perangainya yang sebenar. Jika tidak dia sendiri yang akan menanggung masalah.

“Jes!! You buat apa kat sini? And macam mana you boleh tahu yang I ada dekat sini?" Soal Yasir sebaik menarik tangan Jeslina masuk ke dalam.

“My instinct yang bawak I ke sini. Tak sangka pulak yang you betul - betul ada dekat sini." Tipu Jeslina walhal dia telah diberitahu oleh rakannya yang kebetulan menyewa di kondo yang sama di sini.

Yasir tidak menjawab. Sejujurnya dia malas mahu melayani Jeslina. Tubuhnya masih terasa letih dek kerana pulang lewat semalam. Tanpa mempedulikan Jeslina, Yasir segera berlalu pergi meninggalkan Jeslina terkulat - kulat di situ. Jeslina yang tergamam melihat reaksi Yasir segera menurut langkah kaki lelaki itu menuju ke kamarnya. Perasaan rindunya terhahadap Yasir begitu membuak - buak. Sudah hampir dua minggu dia tidak bertemu lelaki itu. Puas dia mengajak Yasir bertemu namun Yasir sering memberi pelbagai alasan. Jadi sebaik menerima berita bahawa Yasir berada di kondonya, Jeslina tidak mahu melepaskan peluang yang ada begitu sahaja. Peluang ini harus digunakan dengan sebaik mungkin.

Yasir kembali merebahkan tubuhnya di atas katil. Kepalanya masih terasa pening dan berat kesan dari air alkohol yang diambilnya semalam. Baru sahaja dia ingin melelapkan matanya, tiba - tiba dia terasa tubuhnya dipeluk oleh Jeslina dari arah belakang. Yasir hanya membatu. Tidak sedikit pun dia berminat untuk menoleh ke arah gadis itu.

“Biy, you tak rindu I ke? Sampai hati you tak nak layan I. Penat I datang jauh - jauh nak jumpa you, tapi you ignored je I. Sedih tau." Ujar Jeslina separuh merajuk.

Yasir mendengus perlahan. Tubuhnya digerakkan sedikit menghadap Jeslina. Wajah mencuka gadis itu ditatap dengan penuh kebosanan. Ikutkan rasa hatinya, mahu sahaja dia menghalang Jeslina dari masuk ke rumahnya sebentar tadi. Namun dek kerana takut kehadiran Jeslina ke rumahnya itu disedari oleh sesiapa, akhirnya Yasir terpaksa merelakan jua.

“I'm so sorry, Jes. I betul - betul letih sekarang ni. I bukan sengaja tak nak layan you. Tapi please bagi I rehat kejap? I janji once I bangun nanti, I akan layan you macam yang you nak. I tahu you rindukan belaian I kan?” Pujuk Yasir lembut.

Jeslina tersenyum manja saat mendengarkan pujuk rayu Yasir lantas kepalanya segera dilentokkan di dada bidang lelaki itu. Hilang semua rajuknya sebentar tadi. Sejujurnya memang itulah yang diinginkan oleh Jeslina sejak tadi. Sudah lama rasanya dia tidak menikmati sentuhan dan belaian lembut Yasir. Sebaik Yasir kembali melelapkan mata, Jeslina berlalu ke dapur. Perutnya sudah mula menjerit - jerit minta diisi. Tanpa segan silu, Jeslina segera mengeluarkan semua makanan yang terdapat di dalam peti sejuk itu lalu ianya dimakan tanpa rasa bersalah. Jeslina tahu Yasir tidak akan pernah memarahi tindakannya itu kerana selama ini pun lelaki itu tidak pernah berkira apa - apa dengannya. Apa yang dimiliki oleh Yasir, ianya tetap menjadi miliknya bersama.

****************************************

Cuaca petang itu kelihatan sangat redup dan tenang. Jeslina mendekati teman lelakinya dengan senyuman yang menggoda. Tubuh Yasir yang tidak berbaju itu dipeluk erat dari arah belakang. Kemudian mereka bersama - sama menikmati keindahan suasana petang itu dari tingkat balkoni rumah Yasir. Ikutkan hati Jeslina,
dia masih tidak mahu mengakhiri permainan mereka itu tadi. Sentuhan dan belaian dari lelaki itu benar - benar mengasyikkan walaupun hampir dua jam lamanya mereka beraksi.

“Biy.. Can I ask you something?” Soal Jeslina memecah kesunyian.

“Emm. Go ahead.” Balas Yasir acuh tak acuh.

“Biy, sampai bila kita nak terus hidup macam ni? Hidup dengan penuh dosa. You tak pernah terfikir ke nak jadikan I sebagai isteri you yang sah? You tahu kan I sayang you sangat - sangat? I cintakan you, biy.” Soal Jeslina memberanikan diri.

Pada dasarnya, Jeslina agak kurang yakin untuk membicarakan soal ini bersama lelaki itu kerana dia tahu Yasir pasti akan melenting dan memarahinya. Namun sebagai seorang perempuan, dia juga sangat menginginkan dan mengimpikan akan sebuah ikatan yang sah di mata semua orang.

“Hidup dengan penuh dosa? Huh! What are you talking about, Jes? Kenapa baru sekarang nak fikir dosa pahala? Time you tengah sedap tadi, tak de pulak you nak fikir dosa pahala kan?” Herdik Yasir dengan nada yang lantang. Wajah gadis itu dipandang sinis.

“I know! Sebab tu I ajak you kahwin, biy. I nak jadi isteri you. I nak bina keluarga dengan you. I nak lahirkan anak - anak kita. I want to be with you to the end of my life.” Rayu Jeslina.

“Nonsense!! Stop it, Jeslina!! You know that will never happen, right? So please stop dreaming!!” Tengking Yasir dengan kuat.

Kali ini tubuh Jeslina ditolak dengan kuat. Sungguh dia berasa rimas dengan situasi itu. Sudah berkali - kali Yasir mengingatkan Jeslina akan hal ini. Namun gadis itu tidak pernah berputus asa.

“Stop dreaming? So who am I in your heart all this time?? Perempuan murahan?? Macam tu ke?? You memang dasar jantan tak guna, Yasir!! You buat diri I tak ubah seperti pelacur. Time you nak, you datang cari. Tapi bila you tak nak, you buang I macam tu je kan?? Selama ni I dah korbankan macam - macam untuk you. I sanggup serahkan segala - galanya untuk you. Tapi ini ke balasan yang I dapat??” Jeslina mula bersuara lantang. Wajahnya sudah berona merah menahan amarah.

“Excuse me! I rasa you kena betulkan semula ayat you yang tadi tu lah. Apa yang you cakap tadi? Kalau I nak you, I datang cari you? Bila masa, eh? Bukan selama ni you je ke yang terkejar - kejar cari I sampai sanggup datang serah diri dekat rumah ni? Hello, kucing mana yang nak lepaskan peluang kalau dah nampak ikan terhidang
depan mata. So, salah diri you sendiri lah kan? Siapa suruh murah sangat?” Yasir berterusan menyindir Jeslina.

Panggg!!!

Akhirnya satu tamparan kuat hinggap di pipi Yasir. Kali ini Jeslina sudah benar - benar hilang sabar. Hinaan yang dilemparkan Yasir benar - benar keterlaluan. Sungguh dia merasakan maruah dirinya sedang dipijak - pijak oleh lelaki itu saat ini.

“You’re too much, Yasir!! I hate you!!” Jerit Jeslina kuat lalu dia segera berlari keluar dari rumah itu bersama tangisan yang tiada henti.
Yasir tertawa kuat. Akhirnya dia bebas. Bebas dari cengkaman gadis bernama Jeslina. Ternyata untuk menyingkirkan gadis itu tidaklah sesukar mana dan kini Yasir sudah boleh menarik nafas lega. Senyuman kepuasan terpancar dari bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience