Rate

Bab 65 Kebahagiaan Adib dan Anis

Romance Completed 278239

Encik Muhaimin bercadang akan mengatur sebuah majlis kesyukuran sekaligus majlis aqiqah untuk kedua orang cucunya pada hari ketujuh setelah kelahiran keduanya.
"Abah nak hari ketujuh setelah kelahiran baby ni, abah nak buat majlis untuk meraikan kelahiran dan majlis Aqiqah baby Aniq dan Aniqah." Jelasnya dengan semangat.

Semua orang yang ada dalam bilik rawatan Anis umairah menyambut gembira cadangan Encik Muhaimin dan bercadang akan bahas setelah setelah keluar dari hospital.

"Adib nak pergi bayar bil hospital Anis dulu." Ucap Adib tiba-tiba memecahkan konsentrasi semua orang pada baby kembar tersebut. Adib pun keluar dari bilik rawatan setelah menerima persetujuan dari Puan Zulaikha.

"Yalah, umie kemas-kemas dulu barang Anis."

"Balik mana nanti ni?" Tanya Puan Saleha sambil tergelak kecil.

"Balik rumah kamilah Sal, saya dah sediakan bahan-bahan berpantang untuk Anis kat rumah." Terang Puan Zulaikha pada besannya Puan Saleha.

"Tak kisah, kat mana-mana jer...yang penting baby-baby comel ni dah dapat balik..." Kata Puan Saleha lagi.

Tiba-tiba pintu terkuak, semua orang menoleh kearah pintu.

"Anis dah boleh balik." Ucap Adib yang baru sahaja balik dari kaunter bayaran.

"Kalau macam tu, marilah kita balik kumpul kat rumah abah Anis." Encik Amri tiba-tiba bersuara. Ia pun mengangkat sebahagian barang Anis. Adib Umair mengangguk setelah mendengar kata ayahnya.

Setelah beberapa jam kemudian.

Mereka pun telah sampai di rumah Encik Muhaimin dan Puan Zulaikha. Ingin membahaskan tentang majlis kesyukuran dan akikah baby kembar Aniq dan Aniqah.

"Macam mana cadangan saya tadi?" Tanya Encik Muhaimin setelah mereka semua duduk di ruang tamu. Puan Zulaikha menghidangkan  beberapa jenis kuih muih dan meletakkan diatas meja. Sementara Anis Umairah dan baby kembar telah di bawa oleh Adib dan Puan Saleha ke bilik. Kemudian Adib dan Puan Saleha turun semula untuk bergabung dengan yang lain setelah memastikan Anis dan baby kembar tertidur semula.

"Boleh juga tu Min, nak buat kenduri kat mana?" Tanya Encik Amri dengan senyuman dibibir.

"Kalau takde halangan, saya nak buat kat rumah ni saja ... itu pun kalau semua setuju!" Ucapnya sambil melihat sorang demi sorang manusia ada ada dihadapannya.

"Kami berdua ikut mana yang baik saja abah, kami tak kisah....ya kan honey?" Sahut Adib Umair sambil mencuit hidung Anis dengan lembut. Anis mengangguk tanda setuju.

"Betul abah, Anis tak kisah...macam mana ibu dan ayah?" Soal Anis setelah itu, sambil melihat dua orang mertuanya  berselang.

"Ibu tak kisah Anis, ibu dan ayah ikut jer mana yang baik...yang penting kenduri tu di permudahkan segalanya oleh Allah SWT dengan lancar insya Allah."

"Kalau macam tu, nanti umie siap-siapkan keperluan untuk akikah tu...."

"Insya Allah saya bercadang nak cari lembu esok, macam mana?" Jelas Encik Muhaimin.

"Bolehlah tu, kita pergi cari sama-sama." Sahut Encik Amri tak mahu ketinggalan dan mendapat anggukan dari Encik Muhaimin.

"Macam mana kalau kambing saja abah?" Tanya Adib pada Encik Muhaimin.

"Pada abah lebih baik lembu Adib. Sesuai dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”

Riwayat Abu Daud (2842)

Tidak terhad kepada kambing, haiwan lain yang dibenarkan untuk dijadikan aqiqah adalah lembu, unta, kerbau, kibas, biri-biru dan lain-lain yang bersesuaian.

Bagi aqiqah lembu, kerbau dan unta ia boleh dikongsi sebanyak 7 bahagian. Anggap sahaja 7 bahagian bersamaan 7 ekor kambing.

Kalau kambing kena 3 ekor, jadi abah sarankan lebih baik lembu saja." Terang Encik Muhaimin agar Adib faham. Encik Amri mengangguk membenarkan setelah mendengar penjelasan besannya tadi.

"Oh, kalau macam tu ikut abah mana yang baik." Sahut Adib Umair bersetuju dengan pendapat mertuanya tadi.

Beberapa hari kemudian...

Kenduri kesyukuran dan akikah baby kembar Adib dan Anis telah diadakan secara besar-besaran dirumah Encik Muhaimin dan Puan Zulaikha. Semua sepupu sepapat dua belah pihak telah hadir menyambut kelahiran baby kembar Aniq dan Aniqah.

"Tahniah Adib...Anis, dah ada baby kembar yang comel..." Ucap Amar pada mereka berdua. Amar dan cikgu Farah juga tidak ketinggalan datang bagi mengucap selamat pada Adib dan Anis, tak lupa juga hadiah untuk baby kembar Aniq dan Aniqah.

"Terima kasih Amar, cikgu Farah...sebab sudi datang." Ucap Adib dengan senyuman.

"Sila jemput makan cikgu Farah, encik Amar..." Pelawa Anis.

"Terima kasih Anis, okay juga lepas bersalin ni?" Tanya cikgu Farah pada Anis Umairah.

"Alhamdulillah, okay cikgu. Umie dan ibu jaga Anis cukup ketat dalam masa berpantang ni." Jelas Anis dengan detail.

Setelah beberapa jam...

"Anis, Adib...mari bergambar keluarga untuk kenang-kenangan." Ajak Puan Saleha setelah majoriti tetamu dah balik. Mereka pun berkumpul bahagian pelamin simple yang telah dihias.

Adib Umair dan Anis Umairah juga bergambar berempat bersama anak kembar mereka.

"Baby Aniq biar abi yang dukung, baby Aniqah dengan mama saja ya." Ucap Adib Umair setelah mengambil alih mendukung baby lelakinya dari ibunya Puan Saleha.

"Anis, ambil perlahan-lahan anak kamu." Ucap Puan Zulaikha sambil menghulurkan baby Aniqah pada Anis Umairah untuk bergambar berempat.

"Wow, perfect sangat." Kata Amar setelah melihat pemandangan dihadapan dan mendapat anggukan dari Cikgu Farah.

**************

Sebulan kemudian, keputusan SPM telah pun keluar. Anis Umairah gembira luar biasa kerana dia adalah pelajar yang mendapat ranking pertama antara 10 orang terbaik di sekolahnya. Walau bagaimanapun, Sekolah Menengah Uthman telah mencatat rekod seratus peratus lulus semua pelajar yang mengikuti peperiksaan SPM. Itu adalah satu pencapaian yang amat membanggakan bagi nama sekolah. Penyampaian cenderahati kepada semua pelajar yang telah menduduki peperiksaan SPM akan diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan.

"Tahniah ya Anis, kamu adalah seorang pelajar cemerlang mendapat ranking 1 pula tu di sekolah ni." Ucap Aina Natasha, rakan Anis yang rapat dengannya.

"Alhamdulillah terima kasih Aina, kamu pun apa kurangnya? Salah seorang pelajar dalam ranking 10 jugakan? Tahniah juga buat kamu."
Jawab Anis Umairah dengan senyuman merekah dibibir. Mereka berpelukan singkat setelah lama tidak bertemu.

"Alhamdulillah Aina, terjawab sudah penantian kita selama ini." Jawab Anis Umairah dengan senyuman yang merekah dibibir.

"Mana anak-anakmu Anis?" Tanya Aina Natasha kerana melihat cuma Anis yang datang ke kaunter kerani untuk mengambil keputusan SPM mereka.

"Ada di pejabat guru Aina, dia dengan Cikgu Adib." Jawab Anis Umairah, pipinya bersemu kemerah-merahan.

"Jom kita kesana, saya pun nak tengok baby kembar." Rengek Aina Natasha sambil memuncungkan bibirnya. Anis Umairah tergelak melihat tingkah Aina Natasha seperti itu.

"Gediknya!!" Kata Anis Umairah sambil mencubit kedua belah pipi Aina Natasha dengan geram.

Aina Natasha tergelak heboh melihat Anis Umairah yang kegeraman.

"Jomlah, tapi jangan cubit-cubit anak saya tau." Anis Umairah awal-awal memberi amaran pada Aina Natasha, kerana majority orang yang melihat baby kembarnya akan melakukan hal tersebut.

"Okay, tapi tak janji." Sahut Aina Natasha sambut membekap mulutnya geli hati.

Mereka pun berjalan beriringan menuju ke bilik guru, di mana kedua baby kembarnya berada. Sesampainya mereka di bilik guru, baby Aniq dan Aniqah berpindah tangan, setiap guru ingin mendukung kedua baby tersebut. Banyak hadiah yang didapat dari cikgu-cikgu dan pelajar untuk menyambut kedatangan baby kedatangan baby kembar di sekolah pada hari itu.

"Comelnya anak-anakmu Anis." Ucap Aina Natasha dan mencium pipi baby-baby tersebut.

"Terima kasih Aina." Jawab Anis Umairah melihat anaknya dicium bergantian.

"Saya balik dulu ya Anis." Kata Aina Natasha setelah melihat ibunya datang menjemputnya dibilik guru.

"Okay Aina, lain hari kita jumpa lagi." Mereka pun berpelukan singkat sebelum berpisah.

Cikgu Burhan pun datang mendekati Anis dan Adib yang duduk di sofa ruang tengah bilik guru tersebut.

"Tahniah Anis, telah mengharumkan nama Sekolah Menengah Uthman, dan ini adalah hadiah dari pihak sekolah untuk Anis dan baby kembar yang comel." Hulur Cikgu Burhan selaku pengetua sekolah kepada Anis dan Adib, ada 2 buah kotak hadiah yang diberi.

"Terima kasih Cikgu." Sahut Anis Umairah dengan senyuman lebar.

"Terima kasih sayang sudah memberikan abang kebahagiaan yang sempurna ini." Ucap Adib Umair pada Anis Umairah setelah mereka berada dirumahnya sendiri.

"Sama-sama abang. Semoga keluarga kita sentiasa dalam lindungan yang Maha Esa ya abang."

"Insya Allah honey, lengkap sudah hidup abang setelah ada Anis dan baby Aniq dan Aniqah." Ucap Adib Umair sambil memeluk erat Anis Umairah.

The End.

MiaKadir
MAAF SEGALA KEKURANGAN Dari novel ni.
Terima kasih semua.

terima kasih doa-doanya ya. baru dapat update anis dan adib. terima kasih sebesar-besarnya yang mengikuti perjalanan Adib dan Anis dalam my Lovely Secret Wife. MAAF SEGALA KEKURANGAN DARI MIAKADIR

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience