Bab 30

Vampire Series 4523

Pejam celik pejam celik , tak sedar aku dah 3 bulan duduk dekat sini . Cepatnya masa berlalu..
Semenjak dua menjak tiga menjak dan bermenjak-menjak ni , perangai Cleo pun dah berubah . Dia makin berlembut dengan aku .
Haippp ! Maksud aku cara dia layan aku dah berubah . Bukan dia berubah jadi lemah lembut eh . Jangan fikir bukan-bukan .
Cleo semakin ambil berat dengan aku , dah jarang guna cara kasar . Tapi percakapan dia memang tak berubah . Sentiasa menyakitkan hati .
Katanya dia buat semua tu untuk Cealyn , bukan untuk aku . Tapi nak buat macam mana.. Semakin dia layan aku macam tu , semakin tersangkut hati aku dekat dia hehe .
Dan semenjak 3 bulan tu lah semakin banyak perkara yang terjadi dekat aku . Dah banyak kesan luka dekat badan aku ui . Pembunuh tu punya pasal . Habis satu badan aku kena cakar . Tampo kang .
Nasib baik juga Cleo tak ada berdekatan dengan aku masa aku tengah luka . Tak pasal pasal habis darah aku kena hisap nanti .
“ Kau akan jadi milik aku Cealyn.. ”

Ya.. Henry pun kerap masuk dalam mimpi aku sekarang . Aku pun tak tau apa motif Cealyn nak bagi aku mimpi Henry . Henry nak jumpa aku ke apa ?
Oh no.. Aku tak sedia lagi nak jumpa dia . Kang aku pula yang jadi mangsa si Henry tu .

“ Tangan kau dah okay ? ” soal seseorang .

Laju saja Emelyn menoleh ke sebelah . Kus semangat.. Nasib tak melayang semangat ni tau .
Emelyn memandang semula kedua tangannya yang berbalut . Hah ! Ni semua angkara pembunuh tu ! Free free aku jadi hantu bungkus dekat sini !
Cleo juga turut memandang kedua tangan Emelyn yang mempunyai banyak balutan . Entah ke mana gadis itu pergi sampai banyak betul luka dekat tangan dan badan dia .
Kalau boleh setiap hari mesti ada kesan luka baru dekat anggota badan dia .

“ Mari sini aku tengok . ”

Belum sempat Emelyn melarang , Cleo sudah menarik tangan kanannya yang mempunyai kesan luka yang baru dia dapat semalam .
Baru saja dia ingin membuka balutan itu , cepat cepat Emelyn menahan tangannya .
Cleo menghalakan pandangannya ke wajah Emelyn yang masih cuak . Pandangan tajam dihadiahkan .

“ Aku takkan hisap darah kau . Aku janji . ” serius suaranya . Mungkin gadis itu masih trauma dengan kejadian dimana dia menghisap darahnya .

Emelyn menggeleng . Tangannya masih menahan tangan Cleo dari terus membuka balutan tangannya .
Aku bukan takut pasal tu . Aku halang dia sebab dia tak pernah tahu macam mana rupa kesan luka ni . Kalau dia nampak nanti , confirm dia teringatkan Cealyn .

“ Lepas . ” kata Cleo dengan tegas . Geram dengan perangai gadis ini . Kenapa ? Bukan dia nak cederakan gadis itu pun .

Emelyn membuat muka simpati . Dah kenapa dengan aku ni ? Dah bisu ke apa ?
Cleo masih memandang tajam mata Emelyn . Apa yang dia takutkan sangat ni ?
Emelyn mengeluh perlahan . Terpaksalah aku mengalah.. Kang patah tangan aku dia buat . Perlahan-lahan Emelyn melepaskan genggaman tangannya dari tangan Cleo .

“ Degil . ” kata Cleo perlahan sambil membuka balutan di tangan Emelyn .
Amboi . Sempat kau ye..

Cleo terkaku apabila melihat kesan luka itu . Ianya kelihatan seperti dicakar . Cealyn..
Emelyn disebelah sudah mengetap bibirnya . Matanya dipejam . Bersiap sedia dengan seribu satu soalan yang akan keluar dari mulut lelaki itu .
Cleo masih menggenggam tangan kecil Emelyn . Cakaran itu mengingatkannya dengan kematian orang yang dicintainya . Dia melihat dengan JELAS kesan luka di belakang Cealyn .
Tak guna ! Pembunuh tu ! Jangan harap kau boleh terlepas dari aku kali ni ! Kau takkan dapat membunuh Emelyn selagi aku masih hidup !
Tanpa sedar dia mula mencengkam tangan Emelyn dengan kuat sehingga menyebabkan luka gadis itu berdarah semula .
Bulat mata Emelyn melihatnya . Rasa sakit di tangannya sudah tidak dipedulikan . Yang penting sekarang , Cleo melihat lama darah yang ada dekat tangan aku ! GULP..

“ Erh.. Cleo ? ” panggil Emelyn sambil cuba melepaskan tangannya dari cengkaman maha kuat dari Cleo .

Cleo yang baru tersedar dari lamunannya terus memandang wajah Emelyn dan tangan kecil itu silih berganti .
Air liurnya ditelan . Aroma darah yang mengalir di tangan gadis itu membuatkan dia hilang kawalan . Cleo menggeleng perlahan .
Tak ! Aku dah janji yang aku tak akan sakiti dia lagi !

Lama dia melihat luka itu sebelum dia membalut semula tangan Emelyn .
Emelyn menghembuskan nafas lega . Nasib tak jadi apa-apa .

“ Dari mana kau dapat luka tu ? ”

Halamak ! Kenapa soalan tu pula yang keluar ? Habis aku nak jawab apa sekarang ? Tak kan nak jawab pembunuh tu yang cakar ? Oh no no.. Tak pasal pasal diorang saling berperang sekarang ni .

“ Ah.. saya.. Erh.. Saya jatuh tangga . ” laju saja alasan ini terpancul keluar . Hadoi ! Jawapan apakah ?
Cleo mengecilkan matanya . Tak logik sungguh jawapan yang diberikan itu . Baru saja dia ingin menyoal , pintu bilik dikuak dari luar .
Serentak Emelyn dan Cleo memandang ke arah pintu .

“ Lyn.. Ada seseorang nak jumpa kamu . ” kata Aunty Bethany dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir .
Aik ? Belum pernah lagi ada orang nak jumpa aku dalam dunia ni . Siapa ? Peminat aku ke tu hehe .
Tidak tunggu lama , Emelyn mula mengorak langkah menuju keluar dan diikuti dengan Cleo .

Jalan punya jalan , tiba-tiba kaki aku terbreak ditengah jalan bila ternampak seseorang yang lagi melutut membelakangi aku .
Berkerut dahi Emelyn melihat orang yang lagi membelakanginya semasa itu . Macam aku pernah nampak sosok tubuh ni . Tapi dimana ?
Ingat punya ingat last last , ZAP ! Bulat terus matanya apabila mengingati sesuatu . Pembunuh tu !
Masih ingat tak masa aku elak serangan dia lepas tu dia tertunduk membelakangi aku ? Sosok tubuh dia sangat sangatlah seiras dengan seseorang yang ada dekat depan aku sekarang ni !
Ah ! Tiba masanya aku cekik kau ! Eh jap , tapi betul ke yang berdiri depan aku ni pembunuh tu ?
Lamunannya terganggu buat seketika apabila terasa belakangnya seperti dilanggar sesuatu . Laju saja kepalanya menoleh ke belakang .

“ Buta dah ? ” perli Emelyn sambil memandang Cleo yang turut memandangnya .
Punyalah jelas lagi tersuluh aku berdiri dekat sini , boleh boleh dia langgar aku ?

“ Badan kau kecil sangat , sebab tu aku tak nampak . ” perli Cleo semula .
Wah wah ! Cantik ayat !

Pandangan Cleo terhala ke arah sosok tubuh yang lagi membelakangi mereka ketika itu . Matanya dikecilkan . Cuba mengenalpasti siapa yang berada di depan mereka ketika itu sebelum perlahan-lahan senyumannya mekar .

“ Alyaa . ” panggil Cleo .

Aku yang tengah pandang tajam muka Cleo pun terus pandang seseorang yang aku anggap pembunuh tu .
Terkejut beruk aku bila nampak orang tu adalah Alyaa . Dia lagi memandang ke arah kami sambil tersenyum manis .
Aku tak pasti sama ada Alyaa tu pembunuh atau bukan , yang penting sekarang ni aku kena jauhkan diri dari dia .

“ Cealyn.. ” panggil Alyaa perlahan .

Emelyn yang baru tersedar dari lamunannya terus terkebil-kebil memandang Alyaa yang sudah berdiri tepat di hadapan mereka .
Uish ! Jauhnya aku mengelamun !

“ Lama tak nampak awak . ” kata Cleo . Ya , sudah hampir sebulan Alyaa tidak ke sini . Selalu bukan main , setiap hari nak datang rumah ni .

“ Saya busy sikit . ” kata Alyaa lembut .

Emelyn memandang wajah Alyaa tanpa berkelip . Lain macam saja bunyi ‘ Busy ’ dia tu .

“ Cealyn ! Kenapa dengan tangan awak ni ? ” soal Alyaa cemas sambil membelek-belek kedua tangan Emelyn .

“ Hah erh.. Saya jatuh tangga . ” jawapan ni lagi ! Hadeh..
Tapi bila tengok cara Alyaa ni , macam bukan dia saja yang bunuh Cealyn .

“ Cleo.. ” panggil seseorang dari belakang . Serentak kami bertiga menoleh . Pandangan kami bertembung dengan pandangan Demon . Uish !
How can ada Demon dekat sini ? Tapi cantik ui Demon dekat depan aku ni . Serius tak tipu . Hah bagus sangat lah tu . Alyaa cantik , Demon tu pun cantik . Terbaek .

“ Hannah ? ” panggil Cleo semula . Jelas kelihatan riak terkejutnya . Belum pernah Hannah datang sini . Takda angin , takda ribut tiba-tiba saja muncul depan mata .
Aiseh ! Nama macam artis . Nasib bukan Hannah Delisha . Hah dah alang alang ada Hannah dekat sini , Syafiq Kyle tak ada ke ? Hehe..

Seseorang yang bernama Hannah itu ketawa kecil lalu berjalan mendekati kami dengan lenggang-lenggoknya .
Amboi sempat kau catwalk eh . Nak goda siapa tu ? Cleo ke ?

“ Saya rindu sangat dengan awak Cleo . ” kata Hannah dengan nada manja .
Aku yang mendengar pun nasib tak termuntah hijau dekat sini tau !
Tapi kan , Aunty Bethany cakap ada seseorang nak jumpa aku . Hannah ke yang nak jumpa aku ni ? Aku rasa tak kot .
Pandangan sinis Hannah mula terhala ke arah Emelyn . Dia melihat dari atas hingga bawah dan jelingan mampus dihadiahkan khas untuk manusia itu .
Wah ! Cantek nampak main jeling-jeling ! Ok , aku tarik balik pujian aku tadi .

“ Lyn.. ” panggil Aunty Bethany dari ruang dapur .

Hah ! Nasib ada mommy tau dekat sini ! Kalau tak memang nahas rambut kau aku tarik !

“ Come . Ada orang nak jumpa kamu . ” sambung Aunty Bethany .

Tidak tunggu lama , laju saja Emelyn mengorak langkah menuju ke ruang dapur dengan hati yang panas .
Kalau tunggu lebih lama nanti terbakar pula hati ni dengan perangai si hanat tu .

Baru saja dia menjejakkan kaki ke ruang dapur , tiba-tiba ada seseorang memeluknya dengan sangat erat .
Pergh ! Yang satu ni lagi dah kenapa ?! Tiba-tiba nak peluk orang !
Kedua bahu Emelyn dipaut lembut selepas pelukan sudah dileraikan . Matanya menatap dalam wajah yang amat dirindui itu .
Emelyn turut memandang sepasang mata menawan itu . Aik ? Demon juga ? Tapi asal Demon ni handsome ? Tak macam Demon yang selalu aku jumpa dulu .

“ Saya rindu awak . ” katanya perlahan .

Emelyn terkaku apabila mendengar suara yang baru menyapa ke pendengarannya .
Aku.. Tak salah dengar kan ?

Henry..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience