Saya cuba lari selaju mungkin mendapatkan isteri saya. Namun gagal juga. Isteri saya terjun dari tingkap tersebut!
Alangkah pedihnya saya. Waktu tu saya menangis sekuat hati, saya menjerit sekuat hati. Tanpa berfikir panjang saya terus buat panggilan kecemasan. Saya ceritakan segalanya.
Pasukan keselamatan datang dan isteri saya dibawa masuk ke wad hospital. Nasib baik nyawa isteri saya masih lagi dapat diselamatkan. Isteri saya sebenarnya terjatuh atas pokok dan semak-semak yang tebal di bawah tu menyebabkan impak hentakan tidak kuat hingga boleh meragut nyawanya. Cuma isteri saya cedera teruk.
Alhamdulillah beberapa bulan selepas itu, isteri saya kembali sihat seperti biasa. Kami bekerja macam biasa di pejabat yang sama. Tapi kami dah tak pulang lewat malam. Sebab siang hari kami langsung tak kena ganggu. Sebelum maghrib, wajib pulang ke rumah.
Share this novel