VS14

Drama Completed 85759

Kata sepakat dah dicapai.
Kali ni Eva tak sorok lagi, sidang media diadakan bagi memberitahu kepada peminatnya yang dia akan berkahwin dalam masa dua bulan lagi.

Tiada bantahan, malahan peminat bersetuju dengan keputusan Eva.

Maka bermulanya kisah baru dalam hidup Eva dan Daim.
Masing-masing masih menunjukkan ego yang takkan mengalah.

Dalam 2 bulan ni segala persiapan dijalankan dengan teratur walaupun masa agak singkat.
Cuma Eva selalu tunjuk sikap protesnya.
Ketika hari pemilihan tema perkahwinan, ada ke minah tu nak buat ‘outdoor consept’?
Dahlia dah tampar peha anaknya.

Mana taknya, terang-terang sekarang ni musim hujan. Nanti tak pasal-pasal majlis perkahwinan menjadi majlis mandi hujan beramai-ramai!

Begitu juga ketika pilih warna untuk tema majlis.
Eva Natasha yang benci warna hitam, tiba-tiba pilih warna tu.

“Eva! Ni majlis kahwin tau! Bukan majlis berkabung!”
Tinggi suara Dahlia membantah.

Daim pun agak terkejut dengan pilihan Eva.

Tapi Eva buat muka selamba dan menjawab
“Memang nak buat majlis berkabung pun.”

Pak! kali ni bahu Eva pula ditampar kuat oleh mamanya.

Daim nak tergelak, tapi ditahan. Takut muka Eva makin cemberut.
Merajuk teruk minah ni!

Dan hari ni, hari terakhir, rehearsal bagi majlis perkahwinan Eva dan Daim.
Dalam 2 hari lagi mereka berdua akan dikahwinkan. Semua pemberita, wartawan dan peminat telah dilayar kad.
Tak lupa juga sedara mara Eva dan daim.

Kak Clay paling teruja. Awal-awal lagi dia dah mintak cuti selama 2 minggu untuk menguruskan majlis adiknya.
Yelah.. Daim satu-satu darah daging yang masih bersama dia, takkan lah dia nak biarkan adik kesayangannya uruskan seorang.

Walaupun hatinya membantah perkahwinan Daim, kerana takut menyakiti Eva. Namun dia tetap berdoa adiknya akan lembut hati untuk menerima Eva sebagai isterinya.

Seusai rehearsal, Daim mintak diri untuk pulang.

Eva dah cebik bibir.
Huh! tak sabar nak jumpa Bella lah tu?!

Melihat wajah Eva yanh cemberut, Clara membisik pada adiknya, meminta lelaki itu tunggu untuk seketika. Namun hati batu Daim terus keras.
Kalau kau masih kecik Daim, dah Kak Clay tarik dan pusing telinga kau sampai kau menjerit kesakitan!
Kurang ajar punya adik.

Kata marah dari Clara lansung tak melembutkan hati Daim.
Langkah terus keluar menuju ke pakir kereta hotel Pullman.
Dimana Majlis kahwin dia dan Eva akan dijalankan dengan gahnya.

Sampai ke kereta, enjin Toyota Hilux dihidupkandan terus memandu dipandu laju ke tempat yang ingin ditujui sejak beberapa bulan yang lalu.

Hampir 30 minit memandu, Daim memberhentikan kereta ke tanah perkuburan seluas dua ekar dihadapanya.
Tenang... tak ramai yang datang kesitu. Mungkin sebab belum waktu perayaan.
Sejambak bunga Daisy putih yang dibeli sewaktu dalam perjalanan tadi diambil dan dibawa turun dari kenderaannya.

Perlahan kaki diderap menyusur tanah perkuburan yang ratanya bernisankan warna putih.
Jauh kebelakang, mata Daim dapat menangkap dua kubur, sebelah menyebelah dengan ukiran nisan yang sama.
Perlahan jambangan Daisy tadi dibahagi dua dan diletak sama rata pada kedua-dua tanah kubur tersebut.
“Mama... Papa.. Im datang ni...”
Diam.. tiada jawapan..

Panjang nafas dihela sebelum Daim kembali bersuara lembut.
“Mama... papa... dalam dua hari lagi Im akan berkahwin, dengan Eva. Anak uncle Mansor dan Untie Dahlia. Mama dan papa masih ingat kan?”

Masih tiada jawapan, Daim sedar. Tapi bibirnya terus ingin menutur kata.
“Im nak mintak restu mama dan papa untuk Im mula kan hidup baru, doakan Im bahagia ye.”

Wajah Daim ditunduk perlahan sebelum mulutnya menghadiahkan doa kepada kedua ibu dan bapanya.
Airmata jantan teringin untuk gugur, namun diseka laju. Saat ini Daim perlukan kekuatan untuk dirinya sendiri.

Dia harus tabah menerus hidup kerana dalam dua hari lagi, tanggungjawabnya akan bertambah. Daim harus jaga dua nyawa, nyawa dia dan nyawa Eva.

Selesai menitip doa, kedua nisan mama dan papa disentuh lembut dengan tangan sebelum kaki diderap meninggalkan semadian dua pasangan itu.

Langkah diatur kedepan sedikit mencari nisan seseorang yang tak pernah dilawati sejak kematian insan tersebut.
Agar sukar Daim mencari, kerana dia sendiri pun tak pasti yang mana satu.
Sehingga matanya tertancap nama pada batu nisan putih yang agak lusuh.

RAIS DANISH
17 APRIL 1992 ~ 21 MAC 2009

10 tahun berlalu, namun semuanya masih segar Danish...

Kaki Daim mati dihadapan batu nisan itu.
Nafas dihela panjang, kedua tangan dimasukan kedalam poket seluarnya.
Mata dipejam erat.

Bau alkohol menyengat kuat.
“Kau minum ke Nish?”

Danish angkat wajah, badan dah terhuyung-hayang umpama menari ballet.
Ditangannya erat memegang Absolut Vodka, arak murah tertapi mempunyai rasa ethanol yang kuat.

Daim mendekati, Botol persegi Vodka cuba dirampas dari tangan Danish. Namun lelaki itu mengelak cepat.

“Ini semua sebab kau Im! Sebab kau!”

“Nish.. maafkan aku... aku tak bermaksud nak buat macam tu pada kau?”
Daim geleng kepala, langkah kembali mendekati Danish.

Kaki Danish menapak kebelakang lagi.

“Nish... kau dah mabuk teruk ni, aku hantar kau balik ye.”
Sekali lagi tangan Daim ingin merampas botol jernih ditangan Danish, namun kali ni Danish mengelak kuat sehingga botol kaca itu berkocak kuat dan menyimbah isinya mengenai wajah dan baju seragam sekolah milik Daim.

Arrgghh! Makin menyengit masamnya ketika bau alkohol itu memasuki rongga hidung Daim.

Danish makin menapak kebelakang.
Isi Vodka yang masih berbaki, diteguk laju kedalam mulutnya.
“Aku tak percaya kau lagi! aku takde kawan seperti kau lagi Im! Aku benci kau!”
Setapak lagi kaki Danish melangkah kebelakang.
Kali ni dah memasuki ruang jalan raya.

“Nish.. sudah lah.. jom aku hantar kau balik”
Daim terus memujuk, kakinya terus melangkah kedepan.

Danish geleng kepala, hujung botol Vodka diketuk-ketuk ketepi dahi, mukanya putihnya dah berubah merah.
Danish dah benar-benar mabuk.
Setapak demi setapak langkah dihayun kebelakang sehingga ke tengah jalan raya.

Dan tiba-tiba...
Srreekkkk.... Pang!

Jantung Daim mati! Langkahnya kaku!
Sebuah Lori Isuzu ‘side curtain’ berhenti mengejut dihadapanya dan melanggar Danish yang berada di tengah jalan.

Pemandu lori itu pantas turun melihat keadaan Danish.
Namun Daim?
Terus kaku.

Mata jelas melihat tubuh Danish yang berlumuran darah dari semua bahagian.
Kaki kirinya membengkok keatas menandakan ia sudah patah.
Dada Danish pula turun naik mencari nafas.

Dan Daim... masih terus berdiri ditempatnya.
Stupor.

Danish....
Perlahan Daim membuka matanya kembali. Kenangan 10 tahun lalu masih segar bermain didalam kotak fikiranya.
Batu nisan milik Danish direnung sayu.
“Maafkan aku Nish..”

Prakk!

Pantas Daim pusing badan saat telinganya menangkap bunyi ranting kecil yang patah akibat dipijak.
Ketika matanya tajam memandang wanita dalam linkungan awal 20an itu.
Wanita itu terus memusing tubuh untuk melarikan diri.

“Akilah!”
Panggilan Daim tak dihiraukan. Makin laju wanita itu mengatur langkah untuk keluar dari kawasan perkuburan tersebut.

Dah lama dia ingin bertemu dengan wanita ini, Daim nekad.
Kaki diderap laju menyaingi Akilah dan terus merampas lengan wanita itu.

“lepaskan aku!”
Wanita bernama Akilah itu merengus kasar, sambil mata merenung tajam kearah Daim.

Daim akur bila melihat Akilah mematikan langkah, bola matanya melirik kebawah memandang sejambak ros putih ditangan wanita itu.
“Akilah nak lawat Danish ye?”

“Kau peduli apa aku lawat siapa pun!”
Sekali lagi Akilah merengus, Jelingan kasar diberi kepada Daim.
“Aku yang perlu tanya. Kau datang sini untuk apa? Untuk lawat abang Danish atau untuk bagitahu pada abang Danish yang kau dah bahagia dengan Eva?

Halkum Daim bergerak kebawah menelan liur.
“Akilah... maafkan abang Im... abang tahu abang yang salah...”

Hujung bibir Akilah dijungkit tinggi.
“Abang? Abang aku hanya seorang je iaitu Rais Danish! Kau bukan abang aku! Kau pembunuh abang aku!!”
Pakk!
Sepantas kilat bunga ros putih yang dipegang oleh Akilah dilempar ke wajah Daim tanpa sedikit pun lelaki itu sempat mengelak.
Terus langkah Akilah kembali dipusing dan menuju ke luar kawasan tanah perkuburan itu.

Daim raup wajahnya sekali.
Ros putih yang bertaburan di lantai tanah dipandang kosong sebelum mata kembali kedepan mencari figura Akilah yang sudah hilang.

Nafas dihela panjang..
10 tahun lamanya, namun Akilah, adik kepada Danish masih menyimpan dendam terhadapnya dan menuduh Daim sebagai penyebab kematian abangnya.

Akilah... kau tahu tak aku pun sukar terima kenyataan bahawa Danish mati dihadapan aku!

Sekali lagi keluhan dilepas di hujung bibir Daim.
Kisah di tanah perkuburan cuba dia tinggalkan walaupun kata-kata Akilah masih tergiang.
“Kau pembunuh!”

Rambut hitam Daim yang menutup dahi disuak kebelakang.
Dia yang kini sedang memandu keretanya selepas meninggalkan tanah perkuburan, masih lagi membiarkan wajah Akilah bermain disangkar fikiranya.
Vape Higar ditepi pintu kereta diambil dan dibawa kemulut.
Nikortin berperisa strawberry disedut dalam sebelum menghembus asap keluar tingkap Toyota Hilux nya.
Sekali lagi wajah diraup perlahan.

Walau sebentar penemuanya dengan Akilah, namun Daim mengerti kesedihan yang dialami oleh wanita itu bertahun-tahun lamanya.

Hati Daim makin parah, kereta terus dipandu laju menuju ke cafenya.

Setelah berpuas hati dengan parkirnya, Daim keluar dari Toyota Hilux dan menuju masuk kedalam Cafe Indulgence.

Sewaktu pintu kaca ditolak untuk membuka, wajah pertama yang dilihatnya adalah Bob Chubby atau nama asalnya, Indra Iskandar. Huh! nama tak se gah body!

Saat mata Bob tepat mengenai wajah daim maka bermula lah drama sebabaknya.
“Selamat pengantin baru.. semoga kekal abadi... bahagia.. ke anak cucu... semoga murah rezeki...”

Pakk!
Laju Firman menampar tepi bahu Bob menyebabkan nyanyian sumbang lelaki itu terhenti.
“Kau ni nak melawak pun pandang lah kiri kanan! Kan ramai customer ni, nanti viral pulak.”

Bob kerut dahi.
“Nak melawak apanya? Betul lah bos kita nak kahwin dah. Satu Negara dah heboh bro.”

“Ye... aku tahu.. tapi ni kan kat tempat kerja, professional la sikit.”

Bob tarik muka, maka makin cembung lah pipinya yang sedia Chubby.
“Ala nak melawak sikit pun, nak sentap ke?”

“Aku tak sentap pun Bob... nyanyi lah lagu apa pun kau nak, asalkan kau bahagia.”
Daim makin menghampiri kaunter, bibir ingin senyum namun ditarik semula menjadi serius.

“Im.. better kau pergi private room dua sekarang, Eva kat sana.”

Hah?! Daim angkat wajah memandang Firman, Western Chef untuk Cafe Indulgence
Kenapa Eva datang sini?
Rasanya berbulan lamanya setelah krisis mereka berdua, wanita itu tak pernah lagi datang ke cafe ni.

“Oii kau tunggu apa lagi bos? Bini kau dah panggil tu, karang tak pasal-pasal Cik Eva merajuk, aku juga yang kena pujuk...”

Errkk.. serentak Daim dan Firman memandang wajah Bob yang selamba mengankat keningnya berkali-kali.

Dada ditarik tinggi mengambil oksigen sebelum menghembus perlahan, langkah diatur panjang menuju ke ‘private room’

‘Private room’ adalah bilik yang direka oleh Daim untuk pelanggannya yang inginkan lebih privasi sambil menghirup kopi buatanya.
Hanya tiga buah sahaja ‘private room’ yang dibina oleh Daim. Ketiga-tiga bilik tersebut mempunyai ruang yang agak besar dengan cermin tingkap yang terbuka luas disertakan pemandangan yang menghijau.
Kebetulan Cafe Indulgence asalnya dibina oleh papa Daim bersebelahan dengan ladang jagung milik penduduk sekitar disini.

Ye.
Memang jauh dari kesibukan kota. Namun kerana keterujaan merasai kopi buatan Daim, ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menikmati sambil dihidangkan dengan panorama yang cukup indah.

Sampai dihadapan ‘Private room no. 2’,perlahan tangan Daim menarik ‘Sliding door’ yang menjadi pintu di bilik itu.

Eva dah bersedia duduk sambil kakinya disilang. Pandangan wanita itu dibuang keluar tingkap.

Daim menarik kerusi dihadapan Eva sebelum punggungnya dihenyak.

“Dua hari lagi majlis perkahwinan kita. Kau masih ada peluang untuk tarik diri Im.”

Wajah Daim diangkat memandang sisi Eva yang masih menatap luar jendela.
Semakin dekat tarikh mereka berdua disatukan, semakin dingin sikap Eva terhadap dirinya.
Senyum dan tawa wanita itu pun makin hilang.
Daim tahu semuanya salah dia.

“Dah sampai tahap ni, kau nak aku tarik diri?”

Ah.. sama-sama ego. Hati kata lain, mulut menutur lain!

Kali ni Eva memusingkan badannya. Wajah Daim ditatap.
Tipu jika dia tak rindu untuk bergurau senda dengan lelaki tu seperti dulu. Namun jiwa yang lara dibiarkan tanpa kata.
“Kau masih boleh tarik diri Im, kes kita di hotel tempoh hari pun dah tak disebut lagi.”

“Kalau aku tarik diri saat kita hampir berkahwin, kau ingat peminat kau akan diam? Semua cerita akan dibuka kembali Eva.”

Eva telan liur.
Dia tak menafikan apa yang dikatakan oleh Daim. Cuma hatinya yang sakit minta dipujuk oleh lelaki itu.

“Dah la Eva.. we follow what our plan.”

“Plan?”
Eva sembur tawa sepintas.
“Plan untuk menceraikan aku?”

“Eva...”
Badan Daim dibawa kedepan sedikit. Cuba merapati Eva namun wanita itu menyandar belakangnya lantas menyilang tangan kedada.

“Okayyy.... seperti janji kita sebelum ni, aku akan ikut plan kau. Aku datang sini Cuma nak tanya, kalau kau tiba-tiba berubah fikiran.”

Daim turut menyandar tubuh. Seperti Eva, dia turut menyilang kedua tangan kedada. Taknak mengalah. Walau hati mintak dibias rindu yang dalam pada wanita dihadapanya.
“Kau tanya perasaan aku untuk apa? Atau kau nak tutup perasaan kau yang masih ada pada Lukas?”

Adesss... berbirat saraf ‘eardrum’ telinga Eva dengan kenyataan tak masuk akal si Daim Akli ni!
Gigi diketap kuat. Muka dicemberut marah.
“Kalau aku ada perasaan pada Lukas pun kau peduli apa? Ada dalam perjanjian ke yang menyatakan aku tak boleh ada perasaan pada sesiapa?”

Makin laju Halkum Daim bergerak kebawah menahan rasa.
Ekpresi wajah cuba disorok.

“Tapi aku bukan macam kau Im, walau aku masih ada perasaan pada Lukas, tak la aku kehulu kehilir dengan dia depan public sebab aku sedar aku bakal kahwin dengan kau.”

Kali ni Daim kerut dahi, ayat Eva cuba dihadam.

“Aku tak tahu rapat mana hubungan kau dengan Agensi Modeling tu, tapi aku nak warning kau. Tolong cover sikit hubungan korang. Jangan sampai public sedar yang suami aku ada scandal dengan perempuan lain.”

Hubungan aku dengan agensi modelling?
Siapa?
Sekali lagi kening Daim bercantum.
Jangan-jangan minah ni cakap pasal Bella?
Bibir Daim ingin mengorak senyum, namun ditarik balik.
Bella scandal dengan aku?
Hahaha! Lawak la kau Eva!

Oopps! Satu lagi.
Apa kau cakap tadi, Eva?
Aku suami kau? Woooo... best pulak ayat kau tu Eva.
Rasa bahagia seakan-akan kupu-kupu yang berterbangan bebas dalam perut aku ni Eva oooii...

“Im... kau dengar tak apa aku cakap?!”

Oiitt!
Daim tarik nafas. Rasa mati sekejap denyutan jantung ni bila Eva menjerit kuat depan dia.
Aishh! Tak boleh ke kau berlembut sikit Eva. Aku ni kan suami kau.. Eh silap! BAKAL SUAMI KAU..

Sekali lagi Eva merengus bila dilihat Daim terus membisu.
Lantas tubuhnya dibangunkan.
“Cakap dengan kau! Macam cakap dengan dinding putih ni!”

Leher Daim didongak memandang Eva yang sudah berdiri.
Ingat Eva! Dinding putih ni lah bakal Suami kau tau!

“Aku nak ingat kan kau sekali lagi, kalau nak keluar dengan Bella, make sure kau cover sikit. Kau kena ingat kau kahwin dengan artis. Semua benda tentang life aku akan diambil tahu. Aku taknak kau lempar arang kat muka aku. Remember that Daim Akli!”

Huh! Bagaikan ditaktor memberi arahan, dan tanpa menunggu jawapan. Eva mencapai tas tanganya sebelum melangkah laju keluar dari ‘private room’

Daim tak kejar ke?

Huh! Ingat ni cerita Hindustan ke nak pujuk bagai, dan tiba-tiba datang sekumpulan penari dengan lagu yang mendayu-dayu?
Oh! My god!
Memang tak dibuat la oleh lelaki yang bernama Daim Akli!

Biaq pi la hang nak merajuk pun Eva oiii!

Kreeekk..
Sekali lagi ‘Sliding door’ dibuka.
Wajah Firman tersembul sambil kaki melangkah masuk.
“Cik Eva dah balik ke bos?”

Daim pandang plastik bungkusan yang dipegang oleh firman, lantas kepalanya diangguk.

“Laaa... aku nak bagi Aglio Oglio ni. Tadi dia mintak buatkan untuk Cik Clara”

Aik?! Sejak dua menjak ni suka benar kak Clay tempah aglio oglio kat cafe aku ni.
Mmmm.... Daim urut jambang tipisnya.
“Takpe.. nanti aku nak balik. Kau buat yang baru untuk kak Clay.”

Firman angguk kepala, lantas badan dipusing untuk keluar.

“Man..”

“Hah?!”
Kaki Firman yang baru ingin melangkah keluar kembali berpusing menghadap majikannya.

“Kau kahwin dengan arwah bini kau sebab cinta ke?”

Aik! Apa ke pelik soalan bos aku ni?
Firman anggguk kepala.
“Mesti la aku kahwin sebab cinta, bos.”

“Mesti kau bahagia masa isteri kau masih ada kan.”

Firman tarik nafas. Dia pun tak pasti kenapa tiba-tiba Daim bertanyakan soalan macam ni.
“Aku bahagia bos.. sangat-sangat bahagia.”
Kerusi dihadapan Daim ditarik, lantas punggung didudukan.
“Sejak berita kau nak kahwin dengan Eva ni tersebar, aku tengok kau makin diam bos. Ada apa-apa problem yang kau rasa nak cerita ke?”

Kali ni Daim pula melepas keluh. Hujung rambut yang menyentuh kening disuak kebelakang.
“Entah la Man.. aku pun tak tahu nak cerita macam mana pada kau.”

Firman angguk kepala. ‘Bandana Cap’ yang menutupi kepala, dicabut dan diletak kedalam poket apronnya.
“Aku memang lama dah nak tanya kau bos. Dari awal aku kerja kat sini aku tahu kau suka kan Cik Eva, tapi aku takde hak nak tanya banyak pasal kau. Sejak berita kau dengan Cik Eva viral, memang aku terkejut, lebih-lebih lagi bila kau sendiri umumkan untuk berkahwin dengan Cik Eva. Terus-terang, mulanya aku agak kau dah lakukan sesuatu yang buruk pada Eva, tapi bila aku fikir balik, kau bukan sejenis lelaki yang akan menyakiti perempuan. Tentu ada sesuatu perkara yang berlaku, hingga kau buat keputusan drastic macam ni, dan aku pasti perkara tu adalah demi kebaikan kau dan Eva.”

Mata Daim terus menatap Firman, walau usia mereka hampir sebaya. Namun Firman nampak lebih matang, mungkin kerana dia pernah mempunyai isteri disaat umur yang masih muda. Dan selepas kematian isterinya, Firman terpaksa mengambil alih tanggungjawab sebagai ibu dan bapa untuk anak perempuannya yang kini meningkat usia 5 tahun.

Firman meneguk liurnya sebelum kembali bersuara.
“Cuma sebagai lelaki yang dah pernah lalui hidup berumah tangga. Aku nasihatkan kau, hargailah milik kau. Sebagai suami, isteri adalah milik kau yang sah. Sayangi dia umpama kau sayang diri kau sendiri. Kerana bila dia dah takde, baru kau dapat rasakan kosongnya diri kau bos, macam apa yang telah aku lalui sekarang ni.. Aku kuat untuk teruskan hidup pun sebab anak aku. Kalau tak, memang aku dah jadi gila.”

Sekali lagi Daim raup wajahnya. Pesanan Firman betul-betul memakan dirinya.
Terasa makin berat untuk melalui zaman perkahwinan yang hanya bebaki dua hari lagi.

Firma sentuh lengan kiri Daim yang berada diatas meja.
“Aku kenal kau baru je lagi Bos, tapi aku tahu kau lelaki yang boleh bawa keluarga kau untuk lebih bahagia. Aku yakin Cik Eva takkan salah pilih kau sebagai suami dia. Lagipun aku tengok kau dengan Cik Eva sepadan sangat. Aku tunggu nak tengok anak korang, mesti cun punya.”

Daim jungkit bibir, sampai kesitu angan Si Firman ni?
Kisah Buddy aku dan Eva belum tamat lagi, kau dah nak buat sambungan untuk aku jadi hubby pulak ke?
“Thanks Man..”

Firman kedip mata sekali.
“Takde hal la bos, aku akan sentiasa doakan Bos aku ni bahagia selama-lamanya.”

Sekali lagi Daim senyum, kali ni lebih lebar.
Harap doa kau termakbul lah Man ooii..

‘Eva Natasha
Gadis yang ku puja.
Kau bagai bintang kejora
Mempersona...’

Serentak Daim dan Firman memandang keatas, telinga bergerak-gerak menangkap lagu dari kumpulan Febians itu.

“Ni mesti kerja Bob ni! Suka sangat pasang lagu Eva Natasha, mentang-mentang lah minat dengan bini kau tu, sampai tiap-tiap hari nak ulang pasang. Dah lah volume sengaja dikuatkan.”

Bini aku?
Aahhh.. sukanya!

Eva Natasha isteri kepada Daim Akli.
Yeeaayyy!

Daim...ingat janji kau pada Danish!
Glupp...

“Aku keluar lah bos, nak suruh Bob tu tukar lagu.”
Firman angkat tubuh.

“Biar je Man.. aku nak dengar.”

Pantas wajah Firman kembali memandang majikannya.
Huh! Dah angau dengan bakal isteri sendiri lah tu!
Senyuman diukir sebelum kaki diderap keluar bilik meninggalkan Daim yang terus memandang keluar tingkap sambil bibir bergerak-gerak mengikut bait lagu.

‘Pertama kali bersua denganmu
Kau hanya tunduk membisu
Rambut terhurai kebahu
Ku terpaku..

Telah ku cuba untuk menghampiri
Tak terdaya diri ini...
Tak mengerti...

Akhirnya engkau berlalu disitu..
hanya memandang pada ku..

Kau hilang bagai angin lalu...'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience