Bab 59

Romance Completed 207871

"Balik rumah suami Intanlah" jawab Intan sambil tersenyum pada Caden disebelah.

Tuan Rahman mengangguk dan berkata.

"Eloklah, kat rumah ayah pun tak ada orang yang nak tengokkan Intan" kata Tuan Rahman.

"Kalau dah macam tu, ayah balik dulu. Nak ke pejabat" bagitahu Tuan Rahman.

"Okey ayah, hati-hati memandu" pesan Intan lalu kekura tangan Tuan Rahman dicium.

Tangan kiri Tuan Rahman naik menggosok lembut kepala Intan.

"Cepat sembuh, ayah tau anak ayah kuat" kata Tuan Rahman.

Caden kemudian menghulurkan tangan bersalam, kosong sahaja pandangan Tuan Rahman padanya.

Kemudian disusuli dengan Carlos pula bersalaman.

"Ayah balik dulu. Assalamualaikum" kata Tuan Rahman lalu menghilangkan diri disebalik pintu.

Caden dan Carlos saling membalas pandangan.

Pelik, biasanya sebelum keluar dari wad, Tuan Rahman pasti memanggil Caden untuk berbincang di luar mengenai perkara itu.

"Kenapa muka abang macam tu?" soal Intan pada Caden.

"Hah, kenapa?" soal Caden pula.

"Hm.. macam ada yang mengganggu fikiran abang" terang Intan.

"Tak ada apa-apa lah" jawab Caden lalu melabuhkan duduk di sisi katil.

Caden rasa ada sesuatu yang tidak kena di situ. Harap-harap biarlah perkara yang baik.

+++

Seperti yang dikatakan oleh Dr. Dani tempoh hari, hari ini Intan sudah dapat pulang ke rumah dan perlu datang dua kali seminggu untuk fisioterapi selain daripada aktiviti sendiri di rumah dan juga urutan yang dapat membantu otot-otot kembali aktif.

Petang itu Caden bersama Carlos membawa Intan pulang ke rumah.

Walaupun masih lemah, Intan rasa gembira dapat memijakkan kaki ke rumah itu lagi.

"Puan.." panggil Kak Sal.

Terus dipeluknya Intan. Menangis teresak-esak Kak Sal dipelukan Intan.

"Kak Sal ingat dah tak dapat jumpa Puan lagi.." tersedu sedu suara Kak Sal.

"Sekarang dapat jumpa.. jangan sedih-sedih dah" pujuk Intan.

"Kak Sal, Afrina masih lemah. Biar dia berehat dulu" tegur Caden yang sudah tajam merenung Kak Sal.

"Ma.. Maaf Tuan. Puan masuk berehat dulu. Kak Sal siapkan makan malam" kelam kabut Kak Sal lepaskan Intan.

Intan hanya mengangguk. Kaki perlahan melangkah sambil dipimpin Caden.

Kata Dr. Dani, biarkan Intan berjalan sendiri. Bagus untuk kuatkan kaki.

Intan menapak perlahan mendaki tangga, payah melihat Intan meneruskan langkah. Nak saja, Caden mencempung tubuh itu tapi demi kebaikan Intan, terpaksa ditahankan hatinya.

"Sayang, kalau penat, biar abang dukung masuk bilik" ucap Caden.

Intan menggeleng.

"It's okey abang. Sayang nak berjalan sendiri" jawab Intan.

Setelah susah payah, sampai juga kakinya ke dalam bilik.

Caden cadangkan supaya tidur di ruang tamu di tingkat bawah, tetapi Intan tidak mahu. Katanya biarlah di tingkat atas, boleh gunakan tangga sebagai salah satu senaman untuknya.

Caden terpaksa akur dengan permintaan Intan.

Malam itu, setelah selesai makan malam. Kak Sal mengemaskan dapur dan meja makan sebelum pulang.

Sebelum ini, kerja mengemas selepas makan malam menjadi tugas Intan tetapi buat masa sekarang semua itu dilakukan oleh Kak Sal.

Caden tidak mahu Intan terbeban dengan perkara lain selain dari memastikan kesihatan Intan kembali seperti dahulu.

"Tuan, Puan. Kak Sal balik dulu" ucap Kak Sal pada Intan dan Caden yang berada di ruang tamu.

"Hm.. Hati-hati" balas Caden.

"Kak Sal, maaf ye sebab susahkan Kak Sal sampai balik lewat" kata Intan serba salah.

"Eh.. Susah apanya, memang kerja Kak Sal" laju Kak Sal membalas.

"Hati-hati ye Kak Sal" kata Intan pula.

Kak Sal hanya mengangguk dan terus berlalu ke pintu utama yang waktu itu Abang Budin sudah sedia menanti.

Setelah Kak Sal pulang. Caden yang berada di sebelah Intan berkata.

"Sayang okey?" soal Caden.

"Kenapa abang tanya?" soal Intan pula.

"Hari ni sayang banyak berjalan, abang takut kaki sayang penat" kata Caden lalu mengangkat kedua-dua kaki Intan ke atas ribaannya.

Caden bergerak sedikit ke hujung sofa memberi ruang kaki Intan.

Kain yang dipakai Intan diselak hingga ke lutut untuk memudahkan kaki dipicit dan diurut.

"Eh eh eh, abang nak buat apa ni?" soal Intan pelik.

Merah wajahnya. Dia tak sihat lagi kot, takkan la Caden mau pulak..

"Hey, sayang fikir apa ni? Merah-merah pipi ni" usik Caden sambil hidung Intan dijentik perlahan.

"Sakit la.." muncung bibir Intan mengadu

"Abang nak picit dan urut kaki sayang la. Ada kain susah nak picit, abang selak la sikit" terang Caden.

Ooo.. Bulat bibir Intan. Ingat nak buat apa. Termalu sendiri Intan. Hai la, agak-agak la kau pun..

Kemudian perlahan kaki itu dipicit dan diurut perlahan seperti yang diajar oleh Dr. Dani tempoh hari.

Terpejam mata Intan. Kepala yang disandar pada kepala Sofa diselesakan.

Sedap rasa kaki dipicit dan diurut begitu. Pandai Caden menggunakan minyak aroma semasa urutan dibuat.

Lama-kelamaan terlena Intan di situ.

+++

Intan tersedar dari lena. Rasa kemas dalam pelukan. Bila didongak, Caden tenang lena disebelahnya sambil tangannya memeluk tubuh Intan.

Sampai terlena Intan kerana selesa menerima urutan daripada Caden.

Caden yang terasa pergerakan pada tubuh Intan, pantas membuka mata.

"Kenapa ni, sayang sakit ke?" soal Caden pada Intan sambil mata dipejam celikkan kerana baru terjaga.

Bimbang jika Intan sakit di mana-mana.

"Tak, sayang terjaga. Rasa tadi ada atas sofa, tapi bila sedar ada dalam bilik pulak" kata Intan pada Caden sambil dada yang tidak berbaju itu diusap lembut.

"Sayang terlena tadi. Abang tak sampai hati nak kejut. Abang dukung naik atas" terang Caden.

"Thanks abang" ucap Intan lalu menjatuhkan ciumkan pada bibir Caden.

Terpejam Caden menerima sentuhan bibir Intan itu.

"Anything for you sayang" jawab Caden lalu dieratkan pelukan.

Intan menyembamkan wajahnya pada dada Caden. Dikucup lembut dada bidang itu.

"Sayang.." panggil Caden.

"Ops, sorry. Sayang rindukan abang sangat" kata Intan.

Caden menggosok lembut belakang Intan.

"Kita tidur okey. Good night sayang" ucap Caden lalu mengucup ubun-ubun Intan.

Bimbang jika tidak dibendung, akan melarat pula tindakannya nanti.

"Good night abang" balas Intan.

+++

Sudah dua minggu Intan pulang ke rumah sejak keluar dari wad tempoh hari.

Semasa fisioterapi semalam, keputusan kesihatan Intan sangat memberangsangkan. Banyak perubahan pada kesihatannya.

Caden bersyukur kerana Intan semakin pulih tetapi semakin Intan pulih, semakin bimbang Caden mengenai perkara yang satu itu.

Pagi itu jam tujuh pagi Caden mengajak Intan berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah. Langkah Intan semakin laju.

Kuat semangat Intan untuk pulih. Kadang-kadang Caden naik risau kerana Intan seperti memaksa dirinya untuk cepat pulih.

"Sayang, jangan paksa diri. Buat perlahan-lahan okey. Step by step" tegur Caden.

Bimbang Intan penat kerana terlalu kerja keras.

"Abang.. Boleh tak sayang nak guna bilik gym abang kat bilik bawah" pinta Intan.

"Sayang nak buat apa?" soal Caden.

"Sayang nak work-out yang mudah-mudah je" terang Intan.

"Boleh sayang. Abang bantu okey" kata Caden sambil mengikut Intan dari belakang menapak di sekitar kawasan rumah.

Agak luas juga kawasan rumah ini, kalau tak biasa, berpeluh juga

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience