BAB 37

Romance Completed 67139

              “ARA!”  Suara nyaring milik Adila Qayrina menerjah gegendang telinga Adara. Hampir pekak dia dibuatnya mendengar jeritan sahabat baiknya itu. Adila berlari ke arah Adara lalu memeluk tubuh Adara erat-erat.

“Lepas, lepas! Aku tak boleh bernafas!” Adara menepuk belakang badan Adila berkali-kali mohon dilepaskan. Adila makin mengetatkan pelukan. Rindu betul ya dia dengan minah ni.

Adara memandang Aiden mahu meminta tolong. Aiden hanya tersenyum senget dengan sengaja. Dia berjalan meninggalkan Adara sendirian dengan Adila. Adara menjeling Aiden tajam.

Jahat!

“Kau ni, honeymoon lama sangat kenapa? Sunyi tahu tak aku dekat sini. Huh.” Adila meleraikan pelukan. Mulut tak henti mengadu pada Adara. Adara hanya melayan. Nama pun kawan kan?

“Yelah, yelah. Mana nenek? Mak mertua aku nak jumpa nenek.” Tanya Adara mencari kelibat Nek Kalsum. Adila memuncungkan bibir ke arah dua figura yang tak jauh daripada mereka. Adara segera menoleh ke arah yang ditunjukkan Adila.

“Tak payah risaulah. Tu nampak tu. Nenek dengan mertua kau dah rancak bersembang dah tu. Baik kau sembang dengan aku. Tak payah nak mengada pergi dekat Aiden.”

Adara mengecilkan matanya ke arah Adila. Adila tersengih kerang. Muka tak bersalah ditayang. Adara senyum kecil. Rindu jugak nak bersembang dengan Adila.

“Fine, jom. Kau nak cerita apa lagi?” Adara menoleh ke arah Nek Kalsum dan Puan Rossa sekilas. Bibir mengukir senyuman lebar melihat mertua dan neneknya yang sedang bersembang mesra.

“Pasal apa lagi? Pasal kau dengan Aiden lah. Jom!” Ucap Adila teruja, dia menarik Adara masuk ke dalam bilik. Adara terkebil-kebil mendengar jawapan Adila.

Merepek!

Aiden mengerling ke arah isterinya dan Adila yang berjalan melepasi dia menuju ke bilik tidur. Dia tersenyum kecil melihat wajah Adara yang seperti terpaksa.

“Yow, dah balik.” Sapa Dayyan kepada Aiden dengan senyuman lebar menghiasi wajah. Dia mengerling ke arah Adara sekilas yang bersama Adila tak jauh daripada mereka.

“Nak hugs jugak ke?” Usik Dayyan dengan keningnya diangkat sebelah. Tangan sudah didepakan mahu memeluk Aiden. Aiden tayang muka dingin.

“Kau nak mati awal ke?” Aiden menolak tubuh Dayyan ke tepi. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa panjang di ruang tamu rumah agamnya. Kesan jet lag menaiki pesawat pulang ke Malaysia selama lebih 16 jam kini terasa.

Belum sempat Dayyan mahu menanyakan apa-apa, susuk tubuh Aryan mendekati mereka berdua. Aryan tersenyum lebar dengan wajah teruja. Dia melagakan penumbuknya dengan Dayyan.

“Yow, Ayyan!”

“Yow, our playboy is back!”

Tak lama kemudian, pecah gelak tawa dua jejaka itu memenuhi ruangan tamu milik Aiden. Aiden meraup muka. Elok sangatlah tu dah berjumpa.

“Tuan Muda," Sapa Ersyad kepada Aiden. Dia menundukkan sedikit badan sebelum kembali ditegakkan menghadap Aiden. Aiden mengangguk kecil.

“Duduk. Arrez mana?” Soal Aiden ingin tahu apabila tak nampak kelibat Arrez bersama mereka. Ersyad lantas duduk sebelum mahu menjawab pertanyaan Aiden.

“Arrez pergi ambik ubat dekat klinik.” Jawab Dayyan dahulu menjawab bagi pihak Ersyad. Ersyad mengangguk mengiyakan kata-kata Dayyan.

“Hm, okay.” Balas Aiden sepatah. Dia memandang pelik ke arah Dayyan dan Aryan yang sedang berbisik sesama mereka berdua. Ersyad pula hanya menahan tawa apabila mendengar perbualan pasangan duo itu.

“Kau berdua kenapa?” Aiden bersuara. Dia memandang ke arah Ersyad. Ersyad serta-merta mempamerkan riak wajah tanpa riak.

“Bila aku nak jadi uncle? Kata pergi honeymoon.” Dayyan menggerakkan keningnya. Sikunya menyiku lengan Aiden. Bibir mengukir senyuman penuh makna. Jelas kelihatan lesung pipit pada wajah jejaka itu.

“Itulah pasal. Beria pergi honeymoon tapi tak ada hasil. Apa citer, Aiden?” Aryan turut ikut menyakat. Dia dan Dayyan saling memandang satu sama lain sebelum melepaskan tawa masing-masing apabila lihat muka menyampah Aiden.

“Shut up both of you. Kau, Aryan. Kad kredit aku mana?” Soal Aiden malas melayan perangai tak semengah kedua-dua sahabatnya itu. Aryan menayang wajah seolah sedang memikirkan sesuatu.

“Eh, bukan aku dah bagi dekat kau ke?” Aiden menyilangkan tangan ke dada. Mata merenung ke dalam mata Aryan. Tahu helah Aryan sudah lapuk dek zaman itu.

“Yelah, kedekut ah kau ni.” Dayyan tergelak kecil. Lengan Aryan ditumbuknya sesekali. Nak menipu agak-agaklah. Itu Aiden kot.

Nak tak nak, Aryan menghulurkan kembali black card milik Aiden kepada tuannya semula. Muka sudah masam apabila tahu tak dapat menghabiskan duit Aiden lagi.

Aiden hanya mempamerkan riak biasa. Bukan pertama kali perkara ini terjadi sebenarnya.

“Malam ni, bilik aku. There's something we need to discuss. Pesan dekat Arrez. Aku nak semua ada.” Arah Aiden kini bertukar serius. Matanya merenung mereka bertiga sekilas.

“Baik, Tuan.” Ersyad menjawab tak lama selepas itu. Dayyan dan Aryan hanya mengangguk. Tahu perkara yang ingin dibincangkan Aiden.

Aiden bingkas berdiri, mahu membersihkan badan. Tapi sebelum itu, sempat dia menangkap kata-kata Aryan.

“Aiden, bilik kau yang mana? Dengan Adara ke yang biasa?” Usik Aryan masih tak serik.

Dayyan melepaskan tawa sepuas-puasnya. Bukan selalu dapat mengusik Aiden. Ersyad menundukkan wajah. Tak mahu diketahui Aiden dia sedang menahan tawa yang hampir meletus.

Buk! Bantal kecil yang berada di sofa menjadi mangsa balingan Aiden. Aryan meraup muka apabila bantal itu dibaling tepat pada wajahnya. Memang lah lembut. Tapi kalau dibaling dengan penuh rasa marah, memang sakitlah!

“Mind your business, Aryan. Go get your own wife.”

“Tak nak!”

     “ARA, Aiden mana? Tak turun makan sekali? Pergilah panggil.” Nek Kalsum mengambil tempat di sebelah cucunya. Mereka berdua sedang sibuk menghidangkan makanan di atas meja makan.

“Aiden rehat dalam bilik rasanya nenek. Kejap, Ara pergi panggil.” Adara berura-ura mahu pergi naik ke atas. Lupa pula pada Aiden. Ini semua sebab Adila lah.

“Kalau dia tak nak turun makan, cakap je mama suruh, tau.” Pesan Puan Rossa pada Adara. Bukan dia tak tahu Aiden yang selalu mengabaikan makan minumnya kadang.

“Okay, mama.” Adara mengangguk. Kaki mengorak langkah menuju ke bilik tidurnya. Anak tangga dinaiki satu persatu. Dia terserempak dengan Dayyan yang sedang dalam perjalanan turun.

“Dayyan, Aiden ada dalam bilik ke?” Dayyan menoleh sekilas ke arah tingkat atas sebelum mengangguk.

“Aiden kata dia tak sihat. Rasa nak demam. Tadi dia baru lepas muntah.” Maklum Dayyan dengan wajah serius. Adara sedikit terkejut. Demam?

“Ye ke? Tolong cakap dekat mama saya dengan Aiden turun lambat sikit tau.” Pesan Adara, dia melajukan langkah mahu bertemu dengan Aiden. Dayyan senyum kecil.

“Kau kenapa? Kena kejar orang ke apa?” Tegur Adila apabila melihat Adara seperti sedang berlari tak cukup tanah. Tak relaks betul.

“Tak ada apalah. Aiden demam.” Balas Adara cepat-cepat. Adila mengerutkan wajah. Demam? Bukan tadi dia nampak Aiden elok je ke? Lantaklah. Suami orang. Bukan suami dia. Huh.

Adara menolak pintu bilik mereka berdua. Mata tertancap pada figura Aiden yang sedang berbaring di atas katil. Dia segera mendapatkan suaminya.

“Abang,” Panggil Adara. Dia memanjat katil. Aiden menoleh ke arah isterinya apabila dipanggil. Tak semena-mena, wajahnya dipegang Adara. Tangan kecil isterinya diletakkan pada dahi. Lalu, masuk ke dalam bajunya pula. Aiden telan air liur.

“Abang demam eh? Kenapa tak bagitahu sayang?” Ucap Adara risau apabila merasakan suhu badan Aiden yang panas. Tangan mengusap wajah tampan Aiden.

Aiden memegang tangan Adara yang berada pada wajahnya. Matanya bergerak-gerak tak faham apa yang berlaku.

“Demam?” Adara mengangguk mengiyakan. Tangan isterinya masih berada pada wajahnya.
Adara memeluk Aiden. Aiden tersentak. Selalunya dia yang peluk Adara.

“Dayyan kata abang demam. Muntah. Kenapa tak bagitahu.” Adara mengangkat wajah memandang Aiden. Tangan mengusap belakang badan Aiden.

“Haah, demam. Tak nak sayang risau.” Aiden tersenyum dalam diam. Sejak bila dia demam pun tak tahu. Yang dia tahu dia suka bila Adara risaukan dia seperti ini.

Badan dia panas bukan sebab apa. Tapi sebab perbuatan Adara pada dia sebenarnya.

“Abang nak apa? Nak makan? Nak muntah? Ke nak tidur?” Soal Adara muka jelas risau. Aiden mula rasa serba salah. Tapi tetap meneruskan lakonan tahap Oscar nya.

“Nak sayang je.” Aiden memeluk Adara. Senyuman lebar disorokkan pada ceruk leher Adara. Dalam minda sudah berterima kasih kepada Dayyan.

“Okay, abang rehat tau. Nanti makan ubat. Lepas tu tidur. Bagi cepat sihat.” Adara menepuk lembut belakang Aiden.

“Hmm, just treat me with your hugs. Hug me till I smell like you, love.” Gumam Aiden perlahan. Bibir tak henti mengukir senyuman. Adara hanya menurut. Suami dia sakit. Takkan nak melawan?

“Sayang...”

“Hmm,”

“Baring sini.” Aiden menepuk tempat kosong disebelahnya. Adara segera berbaring di sebelah suaminya. Dia menongkat dagu memandang Aiden. Tangan masih memeriksa suhu badan suaminya.

Aiden menarik pinggang Adara ke dalam pelukan. Kaki memaut tubuh Adara rapat pada tubuhnya. Tangannya menyembamkan wajah Adara pada dada bidangnya. Terasa Adara menciumnya di situ. Aiden senyum.

Oh god, he's enjoying this too much.

“Abang kenapa makin panas badan ni?” Adara mula risau. Tadi tak adalah sehangat ini. Dia cuba meleraikan pelukan Aiden. Tapi Aiden makin mengetatkan pegangan.

“Don't worry. It's just because of you, precious.” Aiden mencium dahi Adara. Dia tersenyum ke arah isterinya. Adara merasakan ada sesuatu yang tak kena.

“Abang tipu sayang eh? Abang tak demam kan?” Tanya Adara dengan wajah mula bertukar riak. Aiden masih tersenyum.

“But, still you're worrying about me right?”

“Abang!” Adara menepuk lengan Aiden. Tangan menolak tubuh Aiden jauh daripadanya. Laju saja dia mencubit lengan Aiden. Aiden melepaskan tawa.

“Don't mad at me, sweetheart. Come here. I need you.” Aiden menarik tangan Adara. Memujuk isterinya memandang ke arah dia semula. Adara mencebik.

“Orang risaukan dia. Boleh pulak main-main. Ei, geramnya!” Adara menarik telinga Aiden. Aiden hanya membiarkan.

“I'm sorry, okay. Sorry.” Aiden mengambil tangan Adara sebelum dibawa ke bibir. Dia mengucup lembut tangan Adara. Tangannya mencuit lembut puncak hidung isterinya.

“Fine, sayang maafkan. Tapi...” Adara sengaja mengantungkan ayatnya. Bibir sudah mengukir senyuman nakal. Jari sengaja dilarikan pada dada Aiden. Aiden menangkap tangan Adara.

“Tapi apa?” Adara mendekatkan diri pada telinga Aiden. Bibir bergerak-gerak membisikkan sesuatu.

“Tapi abang tidur luar.”

“What, no!”

       
     ARREZ melangkah keluar daripada klinik sebaik mendapatkan ubat. Tangan menjinjing seplastik lutsinar yang berisikan pelbagai jenis ubat-ubatan. Pembalut lukanya turut digantikan.

Dia berjalan menuju ke kereta Nissan Suzuki miliknya yang diparkir tak jauh daripada situ. Arrez memandang ke sekelilingnya apabila terasa diperhatikan.

Tak semena-mena, tubuhnya dilanggar seseorang sehingga menyebabkan beg plastik yang berisi ubat yang dipegang terlepas dari tangan. Habis jatuh berselerak dibuatnya. Arrez berdecit perlahan.

“Woi,” Tegur Arrez kasar. Tak puas hati dengan sikap biadab lelaki itu yang langsung tak meminta maaf. Lelaki itu menghentikan langkah.

“Watch your step, young man.”

Suara garau lelaki itu menegur Arrez kembali. Dia meneruskan langkah tanpa berpaling ke arah Arrez. Terukir senyuman sinis di bibir lelaki itu yang tak dapat dilihat oleh Arrez.

Arrez mula bengang. Salah dia? Jantan tu yang langgar dia. Baru sahaja dia mahu mengejar langkah lelaki biadab itu, Arrez teringatkan sesuatu.

Suara garau itu seperti pernah kedengaran. Arrez memandang belakang badan lelaki itu yang kini sudah jauh dari dia.

King!

Arrez pantas berlari mahu mendapatkan lelaki yang disyaki King itu. Malangnya, sudah terlambat apabila kereta mewah yang dinaiki oleh King kini dipandu ke arah dia.

Arrez sempat mengelak ke bahu jalan dengan pantas. Naik turun nafasnya apabila dia hampir mati dilanggar dengan kelajuan yang dipandu oleh King. Mujur dia sempat menghafal plat kereta tersebut.

“Dasar psiko.” Arrez segera bingkas berdiri. Tangan menyapu debu tanah yang terlekat pada seluar yang dipakai. Telefon pintar dikeluarkan dari poket. Mahu mendail nombor Dayyan.

“Kau dekat mana? Aiden dah balik.” Suara Dayyan dari hujung talian kedengaran sebaik panggilan disambungkan.

“Aku on the way. Aku dah jumpa dia.” Dayyan terdiam sejenak. Tak faham siapa yang dimaksudkan Arrez.

“Siapa?”

“King.”

      “KAU pasti itu dia?” Soal Aiden pada Arrez. Arrez mengangguk laju. Sekali pandang sahaja dia tahu itu adalah King. Tambah lagi dengan suara yang sangat dia kenal itu membuatkan dia makin pasti.

“Ersyad, papa ada datang office? Datang sini?” Soal Aiden pula kepada Ersyad. Ersyad menggeleng. Tuan Malik langsung hilang daripada khabar berita.

“Aiden, jangan kata kau syak--”

“It can be him. Everyone here can be King too.”

Belum sempat Dayyan menghabiskan ayatnya, Aiden terlebih dahulu mencantas. Dayyan terdiam. Ada betulnya jugak kata Aiden. Tapi tak mungkin salah seorang daripada mereka bekerja untuk King bukan?

“Kau jangan lupa Iqbal. Dia pun boleh jadi King jugak. Kau tak pelik kenapa dia tiba-tiba serah diri dekat Dayyan? Lagipun dia seorang yang tahu siapa King selain Arrez.” Tambah Aryan. Dia menyilangkan tangan ke dada.

“Pasal Iqbal, aku jumpa dia esok. Ersyad, panggil budak-budak berkawal dekat rumah aku. Aryan kau team dengan Ersyad. Dayyan, Arrez. Check plat kereta yang Arrez bagi. Check if it's fake or not. Check the camera and everything. Jangan tinggal satu pun.” 

“Ay ay ay, captain.” Suara Dayyan menjawab. Arrez mengangguk faham. Dayyan melagakan penumbuknya dengan Arrez.

“Kau dengan aku, Ersyad. Fuh, lama aku tak buat benda ni.” Aryan menepuk bahu Ersyad. Ersyad menolak tangan Aryan daripada bahunya.

“Dismissed.” Arah Aiden menamatkan perbincangan. Urat sendi yang terasa berselirat diregangkan. Dia masih berada di tempatnya mahu memeriksa urusan di syarikatnya pula.

Masing-masing terlebih dahulu meninggalkan Aiden. Mahu memberikan ruang untuk Aiden bersendirian. Ketukan di pintu membuatkan menjedakan perbuatannya sebentar.

“Masuk,”

“Abang.” Aiden menoleh pandangan ke arah Adara yang sedang bercekak pinggang. Serta-merta, perbuatannya dihentikan sepenuhnya.

“What are you doing here? Kenapa tak tidur lagi?” Soal Aiden kepada Adara. Adara mendapatkan Aiden. Bahu lebar milik suaminya diurut. Rambut hitam perang suaminya diraup ke belakang.

“Kenapa tanya sayang? Abang tu yang kenapa tak tidur lagi? Dah tengah malam. Tak penat ke?” Adara meneruskan urutan pada badan Aiden yang terasa tegang itu.

“Abang kena tidur luar, remember?” Aiden memandang Adara dengan senyuman nipis. Tubuh Adara ditarik duduk di atas ribanya.

“Fine, sorry. Jom tidur. Esok sambung, okay?” Pujuk Adara, kepala dilentokkan pada bahu lebar suaminya. Aiden bergumam perlahan.

“Ngantuk?” Tanya Aiden sambil mengusap kepala Adara. Adara mengangguk dalam mamai. Memang dah mengantuk dari tadi tunggu Aiden. Terlupa dia sendiri yang halau Aiden tidur luar. Kan dah menyesal.

“Then, sleep. I will carry you to our room.” Ucap Aiden merendahkan suara. Tak mahu Adara yang sedang mamai terjaga. Tangan menepuk belakang badan isterinya. Mendodoikan Adara supaya lena.

“Hmm, okay. Nite abang.” Aiden senyum.

Tak lama selepas itu, dengkuran halus mula kedengaran daripada Adara. Kepala Adara dikucup Aiden sekilas penuh kasih. Dengan berhati-hati, dia mencempung tubuh Adara menuju ke bilik tidur mereka berdua.

Perlahan-lahan, Aiden menurunkan tubuh Adara yang sedang lena di atas katil mereka. Gebar diselimutkan pada tubuh isterinya sehingga paras bahu. Pinggang Adara dipeluk. Wajah cantik milik Adara ditenung penuh minat oleh Aiden. Puncak hidung Adara dicium.

“I will make sure no one can bother us anymore. No one. No one can love you like I do, precious. I'd die for you for an instant. That's my vow to you.”

Updated! So now, I is struggling to complete This story as soon as possible >< So stay tune okay? Love you ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience