Rate

Bab 1

Short Story Series 2009

"Woi Sufian! Apa kau buat dekat atas tu?
Cepat la." jerit Fina dari tangga banglo itu. Ish...lambat la aku hari ni. Kalau lambat kantoi pula aku pergi dengan Pak Adi. Motor pulak buat hal!

"Kejap..." kata Sufian dari tingkat 3 sambil tercari cari buku sekolahnya yg hilang.
Mana buku aku ni?! Yg kak tu pun satu, tolong la aku cari. Ni tak..memekak je kerja. Nasib baik mama dan papa takde, kalau tak habis aku kena ceramah sebab letak buku merata.

Fina memandang jam tangan yg dipakainya. Kalau la aku boleh bawa kereta aku..mesti sekarang ni aku dah terpacak depan kelas..

Tiba tiba terdengar bunyi seseorang menuruni tangga...Sufian turun dengan tersenyum riang

yg kau tersengih sengih macam kambing ni apahal?" tanya Fina sambil mengangkat sebelah keningnya. Dah lambat tersengih sengih. Dia tak tau ka disebabkan dia, aku lewat hari ni.

"Suka hati aku la. Aku tak kacau kau pun kan. Buku aku yg hilang semalam, dah jumpa." kata Sufian dengan riak wajah yg sangat gembira. Nasib baik ada dekat meja ruang tamu tingkat 3.

Kau ni pun satu Sufi..yg kau pergi letak buku atas meja tu kenapa?
pagi ni baru kau nak cari? Asal tak cari tahun depan je?" Marah Fina sambil menarik tangan adiknya itu ke pintu depan.

Kringgg...

Rehat...

"Baiklah, sampai sini sahaja pelajaran kita untuk hari ni..Jangan lupa siapkan kerja yg sya beri...sya nk tengok esok!" Arah guru itu dengan tegas membuatkan pelajar mengeluh.

Fina mengemas barang barangnya sebelum keluar rehat. Dia berlari anak ke meja rakan rakan baiknya. siapa lagi kalau bukan dua org rakan baiknya..Cristhe dan Christina.

"Lepak jom" kata Fina pendek. Fina,Cristhe dan Christina menuju ke tempat lepak mereka.

"Wey, aku nk bagitahu something ni." kata Fina. Cristhe dan Christina terus mengangkat sebelah kening. Macam lain je bunyi.

"Apa? Ada laki minta couple ke apa?" kata Cristhe sambil mengangkat keningnya.

"Sial la kau. Kau ingat aku jenis yg macam tu ke? Papa ada kerja untuk kita. Dia nak..." tidak sempat Fina menghabiskan ayatnya, lantas dipotong oleh Christina.

"Cari jodoh untuk kau? Kalau bab tu aku on." Potong Christina sambil membuat thumb up. Dah lama tak jadi tukang cari jodoh.

Fina menolak badan kawannya itu..

"Kepala otak kau. Macam takde benda lain nak fikir. Aku ni muda lagi, tak payah nak cakap bab2 kahwin ni. Nak dengar ke tak ni?" Marah Fina. Dia ingat aku ni kemaruk sangat nak kahwin ke apa.

"Nak la. Tengok, kau punya pasal la, Cik Fina kita marah..

"Bila kau nak bagitahu ni. Dah berjanggut aku tunggu." Kata Christina sambil membuat muka bosan.

"Kau tak payah nak buat muka kambing kau tu. Dengar aku bagitahu ni..Papa nak kita jaga sorang budak ni, nama dia Nadia Farysa kalau tak silap aku..dia form 1 sekolah kita. Dia dalam bahaya sekarang. Ada sorang Dato ni, dia berdendam dengan bapak si Nadia ni. Baru baru ni, abang dia hampir kena culik, tapi dia terselamat sebab masa tu driver dia datang." Terang Fina dengan panjang lebar.

"Nadia? Tak pernah dengar pun. Ni mesti tak famous..Kalau tak mesti kita kenal". Kata Christina sedikit mengutuk. Betul apa, kalau dia famous, sah diorang kenal sebab satu sekolah.

"Mungkin la kot, aku pun tak tahu. Papa aku cakap, petang ni dia explain siapa Nadia ni sekali dengan family dia.So korang kena datang rumah aku petang ni." kata Fina.

"So, kita tiga je ke yg protect si Nadia ni?" tanya Cristhe dengan muka ingin tahu. Cristhe ni kalau boleh nak goyang kaki je. Malas nak buat kerja.

"Cantik soalan kau. Kita bukan bertiga je tapi dengan Sufian,Jeremy,Nath dan Mike." balas Fina.

"Serious?" Tanya Christina dan Cristhe serentak.

"Eh tak, menipu je. Bodoh punya soalan." jawab Fina.

"Hahaha, kalau ada diorang, senang la kerja kita. Goyang kaki jelah nampaknya." kata Cristhe sambil menolak badan kecil Christina.

"Otak kau memang sehaluan dengan aku." kata Christina sambil membuat thumb up.

"Cis..hanat pala otak korang" ujar Fina lalu membuat muka.

Kring...

Loceng berbunyi menandakan tamat waktu rehat. Fina,Christina dan Cristhe balik semula ke kelas.
Apabila mereka bertiga masuk ke dalam kelas, mereka terdengar satu suara yg amat mereka kenali.

"Wow, tiga ekor kambing dah balik la. Patutlah bau busuk semacam ja." kata Nadzul lantas Ridzwan dan Khairil menepuk tangan.

Nadzul, atau nama penuh dia Muhd Nadzul Fikry Bin Muhd Adam Rusly. Tinggi lampai, berkulit putih, kaya dan juga handsome, tapi sayang, perangai astagfirullah al azim. Gangster sekolah yg tak pernah serik2 keluar masuk bilik kaunseling dengan geng dia, iaitu Muhd Ridzwan Shah dan Muhd Khairil Syazni.

Semua pelajar takut dengan diorang kecuali Fina,Christina dan Cristhe. Memang tak la diorang nak takut. Sebab tulah diorang ni menjadi musuh kepada Fina,Christina dan Cristhe sejak balik dari latihan P.I.

"Aku rasa dalam lubang hidung kau tu, ada sampah. Semua orang kau kata busuk". balas Fina sinis. Pantang aku masuk..ada je la yg tk puas hati.

"Siapa kata aku cakap semua orang busuk? Korang bertiga je yg aku cakap busuk." Kata Nadzul sambil tersenyum sinis. Haih...dah la buruk. Busuk pulak tu. Macam mana la diorang ni boleh lepas masuk sekolah ni.

"Boo!!" kata Ridzwan dan Khairil serentak.

"Dah la miskin, busuk pulak tu. Korang tak layak ada dekat sekolah ni. Sepatutnya korang ada dekat tempat pengumpulan sampah." keji Nadzul.

Kejian Nadzul membuatkan kemarahan Fina membuak buak. Fina mengenggam tangannya.

"Woo Cik Fina kita dah genggam tangan la. Takutnye." Kata Ridzwan sambil membuat muka ala2 ketakutan.

"Dia marah la kena lari ni." Kata Khairil pula.

"Kau jangan cari pasal dengan dia." Larang Christina. Haish..geram pulak aku. Sabar Christina..sabar..huh..

"Kenapa? Apa dia nak buat dekat aku? Bunuh aku? Pukul aku? Boleh ke dia buat semua tu? Dia lembik je." Kata Nadzul sambil mengangkat keningnya. Tak padan dengan miskin. Ada hati nak pukul aku. Pergi mampus la.

Fina bergerak selangkah ke hadapan dan mahu menumbuk muka Nadzul, tetapi takdir tidak menyebelahi Fina. Guru kelasnya masuk ketika Fina berada betul betul dihadapan Nadzul.

"Kau selamat kali ni." kata Fina perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience