BAB 9

Humor Completed 78146

SELEPAS kejadian di dapur tempoh hari.Aisyah terus mengelak dari bertembung muka dengan Adam.Hina sangat Aisyah di mata Adam.Malas nak fikir panjang baik tak payah jumpa.Kalau jumpa buat sakit hati buat apa.

Niat dia nak berbaik dengan Adam.Bukan sebagai suami isteri tapi sebagai teman serumah pun jadi lah.Tapi apa kan daya tuan badan langsung tak sudi.Lagi pandang jelek pada Aisyah ada lah.

"Aisyah,dah siap ker.Jom cepat.Nanti tertunggu pula klien tu."Iffa dah bersedia sambil menggalas beg tangannya.

Mereka di arahkan oleh Habib untuk berjumpa dengan wakil syarikat yang mahu menaja anak-anak yatim di Darul Sakinah.

"Tadi janji pukul dua kan.Nak dekat dah ni.Takut mereka tertunggu pulak."Iffa tarik tangan Aisyah masuk ke sebuah cafe seperti yang dijanjikan.

"Ya,aku tengah cepat lah ni."Aisyah percepatkan langkah mengekori langkah Iffa.

Nasib mereka sampai awal.Lega sikit hati.Wakil dari syarikat tu pun tak nampak bayang lagi.

Mereka berdua berbual kosong sambil menyisip air yang di pesan tadi.Tak lama kemudian datang dua orang lelaki segak dan tampan berdiri di depan mereka berdua.Salam di beri dan mereka berdua bangun serentak sambil menjawab salam.

Saat mata bertatapan jantung kedua nya berdegup kencang.Tapi di kawal reaksi wajah agar tidak ketara.

"Sila kan duduk encik berdua..."kata Iffa sambil tersenyum manis.Aisyah juga ikut senyum tapi dia buat-buat tak nampak muka Adam yang nampak agak terkejut melihat dia.

"Saya Iqbal dan ini Adam.Maaf ya kalau kami lambat.Boleh kenalkan nama cik berdua?"Iqbal senyum sambil mula beramah mesra.Dia bab perempuan memang laju.Tambah dua orang perempuan di hadapannya cantik dan sopan.

"Saya Iffa dan ini Aisyah Humaira.."

Aikk tang nama Aisyah,Iffa sebut penuh pulak.Iffa ni saja lah kan.

"Begini lah cik Iffa dan cik Aisyah.Pihak syarikat kami berminat untuk menaja anak-anak yatim di Darul Sakinah.Boleh kami tahu seramai mana anak-anak di sana?"Iqbal memulakan bicara.

"Seramai 75 orang anak-anak yatim Darul Sakinah.Pihak kami berasa amat berbesar hati dengan hajat dari pihak syarikat encik berdua."Aisyah pula menjawab.

"Dah lama ker Darul Sakinah ditubuhkan?"giliran Adam bertanya.Lebih tepat dia tanya Aisyah.Dia tahu gadis itu tak pandang dia pun.

Bila Adam pandang,cepat-cepat Aisyah alih pandang arah lain.Aisyah lagi sanggup pandang dinding kedai dari muka Adam.Terasa Adam...

"Lama dah.Hampir sepuluh tahun.Mulanya arwah Haji Hamid pengasasnya.Sekarang adiknya pula,Haji Daud."terang Iffa.

"Dari usia berapa anak-anak yatim ni?"Iqbal memandang tepat pada Aisyah.Dari tadi dia lebih tertarik pada gadis berkulit putih kemerahan ini.

"Kebanyakkan dari usia tiga tahun hinggan 17 tahun.Tapi ada 5 orang yang masih bayi."beritahu Aisyah.

"Kesiannya.Macm mana boleh macam tu?"sayu juga bila bab anak yatim ni.Tambah yang masih kecil.

"Ada setengah tu kehilangan ibu bapa serentak.Ahli keluarga lain tiada yang sudi memelihara atau mereka tiada saudara lain.Jadi Darul Sakinah sedia menerima mereka."

"Cik Aisyah tak rasa sedih ker dengan nasib mereka?"soalan panas dari Adam.Saja nak uji Aisyah.

"Sedih tu memang ada.Tapi kita tak boleh tunjuk kesedihan tu depan mereka.Selepas jadi yatim piatu kita sajalah tempat mereka bergantung.Berkongsi kasih sayang,menyayangi mereka macam saudara sendiri dan tak pernah membezakan mereka apatah lagi mereka sangat-sangat memerlukan kita.Apa yang penting kita jangan sisih kan mereka."

"Boleh ker pihak kami nak melawat mereka?"Iqbal berasa teruja.

"Sudah tentu boleh.Pihak Darul Sakinah sangat mengalukan kedatangan pelawat.Nak bermalam di sana pun boleh."jawab Iffa.

"Macam tu.Nanti cik Aisyah dan cik Iffa boleh bawa saya ke sana lah kan"Iqbal makin tertarik.

Aisyah dah Iffa senyum serentak.

"Boleh.Tak ada masalah.Bila Encik Iqbal nak pergi bagitahu saja."Tokok Aisyah.Tidak dipelawa pula orang di sebelah Iqbal.

"Baik kalau macam tu kami akan melawat.Tentang dana tu pihak kami akan buat rekord dan masukkan dalam akaun Darul Sakinah.Terima kasih atas perbincangan sebentar tadi."ucap Iqbal sambil mata tak putus dari pandang Aisyah walaupun dah berapa kali Adam asyik berdehem.

"Terima kasih juga buat pihak syarikat encik berdua yang sudi menaja untuk anak-anak Darul Sakinah.Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih banyak-banyak."Iffa menyudahi perbincangan dan meminta diri.

BARU aku tahu rupanya dia kerja dengan wisma Darul Sakinah.Patut lah setiap hari dia keluar awal.Pergi kerja rupanya.

Yang Iqbal ni dari masuk kereta sampai lah kat pejabat.Asyik sengih memanjang.Seronok apa sangat tak tau.

"Kau ni dah buang tabiat ker.Sengih-sengih dari tadi."Naik meluat tengok Iqbal ni tersengih sorang-sorang.

"Kau ni aku sengih pun salah.."

"Sengih kalau dekat orang tak apa.Ini sorang-sorang.Naik seram aku tengok."

"Kau patutnya happy tau tak.Sebab kawan kau ni tak lama lagi bakal menamatkan zaman single."Iqbal senyum senget.Macam mana boleh terfikir idea ni pun dia tak tahu.Dapat ilham dari dua gadis cantik tadi apa.Yakin sungguh dia.

"Amboi kau ni.Laju nampak.Siapa gadis malang tu?"Adam ketawa geli hati.

"Kau tak kan percaya.Aku dah jatuh cinta pandang pertama ni."

Adam masih ketawa geli hati.Iqbal mencebik.Dulu kau eksyen bila ada Julia.Sekarang aku nak eksyen balik.

"Ada-ada sajalah kau ni.Jangan lupa jemput aku makan nasi minyak kau nanti."

"Eh sudah mesti.Kau orang pertama yang aku jemput.Tak sabar rasanya nak kenalkan kau dengan gadis yang berjaya buatkan aku jatuh cinta padang pertama."Iqbal bertambah yakin.Harap si dia belum berpunya.Tidak nanti tujuh keturunan Adam ketawakannya.

"Aku harap kau cepat lah jumpa jodoh.."Adam sengih lagi.Ada saja Iqbal ni.

"Dah jumpa tadi.Harap dia bukan hak orang."

Adam gelak.Tadi cakap serupa yakin seratus peratus nak kahwin.

"Siapa?"Adam masih lagi tertanya.

"Cik Aisyah Humaira.."Iqbal senyum suka.Nama pun dah cantik. Secantik orangnya.

Terkedu Adam dibuatnya.Terus dia berhenti ketawa.Serius ker Iqbal ni.Kadang Iqbal ni suka melawak.Tapi tak ada lah pula sampai beria macam ni sekali.Masak kau Adam.Isteri kau tu.

Macam tak percaya dia jumpa Aisyah tadi.Gadis itu betul-betul tak hiraukannya selepas peristiwa bertekak di dapur tempoh hari.Tup tup jumpa pasal kerja.Dan yang paling Adam terkejut penampilan Aisyah seiring dengan wanita muslimah yang penuh gaya.Dengan hanya solekan nipis terserlah kecantikan asli Aisyah..

Selama ini memang Adam ingat Aisyah hanya pakai baju kurung tak pun jubah labuh.Macam nak terjojol mata bila tengok Aisyah tadi.Tudung pun gaya muslimah terkini.Cukup syarat menutup aurat.

Padan muka kau Adam,tadi Aisyah buat tak endah saja.Rasa kan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience