BAB 13

Short Story Completed 93520

Eiyad mengejar langkah kaki Arjuna.Dia memegang bahu Arjuna.

Arjuna berpaling menghadap Eiyad."Kau nak mengalah macam tu je ke?"soal Eiyad.

Arjuna mengigit bibirnya."Kau cakap dengan aku sekarang.Apa lagi aku patut buat? Kau cakap senanglah Eiyad yang hadap semua ni aku tau.Sekarang ni memang padan muka aku, aku hilang bukan takat isteri tapi anak aku sekali.Jadi apa sebab aku nak ada dekat sini.Ratna dah cop aku ni penipu"luah Arjuna meraup wajahnya berkali-kali.

"Sorry aku cuma nak kau jangan putus asa aje" kata Eiyad.

"Kau belum kahwin Eiyad.Kau tak tahu alam perkahwinan ni macamana? Sekarang ni Ratna dah buang aku dari hidup dia?"ucap Arjuna.

"Sabar Arjuna.Aku akan cuba jelaskan pada Ratna mana tahu dia nak dengar cakap aku?"jelas Eiyad memandang sahabatnya.

Arjuna mendengus perlahan.

"Entahlah biarlah dia nak masa dan ruang berapa lama pun.Aku nak kena balik jumpa Afrina"kata Arjuna menuju ke keretanya.

******

Pintu wad dibuka muncul Puan Samsiah dimuka pintu.Dia memandang wajah Ratna yang masih menangis teresak-esak.

"Ratna... mungkin apa yang Arjuna cakap betul? Kita kena dengar penjelasan dia dulu?"ujar Puan Samsiah.

"Tak perlu orang macam dia tak layak untuk jadi suami Ratna dan ayah untuk anak Ratna.Sekali dia sakitkan hati Ratna berkali-kali dia akan sakitkan hati Ratna"ucap Ratna sambil mengesat air mata.

"Umi tak tahu nak cakap dengan kamu.Terpulang pada kamu Ratna,mungkin kamu rasa itu yang terbaik untuk kamu dengan anak kamu.Umi ikutkan aje"kata Puan Samsiah.

"Ratna nak pergi pejabat agama"ucap Ratna sambil memandang wajah Puan Samsiah.

Puan Samsiah mengeluh berat.

*****

Datin Habsah menyambut Arjuna yang baru balik.Wajah sungul anaknya itu dipandang."Juna macamana dengan Ratna?"soal Datin Habsah.

Arjuna mendengus perlahan memandang wajah Datin Habsah.Airmatanya mengalir di pipi tanpa sedar.

"Ratna bencikan Juna"ucap Arjuna dengan berat.

Datin Habsah serba salah dengan anaknya itu.Arjuna melangkah meniti anak tangga ke biliknya.

"Ya Allah apa patut aku buat ni?"soal Datin Habsah tidak keruan.

Arjuna menyandarkan tubuhnya pada belakang pintu biliknya.Kedua kakinya dirapatkan.

Cincin dijarinya dipandang.Sungguh berat ujian kau beri pada aku Ya Allah.Ampunkan aku Ya Allah.

"Jangan sentuh aku.Pergi aku tak nak tengok muka kau lagi.Aku hampir hilang anak aku.Sebelum aku tuduh kau jadi pembunuh anak aku baik kau balik dekat tempat kau"

"Maafkan ayah sebab gagal jaga Mummy sayang" ujarnya.

********

Kakinya melangkah keluar dari kondominiumnya menuju ke keretanya.Tangannya sibuk membetulkan rambutnya yang serabut.

Pintu kereta dibuka dan tiba-tiba badannya ditolak ke pintu kereta dengan kasar.

Matanya terbeliak sebaik sahaja melihat wajah merah Arjuna menahan amarah.

"Sayang..you buat apa dekat sini?"soal Afrina cemas sambil matanya memandang sekeliling.

"Sayang...kau pergi mampus!!.Kau saja cari masalah dengan aku kan.Apa masalah kau pergi bagitahu dekat wartawan kita ni akan kahwin"marah Arjuna.

Afrina memegang kolar baju Arjuna perlahan.Lelaki itu menepis laju tangan itu.

"You ni relaks okay.Yang you nak marah ni kenapa?"soal Afrina.

Arjuna mendekati Afrina."Aku nak kau batalkan perkahwinan kalau kau rasa kau nak kekal lama dalam industri kau ni.Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau ni bukan baik sangat pun.Dah berapa orang tebuk kau ni?"ujar Arjuna sambil memandang tepat ke mata Afrina.

Afrina menangkat tangan mahu menampar muka Arjuna tapi pantas Arjuna menangkap tangan itu.

"Asal kau marah? Aku takkan kahwin dengan kau atau mana-mana perempuan dekat luar sana tu?.Ingat apa yang kau bagi, aku akan bagi lebih teruk daripada ni"ugut Arjuna kepada Afrina sebelum meninggalkan ruang parkir kereta.

Afrina mencari-cari telefon pintarnya dalam beg.Dia menekan nombor Raiqal.

"Hello you I nak jumpa you sekarang.Urgent ni"kata Afrina.

*******


"Okay thank you Diya anything bagitahu aku"kata Arjuna menamatkan panggilan telefon.

Dia kembali kepada kertas kerjanya.Dia mengamati kertas kerja yang banyak.Ketukan pintu menganggunya muncul Eugene.

"Tuan....ada surat untuk.Saya letak sini ya"kata Eugene.Dia meletakkan surat diatas meja.Arjuna langsung tidak membelek surat yang dihantar Eugene itu.

"Okay thank you.Oh yeah saya nak minta tolong awak uruskan sidang media untuk saya dalam tengahari esok"

"Boleh tuan tak ada masalah tapi boleh saya tahu sebab apa? Sebab tuan nak kahwin dengan Cik Afrina designer terkenal tu ke?"

"Nope.Itu tak penting.Ini adalah benda lagi penting daripada kahwin tu"kata Arjuna.

"Baiklah nanti saya dah confirm.Saya bagitahu dengan Tuan"kat Eugene mahu melangkah keluar.

Arjuna cuba menghubungi nombor telefon Ratna.Tapi tidak berangkat malah nombornya turut diblok oleh Ratna.

Dia buntu mahu menghubungi Ratna.Sekarang ni hanya melalui Diya, Indah atau pun Eiyad.

Sakit kepalanya memikirkan tentang hubungannya dengan Ratna.Cara bagaimana lagi dia mahu dapatkan kepercayaan Ratna lagi.


*******

Jam sudah menunjukkan jam sepuluh malam.Arjuna baru mahu pulang ke rumah.Dia menuju ke arah keretanya.

Lampu di ruang parkir kereta tidak hidup.Dia sedikit gusar kerana penglihatannya sedikit terbatas.Dia menghidupkan lampu di telefonnya dan berjalan ke arah tempat keretanya diparkir.

Telefon bimbitnya berbunyi membuatkan dia terkejut.Dia menjawab panggilan.

"Asalamualaikum...Eiyad..kau ni buat aku buat aku terkejut aje.."

"Walaikumusalam...asal kau terkejut?"soal Eiyad dengan nada ingin tahu.

Arjuna tersenyum nipis.

"Takde aku.....tengah"kata-kata Arjuna terhenti apabila kepalanya dihentak dengan objek keras.

Dia jatuh ke lantai menahan sakit dikepala.Perutnya ditendang berkali-kali.Arjuna mengerang kesakitan.Dalam gelap ditidak nampak wajah yang memukulnya.

"Hoi...."jerit pengawal keselamatan yang kebetulan meronda disitu.Lelaki yang memukulnya lari dari tempat parkir.Dia ternampak Arjuna terbaring berdekatan kereta.Menahan sakit dikepalanya dan diperutnya.

Eiyad ditalian mendengar Arjuna mengerang."Juna...kau okay tak ni?" soal Eiyad dalam talian sebelum panggilan itu terputus.

Eiyad cuba menghubungi sekali lagi tapi tak dapat.Dia mula risau pasal Arjuna.

******

"Ya Allah kenapa aku rasa tak sedap hati ni.Jangan ada perkara buruk jadi"kata Ratna memegang dadanya.

"Akak ni Indah ada bawa susu kesukaan akak.Abang Juna selalu pesan suruh Akak minum susu panas sebelum tidur"kata Indah yang membawa segelas susu.

"Terima kasih Indah"ucap Ratna pada adiknya.

Indah memandang Ratna.Dia mahu bertanya soalan kepada kakaknya tapi dia takut.

"Akak betul ke akak nak tuntut penceraian dengan Abang Juna.Akak tak kesian dengan baby.Akak nak tengok dia membesar tanpa kasih sayang seorang Ayah"ucap Indah.

"Kalau dah itu takdir untuk akak, Akak terima.Akak nekad Indah"kata Ratna memegang perutnya.Dia mengalihkan pandangan ke arah lain.

Indah tidak mampu lagi menolong Abang iparnya.Hati Ratna benar-benar sudah keras untuk Arjuna.

********

Arjuna menahan sakit dikepalanya dan badannya.

"Kau betul tak nak pergi hospital ni?"soal Eiyad dengan nada risau.Dia meletakkan minyak pada bahagian yang mula membengkak.

Wajah pucat Arjuna dipandang berkali-kali."Aku okay je.Esok eloklah ni."kata Arjuna mengancing butang bajunya.

"Kau tidur sini aje malam ni.Esok kalau teruk aku bawa pergi hospital.Kau nak aku bagitahu Ratna tak?"soal Eiyad.

Arjuna menggelengkan kepalanya laju."Cukuplah susahkan dia.Aku tak nak susahkan dia.Aku okay aje"kat Arjuna mahu bangun tapi tidak mampu kerana sakit.

"Degillah kau ni.Aduh siapa yang pukul kau ni? Kau ada musuh ke Juna?"soal Eiyad.

"Manalah aku tahu dalam gelap dia pukul aku Mana nak cam muka siapa?"kata Arjuna lagi.

Eiyad pelik.Dahinya berkerut sedikit mendengar kata-kata Arjuna.

"Kejap kau cakap gelap.Tempat parkir tu gelap?"soal Eiyad lagi.

Arjuna menangguk perlahan.

"Tapi masa aku sampai tempat parkir tu terang aje.Pastu aku tanya pengawal keselamatan.Dia kata tak ada masalah pasal lampu pun"kata Eiyad memandang wajah Arjuna.

Arjuna pelik.

"Siapa punya kerja ni?"soal Arjuna dalam hatinya.Dia mengerutkan dahi dengan seribu tanda tanya.

Eiyad dan Arjuna memandang sesama sendiri.Siapa yang cuba permainkan dia pulak?"

BAB 14 ESOK YA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience