(ottantasette) 87

Other Series 152481

"Machen Sie langsamer, Sir." Seorang penjaga lelaki itu membantu Dom yang sedang berdiri dan berjalan perlahan menerusi palang besi.

Sebelah kakinya tidak berfungsi dan memerlukan rawatan fisioterapi secara berterusan beserta jagaan rapi.

Kata Dom lelaki itu mahu menemani Aleena semasa melahirkan cahaya mata mereka tetapi malangnya kondisi diri tidak membenarkan dia melakukan demikian.

Setelah penat lelah Dom berusaha, dia terduduk. Merehatkan tubuh di atas sofa sambil memandang pemandangan tasik di luar.

'Please forgive me carrissima, I can't be there with you.'

Peluh yang mengalir turun dari dahi dan pangkal lehernya diseka dengan tuala kecil.

Sepatutnya hari esok merupakan due date Aleena. Petang ini dia akan berangkat ke Black Forest untuk melihat si isteri dan anaknya dari jauh.

Dapatkah dia menahan perasaan pilunya? Berhadapan dengan Aleena membuatkan dia separuh gila nanti!

'Esok Faraz akan lahir ke dunia.. anak daddy.' tersenyum dia sendirian sambil termenung jauh. Melayan perasaan.

Petangnya, Abner, orang suruhannya di Jerman bersama beberapa orang pengikut lelaki itu akan menjemputnya di Heiderberg.

Tak sabar rasanya mahu menunggu akan kelahiran si putera keduanya itu. Mood Dom baik seharian.

Hanya yang dia khuatirkan adalah Aleena.

Walaupun setiap laporan kesihatan Aleena diketahuinya dan wanita itu berada dalam kondisi yang amat baik, hati lelakinya masih takut jika mampu kehilangan si isteri.

Jika kesakitan bersalin itu dapat dia pindahkan pada dirinya, akan dia lakukan kerana tak sanggup melihat insan yang paling dia sayangi itu menanggung kesakitan.

Dapatkah Aleena mengharunginya? Bukankah itu tanggungjawabnya untuk berada di sisi wanita itu ketika amat diperlukan?

What a dumb man I am.

"Sir, the plane has arrived." suara salah seorang anak buahnya, Rust menyentakkan lamunan Dom.

Kepala dianggukkan. Rust membantu Dom beralih ke atas kerusi roda sebelum membawa lelaki itu ke pesawat di perkarangan rumah. Abner sudah siap sedia menunggu.

~~~~~~~~~~~

"Signora.." Tombol pintu ditolak setelah mengetuk beberapa kali terlebih dahulu.

Pandangan dibuang ke sekeliling,

"Signora?" panggilnya lagi beberapa kali. Balkoni, bilik air, wardrobe, bahagian bacaan dan katil Aleena kosong.

Di mana wanita itu?

Zen beralih pantas pula ke bilik-bilik lain di tingkat atas. Perpustakaan, gym, spa, green house, ruang rehat dan beberapa bilik tetamu lagi. Tiada!

Where the fucking is she?

"Aleena! Aleena!" Berlari anak dia ke ruangan bawah pula.

Matanya bertembung dengan Andy yang sedang menonton televisyen bersama seorang pembantu rumah lelaki.

"Wo haben Sie Mrs. Vanni gesehen?" (Kau nampak di mana Puan Vanni?) tanyanya kalut pada Gahz.

Lelaki itu juga kalut bangun daripada bersenang-senangan bersama Andy di sofa. Kepala dianggukkan seraya menunduk sedikit.

"J-Ja. Sie ist in der Küche." (Y-Ya. Dia berada di dapur.) tergagap-gagap Gahz menjawab apabila terlihatkan wajah bengis Zen.

Kulit putih itu kemerahan dengan raut wajah yang kasar.

"Zenny? Kenapa ni? Ada apa-apa masalah ke?" Kemarahan Zen terhenti daripada dihemburkan pada Ghaz apabila suara Aleena kedengaran.

Wanita itu memandangnya musykil.

"Oh dear.. Signora buat apa di dapur ni? I'm looking for you just now." wajah diraup sekali sambil menuruni tangga ke bawah, merapati Aleena.

"La yeke.. sorry, saya cuma lapar je. Sebab tu saya cari makan. Awak tak payah risaulah." balas Aleena pula. Sedikit gugup.

"Hungry?" berkerut dahi licinnya mendengar.

Memang kebiasan jika wanita mengandung mempunyai selera makan yang besar dan wanita itu juga sudah menghabiskan makan malamnya beberapa jam yang lalu tetapi..

Mengapa wanita itu ada di dapur bersendirian?

"What are you doing signora?" Zen bertanya serius. Tubuh di hadapannya itu dilintas menjenguk ke dapur dan jangkaannya tepat.

"Aleena.. How many time do I have to tell you the same thing? Jangan buat sebarang kerja bukan? And why does Ghaz not cook for you?"

Pandangan tajam pula menikam Ghaz yang sudah berdiri sedikit jauh dari mereka. Menunduk menekur lantai.

"Zen.. saya yang suruh-"

"Why don't you do your job well? I already told you, didn't I? Never let Signora Angelo do anything! Is it so difficult for you?"

Keras suara Zen bertutur. Ghaz menundukkan sedikit kepalanya sambil meminta maaf.

"My fault, please forgive me." ucapnya sopan.

"Zen.. bukannya salah dia. Saya yang nak masak sendiri. Salah ke? Tak perlu nak marah-marah!" Tidak terduga bagi Zen apabila Aleena meninggikan suara padanya walaupun bukannya dalam nada marah.

Wajah memerah itu menarik nafas dalam beberapa kali, cuba ditenangkam amarahnya tadi.

Dengan Aleena, dia tak akan sesekali melawan mahupun meninggikan suara. Isteri tuannya itu adalah keutamaannya selepas si tuan.

"Mis dispice signora.. Saya bukan marah, I'm just.. huh.. Even though your due date is tomorrow, anything can happen. I'm worried for that moment. That's all. Maafkan saya ye.." selembut mungkin suaranya memujuk si puan.

Wajah yang tersembik merajuk tadi mula menghilang, termakan dengan pujukan lembut Zen.

"Okay.. saya maafkan. Tapi, sebagai balasan.. awak pergi sambung masak untuk saya. Saya dah hilang mood nak masak tau." lengan Zen dipukul manja dengan senyuman.

"Sure thing sayang.. Pergi rehat di sana bersama Andy hmm?" pipi mulus Aleena yang semakin tembam itu dicuitnya sayang. Ketawa kecil wanita itu.

"Alright! Cepat sikit tau. Baby lapar ni." riang saja suara itu bertutur sambil mengusap perutnya.

Aleena terus berjalan pergi ke arah Andy di ruang tamu sambil dihantar dengan pandangan Zen.

Tersenyum lelaki itu dengan sikap Aleena yang kembali seperti asal. Kemurungan yang dihadapai wanita itu disebabkan pemergian Dom sebelum ini akhirnya dapat dilupuskan sedikit demi sedikit.

Akan dia kekalkan senyuman itu pada wajah Aleena. Walau sesukar mana sekalipun.

"Und du.. folge mir hinein. Koch. (Dan kau.. ikut aku ke dalam. Masak.) Hilang terus sebaris senyuman Zen apabila Aleena membelakanginya.

Ghaz dijeling tajam sebelum meluru masuk ke dalam dapur diikuti lelaki itu di belakang.

Masakan Aleena tadi dimasak oleh Ghaz sambil diperhati dan diarahkan Zen. Masakan supper itu dihidangkan di ruang tamu saja.

Aleena dan Andy menjamu hidangan ringan yang disediakan itu bersama manakala Zen hanya memerhati saja.

Sesudah itu mereka berbual seketika sambil menonton televisyen sebelum masuk tidur.

Andy seperti biasa akan tidur bersama Aleena ditemani Zen. Lelaki itu akan menunggu di bilik tersebut sehinggalah kedua-dua kesayangan itu diulit mimpi.

Biliknya hanyalah berhadapan bilik utama itu. Pintu biliknya dibiarkan terbuka agar dia boleh mendengar atau melihat ke luar terus jika ada sesuatu yang berlaku.

Siling berukiran flora itu ditatapnya, termenung.

'I can't replace you Dom, but I'll give my best to them..' desis hatinya.

Mata yang kian memberat dilabuhkan tirainya, Zen tidur menantikan hari esok.

~~~~~~~~~~

Kedengaran pecahan sesuatu dari bilik Aleena yang samar-samar dengan cahaya lampu perhiasan.

Tak pernah lagi Zen membiarkan Aleena dan Andy berada dalam kegelapan. Pasti akan dibuka juga lampu di dalam bilik mereka walaupun satu.

Zen yang bangun daripada katil dipisat-pisat matanya sesekali sebelum membetulkan baju T di tubuhnya.

Kaca matanya diambil di meja katil untuk melihat dengan lebih jelas kerana contact lenses nya telah dibuka sebelum tidur tadi.

Dia menuju ke bilik utama itu.

Dan sesuatu menyapa penglihatan dan pendengarannya.

"Ahhh.."

"Signora.. are you okay sayang? Wait wait. Let me help you." wanita yang tertunduk di atas lantai sambil memegang perutnya di tepi katil itu didekati.

Aleena cuba dibantu untuk berdiri tetapi Aleena tak mampu. Sakit yang amat pada bahagian bawah dan sekitar perutnya melebihi segalanya.

Desahan kesakitan Aleena didengarinya sesekali, perlahan, seperti ditahan. Zen panik.

"Calm down signora.. Bertenang. Mari saya tolong." Tubuh Aleena dikendongnya berhati-hati.

Berat? Tiada istilah mampu atau tidak sekarang. Nyawa Aleena dan anak di dalam kandungan itu lebih penting dari apapun.

Dia perlu bawa Aleena ke bilik khas di mansion tersebut. Kaki di bawa turun melalui tangga berhati-hati.

Wajah yang memucat dan tak lekang dari desah sakit itu mengundahkan hatinya. Bilik yang sememangnya dikhaskan untuk Aleena itu dibawanya.

Tubuh si puan dibaringkannya lembut sambil duduk di birai. Telefon di meja bersebelahan diambil dan dihubungi doktor peribadi yang telah diupah Dom semenjak awal kandungan Aleena lagi.

"Ich brauche dich sofort. Jetzt!" (Aku perlukan kau datang segera. Sekarang juga!) arahnya tegas sebelum talian ditamatkan.

Aleena yang sudah menangis itu cuba ditenangkannya. Tangan yang menggenggam cadar tebal itu digenggam erat olehnya.

Rambut yang menutupi dahi itu diselaknya sambil mengusap lembut kepala Aleena.

"It's okay my dear.. I'm here. Bertenang... Tarik nafas perlahan-lahan.." Zen cuba menenangkan Aleena.

Nasib baik Andy tidak terjaga dari lena tadi, jika tidak, sukar baginya untuk mengawal budak itu pula.

"Inhale... exhale. Inhale.. exhale." pernafasan Aleena yang bercelaru cuba distabilkan.

Sesekali ayat-ayat quran yang dihafalnya sepanjang memeluk agama Islam dibaca di tepi Aleena. Menenangkan.

Sakit tangannya digenggam, sakit lagi tubuh yang merasa. Sayu rasa hatinya melihat kondisi Aleena yang ternyata menanggung kesakitan yang tak berbelah-bagi.

Sesekali kedengaran suara itu beristighfar dan merintih kesakitan. Mengadu padanya.

Zen mengangguk memahami, rambut itu dielus-elusnya lagi dengan harapan doktor dan pasukan itu akan tiba segera.

"Zen.. I want M- Mika. I want him so badly.. Please get him for me." rayuan wanita itu menyebakkan hati lelakinya.

Tiada apa yang ada di fikiran Aleena kini melainkan Dom. Mika. Mika. Mika!

"Signora.. " luluh perasaannya.

"You need to stay strong. The doctor will arrive any time. Just stay with me.. hmm?" dahi yang berkerut dan mula berpeluh halus itu dikucupnya lembut.

~~~~~~~~~~~~~

"Dom, Dr. Jeanel has been called to Forrestor's mansion." beritahu Abner pada lelaki yang termenung melihat kepekatan malam itu.

Pantas saja kepala dikalihkan memandang Abner,

"Kau pasti? Aleena sudah mahu bersalin? Sekarang?" soalnya bertalu-talu

Terkejut, gelisah, gembira, takut.. semuanya bercampur baur.

Abner mengangguk mengiakan.

"Bring me there."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience