Cinta Terlarang

Short Story Series 1475

"Waaa.. Ada buku puisi baru la.. Hmm, skodeng jap la authornya.. Hihi.." lantas jemari Zell pun menekan profil tentang si penulis tersebut. Dia sangat tertarik dengan info pasal penulis tu. Sambil tersenyum dan sesekali mengangguk kecil.

"Oh.. Adib namanya. Hmm.. Dah berpunya la.. Diam selangor. Takpe la, boleh jer follow dia kan. Hihi. Eh! Macam perempuan gedik pulak aku ni.. Hahaha.. Bunguk!" katanya gelihati sendirian sambil tangannya menepuk dahi..

"Okay.. Done follow.." Dan Zell pun mula la membaca setiap baris ayat puisi yang ditulis oleh Adib. Sungguh pandai Adib menulis puisi. Bait katanya hanya biasa-biasa saja tapi memberi makna mendalam. Dalam diam Zell tertarik. Zell juga merupakan salah seorang author di alam maya. Dia juga ada buku puisi. Jika berkaitan puisi memang dia akan tertarik sebab itu minatnya sejak di bangku sekolah lagi. Bibir Zell lebar menguntum senyum. Sinar matanya bercahaya bila mendapat notifikasi. Tertera nama Adib di skrin telefonnya.

"Yesss! Dia followback la..that's fast huh! Hihi.." sengih Zell.

"Kalau macam ni boleh la aku say thanks sama dia kan.. Okay Adib.. Tunggu jap.." laju jari Zell menulis.

- Hai, terima kasih ya sudi followback! ^_^.. dan.... Send!

Itulah isi tulisan yang Zell balas. Tak lama lepas tu Zell menerima balasan dari Adib. Senyum Zell tak pernah surut dari tadi..

- Hai.. Ur welcome. Thanks too for following me just now..^_^

Balasan dari Adib.. Bermula dari saat itulah kemesraan antara mereka terjalin. Adib mengaku dia dah berpunya. Jujurnya dia. Zell senang dengan keperibadian Adib. Lemah lembut dan penyayang. Tutur katanya sentiasa sopan. Zell tak sangka dalam diam dia akan jatuh hati pada Adib. Setiap puisi yang Adib 'update' Zell akan komen. Begitu juga sebaliknya dengan Zell. Adib juga akan komen. Terasa saat dan waktu itu milik mereka. Tiba-tiba suatu hari Adib dm Zell..

-I love you..

Ringkas je mesej dari Adib. Zell kelu. Terkejut. Zell tak sangka Adib akan menghantar mesej sebegitu. Dalam hati Zell hanya Tuhan yang tahu betapa dia gembira sebenarnya.

" He loves me? Aww.. Sweet.." katanya sendirian. Sambil befikir nak balas apa untuk pengakuan Adib tu.

-Hmm.. Boleh bagitau tak apa maksud semua ni Adib.. You love me? Since when? And why?..

Balas Zell. Tak sabar dia menanti balasan dari Adib. Tak senang duduk Zell dibuatnya.

"Sabar Zell.. Sabar.. Tunggu dia balas.. Wah.. Napa ehh, hati aku bedebar macam kuda sedang berlari je ehh?" soalnya sendirian sambil menepuk dadanya yang bedebar kencang. Ting! Bunyi notifikasi dari telefonnya. Laju jari Zell menekan punat telefon. Dengan senyum lebar dia membaca isi kandungan mesej dari Adib.

-Zell.. Saya tak tau dari mana bermula. Tapi makin hari saya kenal Zell, saya jadi tertarik. Saya jadi rindu. Selalu teringat Zell. Kata orang itu maknanya sayang. Mungkin Zell takkan percaya sebab Zell pun tahu saya dah berkahwin. Tapi, saya tak boleh la nak anggap Zell hanya sebagai kawan. Saya nak lebih dari itu. Maafkan saya kalau apa yang saya cakap ni akan mengubah pandangan Zell pada saya..

Itulah apa yang Adib tulis dan terangkan. Zell tak tahu nak balas apa. Tapi hatinya berbunga riang. Berbelah bagi hatinya. Nak terima ke tidak. Setelah berfikir Zell pun mula menaip balasan untuk pengakuan Adib.

-Sebenarnya... Saya pun suka awak..(emoji malu2)

Hanya itu yang mampu Zell balas. Dia malu. Ternyata cinta dihatinya berbalas. Bermula dari pengakuan cinta masing-masing, hubungan cinta mereka pun bermula. Tanpa segan silu mereka mengaku dan mengungkapkan kata-kata cinta di ruangan komen puisi mereka. Bahagianya bila mereka bergabung menghasilkan puisi bersama. Apa yang mereka hasilkan mendapat banyak 'like dan komen'.

Berbulan-bulan cinta mereka terjalin. Indahnya saat bercinta. Kadang-kadang Adib akan menelefonnya di waktu malam atau ketika waktu Adib bekerja. Dan mereka akan berbual berjam-jam lamanya. Banyak la yang dibualkan sehingga hal-hal peribadi. Sekadar untuk mengenali lebih rapat diri masing-masing. Kadangkala betukar gambar untuk memberitahu tentang aktiviti diri. Dan Kadangkala juga mereka akan menyanyi bersama. Kerana keduanya juga meminati muzik.

Adib sentiasa menghadiahkan Zell barangan seperti jam tangan dan minyak wangi. Kadang-kadang Adib hadiahkan coklat. Betapa gembiranya Zell menerima hadiah dari yang tersayang. Adib tahu kesukaan Zell. Untuk Adib Zell hadiahkan gelang tangan buatannya untuk Adib. Selain mengarang puisi Zell juga pandai menghasilkan kraftangan.

Namun suatu hari, Adib tiba-tiba hilang tanpa Zell tahu sebabnya. Selama sebulan tiada khabar berita langsung dari Adib. Zell bingung. Dia sedih dan tertanya-tanya kemana Adib pergi. Kenapa tiada khabar berita. Ingin rasanya dia menelefon Adib. Tapi Zell taknak itu akan menyusahkan Adib nanti. Kerana dia tahu bagaimana kesannya hubungan cinta di atas talian ni.

Suatu hari Adib menelefonnya setelah sebulan lebih Adib senyap. Gembiranya hati Zell mendapat panggilan dari orang yang dia sayang. Bedebar hatinya. Tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaannya ketika itu. Lalu Zell jawab setelah menekan tanda hijau diatas skrin telefonnya.

" Hello awak.. Awak pegi mana? Kenapa hilang tiba-tiba? Lama saya cari. Lama saya tunggu. Sampai hati awak buat saya macam ni.." Zell menghamburkan tangisnya setelah habis menyoal Adib dengan banyak soalan tanpa memberi Adib peluang untuk menjawab.

" Sorry sayang. Saya tak bermaksud nak menghilangkan diri dari sayang. Please don't cry. Tak sanggup rasanya dengar sayang nangis. I'll explain. Stop nangis please.." pujuk Adib.

Tapi Zell tetap menangis. Betapa dia merindui kekasihnya itu. Walaupun cinta mereka sesuatu yang tidak patut terjalin tetapi rahsia hati tak siapa yang tahu. Mereka sedar tindakan mereka itu salah. Tapi hati mereka berkata sebaliknya.

" Sayang please..berenti la nangis.. Saya sakit.." jelas Adib. Lemah suaranya. Bagai berhenti degup jantung Zell bila Adib mengatakan dia sakit. Seakan tidak percaya. Bagi nya itu hanyalah alasan Adib.

"No.. Awak tipu. Kalau awak dah tak sayang saya lagi please jangan nak tipu saya kata awak sakit.." jawab Zell dengan marahnya.

" Betul sayang.. Saya tak tipu. Selama ni saya dirawat di hospital. Kalau sayang tak percaya saya hantar buktinya. Jap yea sayang.. " balas Adib masih memujuk Zell.

Adib menghantar beberapa gambar dia semasa di hospital dan diatas katil semasa dia dirawat. Sayu hati Zell melihatnya. Makin lajulah airmatanya mengalir membasahi pipi gebunya yang selalu menjadi kesukaan Adib kerana bila dia malu pipinya akan menjadi merah.

" Awak sakit apa? Kenapa tak bagitau saya awak sakit? Kenapa sembunyikan? Saya tak berhak untuk tahu ke? Sampai hati awak. Saya bagai nak gila mencari awak dimana. Saya buntu. Saya menangis ingatkan awak akan tinggalkan saya macam tu je. Tiap hari saya menanti awak akan telefon atau mesej saya seperti selalu. Tapi awak tak ada.. " panjang lebar Zell mengatakan apa yang dia rasa selama Adib menghilangkan diri.

" I'm sorry sayang. Saya takde niat pun nak buat sayang macam tu. Bukan sengaja nak buat sayang menangis. Bukan Sengaja juga buatkan sayang tercari-cari. Maaf sayang.. " terang Adib. Dia tahu Zell pasti akan risau bila dia tiada. Tapi dia juga tak berdaya untuk menjelaskan apa-apa semasa dia sedang dirawat. Kerana satu-satunya wanita yang layak berada disampingnya sentiasa berada disisi. Adib merasa sangat bersalah kerana menduakan isterinya walaupun hubungan antara dia dan Zell hanya di alam maya.

Hatinya terbahagi dua. Antara kasihnya pada isterinya dan cintanya pada Zell. Kalau boleh ingin dia memiliki Zell selamanya. Akan dia sunting Zell sebagai suri dihati dengan sah. Tapi dengan keadaannya sekarang yang sedang sakit, dia tahu dia takkan mampu membahagiakan
Zell. Doktor kata hayatnya tak panjang. Antara enam bulan ataupun lebih dari itu. Dan Adib perlu bergantung pada ubat-ubatan untuk bertahan.

" Sayang.. I need to tell you something. Maafkan saya kalau apa yang saya nak cakap ni akan buat sayang terluka dan kecewa. Saya bukan sengaja nak menghancurkan hubungan kita. Tapi saya terpaksa sayang. Saya tak nak sayang akan lebih terluka nanti. Demi kebaikan sayang, saya rasa setakat ini lah hubungan kita. Saya tak mampu lagi untuk buat Sayang bahagia.. " Tutur Adib dengan sebak. Sesekali airmatanya gugur jua. Dia juga merasakan kesakitan yang sama bila mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan dengan Zell. Kekasih yang amat dia cinta.

" Nooo.. Please awak.. Jangan tinggalkan saya. Saya tak boleh kehilangan awak. I love you so much.. Pleaseee.. Jangan tinggal sayaaa.." ucap Zell dalam tangis. Deras airmata Zell mengalir. Matanya yang bengkak tak dihiraukan. Dia tak nak hilang Adib. Adib adalah lelaki yang paling baik sepanjang mereka bercinta. Sentiasa mengalah dengan setiap rajuknya. Bagi Zell tiada lelaki yang paling baik seperti Adib. Ternyata cinta itu memang buta. Tak mengira darjat dan status seseorang.

" Maaf sayang. Saya terpaksa. Carilah pengganti yang lebih baik dari saya. Saya sakit. Saya takut saya tak boleh nak ada selalu bersama sayang seperti dulu. Saya tak janji saya akan sentiasa ada. Saya juga tak tahu bila ajal akan datang untuk menjemput. Saya takut saya lambat untuk minta ampun pada Tuhan. Maaf sayang. Maaf sangat-sangat.. " tersedu-sedu Adib menuturkan kata-kata. Sakit hatinya kerana mengecewakan Zell tapi dia terpaksa.

" Awak jahat Adib. Sampai hati awak buat saya macam ni. Baiklah kalau itu yang awak nak. Kita putus. Saya doakan yang baik-baik untuk awak. Semoga awak Sihat. Dan Semoga awak bahagia dengan keputusan awak ni. Selamat tinggal.." Tanpa memberi peluang Adib bercakap lagi Zell pun terus menutup telefonnya. Sakit hatinya. Kecewa yang teramat sangat.

Sejak dari hari itu, berkali-kali Adib menghantar mesej memujuknya. Meminta maaf kerana terpaksa memutuskan hubungan mereka. Bila Adib menelefonnya dia akan menekan butang 'decline' dan 'off' terus telefonnya. Zell masih kecewa. Dia masih tak kuat untuk menghadapi kenyataan hubungan dia dan Adib putus di tengah jalan. Zell sedar dan Zell cukup tahu hubungan antara dia dan Adib takkan kemana-mana. Tapi dia tahu cintanya untuk Adib ikhlas.

Suatu hari Zell mengambil keputusan untuk menghantar pesanan terakhir untuk Adib. Dia ingin segalanya tentang dia dan Adib berakhir selamanya. Tiada guna dia menangisi sebuah hubungan yang tak pasti. Dia tak nak mengharap lagi pada cinta Adib. Biarlah dia lepaskan cinta yang ada ini agar hatinya tak terluka lebih dalam. Lalu, perlahan dia berganjak kearah meja dan mencapai telefonnya. Lalu menaip sesuatu.

- Dear Adib.. Saya maafkan segalanya. Saya akan lupakan kisah cinta kita ini. Saya akan cuba untuk menerima kenyataan hubungan kita dah berakhir. Jangan cari saya lagi. Jangan hantar pesanan. Kerana itu akan lebih membuat saya sakit. Jaga diri. Jaga kesihatan. Maafkan saya juga andainya ada salah dan silap saya sepanjang kita kenal dan bercinta. Halalkan pemberian yang awak dah bagi saya ya. Simpanlah juga hadiah yang saya dah bagi awak baik-baik. Saya halalkan. Rasanya inilah terakhir kali saya mesej awak. Selamat tinggal Adib sayang. Saya akan kenang cinta kita ni sampai bila-bila. Sesungguhnya cinta dan kasih saya masih ada untuk awak. Takkan pernah hilang dengan mudah. Tapi saya sedar mungkin kita tiada jodoh. Setakat inilah cerita cinta kita. Lupakan saya. Dan jalanilah hidup awak sebaiknya. Selamat tinggal...

Selesai berbuat begitu Zell pun menekan butang 'shutdown' pada telefonnya. Dia tak kuat untuk membaca balasan dari Adib. Dia tahu Adib dah baca kerana sebelum dia menutup telefonnya tadi pesanan yang dia hantar dah ada dua tanda biru. Lemah jarinya mengeluarkan 'simkad' dari telefon dan mematahkan kad tersebut menjadi dua. Dia tak ingin Adib masih mencarinya. Esok dia akan menukar nombor baru dan cuba untuk bangkit dari kecewa. Ternyata bila putus cinta itu tidak sakit. Yang membuatnya sakit ialah bila kita masih ada rasa cinta.

" Selamat tinggal Adib..cintamu akan selalu bersamaku... Aku akan kenang setiap memori indah kita saat masih bersama sampai bila-bila. Cintamu akan tetap terpahat dalam hatiku selamanya..." ucap Zell dalam hati dengan deraian airmata...

Tamat..

-Lavender Ungu-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience