Lagi beberapa minit sebelum majlis akad nikah aku. Aku sekarang ni dah siap disolek oleh mak andam dan hanya menanti untuk dipanggil oleh mama. Sekarang ni aku tak tahu apa perasaan aku yang sebenarnya. Nak kata happy, entahlah. Aku pun tak tahu sama ada aku happy ke tidak sekarang ni. Mungkin happy sikit sebab mama dan papa nampak bahagia sekarang ni tapi sedih tu memang banyak! Sedih bila mengenangkan Ikhmal yang terluka dan aku yang sedih dengan keputusan sendiri.
“Alya… jom turun.”
Aku hanya mengangguk dan sambil diiringi oleh mama, perlahan-lahan kami turun ke tingkat bawah. Orang pertama yang aku nampak adalah Airil tapi dia langsung tak pandang aku. Sejak dari hari aku gaduh dengan dia, kami langsung tak bercakap. Jumpa pun masing-masing buat derk tapi dalam hati, aku mengaku yang dia nampak sangat kacak bila pakai baju melayu warna putih tu.
Selepas siap tandatangan semua borang yang diperlukan, sekarang tibalah saat-saat yang mendebarkan. Aku pandang Airil yang nampak agak gelabah tapi masih lagi tenang.
“Muhammad Airil Mukhlis…”
“Saya…”
“Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Nur Alya Amani binti Hashim dengan mas kahwin lapan puluh ringgit tunai.”
“Aku terima nikahnya Nur Alya Amani binti Hashim dengan mas kahwin lapan puluh ringgit tunai.” Lancar Airil melafazkan akad dan air mata aku terus mengalir apabila saksi menyebut sah. Akhirnya aku dah jadi isteri orang. Isteri kepada Airil, kawan baik aku sendiri dan aku tak tahu nak tafsirkan sama ada air mata aku ni air mata gembira ataupun sedih. Bercelaru betul perasaan aku!
Airil menunaikan solat sunat terlebih dahulu manakala aku menarik nafas dari tadi untuk mengurangkan rasa berdebar. Takut menanti Airil datang menghampiri aku.
“Alya… Airil dah datang…” Tegur Yuna yang sejak dari tadi duk genggam tangan aku.
“Aku nampak…” Maunya aku tak nampak. Bau minyak wangi Airil pun aku dah kenal walaupun dia duduk jauh dari aku.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…”
Ketika Airil memegang jari aku untuk menyarung cincin, mesti dia perasan yang tangan aku sejuk sebab dia genggam tangan aku agak erat. Seolah-olah nak menenangkan aku.
Aku pandang cincin yang dah selamat bersarung dekat jari aku sekarang ni. Rasanya aku macam pernah tengok cincin ni sebelum ni. Bukan ke ni cincin yang pernah aku nak beli masa zaman sekolah menengah dulu? Cincin yang aku tengok dengan Airil.
“Cincin ni?”
Airil mengangguk seolah memahami apa yang aku nak tanya. Dia tersenyum sebelum mengusap kepalaku lembut.
“Saya ingat design dia je so saya tempah. Hope you like it…” ucap Airil perlahan. Ketika tu jurugambar sibuk menangkap gambar kami berdua. Kami berdua menolak nak tangkap gambar dengan aksi-aksi manja. Setakat pegang tangan sambil berdiri macam statue tu aku terima tapi nak peluk-peluk manja, please aku tak nak.
“Saya suka. Thanks…” Takkan la nak guna ‘aku’ ‘kau’ lagi bila dah jadi suami isteri. Sopan la sikit rasanya kalau guna ‘saya’ ‘awak’.
“You’re welcome.” Airil tersenyum senang. Aku kerling dia melalui ekor mata. Suka pulak aku tengok dia berbaju Melayu. Bukan tak pernah tengok tapi hari ni serinya nampak lain. Seri pengantin baru agaknya!
“Awak nampak cantik hari ni…”
“Awak pun nampak handsome…”
Takkan nak tipu kan? Dah memang handsome jadi kenalah cakap handsome.
“I know this is hard but let’s work this out together,” ucap Airil sambil mengenggam tangan aku. Aku pandang dia lama sebelum mengangguk kecil. Walaupun payah tapi apa salahnya mencuba kan?
Share this novel