Chapter 1:Shinzou Shiro

Action Completed 789

"Abang Rex,serang yang berada di kiri"

"Baiklah,ambil ni roh tak guna"
"Hihi,mudah sahaja"

"Bunuh,bunuh,bunuh,BUNUH"

"Wragh,dia ada lagi ke"

Zapppp

"Tumpukan perhatian,Rex"
"Musuh kita kali ini ialah mangsa bunuh diri beramai-ramai"

"Saya tahulah"
"Shirou,tolong uruskan mereka yang dibelakang saya"

"Baiklah"
"Raaagghhh"

Bang

Saya melepaskan satu tembakan terakhir pada roh bunuh diri yang terakhir.Itu ialah satu kes yang sangat menyusahkan.Kenapa mereka perlu bunuh diri bersama-sama dan kemudian,menghantui tempat tu?Macamlah kami ni rajin sangat nak hapuskan mereka semua tu.Menyusahkan betul!

"Shirou,pantas"
"Kita perlu laporkan kes ini pada pengkalan utama sekarang"kata salah seorang senior saya yang bernama Light.

Seperti yang dipanggil tadi,nama saya ialah Shinzou Shirou,19 tahun dan tinggal di Area 9,Utara Bandar Brilliant.Saya mempunyai seorang adik lelaki yang masih bersekolah di sekolah rendah.Dia tinggal bersama ibubapa saya di Pekan Delight.Saya berpindah ke sini ketika berumur 16 tahun untuk belajar di Sekolah Menengah Bandar Brilliant.Selepas tamat belajar,saya memohon jawatan sebagai polis.Namun,permohonan itu ditolak dan setengah tahun kemudian,saya diminta menjadi ahli di dalam satu organisasi yang agak pelik tetapi benar.Namanya Soul Recovery Association atau nama lainnya SOLUTION.

SOLUTION merupakan satu organisasi yang ditugaskan menghapuskan roh-roh yang berkeliaran di dunia ini.Tidak kira roh itu manusia,haiwan mahupun tumbuhan,kami akan uruskan.Ia bukanlah tugas yang susah sangat tetapi ketika menghapuskan mereka,kita akan melihat memori dan impian mereka.Hal ini membuatkan ramai di antara kami yang ragu-ragu ketika menyelesaikan tugas.Semestinya tugas ini memang menguji mental seseorang tetapi inilah tugas kami sebagai ahli SOLUTION.Kami akan bertindak sebagai solution kepada masalah tersebut.

"Haaaaaaaaabis pun!!!!"
"Banyak betul orang yang kita hapuskan tadi"
"Ada lebih kurang 7...ke 8,eh bukan-bukan ada 10 tadi"kata seorang senior saya yang bernama Rex.

"Kesemuanya 14,Rex"
"Apalah yang awak fikirkan ketika menghapuskan mereka tadi"balas senior Light.

"Haha,banyak sangat memori masa lampau yang saya lihat tadi"

"Abang Rex tak rasa kesian ataupun getar ke ketika hapuskan mereka tadi"tanya saya.

Sambil memandang tangan yang digunakannya untuk memegang pedang bagi menghapuskan roh-roh tersebut,dia menggeleng kepalanya.Mukanya kelihatan matang sesuai dengan umurnya yang sudah mencecah 35 tahun.

"Saya sememangnya berbohong jika saya kata yang saya tidak rasa kasihan atau getar tadi tapi itulah tugas kita"
"Kita ditakdirkan untuk memberi mereka kebebasan dari dunia ini"kata senior Rex.

"Abang Rex"

"Hahaha,lagipun saya antara orang terlama di sini,tak mungkinlah saya akan tunjuk bahagian memalukan saya"

Abang Rex gelak terbahak-bahak sehingga orang yang berada di sekeliling memandangnya.Abang Rex dan abang Light merupakan antara orang yang terlama di sini.Mereka merupakan ahli generasi pertama SOLUTION.SOLUTION telah dijalankan selama 17 tahun.Setiap empat tahun,sembilan ahli baru akan dilantik dan digelar sebagai generasi yang seterusnya.Sebagai contoh,saya merupakan generasi yang terkini iaitu generasi kelima.

"Abang Rex dan abang Light merupakan ahli dari generasi pertama kan"

"Ya, betul tu"
"Abang merupakan ahli keenam di dalam generasi pertama"senior Rex menjawab soalan tu dengan penuh bangga dan semangat.

"Saya pula ahli kelapan dari generasi pertama"
"Seingat saya,kamu merupakan ejen ke-44 SOLUTION dan ahli kelapan generasi kelima,bukan"tanya senior Light pada saya.

"Ya dan nombor itu memang sesuai dengan nama saya kerana 44 boleh juga disingkatkan kepada ShiShi"
"Nama saya ada Shi dari Shinzou dan Shi yang lain dari Shiro,haha"balas saya.

"Hmm,generasi kelima"
"...."
"Sudah tua kita ni,yaaaaa"jerit senior Rex

"Hoi,jangan jerit lah"
"Pekak telinga ni"balas senior Light sambil menutup telinganya.

"Tapi kan,walaupun dari generasi pertama..."
"Kita masih tidak boleh lepasi budak Anima tu kan"

"Betul tu,Anima ialah budak yang berbakat tetapi misteri dan kuasa dia pulak memang melampaui kita yang merupakan generasi pertama"

Orang yang kedua-dua senior saya sedang bualkan ialah Anima,ejen SOLUTION ke-21 dan ahli ketiga generasi ketiga.Kenapa dua senior saya kata macam tu pada dia adalah kerana dia sekarang ni merupakan ejen SOLUTION yang menghapuskan roh paling banyak.Tiada siapa yang pernah melepasi rekodnya dan rekod yang kedua tertinggi pun mempunyai jarak yang sangat besar di antara mereka.Cara dia bertarung pun sangat digeruni ahli-ahli SOLUTION.Dia lebih suka bekerja seorang diri.Ramai yang kata dia ni ada bahagian yang pelik tetapi saya tak tahu nak percaya atau tidak.

Bip,bip,bip

"Ah,itu jam tangan saya"
"Saya perlu jumpa Ketua sekarang ni"
"Jumpa lagi"kata saya sambil berlari ke arah bilik ketua.

"Ah,Shiro jaga-jaga"kata Light.

"Hmm,graaagh"

Saya berlari tanpa sedar yang ada orang sedang melalui jalan di situ.Saya jatuh dan terduduk sebentar.Apabila saya cuba pandang ke atas,ada tangan cuba membantu saya bangun.Tanpa melihat rupa sebenar orang tersebut,saya menerima bantuannya.

"Awak perlu berjaga-jaga ketika berjalan"
"Jangan terus berlari sahaja"kata orang itu.

"Haha,maaf-maaaaffffff"

Saya terkejut apabila melihat orang yang membantu saya itu ialah senior saya,Anima!!!

"Ah,er,Encik,eh bukan abang,eh tu bukan,senior Anima,selamat tengahari"

"Selamat tengahari,Anima sahaja pun sudah cukup"
"Tak perlukan semua itu untuk memanggil saya"
"Baiklah,saya pergi dulu"

"Err,Anima"
"Boleh saya tanya awak sesuatu"

"Apa dia"

Dengan beraninya,saya bertanya pada senior Anima,"Ma-Macam mana awak boleh menghapuskan banyak roh-roh itu"
"Walaupun sudah hampir setahun di sini,saya masih belum biasakan diri"
"Kalau boleh,bagilah sedikit tips atau kata-kata yang berguna"

"Jangan hiraukan memori mereka"
"Saya cuma bunuh mereka sahaja"
"Ada lagi soalan,saya mahu pergi ke suatu tempat"dengan muka yang tidak menunjukkan perasaan,dia jawab dengan begitu mudah.

"Ti-tiada"

Senior Anima pergi tanpa pandang ke belakang.Tapi dia kata...,bunuh.Maknanya dia lansung tidak hiraukan memori dan impian roh yang dibunuhnya.Ia kedengaran sangat kejam tapi itulah hakikatnya.Kalau kita tidak boleh berfikiran macam tu,kita cuma akan menjemput maut kerana roh-roh tersebut pun boleh bunuh kita jika mahu.

"Ah,saya perlu pergi segera"

Dengan segera saya pergi ke bilik ketua.

"Tuan Taiyou,Ejen ke-44,Shirou melaporkan diri"saya berdiri tegak di hadapan ketua dalam keadaan sedia.

Tuan Taiyou merupakan ketua dan Tuan Pengarah SOLUTION.Dia merupakan ahli kedua generasi pertama.Dia ialah satu-satunya ahli yang terlibat dalam penubuhan SOLUTION yang masih tinggal di sini.Yang lain dikatakan telah mati ataupun bersara.Dia ialah satu-satunya yang dalam SOLUTION ini berani dan mampu mencabar Anima.Hmm,tugas apalah yang dia nak beri pada saya?

"Bagus,kamu sampai tepat pada masa yang ditetapkan,Shiro"puji Tuan sambil bangun dari kerusinya yang kelihatan mewah dan empuk.

"Kenapa tuan panggil saya datang ke mari?"
"Ada apa-apa tugas ke untuk saya"

"Ya,tapi ini bukanlah tugas yang mudah"dia bercakap dengan nada yang agak serius.

"Jadi,saya telah tetapkan pasangan untuk awak"
"...."
"Tapi dia belum tiba"
"Dia sepatutnya sudah tiba sekarang"

Ktakk

Tiba-tiba pintu bilik tu terbuka.Yang membuka pintu itu memang orang yang saya tidak sangka akan menjadi pasangan diri saya.Seseorang yang dianggap selebriti di kalangan kami semua.Kemahiran yang mengatasi semua orang dan rupa yang sangat bergaya.Ejen SOLUTION ke-21,ahli ketiga generasi ketiga.Anima.

"Maaf saya lewat sedikit"
"Saya ada sedikit masalah dengan hal peribadi saya tadi"kata dia sambil menundukkan kepalanya di hadapan ketua.

"Cukuplah tu,Anima"
"Hari ini,ejen ke-44,Shinzou Shirou akan menjadi pasangan awak untuk misi yang saya tugaskan pada awak"

"Dia ni,yang tadi tu kan"

"Kamu dah kenal dia,mudahlah macam tu"

"Bukanlah,dia cuma terlanggar saya tadi"
"Saya lansung tak kenal siapa budak ni"

Entah kenapa,saya rasa hati saya tercucuk sedikit tadi.

"Hmm,macam tu ya.Tak mengapa lah"
"Baiklah,misi kamu kali ini ialah di Pasar raya Lama,Bandar Act"

"Hmm,kenapa pasar raya itu pulak"
"Bukankah awak tidak mahu lakukan apa-apa di tempat tu"balas senior Anima dengan muka yang keliru.

"Ye,awalnya memang itulah yang dirancang"
"Tapi roh-roh di situ kelihatan sudah mula menceroboh ke dunia luar"

"Kalau macam tu,kenapa cuma hantar saya dan dia ni"
"Awak tahu kan bahayanya"kata senior Anima dengan riak muka yang serius.

Apa yang senior Anima cakap tu memang betul.Pasar raya Lama Bandar Act memang sangat bahaya.Ia dikategorikan antara tempat yang mempunyai ancaman yang tinggi dan merupakan salah satu tempat yang diklasifikasikan sebagai SEVEN HORRORS OF WORLD.

"Hahaha,tapi saya tahu yang Anima pasti boleh lakukannya dengan mudah"
"Dan juga,Shiro bukannya budak yang lemah"
"Dia merupakan antara ejen baru kita yang terbaik,dia pasti akan membantu awak"

"Baiklah,kalau awak cakap macam tu"
"Ayuhlah Shi...Shinra"

"Shiroulah"balas saya dengan sedikit marah kerana dia lansung tak ingat nama saya.

"Haih,Shiro tu susah sangat nak ingat"
"Disebabkan nama awak Shinzou Shirou,jadi awak ialah ShiShi"
"Ayuh kita pergi,ShiShi"dia terus keluar dari bilik ketua dan macam mana dia boleh lupa nama pertama saya tapi ingat nama penuh saya?!?

Selepas 1 jam,

Kami sudah tiba di pasar raya tu.Rupanya tidaklah seseram yang disangka tapi saya dapat rasakan banyak roh yang berada di dalam tu.Saya tunggu mendapat arahan dari senior Anima sebelum bertindak.Senior Anima masuk dahulu untuk memeriksa keadaan di dalamnya jadi saya hanya boleh tunggu.Dia arahkan saya untuk hanya menggunakan senapang ini tapi apa gunanya jika ada ramai roh.Tak lama selepas itu,saya terasa yang tenaga roh semakin kuat.Saya mula berasa sedikit takut.Apa yang senior Anima sedang lakukan?

Bip,bip,bip

Hmm,ada panggilan dari jam tangan saya.Ia dari senior Anima.

"Apa yang berlaku Anima"
"Kuasa mereka semakin kuat"saya tanya dengan keadaan yang sedikit panik.

"Tiada masa untuk penjelasan"
"Isi tenaga senapang itu dan halakan pada pintu masuk"
"Tembak apabila saya kata tembak"

Saya masih tak faham apa yang berlaku tapi saya ikut sepenuhnya apa yang disuruh.Semakin lama saya menunggu,semakin kuat tenaga roh ini.Ia seperti mereka semakin dekat.Dekat?Tak mungkinlah,dia buat ni?

"ShiShi,bersedia"

Saya halakan pada pintu masuk.Saya tidak mahu percaya tindakan dia tapi memang itulah satu-satunya yang boleh saya jangka sekarang.

"Sekarang"

Fiuussshhhhh

Saya melepaskan satu tembakan yang sangat kuat ke arah pintu masuk pasar raya.Seperti yang saya sangka,senior Anima telah biar dirinya dikejar semua roh dan sekarang mereka ikutnya ke pintu masuk.Dalam hanya beberapa saat,senior Anima dapat mengelak serangan tadi dan menumpaskan roh-roh yang mengejarnya tadi.

"Aaarrgghh"
"Ta-tahan"memori dan impian tak tercapai roh-roh tu semua satu persatu muncul di kepala saya.

"Hoi,tahan sikit lagi"
"Masih ada beberapa yang belum keluar"
"Kita perlukan senjata jarak dekat untuk kalahkan yang itu jadi bersedialah"

Dia cakap dengan mudah sahaja tapi saya tahu yang dia telah hapuskan..bukan.Dia telah bunuh banyak roh di dalam itu tadi.Roh yang keluar tadi nampak tidak banyak seperti yang saya sangka.Ia kelihatan sama banyak dengan kes bunuh diri beramai-ramai yang pernah saya pergi sebelum ini.

"Baiklah,saya sudah bersedia"

"Ayuh!"

Selepas 15 minit membunuh dan menahan sakit,ia telah berjaya.Ia adalah antara misi yang paling bahaya saya pernah lalui tapi disebabkan senior Anima ada di sini ia jadi sangat mudah bagi misi tahap tinggi.Macam manalah dia buat semua ni nampak mudah?

"ShiShi,awak pulang ke pangkalan dan laporkan misi ini"
"Saya ada urusan lain yang perlu diuruskan"

"Ba-baiklah"

Kemudian,dia pergi tanpa berkata apa-apa.Tanpa menghiraukan banyak sangat perkara,saya pulang ke pangkalan.

"Tahniah,kamu akhirnya berjaya melakukan misi ini"
"Seperti yang saya sangka kamu berdua memang pilihan tepat untuk misi ini"

"Ah,tapi keseluruhan misi hanya senior Anima yang buat banyak perkara"
"Saya cuma membantu dia sahaja"

"Hahaha,itu pun sudah cukup"
"Sebagai penghargaan,saya akan berikan awak cuti"
"Macam mana"

Saya tersenyum dan mengangguk tanda setuju.Tuan Taiyou tergelak lagi dan panggil saya ke komputernya.

"Awak mahu tahu apa yang Anima selalu lakukan selepas melakukan misi"

"Eh,bo-bolehkah saya tahu"

"Mestilah"
"Tengok ni"

Saya melihat skrin yang ditunjukkan tuan.Di skrin itu,saya melihat senior Anima sedang berjalan dengan memegang dua kon aiskrim di tangan.Saya terasa pelik pada awalnya dan baru saya sedar,dia bawakan aiskrim itu untuk seorang perempuan.Saya tidak kenal perempuan itu tapi nampaknya dia seperti ada hubungan dengan senior Anima.

Hmm?Kejap?Kenapa ada perempuan lain di situ?Dan dia beri aiskrim itu pada perempuan itu.Sekarang dia melutut di hadapan perempuan yang tu di hadapan perempuan tadi! Tunggu-tunggu,itukan cincin!Apa yang dia buat?Aaaah,dia melamar perempuan itu!Hmm?Tunggu,kenapa dia melutut di hadapan perempuan yang satu lagi?Kejap itu bukan cincin kahwin ke?Eeeeeh,dia melamar perempuan tu pula!Di hadapan perempuan lain yang dia baru melamar?!?!

"Tu-tuan,apa yang saya tengok ni?"
"Saya tahu lelaki boleh kahwin lebih satu tapi bukan ni macam sedikit penghinaan"

"Hahaha,tengok dulu sampai habis"

Hmm,dua perempuan tidak tunjuk yang mereka cemburu ataupun apa-apa.Dan mereka pergi dari situ sahaja?Tunggu kenapa saya rasa lain macam ni?Ah,sekarang senior Anima bermain gitar di tengah jalan.Eh,sekarang dia main piano?Sekarang pula,dia sertai pertandingan melukis.Dia menunggang basikal pula.....

"Tuan,apa semua ni"
"Berapa banyak hobi yang di ada"

"Hobi?Hahaha"
"Satu pun bukan hobi dia"

"Eh,tapi kenapa dia buat semua tu"

"Itu kerana ia merupakan impian"

Impian...

"Semua itu ialah impian dan cita-cita roh-roh yang Anima telah bunuh"
"Itulah aktiviti yang dilakukan Anima selepas misi"

"Maksud tuan,dia lakukan semua itu untuk roh-roh yang dibunuhnya"
"Tapi kenapa"

"Saya pun tak tahu sebabnya"
"Hmm,itu sahaja hari ini"
"Selamat bercuti"

"Baiklah,saya pergi dulu"

Apalah sebenarnya motif senior Anima ni,ya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience