Bab 9 : Keputusan (PENAMAT)

Fantasy Series 1383

Jerico mengosokkan matanya dan kembali duduk di kerusi halaman rumah. Felisa tahu hal itu seperti batu menghempap diri lelaki yang mulai berputik sentuhan cinta di jiwanya. Namun Jerico berfikir-fikir dan ingin bersuara lagi selepas berdiam diri buat waktu yang lama. Lincah Felisa bergerak ke hadapan Jerico dan Jerico mendapatkan tangan Felisa bagai ingin membawanya pergi dari situ, pergi dari kehidupan yang memenatkan dan bermain rancak di luar kawalan mereka.
“Jadi kamu…datang ke bumi, saya rasa tak kisah dengan semua ni Felisa,”Kata Jerico mengucup tangan Felisa.
“Saya nak kamu tahu, saya bukan berasal dari dunia kamu,”Felisa melepaskan tangannya dari genggaman Jerico. Felisa bergerak mendekati rimbunan bunga dan berharap cincin itu akan hadir. Tapi dia sedar, tanpa atau dengan cincin itu, dia mempunyai hasrat yang membuak ingin merasai dunia manusia. Sudah tiba masa dia membuat pilihan.
“Saya nak.. tinggal di sini, tapi pada masa yang sama, saya hilang hala tuju, Jerico,”Felisa membelakangkan lelaki tampan itu, kemudiannya, terduduk di tanah.
Jerico risau akan keadaan Felisa dan menghampirinya. Jerico mengeluarkan seutas rantai kecil dari poketnya dan memperlihatkannya kepada Felisa. Felisa masih mengelamun menembusi langit bumi. Angan-angannya terlalu jauh sehingga ke kayangan, adakah bidadari kayangan akan turun untuk membawanya kembali? Dia berharap, itu saja dia mampu buat. Berharap.
“Felisa, saya nak kamu jadi teman hidup saya,”kata Jerico, tersenyum.
“Saya tak layak untuk manusia, Jerico,”Jerico mendapatkan tangan pucat Felisa, sekali lagi mengucupnya menjadikan Felisa orang bertuah dalam dunia manusia itu.
“Saya nak kamu jadi isteri saya selamanya, adakah kamu terima? Marilah hidup di perkampungan dan membina keluarga, tempat kamu adalah di sini.. sinilah tempat memberi kamu kebahagian baru,”Kata Jerico tersenyum lebar.
Felisa diulit sebak dan dia gagah berdiri, lalu memeluk Jerico.
“Kamulah penyuluh jalan gelap saya, Jerico! Terima kasih!”kata Felisa.
…………
Susanna menjelma jadi burung merpati, melayari awan-awan putih berjinak di badannya dan turun ke sebuah kediaman berhutan tebal. Di sana, dia jelas sekali melihat kumpulan manusia yang tiada nyawa dan terlentang ke tanah.
Jiwa manusia yang diambil memasuki lagi badan setiap empunya badan. Lalu Susanna melihat tiga sahabat iaitu Roland, Ronaldon dan Roses diikat tali pada kaki dan tangan,  kemudian, Susanna merasakan bulu sayapnya gugur dan dia menemui suatu debu emas dari langit yang beransur cerah.
“Dia hilang kuasa?”Dia memikirkan Felisa yang kehilangan kuasa kerana cincin tu menewaskan kuasa tongkat Delima Bulan. Kebetulan mentari bercahaya menyinari hutan itu, bak emas menyaluti badan hutan, sehingga ke puncak gunung, lalu Susanna mendapat hidayah dari kayangan dalam bentuk sinaran bulan di siang hari.
Cahaya bulan menembusi atmosfera bumi,, mengenai puncak gunung dan terbina suatu bidadari cantik, lut sinar badannya seperti seorang roh manusia dan bidadari itu pecah ke udara, menjadi tongkat putih yang disinari bulan senja itu.
Susanna mendapatkan tongkat itu dan tahulah dia, misinya baru bermula. Dia bersyukur tongkat itu masih bernyawa memberi peluang kedua untuk dia mengendalikan tongkat dalam membina bumi yang lebih baik dan kecantikan bumi terjaga.
Susanna menjadi dirinya tanpa sayap gemilangnya dan memasuki ruang hutan, berjalan kaki sehingga dia menempatkan diri ke semak samun dan menggunakan tongkat untuk menyerang manusia berkumpul di tengah puncak gunung. Semua manusia ditumbuhi akar pokok dan menjaringkan badan mereka sehingga tersepit. Kemudian, tiga sekawan itu dibuka talinya menggunakan kuasa tongkat.
“Kamu…”Kata Roses.
“Mana Felisa?”Kata Ronaldon.
“Dia… kehilangan kuasanya,”Kata Susanna. Roland meneliti penampilan Susanna dan tiba-tiba, dia berlutut.
“Wahai bidadari kayangan, terima kasih selamatkan kami..tongkat tu.. milik kamu?”Kata Roland, memahami rencana Felisa turun ke bumi itu.
“Kamu tahu tongkat ni sebab siapa?”Kata Susanna.
“Dari datuk saya,”Kata Roland.
“Moyang kamu… sudah menyimpan tongkat ini dan apabila kamu mendapatkannya, orang lain mencurinya sehingga tongkat ini jatuh lagi ke tangan orang tidak berperikemanusiaan,”Kata Susanna.
“Tolong simpan sebaiknya tongkat tu!”kata Roland, masih berlutut.
“Bangun anak manusia,”Kata Susanna, lalu Susanna menutupi matanya dan mengucap suatu ayat agar terserlah sayap besarnya yang bercahaya bergabung dengan bulan. Patutlah dia dinamakan Delima Bulan, fikir Roland.
“Saya akan bawa kamu kembali ke kediaman masing-masing.. dan ..”Kata Susanna.
“Dan apa?”kata Ronaldon.
Tiba-tiba, Susanna menggunakan tongkat itu menghasilkan cahaya emas ke kepala mereka dan mereka bertiga pengsan. Susanna menggunakan tongkat bagi menerbangkan mereka sehingga sampai ke bandar Heartfilia.
…………
Felisa masuk ke dalam bilik, melihat langit gelap sehingga dia menemui buku catatan dan melukis bidadari di setiap helaian kertas sehingga dia melukis keadaan kayangan yang cukup indah, jauh beza dengan bumi. Kemudian, dia melukis lakaran seorang lelaki yakni Jerico dan budak-budak kecil, memikirkan itulah masa hadapannya.
Seminggu kemudian, majlis perkahwinan antara Felisa dan Jerico diadakan di rumah itu. Tetamu datang memuji kecantikan Felisa kerana dia disolek indah oleh Mimie yang memang pakar dalam kecantikan.
Semasa majlis berlangsung, ada seseorang datang memberi sehelai kertas dengan Felisa. Felisa melihat Susanna tersenyum di hadapannya, lalu bergerak ke belakang rumah menjelma menjadi burung merpati.
Felisa membaca surat itu dengan penuh penghayatan;
“Hiduplah dengan baik,
Bidadari Felisa.”baca Felisa.
Felisa sebak dan memandang langit dengan seekor burung merpati berhenti di udara, bagai melambai ke arahnya. Tiba-tiba, ada suatu cahaya terang berlaku di langit, iaitu keadaan rohani yang hanya bidadari boleh melihatnya dan merasainya.
Felisa ternampak pintu kayangan terbuka untuk Susanna kembali ke tempat asal setiap bidadari, lalu Felisa melambai ke arah merpati itu dan ianya hilang bagai cahaya hilang dari bulan.
Felisa tersenyum dan melihat Jerico, sambil menggenggam tangan orang istimewanya itu. Jerico membawa Felisa menegur kawannya dan Felisa merasa ingin tahu lebih banyak mengenai manusia.
Dalam fikiran Felisa, terbayang suatu keadaan kayangan di bumi yang dialaminya ketika itu. Kasih dan keharmonian yang lahir dalam hati setiap manusia yang ingin mengenalinya, membuatkan dia jatuh cinta dengan bumi dengan lebih dalam.
Dia bersyukur dirinya diberikan peluang hidup selepas menumpaskan manusia yang menggunakan tongkat itu dengan cara salah dan ingatannya mengenai Roses, Roland dan Ronaldon tidak akan hilang dan lesap begitu saja. Suatu hari dia akan mencari mereka dan ingin sentiasa mengunjungi mereka kerana mereka adalah sahabat sejati dirinya
Felisa mendengar musik-musik didendangkan dan Jerico membawa Felisa pergi ke tengah halaman rumah, lalu menari bersamanya. Felisa tahu menari kerana semasa di kayangan adik-adiknya selalu menari dengan bebas bersama kuasa cincin emas mereka.
Tetapi Felisa tahu, tanpa cincin pun dia boleh hidup. Dia teruskan menari dan melihat mata coklat Jerico.
“Bidadari Felisa, kini menjadi milik saya,”Kata Jerico.

TAMAT

*Tq sudi baca cerita saya, ikuti updates cerita saya lepas ne! ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience