Chapter 9

Horror & Thriller Completed 5356

Part 9.
{ Fayzal POV }

Wah, bahagia terasa hidup ini. Ceh, mentang - mentanglah dah baik dengan BFF dia tu.

Serius weyh, aku tak sangka dia mintak maaf kat aku. Wuu, sekarang Daiyan dah baik dengan aku! Oh, yeah! Gembira teramat ni.

Okay, sekarang ni aku kena simpan dulu happy aku tu sebab mama, mummy and Emylea masih ditangkap lagi.

"Kau kenapa dari tadi tersengih - sengih pandang aku?" Soal Daiyan hairan. Mana taknya, dari tadi aku dok tenung sambil tersengih kat mamat ni. Heheh.

"Ah, takdelah. Rasa bahagia." Jawabku sambil tersenyum. Kalau orang tengok ni, mesti kena kena hurung semut. Kenapa? Sebab senyuman aku manis sangat sampai diorang terkena tempiasnya. Ceh, perasan. Hehe. Jangan marah.

"Owh, bahagia tengok muka aku? Okay, nah, aku tadah kat kau muka aku. Bagi kau tengok puas - puas. Haa, aku tahu aku hensem sampai kau pun bahagia tengok. Nah, tengok." Kata Daiyan kemudian mukanya didekatkan ke mukaku. Daiyan tersenyum selebarnya. Saja nak tanya muka lah tu. Aku buat muka kerek. Daiyan ketawa. Ah, rindunya saat ni.

Kami menuju ke negeri jiran kami. Untuk mendapatkan bantuan. Kami kena segera sebelum goblin tu datang selamatkan si Khayrul kuang hajo tu dan kejar kami bersama bala tenteranya; goblin. Itu yang Khayrul tu bagi tahu. Entah ya ke tak tu? Ye dak?

{ End Fayzal POV }

***

"Weyh, bangunlah! Dah mati ke apa? Ni kau terbagi dia bau kuat sangat kot ubat tu. Sampai seharian dia tidur. Ke minah ni dah mati?" Soal goblin ketot yang agak kurus sambil menepuk - nepuk muka Emylea, kepada sahabatnya yang fizikalnya amatlah berlawanan dengannya, gemuk dan agak besar.

"Bukan aku yang buatlah! Tuanku Putera Khayrul yang buat. Kau nak marah aku pehal? Kau pergilah marah dia!" Marah goblin gemuk itu. Kawannya yang kurus itu terdiam. Mana mungkin dia sanggup memarahi tuannya?

"Haa, tahu pun kau."

Tubuh Emylea mula bergerak.

"Weyh, dia gerak ar!"

"Kau tak pernah tengok benda bergerak ke?" Jawab sahabatnya sarkastik. Lempang kang baru tahu.

***

{ Emylea POV }

Aku terasa mukaku ditepuk. Aih, kenapalah orang suka sangat kacau aku waktu aku tidur? Tahulah aku ni cantik ala - ala princess. Ceh, perasan lebih. (Okay, author tak payah nak buat muka nak termuntah sangat. Lempang nak?)

Aku menggerakkan badanku pabila terdengar dua suara yang sedang bersembang dengan 'perlahan' nya di sini. Bisingnya. Kalau sedap suara tu takpe.

"Weyh, dia gerak ar!" Haa, ayat ni paling tak pernah dibuat orang. Kalau aku dah mati tu yalah tak bergeraknya.

"Kau tak pernah tengok benda bergerak ke?" Aku tersenyum dalam diam apabila terdengar jawapan itu. Thanks, sebab tolong jawabkan ayat bendul tu.

Aku bangun duduk secara mendadak mengejutkan dua orang... Er, ekor kut. Ah, lantak. Okay, dua ekor goblin yang satu berbadan keding, satu lagi berbadan bulat.

Aku rasa tenang walaupun aku tak tahu aku kat mana. Tak rasa kalut pun. Langsung tak. Macam takde mood pulak. Mungkin sebab aku rasa penat. Tak larat. Rasa nak tidur je ni. Tak pun makan. Heheh.

"Kenapa ni?" Soalku memandang benda alah yang sesuka hati nenek moyang dia je tepuk muka aku sambil buat muka toya.

"Erm, tuanku nak jumpa kau." Jawab goblin keding tu. Keding betul dia ni. Aku mengangkat sebelah keningku. Eh, apa kena mengena si raja tu dengan aku pulak?

"Buat apa pulak nak jumpa aku? Pergilah jumpa orang lain. Aku nak tidur. Bubye." Aku kembali baring untuk tidur.

"Eh, eh! Janganlah macam ni. Tuanku nak jumpa kau. Nanti aku dengan dia kena marah. Tak kesian ke kat kami?" Aku bukak balik mataku bila dengar goblin bulat tu merayu dan kemudian duduk semula. Alahai, ingat hensem ke dia kelip - kelipkan mata tu?

"Err, esok tak boleh ke?" Soalku. Malaslah nak jumpa raja ni sebenarnya. Dua ekor goblin ni berpandangan sesama sendiri. Kemudian kembali memandangku yang dah memang lawa sejak azali ni. Ece ceh. (Author, agaklah nak buat aku ni perasan pun. Nanti orang ingat aku ni terlebih gula pula)

"Tapi.." Goblin keding tu sedang menggaru kepalanya yang langsung takdak rambut.

"Ah, esoklah! Saya mengantuk ni." Aku memberi alasan yang paling logik setakat ni. Logiklah sangat, Emylea!

"Hari ini lah!" Kata dua ekor goblin serentak.

"Esok!" Aku masih dengan pendirianku.

"Hari ini!"

"Esok!"

"Hari nilah!"

"Esok!"

"Hari ni!"

"Hari ini!"

"Esok!" Aku tersenyum. Yes, plan aku menjadi! Wuhuu, boleh tidur!

"Okay, kita jumpa esok, ya? Dah, saya nak tidur dulu." Aku terus baring dan tutup mata. Ah, dah jumpa kekasihku, Tidur bin Nyenyak. Hahha.

"Err.." Sekali lagi dua goblin tu berpandangan. Erk, macam lagu.

Boleh pandang - pandang. Jangan pegang - pegang. Bertambah sayang. Biar malu - malu. Biar segan - segan. Kerna itu perisai orang beriman.. Hahha. Sempat lagi nak nyanyi? Akhirnya aku hanyut dalam mimpi. Aik, baru nak hanyut? Ingat dah sesat sampai laut mana dah.

{ End Emylea POV }

***

Bertambah marah si raja apabila arahannya tidak terlaksana seperti yang dimahukanya.

"Beta mahu jumpa dia sekarang!" Marah si Raja Goblin. Dia menghentak - hentakkan tanganya di atas meja makan yang di atasnya dipenuhi dengan pelbagai hidangan yang boleh buat stock 2 bulan.

"Ma.. Maaf tuanku. Dia masih lagi mengantuk. Mungkin kerana tuanku Putera Khayrul terletak lebih ubat tu kot. Tu yang terlebih dos. Tak pun side effect kot." Kata goblin kurus itu terketar - ketar ketakutan. Takut alasannya tak boleh dipakai. Kalau raja marah, pasti akan ada hukuman buat mereka yang terdiri dari golongan hamba yang lemah sepertinya.

"Baiklah. Bila beta boleh jumpa dia?" Soal Raja Goblin.

Goblin kurus itu menghembus nafas lega. Fuh, nasib tak kena marah, ujarnya dalam hati.

"Er, esok, tuanku." Jawabnya lagi.

"Okay, kalau begitu kamu boleh pergi sekarang." Arah Raja Goblin tegas.

Raja Goblin lebih besar dari Goblin - goblin yang lain. Terdapat pelbagai saiz dan bentuk goblin yang telah diasingkan.

Bagi golongan hamba, iaitu goblin yang kecil dan tidak membawa banyak manfaat. Mereka perlu berkerja sebagai 'bibik' di istana.

Golongan sederhana pula, iaitu golongan yang badannya mampu membawa barang berat. Mereka berkerja sebagai pembuat senjata. Seperti pedang, pisau dan sebagainya.

Golongan ketiga pula ialah askar. Iaitu goblin yang gagah perkasa melindungi istana Raja Goblin. Goblin ini berbadan sasa dan pantas. Senang untuk menyerang apabila berperang.

Goblin yang dibawa oleh Khayrul itu hanyalah separuh hamba dan separuh lagi pembuat senjata. Mengapa perlu beri askar mereka yang kuat kepada manusia bernama Khayrul yang berperangai seperti Kwang Soo; suka mengkhianat?

***

{ Daiyan POV }

Fuh, sudah setengah hari kami bermusafir tanpa berhenti untuk menuju ke negeri jiran kami. Aku sudah termengah - mengah. Tekakku kering meminta air untuk diisi.

Fayzal juga sudah agak pucat mukanya. Penat gila. Gila tak penat? Air dahlah takde. Makanan apatah lagi. Pergh, memang gilalah.

Ah, rasanya dah nak sampai. Ya je nak sampai.

Setelah berjalan selepas 15 minit kemudian, akhirnya kami tiba di destinasi yang diingini.

Sebuah lopak. Lopak ini bukan sebarang lopak tau. Don't judge a book by it's cover, okay? Besarnya lebih kurang muat 3 orang sekali masuk. Ini adalah pintu masuk ke Mermaid Kingdom, negeri jiran kami. Pintu rahsia. Hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja.

Ada caranya untuk memanggil 'penyambut tetamu' di situ. Tiga biji batu dicampak kemudian jerit, 'Mermaid Kingdom, jellyfish!'. (Amaran sekerasnya. Jangan tiru cara author yang langsung tak masuk dek akal ni. Okay?)

Timbullah satu kepala di permukaan air lopak itu.

"Hai, saya Bubble. Boleh saya bantu?" Soal duyung wanita itu. Comel saja. Rambutnya berwarna pink diikat satu. Waah, boleh cair si Fayzal ni. Eh, kau pun sama, Daiyan! Habis tu, Emylea nak campak mana? Erm, dalam lopak ni muat tak? Err.

"Er, saya Daiyan. Ni Fayzal. Kami nak jumpa Ratu Airy." Beritahuku. Duyung tadi nampak terkejut. Kenapa nak terkejut pulak? Aku ni hensem sangat ke? (Erm, sebenarnyakan Daiyanlah yang paling banyak mencarut sebab dia selalu puji diri sendiri. Erm, tu dikira mencarut, kan?)

"Awak, Putera Daiyan, anak kepada Permaisuri Rose dan awak pulak Putera Fayzal anak kepada Ratu Cupcake, kan?" Soalnya. Aih, teruja nampak? Aku dan Fayzal mengangguk serentak. Bubble terkejut. Dia menutup mulutnya yang separa terbuka dengan tapak tangannya. Terkejut sangat ke?

"Mari, mari!" Ajak Bubble kemudian terus menyelam ke dalam air. Erk, dia lupa ke? Ingat kami ni boleh bernafas dalam air?

Fayzal pandang aku. Aku pandang Fayzal. Masing - masing pandang sesama sendiri. Serentak kami berdua menjongket bahu. Hurm, sejak bila semua benda buat sama ni?

"Ops, sorry. Lupa pulak. Heheh. Nah makan ni. Tumbuhan ni membolehkan tuanku berdua bernafas dalam air." Bubble timbul kembali dan kemudian menyerahkan tumbuhan berwarna hijau kebiruan. Tumbuhan tu nampak macam cendawan pun ada. Erkh, aku tak suka sayur!

Kau nak hidup ke tak? Macam mana dengan mama, mummy dan Emylea? Takkan kau nak tinggalkan mereka je? Aku dah jadi biul sebab gaduh dengan diri sendiri. Hailah, Daiyan.

Aku tengok Fayzal makan tumbuhan tu macam senang je. Ha, sedap ke? Entahlah muka Fayzal macam takde riaksi.
Erk, aku tak boleh kalah. Walaupun dah berbaik tapi tak semestinya kita bukan lagi pesaing? Ya, dak?

Aku memasukkan secubit tumbuhan itu ke dalam mulutku dengan muka tak relanya. Gulp! Okay, dah telan. Hurm, takde rasa apa pun. Aku masukkan jumlah keseluruhan tumbuhan itu ke dalam mulutku dan kunyah kemudian telan. Hurm, it's not that bad.

"Mari." Ajak Bubble lagi sekali. Kali ni kami pergi bersamanya.

Splash!

Aku terjun dalam lopak macam terjun bungee jumping kat menara tertinggi di Dunia Fantasi. Wargh, gila kau tak bersepai lopak tu? Ah, lantaklah.

Aku mula - mula tahan nafas. Kemudian perlahan kau cuba menyesuaikan diriku dengan keadaan sekitarku. Okay, dah! Kini aku sedang berespirasi di dalam air. Memang daebak lah!

Kami berenang mengikuti Bubble. Di kesempatan ini aku trylah uji kemahiran berenang aku. Kejap aku kuak lentang, kejap lagi aku berenang kucing. Aih, kucing bukan tak suka air ka? Ah, mesti ada yang suka. Haih, macam - macam. Sampai aku ditegur oleh Bubble. Katanya, "Tak pernah dibuat gaya berenang macam tu. Saya ni ikan duyung yang tinggal dalam air pun tak pernah nampak lagi orang ke goblin ke manusia ke buat macam tu."

Gila kau tak malu bula kena tegur macam tu? Nak je aku seret muka aku kat pasir di dasar laut tu. Bagi kurang sikit malu. Ditambah pula dengan perangai sahabat sejati a.k.a. BFF lah konon, yang memang terbaik gila pergi gelakkan aku. Siap mengejek lagi. Huhu, tak kesian ke kat Mr. Dimple yang hensem ni? Haktuih. Memang makruh betul kalau ada kawan macam ni. Terbaik.

Kami sudah semakin hampir menuju ke arah Mermaid Kingdom. Beberapa ekor duyung lalu - lalang di hadapan, kiri, kanan, atas, belakang, bawahku.

Cantik belaka sirip duyung mereka. Berwarna - warni. Pergh, terlalu shining.

Bandarnya jugak secantik penduduknya. Marvelous!

Dari jauh dah nampak berkilau, apatah lagi bila dekat. Aih, lepas balik dari Mermaid Kingdom ni kau kena pakai cermin mata untuk silau la, Daiyan.

Patutlah negeri mereka jarang sekali diganggu goblin. Negeri bawah air, goblin mana boleh berenang? Aman bahagia betul negeri mereka. Tak macam negeriku. Aih, aku mengeluh. Tapi perlahan. Tak nak orang dengar.

Kami tiba di istana.

"Tuanku Ratu Airy, Putera Daiyan dan Putera Fayzal nak jumpa tuanku."

{ End Daiyan POV }

ToBeContinue

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience