_HLF 02_

Family Series 1708

Tomorrow

Angin subuh mula mengelitik ketika dia bangun mengira usia hari. Langsir biliknya di selak agar cahaya dapat menerangi suasana gelap. Selesai sahaja membersihkan diri dan berpakaian lengkap, dia pun mula menunaikan solat subuh.

Selepas dia selesai menunaikan solat subuh, pakaian sukan sudah lengkap ditubuhnya. Dia keluar dari biliknya dan menuju ke lif untuk turun ke bawah.

Dia menuju ke dapur lalu dia ternampak susuk tubuh pembantu rumahnya yang sedang menyediakan sarapan pagi. Dia berdehem bagi menyedarkan pembantu rumah itu.

"Eh mak kau ayam meletop! Ya Allah, cik muda ni buat makcik terkejut aje lah" Pembantu rumah itu melatah. Shayla mengetawakannya. Pembantu rumah itu memukul lengan Shayla perlahan.

"Sorry... Hahahahah~" Dia ingin menghentikan tawanya namun sia-sia kerana sisa - sisa tawanya masih ada. Tawa semakin kuat dan menyebabkan batuk seraya perutnya pula tiba-tiba sakit akibat ketawa.

"Aishh.. kalau makcik layan kamu, tak terbuat kerja nanti" Pembantu rumah itu dengan licahnya memotong sayur.

Shayla membantu pembantu rumah keluarganya itu menyediakan sarapan. Semua cantik tersusun di atas meja makan.

Sedang mereka khusyuk menyediakan sarapan, satu suara menegur mereka.

"Amboi, gelak sakan nampak. Awal pula Cik Qhalesya kita ni bangun ya, biasanya lambat" Perli Datin Qainara di pagi hari. Mereka berdua tersengih.

"Mama ni.. Esya kan nak pergi joging, so kena lah bangun awal. Hari ini hari rabu lah ma, memang masa untuk Esya joging" Kata Shayla sambil menarik kerusi berhadapan dengan Datin Qainara.

Datin Qainara mengangguk tanda faham.

Shayla menilik jam tangannya ketika duduk di kerusi. Dia mencapai sebotol air mineral lalu menghampiri Datin Qainara.

"Aik ? dah nak pergi joging ke ? tak nak sarapan dulu ke ?" Tanya Datin Qainara apabila Shayla bangun dari kerusi yang didiaminya itu.

"Ya mama. Mana boleh makan makanan berat masa nak joging. Tak sampai 2 round nanti dah pancit" Shayla menyalam tangan kanan Datin Qainara sebelum pergi.

"Hati-hati tau sayang!" Pesan Datin Qainara.

"Baik ma"

Shayla menyarungkan kasut sukannya ke kaki sebelum keluar dari kawasan rumah keluarganya.

Someone Pov

Dia menjenguk di luar tingkap biliknya dengan senyuman jahat. Kemudian, senyuman jahat itu bertukar jadi ketawa jahat.

"Ini adalah masanya! Good bye my dear. See you next time~" Katanya dengan wajah bengis. Dia kembali ke katilnya lalu mencapai telefonnya yang berada di meja lampu.

Tangannya laju mencari nombor seseorang lalu menghantar satu pesanan.

Kau blh hntr kjp lg gmbr tu. Tnggu arahan dari aku. Hahah!! puas hati aku bila dia dh berambus dri rmh ni.

Pesanan itu dihantar dan telefon dicampak ke atas tilam empuknya.

Dirinya bagaikan orang kurang waras apabila tergelak dan tersenyum sendirian. Sekejap senyuman sinis, sekejap ketawa kuat.

"Wait and see.. Hahahah" Ujarnya dengan ketawa hingga menampakkan giginya.

Tubuh badannya diteleknya di hadapan cermin. Kemudian dia membuka laci meja solek lalu mengeluarkan satu frame gambar.

"Kau ingat kau cantik sangat ke sampai semua orang suka dan puji kau ? Tak! kau adalah manusia yang bertopengkan syaitan! Lepas kau pergi, semua harta akan diwariskan kat aku dan dia akan jadi milik aku selamanya.." Katanya dengan gelagat jahat ketika melihat gambarnya bersama adiknya sebelum menuju ke bilik mandi.

Frame itu masih dipegangnya. Dia tidak berkeinginan untuk menyimpan gambar tersebut. Tanpa banyak kata dia merosakkan gambar itu lalu membuangnya ke dalam tong sampah.

Dia meluru masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.

End Someone Pov

•~|~|~|~|~|~|~•

Shayla yang baru sahaja menamatkan jogingnya itu berehat di sebuah pondok. Hari ini tak ramai orang pergi joging atau spend time dengan keluarga. Maklumlah hari ini hari kerja, lainlah kalau sabtu dan ahad.

Air mineral yang dibawa dari rumah itu diteguknya bagi menghilangkan kehausan. Matanya meliar-liar melihat keadaan sekeliling, kelihatan seorang makcik dan seorang budak sedang mengutip sampah yang bersepah - sepah dan yang terbiar ditepi jalan.

Shayla mejalan menuju ke arah makcik dan budak itu, namun makcik itu tersedar bahawa ada orang yang ingin menghampiri mereka. Makcik itu mengundurkan diri bersama anaknya.

Mereka kelihatan takut pada Shayla tapi pantas Shayla menyatakan bahawa dia tidak akan berkelakuan jahat terhadap mereka.

"Makcik tak perlu takut pada saya ya. Saya datang sini sebab nak tolong makcik dengan anak makcik je. Kasihan saya tengok anak makcik tu" Ujar Shayla dengan senyuman manis dibibirnya.

Perlahan - lahan Shayla menghampiri mereka. Tangan kanannya didepakan seperti ingin memanggil budak.

Budak itu memandang ibunya tanda meminta izin. Ibunya mengangguk perlahan.

Shayla tersenyum puas.

"Adik lapar tak ?" Soal Shayla kepada budak yang berada dihadapannya itu.

Serta - merta budak itu mengangguk. Shayla tertawa melihat gelagat budak itu.

"Makcik marilah ikut saya. Kita pergi warung kat sana tu" Ajaknya sambil menunjukkan tempat yang ingin dituju.

Dengan muka yang comot itu, si makcik mengangguk.

"Tak menyusahkan kamu ke ? Takpa lah, makcik tak mampu bayar balik" Kata makcik itu dengan menundukkan kepalanya.

Shayla menggelengkan kepala.

"Takpa, saya ikhlas" Balasnya.

Tanpa rasa malu, geli, segan dan silu, Shayla memimpin tangan makcik dan budak itu hingga ke warung yang dikatakan.

Dia tidak mempedulikan apa orang sekelilingnya cakap. Lagi pun dia tolong bukan guna duit orang tapi guna duit dia sendiri.

Seorang pelayan di warung itu datang untuk mengambil pesanan. Shayla memberi peluang mereka untuk memesan makanan yang mereka inginkan. Dia tak kisah sama ada makanan itu mahal atau pun tidak, asalkan mereka kenyang.

Tersentuh hati pelanggan - pelanggan serta pemilik warung itu melihat keikhlasan Shayla membantu orang yang memerlukan bantuan.

Done ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience