Bab 5

Humor Completed 28838

(Day 2 )

"Apa? Kau pergi jumpa Hariq, Radiah?" tanya Raudah dengan nada suara yang terperanjat. "Kenapa? Zaiful tahu tak?" sambung Raudah lagi.

Radiah hanya menggeleng lemah. Dia sudah tidak menangis lagi. Sekarang ini, dia tidak tahu apa yang dia rasakan. Hatinya kosong, seperti waktu dia putus dengan Hariq dahulu.

"Ya Allah, Radiah, kau ni dah kenapa? Kalau Zaiful dapat tahu macam mana? Apa yang akan dia fikir? Yang kau setuju nak jumpa Hariq kenapa? Dah tak serik-serik lagi ke menangis sebab lelaki itu?" tanya Raudah bertubi-tubi. Hatinya risau sangat dengan keadaan Radiah yang kelihatan tidak terurus. Matanya bengkak dan sembab kerana asyik menangis.

"Kak Raudah tak faham! Hariq ugut untuk bilang Zaiful yang Radiah dengan Hariq kembali berhubungan. Kakak pun tahukan, Zaiful dengan Radiah sekarang sedang dingin, nanti kalau Hariq beritahu tentang perkara itu kepadanya, makin parahlah hubungan kita." Bangkang Radiah. Sudahlah keaadaannya tertekan, ditambah pula dengan soalan Raudah yang bertubi-tubi.

Raudah dan Fendi terdiam mendengar nada suara Radiah yang sudah meninggi. Mereka tahu, buat masa sekarang, mereka tidak mampu berbincang apa-apa dengan Radiah kerana itu Fendi terus bertanya, "Kalau gitu, kamu nak abang dengan akak buat apa?"

Radiah memandang wajah kakak dan abang iparnya. Dia tahu, mereka boleh menyimpan rahsia. "Abang dan kakak boleh tolong Radiah by not telling Zaiful tentang pekara ni. Tentang Radiah menangis macam gini. Bukan Zaiful seorang, Dhia pun tak boleh."

Raudah sudah bersedia untuk membantah namun ditahan oleh Fendi.

"Baiklah Radiah, kalau itu yang kamu mahu, kami ikut." Buat masa ini, itu sahaja yang boleh dilakukan. Dia tahu, Radiah pasti tidak mahu bekerjasama jika diberi cadangan lain.

~

"Ok, dah siap semua kerja saya. Awak nak jalan-jalan kat mana?" tanya Faiz. Dia memandang Dhia yang tersenyum melihatnya. Dia memandang jam tangannya. Jarum sudah menginjak ke angka lima. Dia mengalihkan pandangannya kepada Dhia yang sedang berfikir. Dia tidak dapat menahan dirinya daripada merenung wajah wanita itu. Baru sekarang dia dapat betul-betul melihat wajahnya.

Dhia mempunyai wajah bujur sihir. Kulitnya cerah dan pipinya gebu. Matanya bulat seperti mata kucing. Hidung dan mulutnya bersaiz kecil kelihatan comel sahaja. Lesung pipit di pipi kirinya dan lekuk di dagunya adalah seperti kecacatan yang paling indah sekali. Air muka gadis itu lembut sahaja membuat hatinya tenang. 'Indahnya ciptaan Allah.'

"Pergi makan ajalah kat kedai dekat sini. Saya dah lapar ni." Ajak Dhia. Faiz yang masih merenung Dhia tidak menyahut.

Dhia memanggil Faiz beberapa kali. "Faiz!" akhirnya tumpuan Faiz kembali kepadanya. Wajahnya memerah menahan malu ditangkap Dhia.

"Awak ni suka sangat tenung muka saya. Apa kata awak ambil gambar. Tahan lebih lama." Ujar Dhia sambil ketawa.

"Jomlah, saya dah lapar ni." Faiz tersenyum melihat gelagat Dhia yang menggosok perutnya menahan lapar.

~

(6.30pm) Iqbal duduk di lobi.

(7pm) Iqbal semakin gusar menunggu kedatangan Dhia.

(7.30pm) Hatinya kecewa.

(8.30pm) She's definitely not coming.

"Lady!" panggil Iqbal. Dhia yang baru sahaja melangkah masuk ke kawasan kolam renang terhenti. Dia memandang Iqbal yang sedang berdiri di bibir kolam. Dhia rasa seperti dia terlupa sesuatu.

"Lady, why didn't you come?" tanya Iqbal.

Dhia mengerut dahi. 'Alamak! Dinner dengan mamat ni.'

"Kenapa awak tak datang?" tanya Iqbal lagi. Kali ini dia berbahasa melayu.

"I didn't say I was going." Jawab Dhia. Dia tahu alasannya tidak kukuh tetapi dia tidak sanggup mengatakan bahawa ini salahnya.

Muka Iqbal semakin berkerut. "Tapi saya dah ingatkan awak banyak kali."

"Well, maybe I forgot. Ok? I'm sorry." Jawab Dhia akhirnya. Walaupun sukar untuk dia mengaku kesalahannya namun wajah kecewa Iqbal membuatnya tidak sampai hati untuk berdalih.

"Lupa? Tak apalah, I just planning untuk bawa awak makan kat gerai mamak aja. Tak rugi pun." Kata Iqbal. Nadanya yang mengejek membuat Dhia kurang senang.

"Apa salahlah makan kat gerai mamak?" tanya Dhia dengan tajam.

'Well, firstly, tempat tuh kotor dan secondly, makanan tak sedap." Jawab Iqbal dengan angkuh.

"Saya tak tahu apa pekerjaan awak, tetapi from what I see, awak nampak berada. Tetapi, jangan angkuh sangat boleh?" jawab Dhia. dia sedaya upaya menyabarkan diri. Dia terasa dengan kata-kata angkuh lelaki itu.

"Saya tak angkuh. Saya cuma nak awak tahu yang saya tak ada niat nak bawa awak ke tempat mahal. So jangan rasa bersalah. Lagipun, saya rasa awak tak sesuai makan di tempat mahal." Balas Iqbal sambil memerhatikan pakaian Dhia.

Hati Dhia sakit melihat gerak-geri Iqbal. Dia tahu Iqbal sedang menghinanya.

"I'm sorry, awak tak tahu pun saya siapa, apa perkerjaan saya, awak nak nilai saya dari pakaian saya aja? Ya, memang saya tak mungkin sekaya awak, tetapi saya ada budi bahasa dan sifat rendah diri. Dan saya rasa itu boleh membuat saya sama taraf dengan awak yang tak ada budi bahasa dan bongkak."

Iqbal tersenyum sinis. "But nothing beats money."

"Ada, Allah." Jawab Dhia. Dia memandang Iqbal yang berdiri di bibir kolam renang. Sepantas kilat tangannya menolak badan Iqbal ke dalam kolam. Berdebus Iqbal jatuh ke dalam.

"What the hell lady?!" marah Iqbal setelah timbul dari air dan mengambil nafas.

"See, now we're even. Tak perlu dinner or whatever. Saya tak hadap pun wang awak yang berbukit. And one more thing, SAYA SUKA MAKAN KAT KEDAI MAMAK!!" kata Dhia sambil angkat kaki. Hatinya membara. Dia beristigfar berkali-kali.

'Tenanglah wahai hati. Kalau tak, banyak barang yang pecah nanti aku hentak!'

~

Iqbal berbaring di atas katil. Dia sudah pun menanggalkan bajunya yang lencun kerana ditolak ke dalam kolam. Dia mahu marah wanita yang menolaknya tetapi tidak boleh. Jauh di dalam hatinya, dia tahu wanita itu berhak untuk melakukan sebegitu. Malah lebih teruk lagi. Sepatutnya, wanita itu menampar mulut lantangnya. Dia rasa bersalah menghina wanita itu. Dia tidak sepatutnya berkata sebegitu dengan wanita itu. Memang benar, dia tidak tahu apa-apa pun tentang wanita bernama Dhia Arifah. Jadi apa haknya menghina Dhia? Wangnya yang banyak? Itu milik bapanya. Dia hanya bertuah dilahirkan keluarga yang kaya-raya. Tetapi dia tahu kenapa dia berbicara sebegitu sinis dan kasar sekali. Iqbal kecewa apabila mendengar Dhia lupa tentang makan malam yang telah dijanji. Cara wanita itu berkata seolah-olah dinner itu tidak penting. Tetapi memang tidak penting pun! Dia baru kenal Dhia semalam, dengan cara yang kurang senang. Dhia mempunyai hak untuk tidak datang. Tetapi Iqbal lebih rela mendengar Dhia berkata dia tidak mahu pergi daripada terlupa. Lupa itu membuat Iqbal rasa tidak penting kepada wanita itu. Mengapa dia perlu menjadi seorang yang penting kepada Dhia?

Iqbal mendengus. Dia keliru dengan perasaannya. Hendak kata dia sukakan wanita itu, mustahil. Dia tidak rasa berbunga apabila berbual dengan Dhia. Malah sakit hati lagi ada. Memang dia mengaku dia rasa seronok berinteraksi dengan Dhia kerana wanita itu penuh dengan antik comel. Comel?

'Urgh Iqbal get it together. Kenapa pasal satu wanita, fikiran kau dah kacau?' Iqbal segera bangun dari katil. Dia tidak boleh terus duduk dalam bilik dan berfikir tentang Dhia. Dia perlu distraction.

~

"Coke please," pesan Zaiful kepada pelayan tersebut. Entah mengapa, dia tidak boleh tidur. Untung kerana bar di hotel ini belum lagi tutup. Zaiful memandang sekeliling. Matanya terhenti di sebelahnya. Dia mengerut dahi. Wanita bertudung bawal berwarna putih dan berbaju kurung di sebelah kelihatan untuk ganjil.

'Siapa pakai baju kurung pergi ke bar?'

Iqbal amat tertarik untuk bertanya dengan wanita itu tetap kelihatan wanita itu seperti dalam kemurungan. Dia melihat wanita itu meneguk air kekuning-kuningan dengan rakus. Riak wajah nampak seperti menanggung beban yang banyak. Daripada reaksi wanita itu yang berkerut-kerut setelah meminum air kuning itu, dia tahu, wanita itu sedang minum air alkohol.

Wanita di sebelahnya tiba-tiba memandangnya. Dia tersenyum menggoda.

"See anything you like?" tanya wanita itu. Dia tertawa manja. Wanita itu belum mabuk lagi.

Zaifullah memandang meja. Dia beristigfar.

"Hey! I tengah cakap dengan you!" panggil wanita itu. Dia meninggikan sedikit suaranya.

"Asalamuai'laikum."

"Kelakarlah you ni. Mana ada orang bagi salam lagi. Semua cakap hi, hello. Ada yang kiss lagi." Jawab wanita itu. Dia tertawa panjang. Memandangkan dia sudah meneguk tiga cawan alkohol, dia sudah hampir mabuk. Semua yang dia dengar, lihat, semuanya kelakar.

"Kalau you tak sedar, you ni bukan orang barat. You orang islam. Tak elok minum alkohol. Lagi you bertudung." Nasihat Zaifullah. Dia rasa sudah tanggungjawabnya untuk menasihatkan saudara seagamanya.

"This?" tunjuk wanita itu sambil menanggalkan tudungnya, "Was an act. Ex boyfriend I nak I berubahlah. Jadi wanita muslimahlah. I rimas. Tiap kali I pergi rumah parents dia, I kena pakai sopan-sopan. Merepek. Panas, rimas. I baru break up dengan boyfriend I. I suruh dia pilih, I atau tudung. Dia pilih tudung. Mata dia buta agaknya. I kan lagi cantik macam gini." Wanita itu menunjuk dirinya tanpa tudung. Sekali lagi Zaifullah memandang meja.

"You! I tengah cakap dengan you ni. You asyik tengok meja aja. Tak cantik ke I?" bentak wanita itu sambil memaut lengan Zaifullah. Dengan segera Zaifullah menarik kembali lengannya.

"Cik?"

"Alisha."

"Cik Alisha, memang I tak nafi, you memang cantik, anugerah Tuhan. Ex boyfriend you berniat baik. Dia nak jauhkan you dari api neraka supaya you dapat cium bau syurga. Cik Alisha tak takut ke lelaki tengok you dengan bernafsu?"

"You pun suka bersyarah eh? Kalau I pakai tudung, pakai tutup-tutup semua lelaki takut nak dekat. Tapi kalau I pakai seksi, semua lelaki sibuk nak beri I cinta." Jawab Alisha dengan megah.

Sambil bangun dari tempat duduknya, Zaifullah berkata, "Cinta? Lelaki yang baru you tinggalkan, yang mahu you tutup aurat tuh yang boleh beri you cinta. Lelaki lain yang suka tengok you pakai seksi hanya mahu memuaskan nafsu. Asalamuai'laikum."

--

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience