“Kak Idora tak datang?” Hana Aishah bertanya kepada Fakhih yang sudah melabuhkan punggung di sofa itu.
“She gets tired easily nowadays. This second pregnancy seems tougher on her” jelas kerisauan di wajah Fakhih sewaktu berbicara.
“How far along is she ?” dulang yang berisi air itu Hana Aishah letakkan di atas meja di sisi Fakhih. Teko berisi teh itu dituangkan ke dalam cawan antik ibunya.
“1 months plus to go” Hana Aishah tersenyum lucu melihat wajah cuak abang iparnya.
“Along ni macam nak sambut first baby pulak. Chill lah” Hana Aishah tergelak apabila wajah abang iparnya terus cemberut.
“Mary was an easy baby. The pregnancy was smooth sailing and also the delivery. Budak tu keluar macam tengah turun slide” Hana Aishah tertawa mendengar cerita itu.
“This time around along ingat ceaser je la. Pity my darling. Morning sickness till now. I didn’t know this pregnancy going to be tough on her. Nak cakap menyesal tak baik but seeing her struggling everyday makes me feels guilty” rasa cemburu menjengah hatinya tengah hari itu.
Untungnya Idora dapat suami seperti Fakhih. Hana Aishah dapat melihat cinta lelaki itu kepada isterinya tetapi bukan itu yang dia cemburui. Semenjak Fakhrul menyatakan hasrat mahu menikahinya, cinta lelaki itu tidak pernah hilang. Walaupun sewaktu rumah tangga mereka dilanda badai fitnah, dia tetap dapat melihat cinta Fakhrul. Bezanya waktu itu, cinta itu sentiasa bersalut kesakitan.
Yang dia cemburukan adalah sikap bertimbang rasa Fakhih dalam rumah tangga. Di dalam rumah tangga Hana Aishah dan Fakhrul, hanya dia yang harus memahami Fakhrul. Tugas Hana Aishah adalah untuk diam dan menurut segala perintah lelaki itu kerana setiap kali mereka bertelagah, lelaki itu akan mematikan segala hujahnya dengan ayat yang sama.
“I`m doing this for us and did any of my decision causing you harm in anyway?” saat pertanyaan itu diutarakan lelaki itu Hana Aishah akan terdiam kerana dia tahu tiada guna bertelagah dengan lelaki yang perlu sentiasa menang.
Dia mahukan suami yang memahami kehendaknya, yang dapat berbincang dengannya sebelum membuat sesuatu keputusan. Besar sangat kah permintaan dia?
“Hana?” panggilan Fakhih mengejutkan Hana Aishah daripada terus dibuai emosi. Memori luka yang mulai muncul dikunci rapat ke dalam kotak memorinya. Wajah Fakhih yang kelihatan risau itu direnungnya. Segaris senyuman diukir untuk menyakinkan abang iparnya tentang satu realiti palsu.
“Thanks Along bagi Mary stay for 2 days. Lepas rindu Hana dekat Mary” suara sebak Hana Aishah jelas kedengaran saat itu.
Dua hari yang sangat sibuk dan memenatkan kerana Hana Aishah menguruskan Mary Irina yang menjadi tetamu di rumah Kapten Azam. Tetapi dia tidak mahu merungut kerana sememangnya dia rindu dengan cucu sulung Tan Sri Fadhil itu.
“No girl. Thank you for taking care of her. She`s having a difficult time accepting this new baby. Between her tantrum and her mom morning sickness , I need a break ok” Hana Aishah tersenyum lebar mendengar bebelan abang iparnya yang kedengaran penat saat itu.
“Ala kesian dia. Kalah wife yang tengah pregnant tu” Hana Aishah mengusik. Sedepa panjang muncung abang iparnya.
“But on a serious note. She`s so attentive towards Adam and refuse to leave his side. Maybe sebab baby dalam perut lagi kot, thats why shes having a tough time to adapt. Nanti baby dah keluar ok la tu” Hana Aishah meyakinkan abang iparnya.
Dua malam Mary Irina tidur dengan mereka , Fakhrul kembali tidur di lantai. Katil miliknya itu hanya muat mereka bertiga. Kalau beberapa malam lepas lelaki itu dengan rela hati tidur beralaskan karpet tetapi dua malam ini lelaki itu kelihatan muram kerana dipaksa berpisah tempat tidur.
“Muat la yang. We sleep vertically on the bed” Hana Aishah menahan tawa melihat lelaki itu cuba untuk menyumbat dirinya di atas tilam yang bersaiz Queen itu tetapi selepas mendengar rungutan Mary Irina , lelaki itu terpaksa beralah.
“Along stay for lunch kan. Kak Wa masak her famous nasi ayam penyet today” bersinar - sinar mata Fakhih mendengar ayat Hana Aishah saat itu.
“Uiss. Kalau ayam penyet Kak Wa confirm Along stay” Hana Aishah tersenyum lebar melihat semangat abang iparnya.
“Macam tak makan setahun” Fakhih menjelirkan lidah mendengar perlian Hana Aishah dan tawa mereka sama - sama terburai. Ahh , rindunya Hana Aishah dengan memori seperti itu bersama Fakhih.
“I miss you” kata - kata itu secara automatik meniti bibir Hana Aishah. Tidak sempat dia tahan. Fakhih melepaskan helaan nafas panjang, wajah yang tadi tertawa gembira bertukar pahit.
“Hana mintak maaf” Fakhih menggelengkan kepalanya saat mendengar permintaan maaf Hana Aishah.
“Along tak pernah marah Hana. You know , I always thought that you had just reach a breaking point. I thought thats the reason why you left. But…” Fakhih dapat merasakan satu gumpalan di tekaknya saat dia mahu meneruskan bicara.
“Along yang kena mintak maaf. I wasn’t a good brother to both of them. I should`ve been there guiding them instead of minding my own business. Along… along….” suara Fakhih tersekat saat itu. Penyesalannya berbakul - bakul saat itu.
“Sorry Hana. I`m really sorry for all the pain that both Felish and Angah did to you and arwah Adam” Hana Aishah menundukkan wajahnya saat dia merenung ke arah anak mata Fakhih yang merah saat itu. Air mata yang sudah gugur bertambah lebat saat itu.
Rumah Kapten Azam sunyi saat itu kerana cucu - cucunya bersama dengan Mary Irina dibawa bersiar - siar di taman pagi itu. Menemani Teacher Basirah yang mahu berjalan di taman berdekatan dengan rumah mereka. Yang tinggal hanyalah , Alif Haziq dan Hana Azuwa sahaja di rumah. Yang lain semua pergi beriadah pagi itu termasuklah Tan Sri Fadhil and Puan Sri Maria.
“Emo pulak hari ni. Ishh” Hana Aishah tersenyum pahit mendengar bicara abang iparnya yang mahu menceriakan suasana yang bertukar suram itu.
“Anyway , nanti mak dah stable Hana datang rumah papa okay. Most likely Idora will be having her confinement there. Tapi tu la Along tak cari CL lagi” Fakhih menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“Along biar betul. Nak bersalin lagi sebulan tu” Hana Aishah terkejut mendengar pengakuan Fakhih saat itu.
“Along lupa lah plus selalunya my mother in lawa settle it. Along bayar je , ni tiba mommy and daddy went for business trip” Hana Aishah tertawa melihat muka cemberut Fakhih.
Oleh itu sementara menunggu kepulangan mereka daripada berjogging , Hana Aishah membantu Fakhih mencari pembantu yang boleh menguruskan Idora berpantang bersama Fakhih.
**********************************************
“He changed alot you know” Hana Aishah tersenyum tawar mendengar bicara Sakinah.
Mereka sedang duduk di sebuah bangku di bawah sebuah pokok. Hana Aishah bayangkan umur pokok itu pastu sudah berpuluh tahun. Pokok besar itu gah berdiri dengan akar yang berselirat dan juga pohonan rendang yang meneduhkan kawasan rehat di Nilai 3.
Sudah hampir seminggu ibunya pulang ke rumah. Seminggu yang sibuk kerana hendak menyesuaikan Teacher Basirah dengan rutin baru. Rutin Teacher Basirah yang selalunya sibuk menguruskan rumah tangganya terutamanya selepas pencen perlu diubah hampir serratus peratus.
Tidak susah untuk mereka kerana untuk sementara waktu ini kesemua anak – anak Teacher Basirah duduk sebumbung. Jadi tugasan rumah memang mudah kerana dibahagi empat. Tetapi untuk ibunya , perkara itu tidak semudah yang didengar.
Kerana sudah terbiasa membuat kerja apabila disuruh duduk berehat ketegangan muncul dan adegan berakhir dengan tangisan Teacher Basirah. Hana Aishah mengeluh berat mengingatkan situasi di rumah keluarganya sekarang. Mood Teacher Basirah yang tidak stabil dan semakin sensitif itu menguji kesabaran mereka sekeluarga tetapi dalam masa yang sama mereka tidak mampu untuk memarahi ibunya.
Dalam masa yang sama , hubungannya dengan Fakhrul yang masih tergantung menyesakkan mindanya juga. Waktu siang mungkin dia mampu untuk menyibukkan dirinya tetapi dikala malam menjelang, Hana Aishah tidak mampu mematikan hakikat kewujudan lelaki itu. Memaksa dirinya untuk tidur sekatil dengan Fakhrul menyebabkan dia penat.
Seperti dulu, dia masih bertarung sendirian melawan memori pahit bersama lelaki itu. Dia sendiri sudah tidak tahu apa yang harus dia rasai kerana seperti Sakinah itulah kata – kata setiap insan yang menyaksikan hubungan meraka sekarang.
“I know” pendek jawapan yang dibalas Hana Aishah selepas beberapa ketika. Renungannya masih lagi melekat di pemandangan di hadapannya.
Fakhrul sedang berbual dengan anak lelaki mereka sambil lelaki itu menyediakan makanan Adam yang di masaknya tadi. Sup labu itu dihidangkan di atas pinggan Adam sebelum buah - buah yang dipotong kecil itu diletakkan di bahagian yang tersedia.
Dari satu segi Hana Aishah bersyukur dengan kehadiran Fakhrul kerana hidupnyah semenjak kembali ke Malaysia menjadi semakin lancar kerana segala urusan Adam , diuruskan Fakhrul. Agaknya kalau lelaki itu boleh menyusukan Adam, itu pun lelaki itu lakukan untuk anak yang Hana Aishah tahu Fakhrul dambakan selama ini.
“Baby babah need to eat alot so you can grow bigger like me. And then we’ll go for polo” Fakhrul memberitahu Adam yang sedang mendengar dengan teliti sebelum kepala anak kecil itu diangguk laju. Mulut seluasnya Adam buka menyambut suapan bapanya selepas mendengar nasihat Fakhrul itu. Senyuman terukir di bibir Hana Aishah secara automatik.
Tadi sewaktu dia memaklumkan kepada ibu yang dia mahu keluar sebentar untuk menguruskan hantaran untuk majlis merisik Sakinah, lelaki itu laju sahaja menawarkan dirinya untuk memandu mereka. Hendak membantah dia malas kerana di pengakhirannya Fakhrul akan menang seperti selalu. Dia akan kelihatan seperti isteri yang tidak bersyukur dan kurang ajar kerana pertelagahan itu sentiasa bermula daripada dia.
Selepas mereka bersarapan di rumah keluarganya , mereka menuju ke rumah Zarik. Sakinah sudah menanti mereka di situ. Suasana yang agak kekok awalnya, diceriakan Adam yang bersemangat membebel hari itu.
Hana Aishah membiarkan sahaja Fakhrul menguruskan Adam. Daripada memandikan anaknya selepas Adam memenuhi pampersnya dengan najisnya yang harum semerbak , sehinggalah menidurkan anaknya. Dia membiarkan sahaja kerana entah berapa lama meraka akan berada di Malaysia.
“I know. I’m witnessing it. But…” Hana Aishah menyambung dalam getarannya. Sakinah dapat melihat bibir nipis Hana Aishah itu digigit menahan getaran.
“Cha” Sakinah memegang erat tangan Hana Aishah yang sedang digenggam kuat.
“Its just so painful. I’m trying so damn heart to erase those memories. Kalau bukan untuk aku pun untuk Adam. Aku tahu Kina he needs his father. Tapi sakit sangat” air mata yang dia tahan mengalir jua.
Sakinah merenung kearah sahabatnya yang sudah sedikit berisi kalau hendak dibanding dengan tiga tahun lepas. Sekurang – kurangnya nampak lah ada isi. Tubuh yang sedang menggayakan sepasang blaus berwarna tanah dan dipadankan dengan seluar jeans itu sedang duduk seperti sedang menanggung seketul batu di atas kepala.
“Kesian Adam dapat mak selfish macam aku kan” Hana Aishah tertawa pahit saat kata - kata itu meniti bibirnya.
“Kalau kau selfish kau tak bawak Adam pergi. Kalau kau selfish kau tak stay dengan dia selama tu” Hana Aishah menggelengkan kepalanya perlahan. Bibir itu tersenyum sinis.
“I just wish he change when I’m still able to accept all the pain he threw at me. When I still stupidly stay there hoping that… that…” Hana Aishah menghela nafas berat sebelum menyambung bicaranya.
“Aku tunggu macam orang bodoh kina. Dua tahun aku tunggu. Dua tahun aku bagi dia beribu peluang untuk berubah. Sampai aku dah tak mampu” Hana Aishah mengigit bibirnya menahan sebak.
“Kesian anak – anak aku Kina. Dapat umi macam aku. I was so indecisive cause I loved him so much. Aku butakan mata aku kina. All the pain , all the hurt , all the…..” bibirnya digigit kuat kerana sampai saat ini, dia tidak mampu menyatakan hakikat itu kepada mereka.
Sakinah merapatkan tubuhnya kearah Hana Aishah. Tanpa disuruh , bahu yang selalu menjadi tempat Hana Aishah menumpang kasih itu dipenuhi dengan kepalanya. Denyutan yang mulai muncul perlahan – lahan menghilang. Nafas kelegaan Hana Aishah hela.
“You are such a good boy. Look at you finishing your food” suara yang pernah menjadi igauannya di setiap jaganya kedengaran. Matanya dipejam rapat dan dalam sesaat segala kata – kata kesat yang pernah dilemparkan kepadanya kembali bermain seperti radio rosak.
“Kenapa sekarang? Why now?” Hana Aishah berbisik perlahan. Sakinah mengeratkan genggamannya di tangan Hana Aishah. Ayat apa yang dia harus guna untuk mengubati penderitaan kawannya yang seperti tiada henti semenjak dahulu lagi.
“You, I tak jumpa la kedai rojak tadi. I belikan pisang goreng je” suara Zarik mematikan niat mereka. Hana Aishah cepat – cepat mengesat air matanya sebelum kakinya melangkah menuju ke tandas awam yang terletak di hujung dunia itu.
“Cha” Sakinah memanggil tetapi Hana Aishah meneruskan perjalanannya dalam kebisuannya. Sakinah memandang kea rah tubuh sahabat yang semakin jauh itu.
“Kesian kau Cha. Bilalah bahagia kau nak datang” hati Sakinah berbisik petang itu.
*****************************************
Hana Aishah memandang ke arah langit yang bergemerlapan malam itu. Suasana tenang malam itu mendatangkan satu ketenangan untuknya. Kecantikan malam itu mengukir satu senyuman lebar di bibirnya.
“I miss that smile” suara garau itu menegur sebelum buaian yang sedang di duduki itu bergoyang sebentar. Tidak perlu Hana Aishah memandang , daripada haruman wanigan yang sudah dia hafal itu dia tahu siapakah gerangan insan itu.
“He`s asleep” Hana Aishah membalas pendek.
“I know. Just saw him in the bedroom. So tempted to gomol him” secara automatic tangannya menepuk paha yang bersalut seluar khaki separas atas lutut itu.
“I didn’t ok” Hana Aishah mengeluh berat selepas beberapa saat suasana sunyi menyelubungi mereka.
“You know my ears are always always for ranting” senyuman pahit terukir di bibir Hana Aishah. Matanya yang tadi merenung langit dialih memandang kearah lelaki yang bersinglet di sebelahnya itu.
“Malaysia is too hot for you” Hana Aishah membuat konklusi.
“You don’t like singlet and short. You only wear it if its too hot” Hana Aishah menyambung dan tawa lelaki itu kedengaran.
“Ok fine , if you don’t like it I wont wear it” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju sebelum bibirnya dimuncungkan.
“Why are upset now?” suara bingung lelaki itu kedengaran.
“Em buat je apa Em nak, you don’t have to listen to me. Hidupnya kita kena dengar cakap kita , jangan dengar cakap orang. Macam Hana , last sekali merana tak sudah” laju sahaja mulut Hana Aishah berbicara.
“Where is this coming?” suara Emir bertukar tegang.
“Did abah gives you a hard time today” Hana Aishah terus laju menukar topik. Emir merenung Hana Aishah sambil mulutnya diam membisu.
“Hana…” dan seperti selalu Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju menandakan dia tidak mahu menyambung bicara tadi. Wajah Emir yang tadi tegang bertukar tenang saat kepala Hana Aishah disandarkan di bahunya. Nafas berat dihelanya sebelum mereka sama – sama merenung kolam ikan Kapten Azam.
“I don’t think I should go back” Emir memecahkan kesunyian mereka.
“You have to” Hana Aishah membalas. Kesedihan yang bersalut dalam kata – kata itu jelas.
“I actually don’t. I can just take unpaid leave” Emir membalas dan dia dapat merasakan gelengan Hana Aishah dibahunya.
“Don’t” Hana Aishah membalas pendek. Suasana kembali sunyi dan seperti selalu Emir akan berada di sisinya menanti.
“I`m sorry on behalf of abah” Emir tertawa mendengar kata – kata Hana Aishah.
“Don’t be. I don’t care about anyone else. I need to see you and Adam. Both of you need to be ok” Emir membalas tenang.
“That’s why I cant go. How long are planning to stay?” Hana Aishah mengangkat bahunya kerana sejujurnya memang dia tidak tahu berapa lama masa dia akan ambil.
Perbualan dengan Sakinah bermain di mindanya. Perbualan yang tergantung di pertengahan jalan seperti hidupnya yang sentiasa tergantung itu. Sepanjang perjalanan pulang tadi Hana Aishah diam membisu. Dia duduk di hadapan menyusukan Adam manakala Sakinah dan Zarik berbual di belakang. Fakhrul? Lelaki itu dengan senyuman yang tidak lekang daripada bibir.
“I`ll be fine. I promise…” Emir memotong bicara Hana Aishah laju.
“You`re not. That’s why I cant go” Hana Aishah mengeluh berat mendengar betapa nekadnya lelaki itu.
“Don’t do this Em. The three of you did so much already for me and Adam. I need to face what I ran away from three years ago. I need to stop running” mendengar bicara Hana Aishah , Emir mengangguk laju.
“Face it. Don’t run anymore. It caused you so much pain” Hana Aishah tersenyum pahit mendengar kata semangat Emir saat itu.
Dia kasihankan Emir, hampir setiap hari Emir akan datang. Tidak kiralah bagaimana layanan Kapten Azam terhadap lelaki itu, Emir tanpa penat akan datang bermain dengan Adam dan hanya setelah memastikan dia betul – betul ok barulah lelaki itu pergi.
“But do it with us together with you. End it for good” Hana Aishah dapat merasakan gumpalan di lehernya seperti menyekat rongga pernafasannya.
“You`ve come this far. You raised Adam on your own and you did a great job” Hana Aishah tertawa sinis.
“I don’t care what you say or try to justify but he is bad for you. No matter how good he is to Adam , he is not good for you” Hana Aishah dapat merasakan tubir matanya hangat.
“Don’t do this to yourself. I don’t know what happened three years ago but he fucked you up so badly and we saw it every single day Hana. You cant go back to that shit hole again” Hana Aishah menepuk paha Emir sekali lagi.
“No cursing. Luckily Adam is sleeping” Matanya merenung kea rah Emir apabila gurauannya tidak berbalas. Wajah serius Emir mematikan senyuman di bibir Hana Aishah. Hana Aishah dapat melihat kerisauan Emir yang jelas ketara saat itu.
“I cant just stand there quietly knowing what you are going to put yourself through” Hana Aishah melurutkan kepalanya ke dada Emir saat itu. Jantung lelaki itu berdegup laju. Laju daripada biasa. Air matanya bertakung kerana dia dapat merasai sayang yang tiada bertepi lelaki itu untuk dia dan anaknya.
“Em was there. I was alone , I was scared , I was broke , I was in so much pain. Not once did he ever left my side. Till today , adik tak mampu nak balas semua benda yang diorang buat untuk Adik. Adik tahu susah untuk abah terima but they are more than just a friend to me. They took me in when they didn’t have to. They took care of me in a way that no ever does. They save me” kata – kata yang cuba dia katakan kepada bapanya minggu lepas apabila sekali lagi Kapten Azam menunjukkan muka tidak puas hatinya melihat Emir datang. Tetapi kata – kata itu seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
“If it wasn’t because of them , Adam wouldn’t even be alive abah. Allah datang diorang untuk selamatkan Adam. Allah saves Adam from his useless broken Umi who cant even protect her own baby” kata – kata yang tidak mampu dia luahkan hari itu kepada bapanya kerana dia tahu tiada siapa akan faham.
Lama mereka melayan perasaan masing – masing. Pergelutan emosi yang mereka tahu mengenai perkara yang sama. Masalah yang sama dihadapi Hana Aishah semenjak mereka bertemu tetapi sehingga saat itu ikatan yang tersimpul mati itu masih tidak mahu terlerai.
“Adik. Its getting chilly outside. Masuk” Hana Aishah mengeluh berat sebelum tubuhnya ditegakkan. Denyutan nadi Emir yang semakin tenang itu terpaksa dia larikan daripada deria pendengarannya. Ini baru abahnya melihat Emir, kalau Scott datang agaknya abah siap keluar rotan terus.
“Coming bah” Hana Aishah merenung Emir lama. Bibirnya mengukir senyuman seikhlas yang dia mampu.
“Em balik and doakan Hana dari jauh. Kalau betul Em sayang Hana please do that for me. Ok?” angguk pun tidak geleng pun tidak.
Hana Aishah merenung ke langit menahan air matanya daripada mengalir kerana dia dapat melihat betapa Emir mahu membawa dia lari daripada situ tetapi hakikatnya ia bukan semudah itu. Sudah terlalu lama dia lari meninggalkan tanggungjawabnya.
Saat itu mata Hana Aishah bertembung dengan sepasang anak mata hitam yang membawa berjuta kemaafan dan cinta. Fakhrul yang sedang mendodoi Adam itu merenung ke arahnya daripada jendela biliknya.
Punggungnya diangkat meniti menuruni buaian itu diikuti oleh Emir. Hana Aishah menuju kea rah Kapten Azam yang setia menanti di pintu balkoni rumah keluarganya. Wajah tegang Kapten Azam tidak lagi disembunyikan. Ketidak sukaan bapanya jelas terpancar.
“Abah pergilah tidur. Nanti adik tutup main door” lama rupanya dia duduk berteleku di laman sisi rumah Kapten Azam sampai sudah sunyi rumah itu pun dia tidak perasan.
“Its ok. I`ll send him to the door. Adik naik atas. Abah dengar Adam nangis tadi” penat mahu bertelagah, Hana Aishah hanya menurut. Dia memandang kea rah Emir buat kali terakhir malam itu dengan rasa bersalah. Kasihan Emir dilayan seperti itu tetapi dia sudah tidak tahu bagaimana mahu menghalang kedegilan Emir mahupun ketegasan bapanya.
“Text me once you reach home” Hana Aishah memesan sebelum kakinya melangkah masuk. Dia melihat Teacher Basirah yang sedang duduk bersanar di kerusi malas dengan satu renungan yang Hana Aishah faham sangat.
“Mak ok kan?” Hana Aishah bertanya. Ibunya tidak menjawab hanya mengangguk perlahan.
“Adik naik dulu. If anything , baby ada dekat bawah. Mak suruh baby panggil adik” sekali lagi hanya anggukan berbalas. Hana Aishah hanya tersenyum pahit sebelum kakinya terus melangkah naik.
“Thank you Hana for taking care of Mama. I`ve never seen her this happy since you went away. You`re the light she`s waiting for. Thank you for staying” kata – kata Tan Sri Fadhil bermain di mindanya sebelum bapa mertuanya pulang dua hari lepas.
“Mama nak buat kenduri kesyukuran and doa selamat. Menantu mama dengan cucu lelaki mama dah balik. Everyone is back under one roof. Mama happy sangat. Plus I need to introduce Adam to everyone. Their nani will be so happy. Hana dah balik bawak Adam pulak tu. After this everything going to be perfect” pelukan hangat yang penuh dengan harapan ibu mertuanya masih dapat dirasai Hana Aishah.
Beberapa kali nafas panjang dihela dia hadapan pintu biliknya. Setiap kali dia berada di dalam satu ruangan dimana hanya ada dia dan Fakhrul, antara ketakutan dan perasaan yang dia tidak mahu hadir itu akan bertarung.
*************************************************
“Abang” Hana Aishah sedang duduk di birai katil malam itu.
Telekung yang dipakainya itu masih tidak ditanggal. Bibirnya digigit untuk menahan getaran di bibir. Ada perkara yang perlu dia beritahu tetapi hanya dengan satu perkataan tadi tangannya sudah menggigil.
“Abang busy ke malam ni?” Fakhrul yang sedang melihat telefon bimbitnya kelihatan fokus saat itu.
Hana Aishah menggengam tangannya erat dalam setiap saat yang berlalu. Sudah lama dia tidak berbicara tetapi setelah pertemuannya dengan Aiman beberapa hari lepas, dia takut ada perkara yang lebih besar akan berlaku sekiranya dia masih berdiam diri.
“Aishah… ermm…. Aishah… nak …. nak” sebelum sempat dia menghabiskan bicara Fakhrul laju memotong.
“Sayang dah buat pregnancy test. You missed 2 days. Your period is supposed to be due on the 13th” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju.
“Go check” dalam sesaat nada lelaki itu berubah. Kekuatan yang dia kumpul terus gugur. Kepalanya diangguk laju sebelum sepantas mungkin telekungnya dicabut.
Kaki Hana Aishah bergerak laju menuruti arahan lelaki itu. Seperti sebelum ini, dalam masa sepuluh minit suasana yang tenang semenjak tengah hari tadi apabila suaminya pulang awal berubah.
“Negative again” kit ujian kehamilan itu dicampak ke dinding bilik air. Untuk sesaat dia bersyukur kerana bukan tubuhnya menjadi tempat Fakhrul melepaskan geram untuk malam itu.
Hana Aishah berdiri kejung di hadapan sinki bilik air itu. Fakhrul sedang duduk di tepi tub mandi sambil menundukkan wajahnya. Hana Aishah menelan air liurnya menahan getaran. Hatinya berdoa kuat supaya hati Fakhrul lembut malam itu.
“What did you want to tell me earlier?” soalan mengejut Fakhrul dengan renungan mata yang menikam tajam itu membuatkan Hana Aishah terkebil – kebil kepeningan sebentar.
“I`m asking you a question right” terus hilang semua kekuatan dia saat itu. Bibirnya dia tahu sudah bertukar pucat. Wajah Fakhrul yang penuh dengan curiga itu akan menimbulkan lebih banyak masalah.
“Aishah… Aishah…” Hana Aishah tergagap – gapa cuba menyusun bicara. Tadi dia sudah praktis dialog berkali – kali sewaktu mandi. Sekarang semuanya hilang.
“I hate stutters. When you are stuttering it means you are telling lies. I told since the first day we met” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju. Mindanya cepat – cepat mahu memproses maklumat yang ingin di sampaikan terutama sekali melihat mood Fakhrul yang bertambah teruk dalam setiap saat yang berlalu.
“Tak tipu. Aishah Cuma … Cuma … Cuma nak bagi tahu abang” sebelum sempat Hana Aishah menghabiskan bicara.
“Kau ambik contraception ke Hana Aishah? Is that why you`re still not pregnant” air mata Hana Aishah mengalir laju mendengar tuduhan Fakhrul. Kepalanya digeleng laju.
“Don’t lie to me!” suara Fakhrul bergema di dalam ruangan bilik air itu. Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju.
“Then what did you want to tell me? What story should I listen to now? What crap you want to feed me?” saat kata – kata itu dilemparkan , untuk sesaat rasa amarah menyelubungi hatinya dan ketakutan yang tadi ada hilang.
“Abang tak pernah dengar bila Aishah cakap. You say you love me but you never trusted me” Hana Aishah membalas dalam esakannya.
“Abang… abang … abang tak tolong Aishah. Abang cakap abang sayang Aishah , abang sayang Adam but you let them hurt me and Adam. You let them hurt Adam. You let…” tawa Fakhrul menghentikan bicara Hana Aishah.
“You seriously want to bring that issue up now?” ugutan lelaki itu mengugat kekuatan yang tadi datang.
“Adam. They hurt Adam. Adam didn’t die because of his prematurity. They killed Adam” Fakhrul diam tidak membalas.
“Of course Adam didn’t die. He was murdered” air mata Hana Aishah mengalir laju. Kepalanya dianggukkan. Kakinya melangkah laju menuju kea rah Fakhrul sebelum tubuh itu dipeluk erat. Syukur dalam kepedihan.
“They hurt Adam. They hurt our baby” Hana Aishah mengongoi. Fakhrul masih berdiri kaku. Esakan Hana Aishah semakin kuat sehingga tahap kakinya terasa longlai tidak mampu berdiri.
Sakit yang tidak hadir sewaktu pemergian Adam datang bertalu – talu tanpa henti. Sakit yang tidak dapat Hana Aishah gambarkan. Dadanya terasa sesak, salur pernafasannya seperti menanti saat untuk tertutup.
“You want to know who?” Hana Aishah mengangkat wajahnya merenung Fakhrul di saat pertanyaan itu diutarakan Fakhrul. Anak mata hitam itu tenang merenung ke dalam matanya.
“You killed Adam. You killed your own son” suara tenang Fakhrul menutur kata – kata itu seperti satu hakikat sehinggakan Hana Aishah sendiri percaya.
Dia dapat merasakan lendir asid menyerbu naik ke dalam mulutnya sebelum tubuhnya di larikan ke arah tandas yang terletak beberapa meter daripada tub mandi itu. Lututnya jatuh menyembam lantai sebelum wajahnya ditundukkan kea rah mangkuk tandas itu. Segala isi perutnya dimuntahkan. Matanya terasa seperti mahu terkeluar saat segala isi perutnya seperti ditolak keluar tanpa dia dapat kawal.
*************************************
Tangisan Adam mengejutkan Hana Aishah daripada daripada sekali lagi dibawa ke memori pahit. Wajahnya yang terasa lembap itu dikesat menggunakan hujung bajunya. Apabila dia yakin tiada sisa air matanya kelihatan, tombol pintu bilik itu dibuka sebelum raungan Adam bertambah jelas.
Fakhrul yang hanya berseluar pijama itu sedang mendodoi anaknya yang sedang menggeliat. Hana Aishah melarikan wajahnya daripada Fakhrul dari saat dia melangkah masuk. Kaki bergerak laju menuju kea rah Fakhrul sebelum tangannya mengambil Adam.
“Mimi. Mimi” raungan pilu Adam kedengaran.
Hana Aishah mengambil tempat paling tercorok di dalam bilik itu sebelum tubuhnya dipalingkan membelakangi Fakhrul. Saat blaus nya diselak , mulut Adam bergerak – gerak mencari ubatnya. Hana Aishah mengigit bibirnya saat yang sama gigi Adam mengigit bentil susunya. Ini akibatnya sekiranya anaknya terpaksa menunggu lama.
Sendu Adam sesekali kedengaran sambil mulut itu laju menyedut keluar segala isi yang ada. Hana Aishah dapat merasakan tekaknya menjadi dahaga. Kalau dahulu setiap kali Adam sedang menyusu akan ada satu botol besar air tersedia tidak kiralah di mana dia berada. Tetapi dia kena belajar berdikari kan. Sampai bila dia harus terus berharap dengan tiga orang lelaki itu. Tidak adil untuk mereka tersangkut dengan perempuan seperti dia.
Hana Aishah merenung kea rah Adam yang sedang memandang matanya. Anak mata hitam yang kuyu itu merenungnya polos. Anak kecil yang suci seperti kain putih dan tiada dosa mahupun noda. Anak sucinya sesuci anak syurga yang Tuhan turunkan untuknya. Amanah yang dipinjamkan untuknya lebih lama berbanding abangnya yang baru sebulan.
“You can take Adam” kata putus yang berlegar di dalam mindanya semenjak dua tiga hari ini akhirnya meniti dibibirnya.
Share this novel
penulis ni sgt bijak.. bila tetiba rasa kesian dekat fakhrul ttbe penulis throwback kisah lama jadi geram balik ngn fakhrul
fuhh lama tggu eve update...akhirnyer...