Bunyi air didalam bilik air membuatkan Raiqal tersedar dari lelapnya.Dia bangun dari katil dan menuju ke arah ruang tamu.
Telefon pintarnya dikeluarkan dan dia mendail nombor seseorang sambil memerhati Afrina yang masih dalam bilik air.
"Hello macamana?"tanya Raiqal pada seseorang.
"Dia masih dekat hospital bos.Tapi saya ada perasan ada seorang perempuan jaga dia dekat hospital nanti saya bagi gambar dekat bos"kata orang upahannya.
"Perempuan? Okay kau hantar gambar tu?"kata Raiqal.
Dia menamatkan panggilan telefon dan melihat mesej baru yang masuk.Dibuka dan dilihat mesej tersebut.
Siapa perempuan ni? Setahu aku ni Arjuna ni tak ada adik perempuan.Lagipun perempuan tu pun bukan kakak ipar dia.Perempuan ni mengandung.
"You buat apa?"tanya Afrina yang muncul dimuka pintu dengan bertuala sahaja.
"Kejap I ada kerja nak settle kan? You siap dulu"kata Raiqal sambil tersenyum manis.
"Okay I siap dulu tau"balas Afrina sebelum menghilang dalam bilik.
Raiqal kembali kepada gambar yang dikirim oleh orang upahannya sebentar tadi.Dahinya berkerut seribu.
*******
Datin Habsah datang ke rumah Datin Nelly awal pagi sudah tercongok di rumah bakal besan tak jadinya itu.
Langkah Datin Nelly penuh gaya menuju ke ruang berehat di tepi kolam renang.
Datin Nelly rasa kecewa dengan apa yang jadi.Maklumlah pembatalan perkahwinan antara Arjuna dan Afrina ni secara tiba-tiba tanpa penjelasan.Kalau ikutkan dia, dia mahu sama Datin Habsah.
"Ada apa you datang sini?"soal Datin Nelly.
Datin Habsah hanya tersenyum dan menarik nafas dalam-dalam.Dia ingin memulakan bicara tentang perkahwinan tak jadi anaknya.
"Minta maaf kedatangan saya tidak diundang.Saya datang ni nak menerangkan hal berkaitan perkahwinan anak-anak kita yang tak jadi tu.Saya harap Nelly faham"ucap Datin Habsah.
Datin Nelly menarik nafas panjang.
"Saya ni nasib baik tau tak heboh lagi cuma Afrina saja yang mention nak kahwin dengan Juna.Saya rasa tak salah pasal announcement perkahwinan diaorang tu.Kita teruskan ajelah"kata Datin Nelly.
"Macam ni Nelly sebenarnya saya nak bagitahu yang Arjuna mungkin takkan kahwin dengan Afrina.Katanya dia tak mahu berkahwin dengan orang yang dia tak cinta.Lagipun dia anggap Afrina tu macam adik bagi dia tak lebih"ucap Datin Habsah dengan nada lembut.
"Saya ni terkilan tak dapat nak jadi besan awak.Tapi nak buat macamana bagus juga tak jadi kahwin dengan Arjuna.Sebabnya saya sendiri tak yakin yang Afrina tu akan jadi isteri yang baik buat Arjuna.Ialah dia sentiasa sibuk tengok ni dari semalam tak balik rumah.Pening kepala saya dibuatnya"kata Datin Nelly panjang.
Datin Habsah memegang tangan Datin Nelly.
"Sabar ya Nelly mungkin Allah dah rancang yang terbaik untuk dia.Kalau boleh kita jangan bermusuhan"kata Datin Habsah.
"Yalah siapalah saya nak menidakkan takdir.Lagipun memang dari awal saya yang beria-ia nak satukan Arjuna dengan Afrina.Afrina tu saya perasan pun takde tunjuk minat nak kahwin lagi"kata Datin Nelly penuh makna.
Lega Datin Habsah mendengar balasan daripada Datin Nelly.Dia tidak suka bermusuhan kalau boleh.
*******
Eiyad datang melawat Arjuna pagi ini.Dia mendekati katil tempat Arjuna menyandarkan tubuh menunggunya.
"Asalamualaikum... macamana harini?"soal Eiyad pada Arjuna.
"Walaikumusalam...macam ni lah kalau tak ada apa-apa masalah dalam 2 hari aku boleh balik dah.Duduk lama sini bukan seronok pun"kata Arjuna.
Eiyad berpeluk tubuh memandang Arjuna.
"Ratna depan mata tak seronok ke?"soal Eiyad sengaja menguji Arjuna.
Arjuna memandang wajah Eiyad.
"Aku bersyukur Ratna masih nak aku jadi suami dia.Dan aku patut gunakan peluang ni sebaik-baiknya.Aku nak bahagiakan dia dan anak aku"ucap Arjuna.
Eiyad mendengus perlahan.
"Nampaknya tak ada peluang lah aku nak jadi pengganti kau.Masa Ratna nak minta lepaskan dia aku dah siap-siap fikir nak ganti tempat kau tau"ucap Eiyad dengan nada serius.
Wajah Arjuna berubah dengan penjelasan Eiyad.Kalau tak disebabkan dia yang sakit dah lama sahabatnya itu arwah.
"Ohhh ada niat, aku rasa kau patut lupakan aje niat kau tu.Sebelum aku buat umur kau pulak duduk atas katil ni"kata Arjuna pada Eiyad.
Eiyad tergelak kecil.Dia tahu Arjuna pantang kalau orang yang dia suka kena sambar.
"Okay fine.Aku gurau je relaks.Ni pasal kes kau ni Andika nak siasat tau apa yang jadi.Semalam dia pergi dekat pejabat kawalan dekat Temasek Architecture nak cari siapa yang tak puas hati dengan kau"jelas Eiyad.
"Pastu dah jumpa belum? Siapa orang yang tak puas hati dengan aku?"soal Arjuna semula dengan soalan.
Eiyad mengeluarkan telefon pintarnya dan membuka satu fail video lalu ditunjukkan pada Arjuna.
Arjuna mengambil telefon pintar yang dihulurkan kepadanya.Dia menekan butang untuk memainkan video.
Matanya terbeliak sebaik sahaja melihat video ketika dia dipukul oleh seseorang.Yang pasti orang yang memukulnya seorang lelaki.Ciri lelaki itu dalam ketinggian 180 macam tu dan badannya kurus tetapi tegap.
"Kau ada kenal orang ni?"soal Eiyad pada Arjuna.Arjuna mengerutkan dahi dengan seribu persoalan.Dia menggelengkan kepalanya laju.
"Aku tak tahu.Wajah dalam ni tak nampak sangat macamana nak cari siapa yang pukul aku malam tu"kata Arjuna sambil menyerahkan semula telefon pintar pada Eiyad.
"Itu Andika aje yang tahu nak buat.Buat masa sekarang ni kau kena hati-hati.Lagi satu Ratna pun sama mana tahu kalau dia target semua orang yang rapat dengan kau"kata Eiyad.
Ratna masuk ke dalam wad melihat Arjuna sedang berborak dengan Eiyad.
"Eiyad bila awak sampai? Borak apa macam serius aje?"soal Ratna pada mereka berdua.
Arjuna memandang wajah Eiyad dan memberi isyarat mata agar tidak memberitahu Ratna.Dia tidak mahu Ratna risau dengan apa yang sedang berlaku.
"Awak kenapa tak cakap dengan saya Eiyad datang saya beli air satu aje?"kata Ratna memaut lengan suaminya.
Eiyad berdiri dari duduknya.
"Takpe Ratna saya sekejap je datang jenguk Juna.Lagipun saya ada hal lepas ni.Takpe kalau macamtu saya minta diri dulu"kata Eiyad menampar bahu Arjuna dan tersenyum manis pada Ratna sebelum keluar.
Ratna memandang wajah suaminya yang masih diam tak bersuara."Kenapa dengan awak?"soal Ratna.
"Tak ada apa-apa saya okay je.Tadi awak nak cari donut dah jumpa?"soal Arjuna dengan mengubah topik lain.
Ratna kembali senyum sambil menunjukkan donut yang dibelinya.
"Ta-da!!! saya jumpa juga donut.Awak nak rasa saya suapkan"kata Ratna mengambil seketul donut dan disuakan ke mulut Arjuna.
"Macamana sedap tak?"soal Ratna dengan wajah ceria.
"Sedap awak makanlah.Awak yang teringin nak makan donut.Kalau tak cukup saya telefon Dunkin donuts ke atau Big Apple ke hantar donut dekat awak"kata Arjuna pada Ratna.
Ratna mengenyitkan mata.Ratna makan donut yang dibeli tadi.Arjuna hanya memerhati wajah gembira isterinya menikmati donut.
"Buat masa sekarang ni kau kena hati-hati.Lagi satu Ratna pun sama mana tahu kalau dia target semua orang yang rapat dengan kau"
Ya Allah kau lindungilah isteriku dan anakku dari ancaman bahaya.
********
"Raiqal nanti kau tolong aku boleh, aku nak jumpa dengan Juna?"soal Raiyan pada Raiqal yang duduk di kerusi.
Raiqal memandang wajah Raiyan."Asal kau nak jumpa dia? Dia yang buat kau menderita Tau?"marah Raiqal.
Raiyan membetulkan spek matanya yang hampir jatuh dibatang hidungnya.
"Mana ada Juna baiklah dengan Raiyan.Abang yang tak tahu"balas Raiyan.Dia memandang wajah Raiqal yang sudah berubah merah menahan amarah.
"Tak boleh kau tak boleh jumpa dia.Aku tak benarkan kau jumpa dia.Dia akan hancurkan kau nanti"kata Raiqal terus bangkit meninggalkan ruang tamu.Raiyan terpinga-pinga.
Share this novel