BAB 3

Drama Completed 320

Hujan turun dengan begitu lebat sekali petang ini,seolah-olah langit
sedang berduka dan menangis bersama dengan dentuman guruh sambung
menyambung menambahkan lagi kesuraman alam yang tadi bercahaya dek
mentari memancar. Aku hanya mampu duduk termenung di sebuah meja bulat
di bawah blok kediamanku kerana kebosanan. Jika duduk di kamarku
tiadalah pemandangan yang mencorak hidup yang boleh ku tatap, tambahan
lagi aku sememangnya suka melihat hujan. Dahulu,ibuku pernah
memberitahuku maksud sebenar Tuhan menurunkan hujan. Dia ingin memberi
hadiah kepada hamba-hambaNya.Setiap yang diciptakanNya pasti tiada yang
sia-sia.

Tiba-tiba mataku terpaku pada seorang gadis yang sedang merenung ke
dalam hujan tidak jauh dariku.Di dalam dakapan gadis bertubuh kecil itu
terdapat beberapa buah buku.Satu perkara yang pasti ialah buku itu
berbentuk ilmiah.Aku tidak tahu mengapa aku measakan seperti ada suatu
kuasa yang menarikku untuk menyapanya.

Aku segera bangkit dan berlalu ke arah gadis itu.

“ Awak tidak boleh melepasi hujan ini tanpa payung. Tentu nanti awak
akan basah kuyup jika awak nekad jua meredahnya” Aku cuba menyapanya
dengan penyataan sebegitu kerana aku benar-benar tidak tahu cara
memulakan perbualan.Kehabisan bahasa bermutulah katakan.

Gadis tersebut sedikit terkejut dengan kehadiranku dan hanya
tersenyum manis sambil menggelengkan kepalanya.

“ Hai saudari. Terima kasih di atas peringatanmu,tapi saya tak
berniat pun untuk meredahnya”

Aku sedikit terkesima. Alahai! malu sungguh rasanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience