Chapter 15

Horror & Thriller Completed 5356

Part 15.

"Mama, mama!" Daiyan sudah menjerit - jerit kalah orang gila terlepas sambil berlari ke arah mamanya. Dah kenapa? Dengan sebelah tangannya menarik Emylea. Memang sebiji betullah. Jeritannya menyebabkan mama Daiyan kelam - kabut mendapatkannya.

"Kenapa tu daddy?" Soal Airy hairan dengan kelakuan mereka berdua kepada bakal suaminya yang tersayang. Hurh, daddy sangat. Fayzal memandang Airy kemudian mengangkat bahunya.

"Masalah rumah tangga kot." Jawab Fayzal. Terangguk Airy dibuatnya.

"Ya, ya. Kenapa ni? Terjerit - jerit. Terkejut tau." Kata Mama Daiyan. Terkejut betul. Habis barang yang dipegangnya sebentar tadi bertaburan di tanah.

"Ma, Daiyan nak kahwin sekarang! ASAP! Boleh tak? Kalau mama izinkan, sekarang juga Daiyan nak kahwin." Kata Daiyan selambanya. Tangan Emylea masih tak lepas dari pegangan Daiyan. Emylea hanya diam menunduk. Malu mungkin.

Mama Daiyan tersenyum. Kemudian dia mengangguk.

"Apa? Mana boleh! Darling, jom kita pergi minta izin kat mummy I. Jom kita kahwin juga hari ni! Titik!" Maka bergegaslah pasangan Fayzal dan Airy ke arah ibundanya yang dikasihi.

***

{ Daiyan POV }

Kini sudah 3 jam 12 minit 56 saat Emylea sah menjadi isteriku. Bersaksikan mamaku, mummy, Airy dan Fayzal serta disahkan oleh Ratu paling berkuasa di dunia ini, mama Emylea = Ratu Marissa.

Aku dengan gembiranya berjalan sambil memegang tangan Emylea yangku hanyunkan ke depan dan ke belakang. Happy sangatlah ni. Fayzal juga sudah dikahwin. Selepas kami, mereka pula. Menyemak je. Jeleslah tu.

Kini kami berjalan kaki ke kerajaan yang terdekat disebabkan kekurangan pengangkutan. Kalau semua Titan dan Candy nak angkut, pengsanlah nak. Kami pergi dengan satu misi. Untuk meminta bantuan dan memaklumkan tentang kebebasan Ratu Marissa a.k.a. mama Emylea = mak mentua aku.

Kerajaan seterusnya, Monster Village. Di sinilah di mana Pakcik Draculah tinggal. Ia mengambil masa hampir 1 hari untuk tiba. Nasib barang tak banyak.

_____
Skip
_____

"Mengumumkan ketibaan Ratu Marissa, Ratu Cupcake, Permaisuri Rose, Putera Daiyan, Putera Fayzal, Ratu Airy, Puteri Emylea dan Orm." Seekor Bigfoot yang mengawal pintu istana diraja mengumumkan ketibaan kami apabila mendapati Ratu Marissa juga berada disitu.

Tiba - tiba pintu terbuka dengan sendirinya. Wuu, seram tak? Kami pun masuk dan disambut mesra dengan pakcik Draculah, ketua Monster Village.

"Sila, sila. Buat macam istana sendiri, ya?" Jemput pakcik Draculah von Vampiryz. Nama je ketua tapi sebenarnya dia raja.

"Tuanku, mereka sedang menunggu tuanku di bilik persidangan. Franken, saya nak kamu berikan tetamu kita layanan yang terbaik. Sediakan bilik untuk mereka." Arah pakcik Draculah kepada pembantunya, Franken atau nama panjangnya, Frankenstain. Setahu akulah.

"Baik, tuan! Tuanku, sila ikut saya." Sahut Franken.

Kami berpisah. Mama Emylea, mamaku dan mummy mengikut Pakcik Draculah manakala aku, Emylea, Fayzal dan Airy pula mengikuti Franken ke bilik kami.

Kami diberi 2 bilik kerana kami suami isteri, kata Franken. Biliknya luas dan besar. Dindingnya yang dicat dengan warna hitam dan merah nampak menakutkan. Tapi apabila lampu yang memancarkan cahaya keorenan mula menampakkan suasana yang cantik dan romantik.

"Yeobo, oppa nak tanya sikit boleh tak?" Soalku ketika kami sedang baring di atas tilam empuk yang cadarnya berwarna kelabu dan biru tua. Emylea mengiring menghadapku. Nampaknya malam ni akan menjadi panjang dengan soalanku.

"Apa, tanyalah." Jawab Emylea. Dia memandangku dengan tekun sekali. Menanti soalan yang kanku keluarkan.

"Macam mana awak boleh kenal Airy tu seekor duyung? Dan dia ialah ratu bukan puteri? Padahal kamu baru saja berjumpa dengan Airy. Oppa tengok kamu takde borak pun dengan dia." Soalku panjang lebar macam dah buat list soalan.

Emylea diam untuk beberapa saat.

"Entahlah. Yeobo pun tak tahu. Tapi yeobo rasa macam.. Yeobo dah tahu. Entahlah. Yeobo tahu yang Raja Goblin tu ada isteri. Oppa tahu tak?" Aku soal dia, dia soal aku balik? Hurm, takpelah. Macam mana dia boleh tahu benda yang aku langsung tak tahu? Benda yang mungkin mama Emylea pun tak tahu. Aku pernah dengar khabar angin, Raja Goblin ada isteri. Tapi dia menghantar isterinya ke tempat yang jauh untuk melancong pada masa yang agak lama supaya dia boleh mengambil alih semua kerajaan. Isterinya seorang yang baik dan Raja Goblin takut padanya. Itulah apa aku dengarlah.

"Oppa!" Panggil Emylea kuat. Aku tersedar. Owh, berangan di malam hari rupanya. Aku turut mengiring dan pandang Emylea. Dia nampak marah.

"Oppa tidur ke? Kenapa tak jawab soalan yeobo?" Tanya Emylea nampak tertekan. Mungkin sebab aku tak endahkan dia tadi. Heheh, bukannya sengaja pun. Aku TERberanganlah.

Aku menggeleng sambil tersenyum.

"Kenapa tak buka tudung? Tak panas ke?" Soalku. Pelik. Nak tidur pun dia pakai tudung ke? Sebenarnya bak tukar topik sebab malas nak perah otak fikir hal itu.

"Owh, yalah. Lupa. Dah terbiasa tidur pakai tudung." Katanya sambil tergelak lalu bangun dan menyangkut tudung yang baru dibukanya. Rambutnya hitam beralun ikal mayang diikat satu. Dia membuka ikatan rambutnya dan ikat semula dengan lebih kemas.

"Dah. Cantik tak rambut kita?" Emylea kembali ke katil sambil mengibas - ngibaskan rambutnya. Aku mengangguk. Rasa nak tarik je rambut dia tu.

Nampaknya Emylea belum tahu dirinya kini sudah lain. Dirinya yang mampu menyelamatkan kami. Dirinya yang istimewa.

"Dah, dah. Jom tidur. Tak mengantuk ke? Yeobo dah mengantuk dah ni. Esok - esoklah sambung, ya? Okay, bye." Emylea terus memejamkan matanya sesudah berkata. Aih, kuatnya tidur bini aku ni. Wohoho, bini? Gila kentang! Aku dah ada isteri pada usia seawal 16 tahun! Dan isteri aku pulak sebaya dengan aku!

"Oppa! Tidurlah. Duk berangan apa lagi tu? Tutup lampu." Marah Emylea. Amboi, tak boleh tinggu langsung.

Pap! Pap!

Aku menepuk tangan 2 kali dan lampu tertutup dengan sendiri. Nampaknya tempat ni memang best. Tak payah nak bangun - bangun. Aku terus melelapkan mata.

{ End Daiyan POV }

***

Pagi yang indah di Monster Village. Burung berkepala 2 berkicauan dengan nyaringnya. Emylea terbangun. Dalam mamai dia meraba kepalanya.

"Mana tudung aku?" Kelam - kabut dia mengambil tudung yang disangkut apabila terperasan Daiyan berada di situ. Kemudian dia terduduk diam di atas kerusi lalu membuka semula tudung itu. Emylea menepuk dahinya sendiri.

"Lupa pulak aku dah kahwin." Katanya sendiri sambil tergelak kecil.

"Aku nak buat apa ni? Kejut Daiyan ke? Ah, kejut jelah. Aku bukannya tahu toilet kat mana pun." Emylea bingkas bangun lalu menuju ke arah suaminya yang masih lena dibuai mimpi.

"Oppa, bangun." Tiada reaksi. Hanya dengkuran Daiyan didengari.

"Oppa, bangun. Dah pagi dah ni." Emylea menggoncangkan tubuh sasa lakinya perlahan. Juga tiada tanda - tanda nak bangun. Malah, makin kuat dengkurannya. Aih, berhibernasi ke apa ni?

"Daiyan! Bangun!" Jerit Emylea kuat.

Kdebuk!

Daiyan terjatuh katil ketika dia terbangun secara mengejut. Aiyark. Memang sedap lagi empuklah landing kat lantai.

"Aduhh, sakit!" Daiyan mengaduh sambil menggosok kepalanya. Pening terasa. Emylea mendapatkannya. Terasa serba - salahlah pula kerana kejut Daiyan sehingga menyebabkan dia terjatuh kalah cempedak busuk.

"Okay tak?" Soal Emylea sambil menggosok belakang suaminya yang masih lagi terduduk di lantai.

"Krohh, krohhh. " kedengaran bunyi dengkuran Daiyan semula. Dia tertidur bebantalkan lengannya yang berada di atas katil. Emylea naik angin. Dia berdiri. Ingatkan jatuh katil dah serik. Rupanya tak.

"DAIYAN! BANGUN SEKARANG! SEKARANG!" Jerit Emylea sekuat hatinya. Mahu bergegar satu istana tu nanti. Kalau pembinaannya tak kukuh, mahu runtuh istana tu nanti.

Daiyan apa lagi, terkocoh - kocoh dia terbangun dari kedudukannya yang terduduk tu. Dia terus berdiri menghadap Emylea yang sedang bercekak pinggang.

"Kenapa awak ni? Tak reti nak kejut elok - elok ke?" Soal Daiyan dengan nada marah sambil menggosok matanya. Emylea merenung tajam ke arah suaminya. Makin berapi hatinya bila Daiyan berkata begitu.

"Awak ni! Bangun pun susah nak kejut. Saya dah kejut 4 kali dah tau! Lepas tu nak marah saya pula. Hee, lain kali saya taknak kejut awaklah. Bangun sendiri. Lantaklah nak berhibernasi sampai 50 tahun pun." Emylea marah dan membebel pada masa yang sama.

Tok! Tok! Tok!

Belum sempat Daiyan nak membuka mulutnya kedengaran bunyi ketukan di pintu. Emylea dan Daiyan berpandangan. Terjeda seketika.

Bang! Bang! Bang!

Ketukan itu menjadi lebih kuat. Macam nak runtuh pintu tu pun ada. Cepat - cepat Emylea mengambil tudungnya dan terus menyarungkan di kepalanya. Kemudian Emylea dan Daiyan bersama menuju ke pintu dan membukanya perlahan.

Tersembul wajah Airy, Fayzal, mama, mummy, bla bla bla. Kiranya semua adalah kat situ. Dengan muka baru bangun tidurnya, memang lawak. Termasuklah Ketua Draculah von Vampiryz dan Franken. Semuanya beriak risau.

"Kenapa ni?" Soal Daiyan pelik.

"Kenapa Emylea menjerit?" Soal Ratu Marissa / mama Emylea. Emylea dan Daiyan berpandangan.

Emylea tersengih menampakkan giginya yang cantik tersusun. Daiyan juga tersengih sambil menggaru kepala yang tak gatal tu.

"Err, tu sebenarnya.." Emylea sudah mengetap bibir. Tak tahu cara untuk terangkan. Tak sangka suaranya mampu membangunkan seluruh istana.

"Fasal Daiyan ke? Dia susah nak kejut?" Soal mama Daiyan. Emylea mengangguk sambil tersengih. Fuhh, nasib ada pembela keadilan.

"Oh, kalau begitu takde apalah yang berlaku? Okay, okay. Dah, mari kita ke bilik masing - masing." Kata Ketua Draculah von Vampiryz. Mereka yang lain pun berlalu pergi.

"Awaklah ni!" Kata Emylea sambil memukul lembut lengan suaminya kemudian masuk ke dalam bilik. Daiyan hanya mampu tersenyum dan membontoti isterinya masuk ke dalam.

***

"Haachooo!" Sudah masuk kali ke 21 Raja Goblin bersin. Kesihatannya tidak stabil disebabkan berendam di dalam air sejuk semalam. Berlapis sudah selimut dan baju yang dipakaikan dayangnya kepadanya. Kalah baju tebal di musim sejuk gamaknya.

"Xade!" Panggil Raja Goblin tergetar - getar. Maka datanglah satu goblin berbadan sasa menghadapnya. Dia ialah ketua goblin berbadan sado / askar / pengawal.

"Ya, tuanku. Ada apa tuanku memanggilku?" Soal Xade bersedia menjunjung perintah rajanya. Raja Goblin tersenyum dengan muka pucatnya.

"Beta mahu kamu carikan beta perempuan ahli sihir itu. Sekarang! Kerahkan kesemua anak buahmu jika perlu. Beta mahukan perempuan itu segera." Arah Raja Goblin tegas walaupun dalam keadaan tidak sihat.

Xade menunduk hormat kemudian berlalu.

***

"Tuanku, Marissa! Kau sudah kembali! Syukur. Sekarang apa rancanganmu?" Soal salah satu dari mereka. Menanti jawapan.

"Beta sudah jumpa penyelesaiannya.." Semua bersorak gembira.

"Tapi, dia belum tahu lagi. Kita jangan paksa dia. Biar dia buat keputusan sendiri. Ingat, bukan Raja Goblin sasaran utama kita! Tapi The Wallabies. Ingat tu. Apabila dia sudah tahu tuannya sudah tewas, pastinya dia akan datang untuk menyelamatkan tuannya. Hanya pahlawan sakti itu sahaja yang boleh membunuhnya." Terang Ratu Marissa.

The Wallabies, seekor raksaksa bertubuh naga yang berkepak, berleher ular dan berkepala 5 serigala. Pastinya sukar untuk menumpaskannya. Hanya pahlawan sakti dapat membunuhnya. Pahlawan bermata scarlet. Emylea. Namun dapatkah Emylea meneruna cbaran ini dan menyelamatkan mereka semua? Tak tahulah. Semuanya terpulang kepaa Emylea sekarang.

Kalau dulu, Raja Goblin mengugut Ratu Marissa jika dia tidak menyerahkan takhtanya, Raja Goblin akan membebaskan The Wallabies. Disebabkan ugutan itu, Ratu Marissa terpaksa akur dan dipenjarakan.

Setelah bertahun menunggu, kini masanya sudah tiba.

ToBeContinue.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience