BAB 4

Horror & Thriller Completed 659

“Rozilah Daud. Biras mangsa iaitu kakak ipar Hamdan.”

“Suaminya?”

“Sebentar, tuan. Kita kita dapur dahulu. Mangsa juga merupakan adik ipar suspek. Nurulizan. Belum berkahwin dan masih belajar di sebuah IPTS.” Sarjan Mat menunjukkan mangsa keempat.

Mulut mangsa berlumuran darah bercampur cecair putih berbusa. Bau sabun basuh kuat menusuk hidung. Terdapat beberapa botol besar 10 liter bersepah di sana sini. Isi botol berkenaan sudah dikeluarkan. Izz Shazzy bertinggung untuk melihat mangsa dengan lebih dekat.

“Mangsa diberi minum air sabun?” Teringat dia akan cerita datuknya mengenai askar Jepun yang menyeksa tawanan perang dengan memberikan mereka minum air sabun hingga perut penuh. Kemudian askar-askar itu meletakkan papan di atas perut tawanan dan mereka bermain jongkang jongket sehingga tawanan mati akibat perut pecah. Sungguh kejam! Dan hari itu, dia pula berpeluang menyaksikan kejadian hampir sama.

“Air sabun bercampur racun rumpai.” Sarjan Mat menambah maklumat.

“Abang mangsa?” Tidak mahu berlama-lama di situ, Izz Shazzy segera berdiri dan memerhati ke sekeliling dapur. Pinggan mangkuk penuh di atas sinki. Lemang, ketupat dan rendang masih di atas meja terdedah dihurung lalat.

“Di luar, tuan.” Sekali lagi Sarjan Mat menjadi jurupandu arah. Dia membawa Izz Shazzy ke belakang rumah. Pemandangan di situ punya takrif kengerian berbeza. Tiga jasad saling bertimpa hampir rentung dibakar. Kesemuanya lelaki.

“Abidin Joned, suami Rozilah. Fairuz dan Kahar, kedua-duanya adik Abidin. Berusia dalam lingkungan 20-an.” Sarjan Mat membaca nota yang dicatatkannya tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience