BAB 42

Humor Completed 78146

AISYAH mundar mandir sekeliling ruang tamu.Nak masuk ke dapur mummy dah larang keras.Jadi dia duduk saja berehat di sofa.

"Aisyah sakit ker?mummy tengok Aisyah macam gelisah semacam."Risau Datin Mazni melihat Aisyah yang tak senang duduk.

"Tak lah mummy.Aisyah cuma bosan tak tahu nak buat apa."

Datin Mazni tertawa kecil.

"Mummy nak Aisyah rehat.Takut Aisyah penat.Due lagi berapa hari saja kan.Mummy nak Aisyah simpan tenaga waktu nak bersalin nanti."terang Datin Mazni.Dia tahu Aisyah rimas bila satu kerja pun dia tak bagi Aisyah buat.

"Sayang..."panggil Adam yang baru pulang dari pejabat.Meluru dia mendapatkan Aisyah yang nampak sedikit monyok.

"Kenapa ni,sayang sakit ker?"Adam sedikit gelabah.
"Tak lah.Abang ni Aisyah sihat saja.Lambat lagi nak bersalin."Aisyah muncungkan bibir.

"Habis tu kenapa monyok?"

"Mummy tak bagi Aisyah buat kerja rumah.Mummy suruh dia berehat saja.Risau tengok kaki pun dah bengkak."jawab mummy.

"Abang yang suruh mummy larang sayang buat kerja.Sayang tu pantang abang alpa sikit ada saja kerja rumah nak dibuatnya.Abang tak nak sayang penat."Adam usap perut Aisyah yang membukit tinggi.Nampak sarat sungguh.

"Aisyah okay.Boleh jalan lagi ni."Aisyah bangun berjalan di hadapan Adam.

"Abang tahu sayang bosan.Nanti sayang dah bersalin kita pergi honeymoon ya."pujuk Adam.

"Abang janji tau.Kita bawa baby sekali."Aisyah kembali ceria.

"Kalau tak nak bawa baby pun tak apa.Mummy boleh jaga."Pelawa Datin Mazni.

Dia sendiri tak sabar nak menimang cucu.Bertambah gembira bila dapat tahu Adella juga baru mengandung.Rezeki Adella pelihara baby Asyraf agaknya.Aidil pun telah selamat bertunang dengan gadis pilihan hati.Dia dah tak simpan perasaan pada Aisyah lagi.Adam dah boleh senyum lega.Tambahan Aisyah pula dah berbadan dua dan tengah menunggu hari sahaja untuk melahirkan.

"Jom ikut abang naik.Abang nak mandi sekejap lepas tu kita balik rumah."

Sejak Aisyah mengandung.Adam tidak mahu tinggalkan Aisyah sendirian di rumah mereka.Setiap hari sebelum pergi kerja Adam akan menghantar Aisyah ke rumah baba.Di sini Adam rasa Aisyah lebih selamat sikit dari ditinggalkan keseorangan di rumah.

"Adam ajak Aisyah makan.Tadi dia makan sikit sangat."beritahu mummy sebelum berlalu ke dapur.

Sejak kaki mummy dah pulih sepenuhnya.Dia rajin masuk ke dapur.Memasak untuk ahli keluarga tercinta.Sebelum ni mummy hanya harapkan bibik kini tidak lagi.Sekarang dia lebih suka masak dan menghabiskan masa di taman.Hatinya rasa tenang saja sekarang.Lebih lagi semejak dah bertudung sepenuhnya.
Kata mummy dia tak akan pulih tanpa izin Allah.Allah masih memberi peluang untuk dia bertaubat.Jadi dia tak akan sia-sia kan nikmat yang Allah berikan.Mummy juga rajin ikut baba ke Darul Sakinah.Mempelajari ilmu agama dengan abi dan umi.Kesannya jiwa mummy makin tenang.Mummy sendiri yang mahu begitu.Baba mengukir senyuman kebahagiaan.Doanya buat mummy termakbul.Akhirnya isterinya dah berubah.

Tak sampai setapak dua Aisyah melangkah,laju air terjun dari celah paha.Tersentak Aisyah.Habis basah baju mengandung nya dari paha hingga ke bawah.Adam yang mihat terus panik.

"Sayang kenapa ni?"tanya Adam bila tiba-tiba baju Aisyah hampir lencun.

"Air ketuban dah pecah.Dah sampai masa ni abang.."Aisyah tarik dan hembus nafas perlahan bila terasa sakit.

"Apa sayang dah nak bersalin!kejap abang panggil mummy."Adam segera menjerit memanggil mummy.Cemas Adam dibuatnya.Aisyah pula yang masih tenang saja.

"Cepat Adam bawa Aisyah ke hospital.Barang semua ada dah kan."

Mummy ikut pimpin Aisyah masuk ke dalam kereta.Mujur segala persiapan sudah dibuat.Jadi mereka tak payah kelam kabut.Segala kelengkapan bayi dan Aisyah,mummy yang uruskan.Mummy siap tempah awal mak bidan untuk menjaga Aisyah dalam pantang.Sayang sungguh pada menantunya.Bertuah Aisyah.

Adam tersenyum gembira,Aisyah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki.Tak tergambar bertapa gembiranya menjadi seorang bapa.Di tepuk perlahan bayi mereka yang sedang tidur dia atas katil bayi.

"Terima kasih sayang.Tanpa sayang hidup abang tak bermakna."Adam tunduk mencium kening Aisyah.

"Kasih abang diterima."Aisyah senyum paling manis buat suami tercinta.

"Sayang senyum macam tu buat abang tak sabar nak peluk cium sayang tau."usik Adam.

"Gatal kan abang ni.Nanti Aisyah bagitau mummy."gertak Aisyah.

"Bagitau saja lah.Mummy tak kisah kalau nak tambah cucu lagi."gurau Adam buatkan Aisyah jegilkan biji mata.Anak pun masih merah ada hati nak tambah.

"Ke situ pula abang ni.Baby Anaqi tak sampai dua minggu lagi.Ayah sibuk nak bagi Anaqi adik."Aisyah jeling manja pada Adam.

"Abang gurau saja lah.Tak sanggup abang nak tengok Aisyah sakit.Serik.Cukuplah Anaqi sorang."

Adam teringat saat Anaqi dilahirkan.Kesian Aisyah terpaksa menanggung sakit hampir lapan jam.Kelahiran anak sulung memang agak lama dan sakit kata mummy.Dah keluar baby hilang terus sakit.Itulah nikmat melahirkan anak.Ajaib kan..

"Biar Anaqi besar dulu baru kita fikir.Tak apa Aisyah sanggup mengandung lagi.Seronok ada anak ramai.Macam mummy ada kak Adell,abang dan Aidil.Tak macam Aisyah sorang saja.Tapi Aisyah bersyukur sebab abang Habib dan Jiha dah macam saudara kandung."

"Terima kasih sayang.I love you."ucap Adam.

Adam cubit perlahan pipi Aisyah.Dapat cium pun dekat pipi saja.Mummy kerap masuk menjenguk Aisyah dan Anaqi.Adam nak buat lebih pun tak boleh.Adam tahu lah batas orang dalam pantang tak kan Adam nak buat lebih pulak.Sebab tu Aisyah diletakkan di bilik bawah senang mummy nak pantau.Cemburut saja wajah Adam bila mummy halau Adam tidur atas malam-malam.

"Mummy bukan tak percaya dekat Aisyah.Tapi dekat Adam."berpuluh kali mummy ulang benda yang sama.Sampai Adam dah boleh hafal lirik mummy.

Aisyah berasa bahagia sangat.Mummy tak anggap Aisyah sebagai menantu tetapi sebagai anak.Sampai Aisyah rasa terlebih pula.Aisyah cakap saja teringin nak makan apa masa mengandung.Ada lah nanti sampai depan mata.Kalau mummy tak masak pun dia akan beli.Dalam pantang pun mummy siap upah pembantu untuk masak makanan khas untuk Aisyah.Sayang sungguh mummy dekat Aisyah.Mak bidan yang di upah pun bukan calang-calang orang.Dah bertahun mahir mengurut,mandikan ibu bersalin.Aisyah rasa terharu sangat dapat jadi menantu mummy.

Sebut pasal Habib,dia sudah selamat melangsungkan perkahwinan dengan Iffa.Jangan tak tahu Iffa dah lama menaruh hati pada Habib.Akhirnya Habib sendiri yang meluahkan perasaan.Dia pun ada hati pada Iffa cuma masih ragu pada mulanya.Iqbal pula masih cuba mengambil hati Najiha.Harap mereka ada jodoh bersama.

"Malam ni abang tidur sini ya."Adam ciut hidung Aisyah.

Selalu setiap malam Adam akan masuk menyelinap ke bilik Aisyah tanpa pengetahuan mummy.Kalau mumny dapat tahu pandai-pandailah Adam nak jawab.Mana tahan Adam berjauhan dengan Aisyah walau berlainan bilik.Selagi tak nampak Aisyah depan mata hatinya gelisah.

"Abang..terima kasih.Aisyah pun cintakan abang."ucap Aisyah pula.

Terus Adam tarik Aisyah ke dalam pelukannya.Bersyukur pada Allah kerana meraka telah dipertemukan.Walaupun pada mulanya Adam yang menolak.Hadirnya cinta dan kasih sayang dalam diri Adam mengubah segalanya.Kesabaran Aisyah sekaligus meroboh tembok keegoan Adam.Dari benci hadirnya cinta.

"Izinkan aku memiliki mu..Terima kasih sayang untuk cinta ini."bisik Adam buatkan Aisyah tersenyum bahagia.


-TAMAT-

Tq semua sudi baca komen dan rewards sangat2 saya hargai Insyallah mudahan jumpa lagi di novel yang akan datang :) Doakan semoga saya mendapat lebih idea untuk menulis lagi :) Love uolls <3 Sakura Leo

Share this novel

sitizaid
2021-12-09 01:51:52 

cerita yg menarik..happy ending..terhibur sangat..terima kasih dan terus menulis


NovelPlus Premium

The best ads free experience