Rate

01

Family Series 1126

" Ivry  Mills ! " Jerit Risle Carter dari bawah.

" Ivry Mills jangan lambat harini kamu masuk asrama. Jangan mengelat. Dah tiga hari kamu ponteng. Demam konon. Padahal sihat saja. Dahla haritu buat malu mama je masuk bilik disiplin " bebel Risle Carter lagi.

Ivry Mills yang masih lena diulit mimpi tersedar . Dengan penuh kemalasan Ivry menarik blanket tebal yang melitupi tubuhnya.

'Asrama, asrama. Semak lah. Kenapalah benda tu wujud. ' bentak Ivry di dalam hatinya. Pintu tandas dihempas sekuat mungkin menunjukkan sebagai tanda protes

" Sikit-sikit mogok. Apa nak jadi dengan kamu ni. Kalau Ivy ada kan bagus "

Ivry yang berada di dalam tandas menitiskan air mata yang sudah lama ditahan sejak semalam lagi.

' Ivy, Ivy , Ivy. Mama asyik compare Ivry dengan kakak. Tahulah kakak tu pandai. Ivry bodoh ' rintih Ivry . Ivry tak mintak pun jadi bodoh. Bodoh pun bodoh jugak tapi dapat sekolah berasrama kluster kecemerlangan. Semua salah papa. Siapa suruh mohon dekat sana. Ish serabutlah.

" Ha cakap sikit nangis cakap sikit nangis. Kenapalah manja sangat kamu ni? "

Ivry Mills, gadis yang dahagakan kasih sayang daripada ibu bapanya. Ibunya merupakan pemilik sebuah syarikat terkemuka manakala ayahnya pula merupakan seorang CEO di syarikat ternama. Harta , tahta mengaburi mata Alex dan Risle.

Mereka sangka dengan memberikan kemewahan mampu membuatkan jiwa seorang gadis yang inginkan kasih sayang dapat terubat? Mustahil

Ivry Mills ingin merasakan apa yang gadis lain rasa. Dibesarkan dengan kekerasan menjadikan Ivry keras kepala. Dalam keras kepalanya, dia seorang yang sangat cengeng .

Inginkan seseorang menyayanginya sepenuh hati? Semestinya. Dia rindu disaat dia berusia 3 tahun. Risle dan Alex menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Happy family? Yes. Semuanya berubah apabila Risle dapat mewarisi syarikat bapanya, Alex dinaikkan pangkat. Mereka semakin sibuk dan akhirnya tiada masa untuk anak mereka.

This is the definition of harta mengotori jiwa dan bicara

Jangan biar duit menjadi raja dan kita jadi hamba. Semuanya terlambat jika itu sudah terjadi

" Ivry Mills ! " Jerit Risle Carter. Ivry tersentak lalu tersedar daripada lamunannya. Kalau boleh dalam tandas tu pun dia nak tidur. She can sleep anywhere. Sejak masuk asrama, perangai Ivry sudah berubah 90% . Jikalau sebelum ini Ivry seorang yang sangat berdisiplin apabila melibatkan masa kini dengan senang hati dia melanggar segala peraturan. Peraturan sekolah nasib belum dilanggarnya

Ivry memasamkan muka tanda tidak suka walaupun dia tahu Risle tidak akan melihatnya. Jika lihat pun, Risle bukannya kisah.

Baginya Risle Carter bukanlah sesiapa. Risle Carter tidak pernah mengambil berat tentangnya. Lagi-lagi selepas pemergian kakaknya, Ivy Ellysa. Kalau kakak ada, kalau kakak ada. Asyik ayat tu je mama papa ulang.

Dan disebabkan itu juga, makin dia diabaikan. Dia tak kisah. Dia sudah terbiasa . Apa yang dia kisahkan ialah dia inginkan KEBEBASAN

Dia tidak mahu hidupnya dikongkong. Dia penat asyik mengikut telunjuk manusia. Dia ingin hidup dengan cara DIA bukan cara orang lain! .

" Apa orang nak siap dah ni kejap . Mama masukkan dulu beg Ivry . 15 minit lagi Ivry turun " jerit Ivry disusuli dengan membuka pili paip.

Risle Carter hanya mampu menggelengkan mengenangkan anaknya sorang itu. Ivry tidak seperti Ivy. Ivry keras kepala, suka memberontak. Ivy seorang yang mendengar kata. Dia sendiri tidak tahu dimana silapnya dalam membesarkan Ivry.

Mungkin kekangan masa bersama Ivry membuatkan gadis itu kurang kasih sayang. Dia tahu tanggungjawabnya ialah memastikan Ivry dilimpahi dengan kasih sayang yang mencukupi tapi apa pilihan yang dia ada. No money, no talk . Kalau dia tak kerja mana nak datangnya duit.

" Sarapan dulu Ivry " ujar Risle Carter sambil menarik tangan anaknya ke meja makan. Perut hendaklah diisi terlebih dahulu. Tidak elok membiarkan perut dibiarkan berlapar. Seandainya terlalu kerap berlapar boleh menyebabkan gastrik pula. Selain itu , fokus dalam melaksanakan aktiviti harian juga akan turut terjejas sekaligus mengurangkan kualiti sesuatu perkara .

" Tak perlu mama cakap dah lambat kan? Nanti kalau lambat masuk harini tak pasal-pasal mama kena ikut masuk bilik disiplin nak? " Dengan selambanya Ivry menjawab lalu terus memasuki perut kereta hanya memandang langsung wajah ibunya itu tanpa rasa bersalah. Sempat dia memerli mamanya. Walaupun sebenarnya dia yang salah.

Biarkan! Selama ini Ivry dahagakan kasih sayang mama, ada mama kisah? Bila Ivry ada masalah disiplin seperti ini baru mama mahu kisah? Please! Jangan jadi hipokrit mama. Ivry tak suka

Imbas kembali perbualan gurunya dan mamanya di bilik disiplin,

" Jemput masuk Puan Risle Carter. Saya panggil puan kerana ingin membincangkan tentang perubahan tingkahlaku Ivry kebelakangan ini. Apa yang saya dapati melalui pemerhatian saya, Ivry sekarang berbeza berbanding Ivry yang saya kena 3 tahun yang lepas. " Mr Smith memulakan mukadimahnya pada hari itu.

Ivry hanya menunjukkan muka tidak berperasaan. Arghh indahnya kalau boleh tidur saat ini. Hati Ivry berkata. Matanya jelas menunjukkan yang dia langsung tidak berminat dengan perjumpaan ini

" Apa yang boleh saya tolong ya tuan? Apakah yang dilakukan oleh anak saya ya tuan? "Tanya Risle Carter sambil mengerling ke arah Ivry memberikan amaran agar tidak tidur.

" Menurut laporan yang diterima oleh saya, Ivry didapati melakukan aktiviti merbahaya seperti bergaduh , bertumbuk dengan rakan - rakannya. Hal ini sangat tidak sihat sehingga ada ibu bapa yang bertanyakan bagaimana anak mereka boleh tercedera begitu. Ivry juga didapati mencederakan diri sendiri  . Menurut rakannya juga, Ivry sering berdiri di beranda bumbung. Menurut rakannya, beberapa kali jugalah Ivry menjengah ke bawah seperti hendak terjun. Selain itu , Ivry didapati merosakkan harta benda sekolah . Loker habis jahannam dibantai Ivry. Saya harap Puan boleh ambil tindakan susulan dengan segera bagi membendung aktiviti tidak sihat yang dilakukan oleh Ivry . Ivry juga menyimpan alatan tajam. Saya kuatir seandainya dia menggunakan alatan itu untuk mencederakan dirinya serta rakan-rakan " Mr Smith mengemukakan segala kesalahan yang dilakukan oleh Ivry.

Mungkin ini adalah kesalahan besar tapi apa Ivry kisah. Ivry  pergi atas bumbung sebab nak heeling, Ivry cederakan diri urmm tu tak ada sebab . Ivry cederakan rakan - rakan sebab diorang ejek Ivry cakap Ivry ni bitch and seangkatan dengannya . Manusia hanya reti menyalahkan. Bukan reti nak tanya kenapa dan apa sebab dia bertindak sebegitu

" Ermmm Puan Risle Carter, boleh kita bercakap berdua? Ivry boleh kamu keluarga? " Arah Mr Smith sambil menunjukkan arah pintu. Jikalau aku tahu begini lebih baik dari awal aku tak masuk kan senang.

" Sebenarnya saya rasa perubahan tingkahlaku Ivry ini kerana kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Ujar salah seorang kawannya, dia pernah ternampak puisi yang yang ditulis oleh Ivry. Isi kandungan puisi itu apa yang dirasakan olehnya saat ini. Dia kata dia ingin dilayan seperti remaja lain, boleh buat parents like friend. Dia tak merasa semua ini. Paling-paling tidak dia ingin merasai pengalaman melancong bersama keluarga. Maaf saya bertanya, berapa jam sehari yang Puan dan suami luangkan masa untuk Ivry? "

Terkelu lidah Risle Carter saat mendengar kata -kata guru disiplin itu. Tidak sangka dalam diamnya seorang Ivry Mills dia juga merupakan seorang yang sangat dahagakan kasih sayang.

" Err 30 minit mungkin? Kalau hari Ivry balik saya hanya sempat bersarapan dengannya. Kadang-kadang hari menghantarnya saya akan meminta pemandu kami yang menghantarnya kerana saya dan suami terlampau sibuk " jawab Risle Carter dengan serba salah.

" Kalau boleh, luangkanlah lebih banyak masa dengan Ivry. Saya kasihankan dia . Bukan saya tak tahu renungan matanya yang mencemburui rakan-rakannya yang lain. Tambahan pula dia anak tunggal. Tiada kawan ingin diajak bermain. Lagi satu, pada saat usia Ivry sebegini, ibu bapa sepatutnya menjadi kawan mereka. "

Risle Carter hanya diam mendengar butir bicara Mr Smith. Ada benarnya juga sebenarnya.

"Saya bukan ingin menyibuk tentang hal kekeluargaan puan tapi, saya tahu Ivry berhak mendapatkan haknya sebagai seorang anak. Tolong puan. Saya risau emosi Ivry akan terus tercalar yang seterusnya mengakibatkan masalah mental seperti depression. Ujian psikometrik mendapati mental Ivry dalam keadaan sakit. Jika dibiarkan Ivry mungkin akan ada tekanan jiwa. Ivry seorang pelajar yang bijak, cemerlang dan berbakat dalam pelbagai aktiviti. Sayang jika dibiarkan keadaan Ivry berkekalan seperti ini. Jangan sia-sia kan apa yang ada kerana mengharapkan yang telah tiada. Saya tahu puan masih belum menerima kenyataan bahawa Ivy telah tiada. Ivry masih memerlukan sokongan padu daripada puan dan suami"

Ayat terakhir daripada Mr Smith sangat menusuk jiwa kalbu Risle Carter. Ivry maafkan mama, mama tahu mama juga bersalah.

" Maafkan saya sekiranya hujah saya membuatkan puan teras tetapi ini demi kebaikan Ivry . Ivry perlukan puan . Memberontak itu cara yang ditunjukkan olehnya " ujar Mr Smith mengakhiri perbualan pada petang itu. Ayat Mr Smith membuatkan Risle Carter seperti terkena panahan. Perit tapi benar.

End flashback..

" Ivry huge me " arah Risle Carter setelah selesai menolong Ivry mengangkut bagasi dan beg keperluan Ivry ke asrama. Dia sukarela menolong bukan dipaksa oleh Ivry. Ivry jelas menunjukkan muka tidak suka

" Hmm " dengan muka penuh paksa rela Ivry memeluk mamanya itu. Itu hanyalah bagi menjaga muka keluarganya. Dia tidak ingin dilihat sebagai attention seeker.

" Belajar elok-elok" pesan Risle Carter sebelum meninggalkan Ivry. Buat pertama kasi Risle Carter menghantar Ivry ke sekolah setelah kematian Ivy. Biasanya akan disuruh saja Michelle, pembantu peribadinya menghantar Ivry.

Ivry melepaskan keluhan berat. Nampaknya satu sekolah telah sedia maklum bahawa dia akan menjalani rawatan psikiatri dengan pihak kaunseling bermula minggu ini. Ini juga bererti bahawa satu sekolah sudah mengetahui masalah yang cuba disorokkan selama ini. Bukannya dia tidak ingin memberitahu sesiapa tapi tiada siapa yang akan memahaminya.

" Kakak kenapa kakak tinggalkan Ivry ... " Rintih Ivry entah keberapa kalinya.

" Hoi! " Jerit seseorang. Aih first day pun dah kena ke? The only thing people don't know is, Ivry menjadi mangsa buli semenjak kakaknya tiada . Which is sejak 2 tahun yang lepas. Dia bukan hanya dibuli secara fizikal tetapi juga secara mental.

Tiada siapa yang perasan kerana dia pandai menutup cacat cela akibat dibuli . Pelajar yang nampak dia dibuli pun hanya mendiamkan diri. Risau mereka turut akan terjebak sekiranya melaporkan hal tersebut kepada guru. Lemah. Patutnya berani kerana benar. Ivry bukan tidak ingin melawan tetapi , mereka mengugut akan mencederakan rakan sebiliknya pula. Dia tidak mahu manusia lain susah kerannya. Biarlah yang merasai hanya dirinya sahaja.

To be continue....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience