Aku genggam erat jariku. Terasa ingin menumbuk seseorang dan muka Emir Hafiz adalah sasaran yang sesuai untuk ditumbuk ketika ini. Sakit hati, marah, meraung dan menangis, semuanya bercampur baur dalam hatiku. Terasa sesak jiwaku ketika ini. Mahu saja aku menyuruh bumi untuk menelan aku sekarang. Biar aku hilang untuk selama-lamanya dan tidak perlu untuk menanggung rasa getir ketika ini.
Ya Allah, sesungguhnya aku tidak kuat menghadapi dugaan yang Kau berikan kepadaku ini. Aku ingin lari jauh. Jauh sejauh yang mungkin dan tidak perlu aku menoleh kembali. Andai masa boleh diputar semula, tidak akan aku menjejakkan kaki ke rumah Emir hari ini. Seandainya aku lebih mendengar kata hati, mungkin aku tidak akan berhadapan dengan situasi sekarang.
Situasi yang memerangkap aku dan Emir Hafiz.
Sesak mindaku sekarang. Berhadapan dengan situasi yang tidak terjangka seperti ini membuatkan aku buntu. Buntu sambil ditemani air mata yang kian lebat membanjiri wajahku. Sudah tidak tertahan marah dengan Emir, aku menangis di tepi Amira yang datang setelah ditelefon oleh Puan Mawardah.
"Syhhh... Al. Sabar. Tenang okey."
Amira gosok perlahan belakang badan aku.
Tenang macam mana? Sabar macam mana? Emir sendiri bagaikan hendak tak hendak sahaja memberikan kerjasama. Kerjasama penting untuk membersihkan nama aku dan dia. Sungguh, aku tidak ingin terperangkap dan dipersalahkan bersama dengan Emir Hafiz. Aku tidak ingin menjadikan diriku mangsa naga jantan seperti Emir Hafiz. Amat bahaya.
"Emir, saya mohon pada awak. Ceritakan benda sebenar kat mak ayah awak dan saya. Tolonglah. Tolonglah Emir!"
Hanya itu sahaja yang keluar dari mulutku setelah puas aku memarahi dan melepaskan perasaan geram terhadap Emir akibat keengganannya memberitahu perkara yang sebenar.
"Apa lagi! Aku cakap benda betul dah! Memang kau terjatuh atas badan aku. Takkan aku jatuh atas badan kau. So?"
Emir mendengus geram. Dia berpeluk tubuh sambil mukanya menahan geram. Masam dan kelat seperti asam jawa. Riak tidak puas hati terlakar di wajahnya. Sejak tadi itulah reaksi yang dipamerkan olehnya selain muka grumpynya. Dia tahu tak aku dengan dia tengah menghadapi masalah besar sekarang? Dia faham tak?!
Tak! Dia tak faham. Dia tak faham bahawa jika perkara ini tersebar, maruah aku akan tercalar teruk. Mungkin dikecam oleh masyarakat dan yang paling bahaya adalah netizen keyboard warrior kalah tentera berperang dengan musuh. Mereka yang lebih hebat mengecam dan memalukan di samping menokoktambahkan lagi masalah yang sedia ada. Tak sanggup aku nak keluar rumah.
Tambah lagi kerjaya sebagai seorang guru. Habislah aku! Die me die ! Musnah kerjayaku kalau perkara ini tersebar. Emir takpelah. Dia berada di zon selamat. Siapa yang akan menyalahkan dia nanti? Paling-paling sikit aje nanti. Mungkin sebab itu dia tidak mahu menyelamatkan aku. Sebab benda ini takkan bagi efek yang mendalam kepada dia.
Namun, sebaliknya yang terjadi kepadaku. Kecaman dan pemberatan masalah akan 80% kepada aku. memalukan pihak guru sahaja. Aku yang sepatutnya memberikan contoh yang baik rupanya telah mencalarkan nama aku sendiri, nama keluarga dan nama sekolah.
Aku mengongoi dalam pelukan Amira. Amira dari tadi tidak jemu jemu meniupkan kata semangat kepadaku. Namun sayangnya semua bagaikan angin lalu di telingaku.
Aku pandang wajah babah dan mama yang keruh di tepi. Rasa bersalah muncucuk di dalam hatiku. Bersalah kerana aku menghampakan mereka semua. Menghampakan semua harapan ibu dan ayahku.
Masih segar lagi peristiwa tadi.
Dek kerana takutkan kucing aku terus berlari tanpa mempedulikan apa-apa pun di hadapan. Tanpa sengaja aku terjatuh di atas badan Emir yang tanpa berbaju. Secara kebetulan, ketika itu, aku disergah oleh ibu ayah Emir. Mahu luruh jantung aku disergah oleh Dr. Awal.
"Awak berdua buat apa ni?"
Aku pucat seluruh badan. Cepat-cepat aku angkat daripada badan Emir dan berdiri. Sedaya upaya untuk aku menjelaskan perkara sebenar tapi Dr. Awal dan Puan Mawardah beriak kecewa. Aku sudah rasa macam meraung ketika itu.
"Emir, cerita betul-betul. Saya tak sengaja jatuh atas awak. Saya nak lari daripada kucing tu."
"Dah kau memang jatuh daripada aku. Aku mana tahu kau lari daripada apa."
Ayat penyataan Emir memang menarik aku masuk dalam lembah kegelapan terus. Terasa mahu terduduk aku ketika itu disoal oleh Dr Awal dan Puan Mawardah lebih-lebih lagi Emir bagaikan enggan memberikan kerjsama dan menyatakan perkara yang sebenar. Tidakpun, cukuplah unutk menyelamatkan kami berdua daripada diperangkap dalam situasi yang mencurigakan itu.
"Emir Hafiz! Bagitahu abah perkara sebenar!" Tegas suara Dr. Awal. Memaksa Emir untuk memberitahu perkara sebenar.
Emir gosok belakang tengkuk sambil pandang mata aku dengan tajam.
"I told you already abah! Emir mana tahu. Dah dia terjatuh atas badan Emir. Emir nak buat apa?"
Aku ketap bibir. Marah meledak dalam hatiku.
"Awak tahu kan ada kucing tadi."
"Kucing mana! Jangan merapu boleh?"
Aku tersentak. Betulkan ada kucing tadi. Instinct sebagai penghidap Ailurophobia jangan dipandang remeh. Aku pandang kiri kanan. Tidak!!! Tadi memang ada kucing berbulu putih yang enak menggesek-gesek kakiku. Kalau tidak, masakan aku lari tak ingat dunia.
"Betul. Ada kucing tadi. Puan percayalah. Saya tak sengaja nak jatuh atas Emir. Saya sendiri tak tahu Emir ada kat rumah harini. Puan sendiri bagitau yang Emir takde kat rumah hari ini."
Aku tahan perasaan. Puan Mawardah diam. Dia tarik nafas.
"Yang awak datang awal kenapa? Bukan Puan Mawardah janji nak jumpa pukul 3 ke?"
Aku diam sambil ketap bibir.
"Puan Mawardah Whatsapp suruh jumpa awal. Pukul 2."
Puan Mawardah tersentak. Dr. Awal kerut dahi.
"Saya tak mesej awak Althea untuk awalkan meeting."
Aku tarik nafas. Berdebar rasa hati. Tak mungkin. Cepat-cepat aku keluarkan telefon dan menunjukkan Whatsapp antara aku dan Puan Mawardah. Sebagai bukti.
Wajah Puan Mawardah dan Dr. Awal sukar ditebak. Daripada tersentak terkejut dan tergamam. Semunya bercampur baur. Puan Mawardah terduduk. Dr. Awal mundar mandir di ruang tamu. Aku diam di hujung sofa. Emir pula dengan wajah masamnya.
"Takkanlah...." Perlahan sahaja ayat Puan Mawardah namun sempat didengari aku. bibirnya diketap sambil pandangannya diarahkan ke arah Dr. Awal yang bagaikan terkejut akan sesuatu.
Kemudian mereka berdua menghela nafas berat. Aku yang terasa bebannya sekarang.
"Macam ni la Althea. Saya dengan Dr. Awal bercadang nak nikahkan Althea dengan Emir aje."
Duniaku terasa gelap. Gelap dan segelapnya apabila terdengar perkataan nikah. Nikah dengan Emir Hafiz. Aku jatuh terjatuh terduduk di atas lantai.
"No!! Emir takkan kahwin dengan Althea! No and never! Abah gila ke nak kahwinkan Emir dengan cikgu Emir sendiri?
"Emir Hafiz!!" Rahang Dr. Awal bergerak menahan amarah. Reaksi Emir juga begitu.
"Puan, pleaseee! Saya tak nak kahwin dengan Emir. Pleasee! Saya memang tak nak!"
Jangan kerana peristiwa disergah tadi aku memperjudikan masa depanku dengan Emir. Mengundang bahaya sungguh hidup bersuamikan Emir.
Aku pandang wajah Emir yang merah. "Emir, please! Ceritakan hal sebenar supaya awak dan saya takkan kahwin."
"Apa lagi! Ini semua kau punya pasal lah. Tiba-tiba hempap badan aku."
Tanpa membuang masa aku baling bantal kecil di sofa ke arah Emir akibat perasaan geram. Geram akibat ayat yang dituturkan oleh Emir. Padan muka apabila bantal kecil berkenaan tepat-tepat mengenai mukanya.
"Saya kan dah cakap ada kucing kejar. Saya tak gila lagi nak terkejar nak hempap badan awak!" Aku terjerit.
"Kan aku cakap mana ada kucing. Jangan-jangan kau sengaja datang awal nak perangkap aku!" Tuduhnya melulu.
Serasa amarahku mengeggelegak apabila mendengar tuduhannya.
"Saya kan dah cakap saya dapat Whatsapp Puan Mawardah suruh datang awal. kalau tak saya takkan gila nak datang awal."
Geram! Geram bila bercakap dengan orang bipolar naga jantan.
"Sudah!"
Aku diam. Emir yang hendak membalas diam juga. Dr. Awal sudah bercekak pinggang. Cepatnya emosi aku berubah-ubah gara-gara Emir.
"Macam inilah Althea. Saya memang berkeras nak awak dengan Emir kahwin juga. "
Aku hendak membantah tetapi apabila melihat Dr. Awal bagaikan memberi isyarat ' talk to my hand' aku diam kembali.
"WHAT! No abah! No and never! I will not get married with her! She is my teacher abah!"
Emir tentang keras.
"Because she is your teacher, abah kahwinkan Emir dengan Althea."
"No bah!" Emir bagaikan ingin meraung. Apatah lagi aku.
"No! Jangan Dr. Awal. Saya taknak kahwin dengan Emir. Tolong jangan seksa saya macam ni." Aku sudah menitiskan air mata. Sungguh aku tidak menyangka dan tidak pernah terdetik sakalipun aku akan berkahwin dengan anak murid, lebih-lebih lagi dengan Emir Hafiz,mafia STKH.
Dugaan apakah ini Ya Allah?
"Dr. Awal. Puan Mawardah please! Saya merayu sangat-sangat tolongah jangan kahwinkan saya dengan Emir. Dia anak murid saya. Apa kata orang nanti."
Aku menangis Teresa-esak di tepi sofa. Sungguh. Perasaan aku sesak ketika ini. Dr. awal tarik nafas.
"Saya fikir tentang maruah awak jugak Althea. Nasib baik saya dengan Mawar jumpa awak dengan Emir dalam keadaan macam tu, tapi bayangkan kalau Pegawai Pencegah Maksiat yang datang?"
Aku diam. Dek kerana peristiwa tadi aku terperangkap untuk berkahwin dengan Emir. Tidak masuk akal sungguh. Aku diterjah oleh ibu bapa Emir sendiri dan kemudian dipaksa untuk berkahwin dengan Emir.
"Saya rasa saya setuju dengan cadangan Dr. untuk kahwinkan Althea dengan Emir."
Aku kembali ke dunia nyata tatkala ayat tersebut meluncur laju dari mulut babah.
What. The. Fish!!
******************************************************************************************
********************************************************************************************
HiĀ guys,, firstly... sorryyyyyy sgt2 lmbt update. balik kg .... weeeellll ( sambil garu pipi).. line xbrapa nak elok.... so tunggu elok baru dpt update..
huhuhuuu....
Anyways.. thnx sgt2 utk readers dan thnx utk yang vote. baru skrg baru dpt buat penghargaan.. hahhahhahaa..
i luv u guys.. terima kasih gilak2 sbb support kmk!
Share this novel