CHAP 4

Romance Series 74213

Anya sedang di temubual oleh wartawan di sana. Bahasa Perancis? Dia sudah belajar dari dulu, semua orang terkejut apabila bertanya bahawa dia orang Malaysia namun apabila bercakap bahasa Perancis pun, sangat fasih.

Siapa lagi gurunya kalau bukan Bahr Malik, dia lebih lama di Paris dulu. Bahr Malik pernah belajar di sini sebelum berjumpa dengan dirinya tiga tahun dahulu. Dan, bagaimana kah mereka boleh menjadi partner in crime? Jangan khuatir, segalanya akan terungkap.

Anya perasan akan beberapa mata model yang menjeling ke arah, mungkin dalam hati model-model tu bergema, "kenapa Bahr pilih dia sebagai partner in crime? Aku lebih cantik lah daripada Anya ni." mungkin itu yang bergema dengan jelingan tajam daripada model-model tersebut.

"Ada aku kisah? Tidak sama sekali. Kau pergi tanyalah Bahr kenapa banyak-banyak perempuan, dia pilih aku jadi partner in crime dia." jawab Anya.

"Merci." kata Anya selesai sahaja dia ditemu ramah oleh wartawan di sana. "Cik Anya.." panggil seseorang. Sherry, model keturunan Malaysia-Thailand yang sangat sopan-santun, berbudi pekerti dan lemah lembut. Dia suka bekerja dengan model ini, namun sayang.. dia sudah disunting oleh pereka lain.

"Hai Sherry.." ramah Anya. "Maaf ye Cik Anya, tak dapat nak jadi model Cik Anya." sopan Sherry. "It's okay.. Bila you flight ke sini?" soal Anya. "Saya tiga hari lalu. Bahr yang hantar, saya rindukan dia lah Cik Anya.." kata Sherry. Anya hanya tersenyum dan mendangkal rasa dalam hati, "serius aku tak tanya siapa hantar kau." kata Anya dalam hati.

"Bahr tak hantar Cik Anya ke ? Mesti Cik Anya rindukan partner in crime Cik Anya kan?" soal Sherry. Anya hanya tersenyum, "you jangan lah cemburu, jangan risau lah.. I think you lagi special berbandingkan diri I, I dengan Encik Bahr tu kenal-kenal gitu je. Kami rapat pun sebab Becky." kata Anya mempertahankan dirinya.

Sherry sedikit senyum canggung. "Maaf Cik Anya, kalau Cik Anya terasa." kata Sherry. "No need lah. I pun perempuan. Rasa cemburu mesti ada kan? Takpe, esok kan nak balik Malaysia daa." kata Anya, senyum manis.

"Ye juga. Hehehhe.. Okay Cik Anya, jumpa nanti." kata Sherry.
***
Hari terakhirnya di Paris. Dia sedang berada di beranda luar dan mengambil angin malam. Sambil itu, dia melihat instagram, melihat gambar-gambar Becky yang sedang menguruskan butik dengan caption.

"Bila Cik Bos nak balik? Aku rindu dia.." kata Becky, sempat Anya membalas. "Aku balik esok, tapi tulatnya baru masuk butik. Hahahahaha. Aku nak rehat!" Kata Anya.

Kemudian dilihatnya lagi gambar Bahr dan story Bahr. Gambar meja kerjanya dengan caption "no pain, no gain". Kemudian gambar seterusnya, "lunch time."

Dan, bersepah komen-komen gadis-gadis, "tak ajak I pun.." "jangan lupa makan tau, Sayang.." dan semestinya komen Sherry mencuri perhatiannya, "jangan lupa ambil I tau esok dekat airport. Miss you, already." kata Sherry. Nak tergelak Anya membaca balasan komen Bahr. Memang perangai kasanova dan play boynya.

"tak ajak I pun.." dan balasannya, "sorry sayang, lain kali you orang pertama I ajak. Jangan risau." komen kedua pula, "jangan lupa makan tau sayang." dan balasannya, "okay sayang, I call you bila I nak makan." dan bagi komen Sherry sudah semestinya, "Okay sayang. Nanti I ambil you dekat airport." balas Bahr.

Ketawa Anya melihat komen-komen tersebut. Anya juga tidak mahu kalah. Dia terus mengambar permandangan Paris dan memuatnaik gambar tersebut ke instagram juga dengan captionnya.

"I'am gonna miss this view.." kata Anya.

Tidak sampai berapa minit, post yang dibalas oleh dua orang. Siapa lagi kalau bukan dua sepupu itu. "Tak payah miss sangat. Cepat balik.. Butik lebih rindukan kau." Kata Becky.

Namun, lain pula balasan Bahr.

"Tu me manques plus, Candy" Balas Bahr.

Naik tergelak Anya. Balas Bahr. "I miss you more? Yelah kau tu.." kata Anya. Tidak membalas, ingatnya esok.. dia ingin jalan -jalan di Kota Paris ni. Flightnya pada tengah hari. Sempat ingin membelikan souvenir kepada mereka berdua. Baru sahaja dia ingin meletakkan telefonnya, dia terus dihubungi oleh Bahr.

"Kau dah makan? Paris macam mana?" soalan Bahr dan Anya hanya senyum, "dah. Paris.. what can I say, beautiful city." kata Anya. "Anyway, tahniah ye atas kejayaan kau. Aku dah usha beberapa design yang akan akan beli. Baju kau bertemakan bunga sakura tu, uishh.. cantik. Bangga aku, partner in crime aku ni. Dengan bahasa Perancis kau. Fasih... Syukur kau tu jumpa dengan aku." sambil Bahr memuji Anya, sempat diselitkan puji untuk dirinya.

"Kau nak belikan siapa? Mesti nak belikan one of your girls lah tu. Anyway, takde diskaun ye. Memang harga tu aku letak." gurau Anya. Dan, mereka ketawa bersama.

"I miss you more, Anya. Really miss you. Two weeks? Uish.. I'm feel lonely." kata Bahr dengan mata seperti kucing. "Yelah kau tu, padahal takde siapa nak selamatkan kau kan?" soal Anya.

"Hahahhaa.. tahu takpe. But, seriously.. I miss you, Anya. I'm really do. Jam berapa kau sampai ke sini?" soal Bahr. "Kenapa kau tanya?" soal Anya. "Aku nak suruh Becky ambil kau.." kata Bahr. Anya tahu, mungkin esok dia akan ambil Sherry.

"Tak payah susah-susah. Tahu lah aku.. nanti aku call Becky." kata Anya. "Okaylah. Kau rest lah. Aku nak bersiap dulu ni, nak tengok wayang dengan Ally. Bye." kata Bahr.

Dan, panggilan dimatikan.
***
Anya sedang melihat barangan di hadapannya. Hari ini dia akan membelikan buah tangan untuk kedua ibu bapanya. "Anya Inayla ." Tegur seorang lelaki. Anya menayangkan muka pelik. "Opps, sorry, agak kurang ajar. Saya Zahin, sebenarnya saya salah satu penggemar rekaan awak. Maaf ye, Cik Anya." Kata Zahin.

Anya hanya tersenyum, "anyway.. ni kad saya. Sorry sekali lagi tiba-tiba tegur awak " kata Zahin. Anya hanya tersenyum, dia mengambil kad dengan sopan dan memberikan kadnya juga.

"Z&Co. Oh kijap, mama awak mesti Datin Zainab kan?" Soal Anya. Zahin menganggukkan kepalanya. "Dan, jangan terkejut, mama saya yang suruh saya datang sini sebab suruh tengok rekaan awak. Mama saya dah ada berkenan tu. Maaf tau buat Cik Anya terkejut tadi." Kata Zahin.

"Takpe. Panggil Anya je. Encik Zahin.." belum sempat Anya berkata, dipotong percakapannya. "Panggil Zahin je ye. Anya bila balik?" Soal Zahin. "Three hours, from now .. anyway, I should get ready, so see you later Encik Zahin." Senyum Anya.

"Just Zahin. Ya, betul jumpa nanti..." Senyum Zahin. Lelaki tersebut boleh tahan, sering Datin Zainab ceritakan tentang anak tunggal lelakinya. Hampir ingin dijadikan Anya sebagai menantunya kalau tiada halangan.

stay tuned ye. esok Killa akan update What Dresscode For Today? pula. readers dah baca ke belum? kalau belum, pergi baca tau.. jangan risau, Marry With My Partner in Crime pun akan diupdate juga. Tunggu....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience