Adi Ashraf menjatuhkan surat tersebut tanpa sengaja. Tak dapat menerima kenyataan bahawa surat itu daripada Mawar Adriana yang telah mati lima tahun yang lepas. Apakah maksud semua ini?
"Tak mungkin." ucap Adi Ashraf perlahan. Tangannya terketar-ketar mengambil semula surat tersebut lalu diteliti kembali. Sudah jelas tertera disitu nama Mawar Adriana.
Ketukan di pintu menarik perhatiannya serta-merta. Tanpa membuang masa, dia menyimpan semula surat tersebut di dalam sampulnya lalu disorokkan daripada pandangan isterinya.
"Ash, aku dah panaskan lauk. Kau dah mandi ke belum? Eh kenapa muka kau pucat." tegur Ariana Atilia pelik. Dia menghampiri suaminya. Tangannya naik mahu mengusap pipi Adi Ashraf tetapi suaminya bingkas bangun cuba mengelak.
Ariana mengerutkan muka. Sedikit terasa dengan tindakan suaminya. Dia ada buat salah apa-apa ke? Bukan tadi mereka berdua elok sahaja bermesra tetapi mengapa begini pula jadinya.
"Ash, kenapa ni?" tanya Ariana lagi mahu mengetahui perkara yang menganggu suaminya. Kini, tangannya pula cuba untuk memegang tangan milik Adi Ashraf. Namun sekali lagi suaminya mengelak.
Ariana terpempan. Sakit hatinya apabila usahanya untuk memujuk suaminya ditolak sebegitu sahaja. Tetapi dia diamkan sahaja. Mahu menyembunyikan perasaan seperti tindakan suaminya itu langsung tidak memberi kesan terhadapnya. Walaupun sebenarnya sebaliknya terjadi.
"Aku penat. Kau makanlah. Aku tak ada selera." balas Adi Ashraf dingin. Wajahnya langsung tak menunjukkan apa-apa riak. Fikirannya hanya tertumpu pada Mawar Adriana.
Kalau benar surat itu daripada Mawar Adriana, itu bermakna tunangnya masih hidup sehingga ke hari ini. Namun mengapa baru sekarang dia mahu muncul.
Entah mengapa juga, selepas mengetahui bahwa mungkin Mawar Adriana masih hidup lagi dia melayan isterinya seperti dulu. Bagai hubungan mereka kembali seperti sedia kala.
"Okay, aku keluar dulu." ucap Ariana mahu memberikan suaminya ruang untuk bertenang. Mungkin suaminya itu tertekan dengan tekanan kerja. Ya dia cuba berfikir positif. Mahu mengubat hatinya yang sakit.
Tetapi tiada balasan daripada Adi Ashraf. Suaminya melangkah masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri tanpa menoleh ke arah isterinya walau sekali. Seolah Ariana tidak wujud di situ.
Akhirnya, Ariana keluar dari bilik tidur mereka. Dia memejam mata, tangannya pula diletakkan pada dadanya lalu ditepuk perlahan. Tanda mahu menguatkan semangat walaupun sebenarnya dia hanya mahu menangis pada saat ini.
"Tak apa Riana. Ash sibuk. Bukan dia tak sayang kau cuma dia stres." ucap Ariana menyakinkan dirinya sendiri. Masih berusaha untuk positif.
Dia membawa diri ke ruang tamu. Dia menonton televisyen cuba mengalihkan perhatiaannya daripada suaminya yang tiba-tiba berubah dingin. Tiada angin tiada ribut suaminya bertindak sebegitu.
Surat yang diberikan kepada suaminya terlintas pada fikiran. Baru dia perasan tindakan suaminya berubah sebaik surat itu diberikan pada suaminya. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Buat masa ini dia hanya berdiam diri sahaja.
Adi Ashraf yang sudah selesai mandi dan lengkap berpakaian melabuhkan punggung dihujung katilnya yang dikongsi bersama isterinya, Ariana Atilia. Surat daripada Mawar Adriana membuatkan perasaannya berkecamuk.
Tak tahu bagaiman mahu diungkapkan perasaannya pada ketika itu. Sepatutnya dia berasa gembira dan teruja selepas mengetahui Mawar Adriana masih hidup. Tetapi dia terasa kecewa kerana mengapa baru sekarang gadis itu mahu muncul dalam hidupnya.
Selepas lima tahun, dia menyangka wanita itu telah mati. Dia terasa seperti sudah curang pada Mawar Adriana kerana telah mengahwini Ariana Atilia. Jujur dia kata dia tak tahu mahu berbuat apa dengan khabar berita bahwa Mawar Adriana masih hidup.
Apa yang dia perlu buat sepatutnya. Apa yang perlu dilakukan apabila Mawar Adriana telah kembali. Adakah dia perlu menceraikan Ariana? Ah dia tak tahu. Terlalu keliru untuk dia membuat keputusan sekarang.
Akhirnya, dia tertidur tanpa jalan penyelesaian. Itu sahaja yang dapat menenangkan fikirannya sekarang. Tidur yang cukup untuk memastikan otaknya mula berfungsi dengan sempurna pada keesokan harinya.
Ariana yang baru masuk ke dalam bilik tidurnya melihat suaminya yang sudah lena dibuai mimpi. Perlahan-perlahan, dia menghampiri dan mengambil tempat di sebelah suaminya untuk menyertai Adi Ashraf.
Namun matanya ternampak sesuatu yang terselit di sebalik bantal kepala suaminya membuatkan dia rasa ingin tahu. Lantas, dengan berhati-hati dia cuba mengambil surat yang disorokkan dibawah bantal suaminya.
Sebaik jarinya terasa seperti ada kertas, dia segera menarik dengan berhati-hati. Tak mahu membuatkan suaminya yang sedang lena dalam tidur.
Adi Ashraf mula mengalihkan badan apabila terasa seperti ada yang menggangu lenanya. Tindakan itu memudahkan lagi Ariana. Akhirnya dia berjaya mendapatkan surat itu tanpa pengetahuan suaminya.
Perasaan ingin tahu yang membuak-buak dalam dirinya mendorong dia untuk membaca isi kandungan surat tersebut. Riak muka tidak percaya terpamer diwajahnya sebaik selesai membaca surat milik suaminya.
Mawar Adriana masih hidup?
Tetapi bukankah lima tahun yang lalu, gadis itu telah mati dalam kemalangan. Apa yang dimahukan oleh gadis itu sekarang. Ariana serta-merta mengalihkan pandangan pada suaminya, Adi Ashraf.
Sudah pasti Mawar Adriana mahukan suaminya sekarang. Adakah itu juga bermaksud Adi akan menceraikan dirinya untuk bersama Mawar semula?
Bagaimana kalau Mawar mendedahkan kebenaran kepada Adi Ashraf? Oh tidak dia masih tidak bersedia untuk semua itu. Dia mula panik.
Kini, baru dia faham mengapa suaminya mula menjauhkan diri. Lelaki itu masih berkira-kira sama ada untuk meninggalkan dirinya untuk Mawar atau bersama dengan dirinya hingga ke akhirnya.
Haris Irfan.
Sebaris nama itu sahaja yang dapat membantunya pada ketika ini. Dia hanya percayakan sahabatnya itu sahaja. Tak lama kemudian, dia mengambil gambar surat tersebut sekilas untuk ditunjukkan kepada Haris Irfan nanti.
Lalu, dia meletakkan semula surat itu ditempat asalnya semula. Buat masa ini, dia tahu dia perlu berusaha untuk mendapatkan hati suaminya semula. Jika tidak, dia akan kehilangan suaminya buat selamanya.
Ash, jangan tinggalkan aku.
???????????????????
Seminggu kemudian,
"Ash, jom makan." ajak Ariana lembut. Terpamer wajahnya yang ceria. Dari tadi dia menunggu kepulangan suaminya. Hampir setiap hari lelaki itu pulang lewat. Tetapi sekali pun Ariana berkata apa-apa.
"Aku dah makan dekat luar." balas Adi Ashraf tanpa riak. Dia melepasi isterinya menuju ke bilik tidur mereka. Tetapi langkahnya terhenti apabila tangan dipaut oleh Ariana.
"Tapi aku ada buat makanan favourite kau." ucap Ariana cuba memujuk. Riak wajahnya yang kecewa tak dapat disorokkan lagi. Dia mahukan suaminya dahulu. Dia rindukan Adi Ashraf yang dahulu.
Genap seminggu mereka masih dalam keadaan sebegini. Walaupun mereka berada dekat antara satu sama lain tetapi terasa jauh sekali. Seolah serumah dengan orang asing. Pelbagai cara Ariana cuba lakukan untuk memperbaiki hubungan mereka tetapi setiap kali itu juga Adi Ashraf merosakkannya.
"Tapi aku dah kenyang. Boleh tak jangan kacau aku Riana?" jawab Adi Ashraf sedikit meninggi. Tangannya yang dipaut oleh Ariana dilepaskan dengan kasar. Ariana tersentak dengan nada yang digunakan oleh suaminya.
"Ash..." panggil Ariana perlahan. Nada suaranya kedengaran lemah. Tetapi langsung tak diendahkan oleh Adi Ashraf.
"Apa lagi, aku penat-"
"Kau janji kau nak balik awal tapi kau tak pernah sekali pun balik awal, Ash." luah Ariana memotong percakapan suaminya. Sudah tak tahan dengan layanan dingin Adi Ashraf. Sedangkan dia melayan suaminya dengan ikhlas.
Adi Ashraf terdiam. Buat pertama kalinya dalam seminggu ini isterinya bersuara. Dia hanya buat apa yang terbaik yang dia rasakan untuk mereka berdua. Tanpa menyedari, dalam pada itu telah menyakiti isterinya.
"Riana..." panggil Adi Ashraf lembut pada akhirnya. Ariana menahan diri daripada menjawab. Sudah lama dia tak mendengar nada suara itu digunakan oleh suaminya.
"Ash, aku nak minta izin nak keluar dengan Haris. Aku pergi dulu." celah Ariana tanpa membalas. Tangan suaminya diambil lalu disalam. Sedaya upaya dia menahan diri agar tidak menangis di situ juga pada akhirnya.
Dia melangkah pergi tanpa menoleh ke arah suaminya semula. Dia perlukan sahabatnya pada ketika ini untuk membantunya. Perlukan nasihat dan kata-kata daripada Haris Irfan secepat yang mungkin.
Adi Ashraf menghantar pemergian isterinya dengan pandangan. Dia hanya membenarkan sahaja apa-apa sahaja yang isterinya mahu lakukan. Tiada hak untuk dia menghalang selepas apa yang dilakukan pada isterinya sejak akhir-akhir ini. Dia turut rindukan isterinya juga dalam diam.
Sementara itu, kelihatan Haris Irfan sedang menunggu di tempat biasa yang selalu dirinya lepak bersama Ariana. Dia sedikit terkejut apabila mendapat mesej daripada Ariana Atilia untuk bertemu disitu secepat yang mungkin.
Tak lama kemudian, figura milik Ariana terlihat pada pandangan Haris Irfan. Dia melebarkan senyuman. Namun mati serta-merta apabila menyedari wajah sahabatnya yang sembap seperti baru lepas menangis.
"Hei, Riana kenapa ni?" tanya Haris Irfan risau. Dia segera mengambil tisu untuk mengelap sisa air mata yang masih mengalir di wajah Ariana.
"Ris, Ash- dia... Mawar." ucap Ariana tidak jelas yang berselang dengan tangisan. Haris Irfan mula menenangkan sahabatnya itu sebelum menjelaskan segala-galanya.
"Tak apa. Lepaskan semuanya. Aku tahu kau kuat. Aku tahu Ariana yang aku kenal kuat." pujuk Haris Irfan cuba menenangkan Ariana. Luluh hatinya melihat keadaan sahabatnya sebegitu.
Ariana melepaskan segalanya selepas menahan diri sepanjang minggu ini. Dia juga mempunyai hati dan perasaan. Siapa sahaja tak sebegitu selepas dilayan dengan teruk walaupun dia hanya mahukan perhatian sebagai balasan.
Dia menarik nafas panjang sebelum dilepaskan dengan perlahan-perlahan. Tindakan itu dilakukan beberapa kali sehingga dia tenang. Haris Irfan pula memberikan sokongan dengan kata-kata semangat.
"Okay?" tanya Haris Irfan cuba memastikan. Ariana mengelap air matanya lalu mengangguk sebagai balasan. Dia cuba mengukir senyuman lemah.
"Kenapa Riana? Cerita dengan aku. Biar aku tolong kau." ucap Haris Irfan lagi. Dia menyakinkan sahabatnya untuk berterus-terang dengannya.
"Ris, Mawar... Dia hidup lagi." jelas Ariana takut-takut. Dia sendiri masih tak percaya dengan kenyataan itu.
"Hah? Tapi macam mana? Bukan dia dah mati dalam kemalangan tu ke?" tanya Haris Irfan lagi. Langsung tak faham dengan apa yang dikatakan oleh Ariana. Mana mungkin orang yang dah mati hidup semula bukan?
"Cuba tengok ni. Dia sendiri yang bagi dekat Ash seminggu yang lepas, Ris." jawab Ariana dengan harapan dapat menjawab soalan Haris Irfan sebentar tadi. Dia menunjukkan gambar kandungan surat yang diambilnya tempoh hari.
Haris Irfan melihat dengan teliti. Rasa tidak percaya walaupun bukti di depan mata. Pandangannya dialihkan pada Ariana semula.
"Macam mana dengan Ash? Apa yang dia buat?" tanya Haris Irfan ingin tahu. Memandangkan Mawar Adriana merupakan bekas tunang Adi Ashraf dahulu.
"Dia... Berubah, Ris. Aku rasa dia akan tinggalkan aku untuk Mawar lepas dia tahu Mawar hidup lagi. Dia tak sayangkan aku, Ris. Dia masih sayangkan Mawar." luah Ariana dengan nada kecewa. Air matanya bertakung.
"Ris, macam mana kalau Mawar bagitahu Ash yang aku yang langgar dia? Mesti Ash bencikan aku." luah Ariana lagi bersama rasa pilu. Satu-satunya rahsia yang dia simpan selama ini tidak lama lagi akan terbongkar.
"Ris, tolong aku. Aku sayangkan Ash. Aku tak nak tinggalkan dia ataupun dia tinggalkan aku. Tolonglah aku, Ris. Aku dah tak tahu nak buat apa." luah Ariana terakhir kalinya sebelum menghamburkan tangisan. Haris Irfan bersimpati atas nasib sahabatnya.
Takdir terlalu kejam terhadap mereka berdua. Ariana tak layak melalui semua ini. Dia merupakan gadis yang paling baik yang dia pernah jumpa tetapi gadis itu juga yang perlu melalui semua ini.
"Riana... Jangan macam ni. Aku yakin Ash sayangkan kau. Dia takkan tinggalkan kau. Aku percayakan dia. Cuma kau kena berterus-terang dekat dia yang kau pun sayangkan dia. Baru dia tahu dan buat keputusan. Sama ada kau atau Mawar." terang Haris Irfan tenang. Dia terlalu percayakan Adi Ashraf.
Jika tidak, sudah pasti dia tidak menyerahkan Ariana kepada lelaki itu. Ariana mengangkat kepala apabila mendengar kata-kata Haris Irfan. Dia tahu Haris tak pernah menipu. Dia mengangguk tanda faham dengan apa yang dimaksudkan oleh sahabatnya.
Thanks, Haris.
???????????????????
Keesokan harinya,
Adi Ashraf sukar untuk menumpukan perhatian pada pekerjaannya. Setiap kali dia cuba menumpukan perhatian pasti kejadian semalam melintas di fikiran.
"Kau janji kau nak balik awal tapi kau tak pernah sekali pun balik awal, Ash."
Masih tak dapat dia lupakan bagaimana betapa kecewanya suara Ariana menuturkan kata-kata itu. Dia sendiri yang menjanjikan perkara itu tetapi pada masa yang sama dia juga yang memungkiri janjinya sendiri.
Suami jenis apakah dia?
Dia meraup muka dalam keserabutan. Fikirannya kusut memikirkan perkara itu. Dia perlu memilih siapa. Mawar atau Ariana?
Pandangannya jatuh pada bingkai gambar yang tersorok dari pandangan sesiapa daripada melihatnya. Tangan pantas mengambil bingkas tersebut sebelum diambil ke dalam pelukan.
Kenapa sekarang Mawar perlu kembali dan menyukarkan keadaan. Mengapa tidak dahulu semasa dia masih menderita sepanjang ketiadaan Mawar di dalam hidupnya. Mengapa perlu sekarang dimana dia baru sahaja mahu mencintai Ariana?
Ketukan pintu bilik pejabatnya menariknya semula ke alam realiti. Sebaik membenarkan gerangan yang datang masuk, dia melepaskan nafas lega.
"Izz..." sebut Adi Ashraf apabila melihat figura sahabat baiknya datang melawat. Dirinya yang masih kusut tak membenarkan dia berfikir dengan lebih rasional.
"Ash, kenapa dengan kau ni?" tanya Izz Faris risau. Lelaki itu mula menghampiri Adi Ashraf yang kelihatan benar-benar tertekan itu. Apa yang dia terlepas?
"Apa kau buat dekat sini? Aku sibuk." balas Adi Ashraf tiba-tiba dingin. Dia berpura-pura sibuk memeriksa dokumen. Padahal cuba mengelak daripada ditanya lebih lanjut oleh Izz Faris.
"Adi, jangan tipu aku. Baik kau bagitahu dengan aku. Kenapa? Apa yang buat kau jadi macam ni?" ucap Izz Faris tegas mahukan jawapan. Dia tahu hanya itu cara untuk dia mengetahui apa yang terjadi pada Adi Ashraf.
"Mawar..." jawab Adi Ashraf perlahan. Dia menyerahkan bingkai gambar Mawar Adriana dengannya ketika di hari pertunangan mereka kepada Izz Faris.
"Adi... Mawar dah tak ada." jelas Izz Faris mengendurkan nada suaranya sedikit. Nampaknya sahabatnya itu masih tidak dapat melupakan dan menerima kenyataan bahawa Mawar sudah tiada.
"Tak, dia ada Izz. Dia ada!" bidas Adi Ashraf cuba membetulkan kata-kata Izz Faris. Dia sudah terlalu terdesak.
"Ash, jangan macam ni. Ingat Riana." pujuk Izz Faris lagi. Dia mengusap lembut belakang badan sahabatnya. Malangnya nama Riana hanya membuatkan keadaan lebih buruk.
"Aku tak cintakan dia!" ucap Adi Ashraf tanpa sedar. Mindanya dikaburi dengan perasaannya terhadap Mawar Adriana suatu ketika dahulu.
"Ash." panggil Izz Faris cuba menyedarkan sahabatnya. Tetapi panggilannya diabaikan oleh Adi Ashraf.
"Aku tak cintakan dia! Faham tak. Mawar, aku cintakan Mawar." ucap Adi Ashraf dengan lebih kuat. Langsung tak memikirkan apa-apa sebelum menuturkan perkara itu.
"Astaghfirullahalazim, Adi!" ucap Izz Faris sudah tak tahan dengan sahabatnya yang masih tidak sedar. Dia meraup muka. Ikutkan hati mahu ditampar sahaja mulut Adi Ashraf pada ketika ini.
Bercakap langsung tak berfikir dahulu! Terlalu ikutkan perasaan yang hanya akan berakhir dengan penyesalan. Nampaknya begitulah yang akan terjadi apabila Izz Faris menyedari pintu bilik pejabat Adi Ashraf sedikit terbuka.
Sedangkan dia yakin dia telah menutup pintu tersebut tadi. Baru sahaja dia mahu memeriksa, bayangan seseorang melintasinya membuatkan dia kaku. Bermakna gadis itu telah mendengar segalanya.
Kerana gadis itu ialah Ariana Atilia.
Updated!
Another 12 chapter to go! ??
Stay tune?
Enjoy reading...
Don't forget to vote
And leave a comment ??
Share this novel