Rate

BAB 3

Romance Completed 86843

BREK tangan ditarik sebelum Taliya membuang pandangan ke luar kaca tingkap kereta cabuknya itu. Dia tak pernah datang ke rumah Cikgu Maryam. Sebelum ini dia hanya pernah lalu saja tapi tak pernah singgah. Cantik halaman rumah cikgu, nampaknya zaman pencen Cikgu Maryam akan dipenuhi dengan aktiviti menggembur tanah.

Taliya tergelak kecil dengan andaiannya. Mereng punya perempuan. Kepala digelengkan berkali-kali sebelum menoleh kepada Thufail yang hanya diam di kerusi penumpang.

"Adik, let's go!" ujar Taliya secara tiba-tiba membuatkan kanak-kanak lelaki itu terus menoleh ke arahnya lalu tersenyum lebar.

"Let's go!" balas Thufail dengan teruja. Pintu sudah dipegang untuk dibuka dari bahagian dalam.

"Eh kejap, adik jangan buka pintu lagi." Badan dikalihkan ke belakang dan tangannya mencapai satu plastik lalu dihulurkan pada Thufail.

"Adik pegang plastik bawang goreng ni, biar along yang buka pintu adik. Faham?"

"Faham!"

"Okey, tunggu sini. Kalau kau gerak, siap eh," ugut Taliya. Risau jika adiknya membuka pintu dan terus berlari ke arah jalan raya.

Fuh, bisa kering darahnya jikalau hal itu berlaku. Nak bayang pun dia tak sanggup.

"Jom Thufail, kita masuk rumah cikgu along." Tangannya menggenggam erat jemari adiknya manakala sebelah lagi memegang plastik yang diberi pada adiknya tadi.

"Along pun ada cikgu ke?" soalnya dengan nada polos.

"Mestilah ada, along pun sekolah macam adik tau," jawab Taliya sambil melangkah mendekati pagar yang terbuka itu.

"Assalamualaikum!" Salam diberi, mereka masih tegak berdiri di hadapan pagar rumah Maryam.

"Assalamualaikum ooo assalamualaikum." Masih tiada jawapan. Mungkin orang di rumah ini sibuk dengan penyediaan majlis ini nanti.

"Tak berjawablah pulak, dik."

"Takpe, adik pulak," kata Thufail lalu menarik nafas dalam-dalam.

"ASSALAMUALAIKUM CIKGU!" Kuat suara itu bergema ke dalam kawasan rumah Maryam. Taliya turut terkejut dan mengurut dada.

Nyaring betul suara adiknya ketika itu, dah boleh jadi bilal masjid.

"Waalaikummussalam, ha Liya dah sampai. Masuklah, buat apa tercongok tengah panas tu." Maryam terus menegur mereka dengan tergopoh-gapah.

Uish, power juga suara Thufail. Sekali panggil aje dah muncul.

"Seganlah nak masuk terus, ramai orang kat tepi tu," ujar Taliya sebelum mencium tangan tua itu.

"Alah, tu semua anak menantu cikgu. Tak ada apa yang nak disegannya," omong Maryam sambil tersenyum kecil. Sesekali pipi Thufail dicuit dek rasa geram. Comel!

"Cikgu, tolong tengokkan adik saya kejap boleh? Saya nak ambil pulut ayam dalam kereta," pinta Taliya yang memandang terus pada wajah yang bersinar bahagia itu. Mungkin bahagia kerana tidak perlu lagi serabut kepala dengan hal pelajar.

"Boleh aje, nanti kamu letak di meja ungu tu ya, Liya."

"Beres, bos!"

Taliya terus berlalu ke arah keretanya yang diparkir di bawah pokok besar itu. Pintu belakang dibuka sebelum dia mengambil dulang pulut. Dengan berhati-hati, dia bergerak ke meja yang ditunjukkan oleh Maryam tadi.

Dia berpatah balik dan mengambil dulang yang mengandungi ayam goreng yang masih panas. Pintu kereta ditutup dengan kaki dan dia bergerak ke tempat tadi.

Siap!

Mata mula melilau mencari kelibat Maryam dan adiknya itu. Mana pula dua manusia ni pergi?

"Cari apa dik?" Teguran itu menyebabkan Taliya terus menoleh ke arah kiri. Gerangan yang dikenali sebagai anak sulung Maryam itu tesenyum kecil memandangnya.

Taliya membalas senyum, "Ada nampak Cikgu Maryam tak?"

"Tu." Tangannya menunjukkan ke arah satu tempat yang tersorok dengan pokok bunga di situ.

"Mama saya tengah melepak tepi kolam tu, awak pergilah sana."

"Terima kasih, saya pergi sana dulu," balas Taliya sopan lalu terus bergerak ke arah yang ditunjukkan tadi.

Kelibat Maryam yang berbual sakan dengan Thufail itu membuatkan Taliya tersenyum kecil. Amboi, seronoknya dua orang ni. Dah jadi bestfriend ke?

"Berbual apa tu? Macam seronok aje," tegur Taliya apabila mereka masih tidak menyedari kehadiran dirinya di situ.

"Mana boleh bagitahu, rahsia." Laju Thufail membalas sambil menjeling manja kakaknya itu. Maryam hanya tergelak kecil sambil mengusap kepala yang berambut lebat itu.

"Ohhh, dah pandai berahsia ya sekarang?" Taliya mula mengusik sambil membulatkan matanya ke arah Thufail.

Kanak-kanak itu hanya menjelirkan lidah sebelum berlari menjauhkan diri daripada Taliya dan Maryam. Dia mahu berkawan dengan anak-anak kecil yang ada di situ.

"Cikgu, saya dah letak trays di meja tadi."

"Terima kasih, Liya. Cikgu dah transfer payment tadi. Masuk tak?" tanya Maryam sambil memeluk bahu gadis kecil itu.

"Dah masuk cikgu, terima kasih. Saya jual tau."

"Cikgu beli dengan hati yang terbuka." Maryam berseloroh menyebabkan Taliya ketawa kecil. Cikgunya ini kuat loyar buruk juga eh?

"Meriah eh rumah cikgu, seronok saya tengok." Taliya berkata jujur sambil matanya tertancap pada kanak-kanak riang yang berkejaran di halaman rumah.

"Alhamdulillah, cikgu pun bersyukur keluarga makin meriah. Cucu pun makin ramai," kata Maryam sambil matanya turut memandang ke arah yang sama. Bibir tersungging senyuman bahagia.

"Semoga keluarga cikgu akan kekal meriah macam ni sampai bila-bila."

Taliya turut suka akan kemeriahan yang dia tidak pernah rasa dalam keluarganya sendiri. Satu hari nanti, dia akan wujudkan suasana meriah dalam keluarganya. Taliya mula memasang tekad dalam hati.

"Amin, terima kasih doakan keluarga cikgu."

"Sama-sama kasih," balas Taliya sambil tersengih.

"Liya dah umur berapa?" Soalan Maryam itu menyebabkan sebelah alisnya naik. Eh, nak masuk slot taaruf ke ni?

"26 tahun dah cikgu. Jangan risau, saya dah habis bayar hutang PTPTN." Sungguh rawak setiap perkataan yang keluar dari bibir mungil itu.

"Anak bongsu cikgu, umur dah 31 tahun," tambah Maryam. Kali ini, kedua-dua alis Taliya naik sehingga membentuk kerutan di dahinya. Taliya hanya menganggukkan kepalanya kerana tidak tahu apa yang perlu dibalasnya.

"Tak nak kahwin ke Liya?" Kenapa banyak sangat soalan mengejut daripada Maryam kali ni?

"Cikgu tengah merisik saya untuk anak bongsu cikgu ke ni?" Taliya memandang tepat ke arah wajah Maryam. Raut muka yang keliru ditunjukkan.

"Taklah, saya saja tanya. Manalah tahu kamu dah ada calon ke." Maryam menahan tawanya apabila melihat wajah berkerut Taliya ketika itu.

Ya Tuhan, gadis itu sangat kelakar tanpa perlu berbuat apa-apa.

"Aduh cikgu ni, saya ingatkan saya dah dilamar oleh cikgu matematik sendiri," decit Taliya perlahan.

"Ada-ada aje kamu ni, Liya." Kepalanya digelengkan perlahan-lahan dengan bahu terhinggut menahan tawa. Boleh senak perut kalau selalu bertemu empat mata dengan gadis ini.

"Saya tak ada calonlah, cikgu. Kalau diri saya ni, calon jenazah ajelah nanti," balas Taliya dengan jawapan yang jujur dari hati.

BUK!

Ezrul terus memandang ke bawah apabila terasa kakinya terlanggar sesuatu. Terkedu dia apabila nampak seorang kanak-kanak lelaki telah jatuh terduduk di hadapannya. Eh, anak siapa ni?

"Aduh, sakit bontot adik." Suara kecil itu menusuk masuk ke koklea telinga Ezrul menyebabkan lelaki itu tersenyum kecil.

Dia mencangkung di tepi budak itu sebelum mengangkatnya untuk berdiri. Kini, ketinggian mereka lebih kurang sama. Tangan digenggam dan dibawa ke dada lalu dipusingkan dua kali. Maaf. Namun, budak lelaki itu hanya terkebil-kebil melihat perbuatannya.

Aduh, Ezrul! Dia mana faham bahasa isyarat!

Telefon dibawa keluar dari poket seluar sebelum jemari itu laju menaip. Selesai saja, dia menunjukkan skrin itu kepada budak itu.

Abang minta maaf, abang tak nampak adik tadi.

Terkumat-kamit bibir kecil itu membaca apa yang ditaipnya. Ezrul tersenyum lebar melihat kepintaran anak kecil itu membaca. Bijaknya dia!

"Adik pun salah. Adik minta maaf tau, abang." Sopan dia memohon maaf. Badan ditundukkan sedikit seraya dengan permohonan maaf itu.

Ezrul menganggukkan kepala sebelum laju jemarinya kembali menari di atas skrin.

Nama adik apa?

"Nama saya Muhammad Thufail," jawabnya dengan penuh bangga.

Adik datang dengan siapa? Macam mana boleh ada kat sini?

"Dengan along. Along kerja hantar makanan kat sini tadi."

Ezrul hanya membulatkan bibir mendengarkan jawapan Thufail. Tangannya mula naik ke kepala Thufail dan mengusapnya perlahan.

'Semoga Thufail menjadi anak dan adik yang baik ya.' Doa Ezrul dalam hati.

"Adik! Jom balik." Taliya yang entah datang dari mana terus menyergah mereka di situ. Namun sedikit pun dia tidak menoleh ke arah lelaki itu. Ezrul hanya memerhati wajah gadis itu dari sisi sebelum tersenyum kecil.

"Abang, adik balik dulu. Bye bye!" Tangan dilambaikan kepada Ezrul sebaik saja dia berjalan seiring dengan Taliya.

Ezrul hanya membalas lambaian itu dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.

Comelnya Thufail!

Kakaknya juga, sangat ganas ya. Terkejut jantung Ezrul apabila disergah sebegitu tadi.

Mujur saja dia sudah biasa dengan pekikan kakak-kakak iparnya yang menjerit memanggil anak masing-masing. Kalau tidak, mahu terbang separuh rohnya tadi.

Ready or not?

Ezrul sado hensem herlok hampa ui????
Saya yang tengok time tu pun, perghhhh!

Literally, EZRUL ✨HOT✨ ISTAFA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience