BAB 6

Drama Completed 1228

Azlin, Semat dan Zapin tunggu di dalam kereta menantikan Karim keluar dari bangunan.

"Nanti engkau nampak Karim, ajak dia masuk kereta aku. Tunjukkan pisau jika dia membantah tapi jangan buat apa-apa," kata Azlin.


"Baik boss," kata Semat


"Engkau Zapin, jangan tidur," tegur Azlin. Zapin menyorok di belakang tempat duduk.


"Tak lah, Azlin." Zapin berbadan sasa tetapi suka lepak.


"Jangan takut, kita hanya gertak
dia, bukan pukul dia.Aku pun takut masuk penjara lagi."

Karim keluar dari bangunan diikuti tiga orang lain.


"Itu dia, pakai kemeja tangan panjang dan tali leher."

Azlin menutup mukanya dengan suratkhabar kerana dia tahu Karim kenal dengannya. Semat dan Zapin keluar dari kereta. Mereka terus berjalan ke arah lelaki. Karim pusing ke lorong lain sedangkan lelaki yang terakhir juga memakai baju putih dan bertali leher.


"Ikut saya. Jangan banyak cakap," tegas Zapin.


"Siapa awak?" tanya lelaki yang berjanggut.

"Ikut saya, jangan banyak cakap," sampuk Semat.


"Kemana?" tanya lelaki berjanggut.


"Ikut saja, tengok sini, aku ada pisau." Semat menunjukkan pisau kecil.


"Oh, main kotor, sudah putus tunang
lepas itu main guna-guna." Zapin terlepas kata.


"Oi, engkau jangan bilang," bisik Semat.


"Tersasul," kata Zapin.

Kemudian, Azlin terpandang Semat dan Zapin membawa seorang yang dia tidak kenal.

"Bodoh banyak. Aku suruh bawa Karim, pak janggut mana yang dorang bawa?" bisik Azlin.

Semat dan Zapin menolak lelaki itu ke depan kereta Azlin. Azlin keluar dari kereta.

"Eh, Semat, Zapin, ini salah orang. Ini bukan Karim," tegas Azlin.

"Salah orang," kata Semat.


"Kerja senang pun tak boleh harap,
aku tunjuk orang lain engkau bawa orang lain," gomel Azlin.


"Ah, engkau berdua, aku dah cakap
dengan korang, aku ini dah beristeri, dua isteri. Mana aku ada tunang lagi," jelas lelaki berjanggut.


"Maafkan saya Pak Madu," kata Azlin.


"Tak apa, mari ikut saya," kata lelaki berjanggut.


"Pergi mana?" tanya Semat.


"Pergi masjid, sembahyang jemaah," jelas lelaki berjanggut.


"Jemaah!" kata Azlin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience