Rate

Prolog

Mystery & Detective Completed 451578

Tiba di lapangan terbang KLIA, Zaarif mencari kelibat seseorang. Kemudian Zaarif senyum. Perlahan-lahan dia mendekati lelaki itu.

"Hoi!" Sergah Zaarif.

"Eh,Rif" senyum lelaki itu.

"Apa khabar, Prof. Dr Adam? "

"Jangan la perli. "

"Aku tak perli. Aku cakap benda betul."

"Yeyer je kau."

"Ye la , kau kan budak pandai. Orang sampai master je,dia lajak ambil sampai PHD"

"Come on ,Rif. Jangan nak perli aku sangat"

Zaarif sengih.

"Adam,kau nak balik rumah mana dulu ni ?"

"Of course la aku nak balik jumpa syurga aku dulu. Lepastu nanti aku drive pergi rumah kau jumpa mama pula"

Zaarif angguk tanda faham.

Zaarif masuk ke dalam rumah. Zaarif naik ke atas.

Tetiba Zaarif melihat orang ramai mengangkat kotak. Zaarif mengerutkan dahi.

"Apa ni?"

"Eh,hi abang. "

"Putri,apa ni?"

"Oh, I nak buang barang dalam bilik ni sebab I nak duduk bilik ni"

Muka Zaarif terus berubah.

"Siapa izinkan kau nak tinggal dekat dalam bilik ni? Kau ingat mama papa nak izinkan kau tinggal dalam bilik ni?" marah Zaarif.

"Why not? Mama dengan papa sayang Putri. Diorang akan bagi apa saja yang kita nak, am I right?"

"Kau memang boleh minta apa saja,tapi bilik ni tak boleh!" marah Zaarif

"Why? Kenapa semua orang tak bagi I duduk sini. Bilik ni besar dan selesa"

"Habistu bilik yang kau guna sekarang tak cukup selesa?" keras Zaarif.

"Tak sampai sebulan papa upah orang untuk renovate bilik kau,sekarang kau nak tukar bilik pula?" geram Zaarif.

"Kenapa tak boleh?"

"Tak boleh!"

"Suka hati kau la. Tepi sikit aku nak buang apa patut"

Belum sempat Putri masuk, Zaarif meletakkan tangannya di muka pintu untuk menghalang Putri.

"Tepi la sikit tangan tu"

Zaarif renung tajam.

"Alih la tangan tu,ni bilik i"

"Ni bilik adik aku!" serius Zaarif.

" I la adik you"

"You're not my sister."

Putri mula tak senang duduk.

"I adik you la. I anak mama papa"

"Adik aku hanya Medina! Mama aku tak pernah lahirkan adik aku yang bernama PUTRI" tegas Zaarif

"Medina! Medina! Medina! Asyik nama tu je orang dalam rumah ni nak sebut. Tak ada nama lain ke? Muak la!" marah Putri

"Dia ahli keluarga ni,mesti la orang ingatkan dia."

" Medina tu dah mati la. Korang ingat dia buat apa lagi?" jerit Putri

Pangggggg!
Satu tamparan hinggap di pipi Putri.

"Adik aku hidup lagi!"

Putri memegang pipinya. Sakit!

"Kalau dia hidup,mana dia? Mana dia pergi? Dia tak ada, abang. Dia dah mati. Kenapa orang dalam rumah ni susah sangat terima kenyataan?" jerit Putri.

"Zaarif... Putri, apa ni bising-bising? Dengar sampai bawah tahu tak? Bergaduh lagi ke?" muncul Kamalia

" mama,abang Zaarif tampar pipi Putri" adu Putri sambil memegang tangan Kamalia

"Zaarif,kenapa ni?"

"Mama tanya la anak kutipan mama yang tak sedar diri ni!"

"Zaarif Mirzan! Jaga mulut kamu" tegas Kamalia

"Putri,kenapa ni?"

"Abang Zaarif ni,dia tak bagi Putri buang barang dalam bilik ni dan tak bagi Putri tidur sini"

"Putri dah upah orang untuk buang barang-barang yang ada dalam bilik ni tau" sambung Putri

Air mata Kamalia terus menitis. Pegangan tangan putri ditarik.

Putri berasa aneh dengan kelakuan Kamalia.

"Mama,kenapa ni?" Soal Putri.

"Puas la hati mama kan? Ni ke anak manja mama?. Macam ni ke cara dia balas jasa mama? Zaarif dah pernah beritahu mama kan, yang Putri ni cuba buat kita lupakan Medina,tapi mama tak percaya. Nak sangat bela budak ni,sampai mama tak percayakan Zaarif dengan papa. Sekarang dah terbukti depan mama kan?" Serius Zaarif

Kamalia diam lagi.

"Cik,kotak baju ni nak buang ke nak simpan?" Soal salah seorang lelaki yang diupah untuk membuang segala barang dalam bilik tersebut.

"Siapa izinkan korang semua keluarkan barang dalam bilik ni? " soal Kamalia dengan tegas sambil merampas semula kotak baju tersebut.

"Pak Mat" panggil Kamalia

"Pergi ambil kotak-kotak tu semula dan kembalikan di tempat asalnya." arah Kamalia

"Mama!" Putri tidak puas hati

"Mulia hari ini,tiada siapa pun yang boleh masuk ke dalam bilik ni." Tegas Kamalia.

Terus saja Kamalia meninggal Zaarif dan Putri disitu.

Zaarif senyum sinis.

"Kau tengok tu! Kau buat la macam mana pun,kitorang tetap tak akan lupa Medina!" Ujar Zaarif.

Putri geram.
Terus saja pasu bunga di atas meja ditolak jatuh dan pecah.

Langkah Putri terhenti apabila terlihat Adam berdiri di tangga yang menyaksikan pertelingkahan mereka.

Adam memandang Zaarif dan Putri silih berganti.

Putri terus saja meneruskan langkah. Zaarif meraup wajahnya. Geram.

"Kau masih lagi bergaduh dengan dia?" Soal Adam.

"Damm,perempuan tu tak habis-habis buat hal tahu tak? Sebab tu aku lepas habis degree,aku plan nak ambil master sebab aku tak nak tengok perempuan tak sedar diri tu la"

"Tapi dia tetap adik angkat kau kan"

"Adik angkat apa macam tu? Haram tak sedar diri langsung. Buat bodoh dia je, nak itu ini. Dia akan lagi menjadi-jadi kalau mama back up. Kau tahu mama dengan Putri macam mana kan?" geram Zaarif

Adam diam. Betul juga apa yang Zaarif katakan itu.

"Kau tahu tak, 2 minggu lepas mak Putri datang sini,langsung dia tak layan. Yang aku tak paling tak boleh terima, dia boleh bersiap nak keluar enjoy dengan kawan dia sedangkan mak dia datang nak tengok anak dia. Anak apa macam tu? Tak kenang budi langsung!" Geram Zaarif.

Kamalia yang mendengar perbualan Zaarif dan Adam terus saja menutup pintu bilik dengan rapat dan perlahan.

Kamalia menuju ke rak. Satu frame gambar ahli keluarga bahagia mereka iaitu Anuar, Kamalia, Zaarif dan Medina diambil.

Wajah Medina di dalam gambar diusap.

"Mama rindu Ina" nangis Kamalia

"Hampir 12 tahun,Ina tinggalkan mama. Mana Ina pergi? Kalau Ina hidup lagi mesti Ina dah besar macam Putri kan. Umur Ina pun dah 17 tahun"

"Apa pun yang terjadi,mama tetap tunggu Ina. Selagi orang belum ada bukti dan sahkan yang Ina dah meninggal,mama tetap berharap kepulangan Ina" rintih Kamalia.

Lama Kamalia renung anak kecil perempuannya. Rindu!

Agaknya ke mana Medina hilang eh? Medina tu jumpa kembali tak?

Share this novel

rahul
2023-09-11 15:12:57 

nice

Che Da(Ayunifalin)
2022-08-02 10:32:25 

Siapa syazwan arra. Che da nk ulang baca

ARMAN ISLAM
2022-06-14 02:55:37 

u0


NovelPlus Premium

The best ads free experience