Chapter 24

Romance Series 4988

Kereta yang dipandu Iman meluncur laju memasuki Jalan Dato’ Bahaman. Fikirannya tidak lari dari memikirkan isterinya yang tercinta. Kebetulan lagu yang sedang dimainkan adalah lagu Hanya Tuhan Yang Tahu oleh kumpulan nasyid UNIC. Dia menghayati bait-bait lirik lagu tersebut sehingga menitiskan air mata.

Ku pendamkan perasaan ini ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik tersembunyi di dasar hati
Ku pohonkan petunjuk Ilahi hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini mendambakan sekeping hati
Oh tuhanku berikanlah ketenangan abadi untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih insan yang ku sayang
Dihati ini hanya tuhan yang tahu di hati ini aku rindu padamu
Tulus sanubari menantikan hadirmu hanyalah kau gadis pilihanku
Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
Insan yang berkasih

Ya. Dia merindukan senyuman dan gelak tawa isterinya. Hanya Isha wanita pilihannya selama-lamanya. Tiada pengganti atau yang kedua buat dirinya. Dia nekad. Apa pun yang terjadi dia perlu mempertahankan keputusannya untuk tidak menerima sepupunya hanya kerana alasan untuk menjaga maruah keluarganya. Dia sedar bahawa keputusannya yang terburu-buru itu memporak-porandakan rumah tangganya dan membahayakan nyawa bayi yang dikandung isterinya. ‘Kenapa aku cepat sangat kesiankan orang lain tanpa fikir isteri aku sendiri? Ya Allah! Apa aku dah buat ni?’ getus hatinya. Dia mengucap panjang memikirkan kembali apa yang terjadi. Dia nekad untuk menarik balik keputusannya. Dia akan berbincang dengan dengan keluarga Pak Su nya untuk mencari jalan lain tanpa melibatkan dia dan Isha. Iman nekad!
Tiga empat telah berlalu. Isha masih tidak mahu pulang ke rumahnya. Dia masih ingin tinggal di rumah ibunya. “Isha tak boleh macam ni! Tak kesian ke dekat Iman?” kata Aizal yang memujuk adiknya untuk pulang. Bukan Iman tidak datang memujuknya, berjumpa dengan suaminya juga dia tidak mahu. Dia mengurung diri di dalam bilik setiap kali Iman datang ke rumah ibunya. Mesej? Langsung tidak dibukanya. Walaupun begitu, Isha datang ke pejabatnya seperti biasa dan bersikap profesional supaya tidak mencampur adukkan urusan peribadi dan kerjayanya. “Isha taknak balik! Abang tak faham! Abang boleh lah cakap macam-macam! Sebab abang takda kat tempat Isha!” bidasnya. “Sampai bila Isha nak macam ni? Cuba bincang elok-elok dengan Iman! Ni tak! Jumpa dia pun taknak! Kalau macam ni sampai bila-bila pun takkan selesai!” giliran Encik Faizul menyampuk. “Isha tak kira! Kalau dia betul-betul nak kahwin dengan perempuan tu, Isha nak dia lepaskan Isha!” tegasnya lagi. Dia tidak mahu kalah dengan egonya. “Isha, cuba bawak mengucap! Isha ingat cerai ni benda yang boleh bawak main-main ke? Isha sanggup diceraikan lepas tu jadi janda? Isha ingat tau! Janda adalah gelaran yang paling orang perempuan takut! Lagi-lagi Isha yang tengah pregnant macam ni! Isha ingat senang-senang ke nak lafazkan cerai? Ni soal tanggungjawab tau! Cuba buang sikit ego dalam diri Isha tu!” ujar Puan Riana dengan hujahnya yang panjang lebar. Ya. Dia tidak mahu anaknya menjadi ibu tunggal hanya kerana ego dalam dirinya. Air mukanya berubah mendengar kata-kata ibunya. Benar. Gelaran itu adalah yang paling dia takuti. Dia tidak mahu membesarkan anaknya tanpa suami di sisi atau menyerahkan hak penjagaan kepada suaminya. Dia terdiam. Terselit kebenaran dalam nasihat yang diberikan keluarganya. Isha duduk berseorangan di meja kecil luar rumahnya. Dia termenung jauh. Dia rindukan suaminya. semakin jauh dia mengelamun, semakin dia sedar betapa tinggi egonya. Dia memujuk hati. Kata-kata ibunya masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia menyeka air mata di pipi. “Boleh abang duduk?” soal Aizal yang menghampirinya. Isha tidak membalas. “Isha, abang faham perasaan Isha. Kalau abang ada kat tempat Isha, abang pun tak sanggup nak berkongsi kasih. Tapi Isha kena fikir masa depan baby Isha. Dia perlukan mak ayah dia. Isha tak kesian ke dekat baby?” Aizal memulakan perbualan. Nadanya seakan memujuk. Dia berhati-hati dalam berkata agar adiknya tidak tersalah anggap tentang apa yang cuba disampaikannya. “Abang tak bermaksud nak suruh Isha terima keputusan Iman tu bulat-bulat. Isha slow talk dengan dia. Dia akan faham kenapa Isha buat macam ni. Yang penting Isha balik rumah dulu, okay?” pinta Aizal. Isha mengangguk. Dia akur dengan nasihat abangnya. Malam itu Isha menerima mesej dari suaminya. ‘Sayang. Abang mintak maaf. Abang tahu apa yang abang buat ni salah. Abang dah decide. Abang takkan terimaIntan. Sayang balik please! I miss you so much sweetheart!’. Isha tidak membalas mesej itu. Hatinya berbolak-balik. Dia akhirnya terlelap sendiri dengan telefon bimbit di tangannya.
Isha tersedar apabila jam loceng telefonnya berbunyi. Dia bangun untuk solat subuh dan bersiap ke pejabat. Dia menyiapkan kerja-kerjanya yang perlu dihantar kepada Encik Zamil sebelum jam 12 tengah hari. “So macam mana Faisha? Baby okay?” soal Encik Zamil ketika Isha menghantar kertas kerjanya ke bilik majikannya. Dia mengukirkan senyuman. “So far okay je!” balasnya dengan nada yang ceria. Encik Zamil tersenyum sambil mengangguk. Isha beredar keluar dari biliknya dan makan tengah hari di restoran kesukaannya bersama Nia. Mereka menghabiskan masa dengan berbual kosong. “Kau rasa kita dapat ke tender projek baru kat Kuantan tu? Macam takda harapan je.” Nia menyuarakan rasa hatinya. “Entah! Ada reeki ada lah! Lagipun kita dah bagi all out kan!” balas Isha sambil menyuapkan makanan ke mulutnya. Dia kembali ke pejabatnya setelah selesai zohor. “Oit! Busy ke?” tegur Nia yang melangkah masuk ke biliknya. “Yelah! Kau ni macam orang takda kerja kan! Mundar-mandir macam orang hilang anak! Kau jangan sampai aku suruh Encik Zamil letak signboard ‘Dilarang kehulu-kehilir dengan muka pura-pura busy’ dalam office ni! Kau nak ke?” gertak Isha. Nia menyambutnya dengan ketawa besar. “Berani ke kau!” bidasnya. “Hujung minggu ni kau free tak? Picnic jom! Lama tak lepak sama! Yelah, orang dah bersuami! Mana nak layan kita!” Nia mengusik sambil melirikkan matanya ke arah rakannya yang sedang sibuk menaip. “Sorry lah beb! Hujung minggu ni tak boleh! Aku ingat nak rehat je. Tak larat lah nak keluar merata. Aku dah tujuh bulan kot. Awal-awal haritu taknak ajak!” omel Isha memberi alasan.
Isha mengemas meja dan keluar dari pejabatnya. Dia menghantar mesej kepada ibunya ketika berhenti di lampu isyarat dalam perjalanan pulang. ‘Isha balik rumah Isha hari ni. Tak payah tunggu Isha. Kirim salam pada ayah dengan abang.’ Ringkas mesejnya. Sampai sahaja di rumah, Isha terus naik ke bilik untuk membersihkan diri. Dia membereskan kerja rumah dan melabuhkan punggung di sofa. Dia terlelap dan hanya tersedar apabila tersasa ada jari yang menyentuh lembut pipinya. Isha bingkas bangun untuk beredar ke bilik. Dia masih belum bersedia untuk berbincang dengan Iman. Belum sempat dia melangkah, Iman menarik tangannya dan memeluk erat tubuhnya. “I miss you so much sayang! Thanks for come back to me!” ucapnya dalam nada yang berbisik. Isha mengeluh panjang. Hatinya sedikit reda. “Pergilah mandi dulu. Isha nak siapkan dinner.” arahnya sambil berlalu ke dapur. Iman tersenyum melihat isterinya yang kembali ke pangkuannya. Mereka solat berjemaah malam itu. Selesai berdoa, Isha mencium tangan Iman dan ditarik ke pangkuan suaminya. “Abang mintak maaf! Abang takkan duakan Isha! Abang janji! I’m sorry!” ucap Iman bersungguh sambil memeluk isterinya yang masih bertelekung. Isha mengangguk seiring dengan air matanya yang keluar. “Maafkan Abi sayang!” sambungnya lagi sambil mengusap perut isterinya. Isha tersenyum mendengar gelaran itu. “Abi? Kalau macam tu Isha ibu!” balas Isha sambil memandang suaminya. Iman tersenyum mendengar kata-kata isterinya. Mereka turun ke bawah untuk makan malam bersama. Mereka menghabiskan masa dengan menonton drama korea malam itu. Isha terlelap di ribaan Iman. Iman mematikan televisyen di ruang tamu dan mengangkat isterinya ke atas. Walaupun sudah berbadan dua, Isha mudah diangkat kerana bertubuh kecil. Dia peka dengan keadaan isterinya yang tidak dapat tidur lena kerana sering mengadu sakit belakang. Iman membeli bantal khas buat Isha dan meletakkannya di bawah kaki dan belakang badan isterinya. Iman menyelimutkan isterinya dan membetulkan bantal kepalanya. Dia mengunci jam di telefonnya supaya terjaga subuh esok dan memperlahankan penghawa dingin biliknya. Iman memejamkan mata setelah diselubungi rasa mengantuk yang teramat. Mungkin keletihan dek kerana kerja yang banyak di pejabat.
Isha dan Iman pulang ke kampung halaman Iman di terengganu. Mereka mengambil cuti empat hari untuk meredakan tekanan kerja dan melawat opahnya di sana. Isha kelihatan teruja ketika sampai di kampung tersebut kerana rumah neneknya berdekatan dengan pantai. Terpancar keceriaan di wajah opahnya apabila mengetahui yang dia bakal menimang cicit. “Nampak perut kamu tu macam anak lelaki!” ujar opahnya ketika Isha membawa dulang berisi air ke ruang tamu. Isha tersenyum menampakkan baris giginya yang cantik itu. “Pandai opah teka! Aah, lelaki. Hari tu dah scan dah!” sampuk Iman dengan nada yang ceria. “Berapa bulan dah?” soal opahnya ingin tahu. “Lapan bulan lebih dah opah. Due date hujung bulan sembilansepuluh. Tak lama dapat cicit lah opah!” kata Isha sambil menuang air ke dalam cawan di atas meja. “Jaga diri elok-elok. Jangan lasak sangat.” ujar opahnya. Isha mengangguk. “Petang nanti kita jalan-jalan tepi pantai jom!” ajak Iman. ‘Hish! Isteri kamu dah macam ni nak berjalan apa lagi!” bantah opahnya setelah mendengar perancangan mereka. “Ala opah! Bukan jauh pun! Kitorang jalan-jalan je kat pantai tu! Lagipun Isha pergi dengan Abang Iman kan! Sebelum pukul tujuh kitorang balik la!” pujuk Isha manja. “Yelah! Jangan lama-lama! Tak elok!” opahnya menjawab. Iman dan Isha pantas memeluk opahnya sambil tersenyum lebar. Isha mengenakan t-shirt lengan pendek bersama cardigan, seluar palazo dan tudung sarung. Dia malas hendak berhias berlebihan kerana menurutnya tidak ada orang yang ingin memikatnya di situ. Iman hanya menyambut kata-kata isterinya dengan tawa. “Isha pakai macam ni pun dah lawa!” ujar Iman ketika berjalan seiringan dengan Isha di tepi pantai itu. “Puji ke perli?” soal Isha. “Pujilah!” katanya sambil menarik hidung isterinya. Isha menjerit kecil dan menepuk bahu suaminya. Hidungnya bertukar merah dan disambut dengan ketawa oleh Iman setelah melihat wajahnya. Mereka mengimbas kembali kenangan sewaktu di Australia dan Korea. “Masa kita mula-mula jumpa kat Perth dulu, macam mana abang tahu yang Isha fikir abang ni mungkin peragut yang tunggu masa je nak ragut beg Isha?” soanya curiga. “Abang teka je! Isha fikir macam tu ke?” Iman membalas kembali dengan soalan sambil membulatkan matanya. Mereka sama-sama ketawa.
Malam itu Isha menikmati buah mempelam bersama sambal kicap yang pedas. Dia meminta suaminya mengait buah tersebut untuknya setelah melihat makanan tersebut di laman Facnya. “Jangan makan banyak sangat. Pedas tu! Nanti contraction baru tahu! Hospital jauh tau!” pesan Iman sambil memotong buah mempelam itu. Isha berpura-pura tidak mendengar dan terus menikmati makanan itu. Selang beberapa jam, perutnya mula rasa tidak selesa. Isha ulang-alik ke tandas. Suaminya sudah mula khuatir. “Kan dah cakap jangan makan banyak tadi!” omelnya sambil menyapu minyak angin yang di perut isterinya. “Kesian anak abi kan! Ibu ni degil. Taknak dengar cakap abi. Terpaksa kejut anak abi malam-malam macam ni!” Kata Iman apabila merasa pergerakan bayinya ketika menyapu ubat tersebut ke perut Isha. “Yelah! Ibu yang salah! Abi je yang betul!” balas Isha sambil memandang Iman dengan ekor matanya. Iman hanya ketawa. “Opah mana?” soal Isha setelah perasan keadaan rumahnya yang sunyi sepi. “Opah pergi mengurut orang kat rumah hujung kampung tu! Dia pesan tidur je dulu, tak payah tunggu dia. Dalam pukul 12 nanti balik lah tu!” jawab Iman sambil menutup penutup botol minyak angin. “Macam mana? Sakit lagi ke?” Iman menyoal. “Dah kurang. Tidurlah! Sorry sebab buat abang berjaga malam-malam macam ni! kata Isha. “It’s okay sayang! Kalau bukan abang siapa lagi nak jaga Isha kan?” Iman membalas lalu menghadiahkan ciuman mesra di pipi isterinya. Dia menarik selimut dan memejam mata.
Hari itu adalah hari terakhir mereka berada di kampung. Iman meminta untuk bertolak pagi kerana tidak mahu terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Isha sempat melambai sehingga opahnya hilang dari pandangan. Mereka kembali bekerja seperti biasa pada minggu tersebut. Isha mengajak Iman keluar pada hujung minggu untuk membeli kelengkapan bayi yang masih belum lengkap. “Apa lagi yang takda?” soal Iman. “Semua dah ada kecuali botol susu dengan barang mandian baby! Oh satu lagi! Tilam dengan bantal baby!” balasnya sambil bermain telefon bimbit ketika di dalam kereta. Iman mengangguk tanda faham. Setelah membeli smeua kelengkapan, mereka singgah makan di sebuah restoran di IOI City Mall. “Dah fikir ke nama baby?” Iman menyoal ceria. “Emm.. Ada lah dua tiga nama yang Isha fikir.” balasnya ringkas sambil mengacau minumannya. “Abang dah pilih ke?” Isha menyoal. Sebenarnya Isha tidak kisah sama ada Iman atau dia yang memilih nama untuk bayi mereka. Iman menggeleng. “Kalau Muhammad Izfar Afwal okay tak?” Isha memberi cadangan. “Okay jugak! Tak pun Muhammad Ishqal Afwal?” giliran Iman pula memeberi cadangan. Isha mengangguk laju tanda setuju. Mereka menghabiskan makanan dan pulang sebelum maghrib.
Kandungan Isha sudah mencecah sembilan bulan. Dia sudah mengambil cuti bersalin dan hanya duduk di rumah. Dengan keadaan dirinya yang semakin memboyot itu, dia tidak dapat melakukan banyak pekerjaan selain memasak, membasuh pinggan mangkuk dan membasuh pakaian. Itu pun sudah cukup dibebel oleh Iman yang melarangnya membuat sebarang pekerjaan dalam rumahnya. Kerja rumah yang lain diuruskan oleh suaminya yang juga sudah jarang masuk ke pejabat kerana menemanai isterinya di rumah. Isha bangun awal pagi itu kerana perutnya yang mula rasa tidak selesa. Dia berulang-alik ke tandas kerana merasa seperti ingin membuang air besar. Iman yang perasan akan keadaan isterinya itu bertanya. “Kenapa ni?” soalnya ringkas. “Rasa macam nak buang air. Tapi bila masuk tandas takda apa pun!” Isha mengadu tentang keadaan dirinya. Dia teringat akan kata-kata doktor semasa pemeriksaan terakhir isterinya minggu lalu. “Kalau dia rasa nak buang air but nothing yang keluar, cepat-cepat ke hospital. Tu perkara biasa bila dah sampai due.” ujar doktor Haris. Iman mencapai beg yang telah disiapkannya sebagai persediaan jika berlaku sebarang kecemasan. Tanpa sebarang kata, dia membawa Isha ke hospital KPJ di Bangi. Setelah hampir setengah jam menunggu dia luar wad bersalin, doktor yang bertugas akhirnya keluar. “Suami Puan Faisha?” soalnya setelah melihat kelibat Iman yang mundar-mandir di hadapan pintu wad tersebut. “Ya saya!” jawabnya pantas. “Isteri awak sepatutnya dah boleh bersalin. Bukaan pun dah cecah sepuluh cm tapi baby still tak keluar. Isteri awak pun tak mengalami sebarang contraction lagi. Kita tunggu lagi setengah jam, kalau tak jalan jugak kita akan bagi suntikan lah!” jelas doktor itu sebelum beredar. Iman semakin cemas. Keluarganya masih belum tiba kerana kesesakan lalu lintas. Tambah pula waktu petang adalah waktu orang ramai pulang dari bekerja. Dia akhirnya dibenarkan masuk setelah setengah jam berlalu. Seperti yang dijangka, Isha masih belum menunjukkan tanda-tanda ingin bersalin. Khuatir bayinya lemas, doktor terpaksa menggunakan vaacum untuk menyedut keluar bayi. Akhirnya suara bayi menangis memenuhi segenap ruang bilik tersebut. Iman tersenyum dan mengambil bayinya dari tanagan doktor tersebut. Dia mengazankan bayinya dan meletakkan bayinya di sebelah Isha. Isha mengukir senyuman dan dan memeluk bayinya di sebelah.Iman mencium dahinya lama dan mengusap lembut kepalanya. Isha mengucap syukur yang tidak terhingga pada Yang Maha Kuasa kerana memberinya peluang untuk kembali menemui sinar dalam hidupnya. Bagi dia dan Iman, semestinya kehadiran orang baru dalam kehidupan mereka menambah lagi seri dalam mahligai perkahwinannya!

TAMAT...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience