Bab 8

Humor Completed 28838

(Day 6)

"Kenapa ma nak jumpa Iqbal?"

"Papa cakap dengan mama yang dia happy sangat tengok Iqbal dan Wani visit kami di rumah." Kata Datin Mariam akhirnya.

Sebaik sahaja mendengar nama Wani, Iqbal mengeluh. Melihat reaksi Iqbal sebegitu Datin Mariam terus menyambung, "Papa dah berkenan betul dengan Wani."

"Wow ma. Tak sangka langsung, lepas apa yang Iqbal dah share dengan mama, you still want to match me with Wani."

"Iqbal...Apa kurangnya Wani? Iqbal berilah peluang pada Wani. Mana tahu hati Iqbal berkenan."

"Mama, dah lama Iqbal kenal Wani ma. Bukan setahun dua, but berbelasan tahun. I still look at her sebagai adik aja ma. Please mama. Selama ni Iqbal tak pernah minta mama atau papa anything. But kali ni aja, please please consider my feelings." Rayu Iqbal. Dia memandang Datin Mariam dengan wajah penuh harapan. Dia tidak boleh bayangkan dirinya bernikah dengan Wani. Hatinya tidak rela.

Ketukan di pintu menghentikan perbualan mereka.

"Masuk." Arah Iqbal. Sementara menunggu orang di luar masuk, dia cuba untuk menenangkan dirinya.

Kelibat Faiz muncul di balik pintu.

"Mama panggil Iz?"

"Duduk Iz. Mama sebenarnya ada hal nak bincang dengan kedua-dua anak mama." Datin Mariam sengaja menekan perkataan kedua-dua anak mama supaya mereka tahu tiada bezanya kasih sayang yang dia curah kepada kedua-dua pemuda.

"Kenapa ma?" tanya Faiz. Faiz jauh berbeza daripada abangnya Iqbal. Faiz lebih tenang. Dia lebih mendengar dari membangkang.

"Faiz ada tertarik pada sesiapa?" tanya Datin Mariam.

Soalan itu membuat Faiz tertunduk malu. Jarang sekali mamanya bertanyakan hal peribadi padanya. Seringkali Faizlah yang akan mengadu dengan mama jika dia ada masalah.

Iqbal turut memasang telinga. Dia teringat kembali hubungan rapat Faiz dan Dhia. Tak mungkin Faiz turut tertarik dengan wanita itu. Baru lima hari je kenal kot. Gila ke? 'Eh akulah yang dah gila. Asyik teringatkan Dhia!'

"Tertarik? Uhm." Kata-kata Faiz mati di situ. Di tidak tahu hendak jawab apa. Wajah gadis Singapura itu muncul. 'Aku tertarik dengan Dhia ke?'

Faiz mengamnbil jalan muda lalu berkata, "Tak. Why ma? Ada calon ke untuk Faiz?"

"Ada."

"Tapi takkan Faiz nak langgar bendul. Abang Iqbal betul lagi kahwin."

"Mama ingat nak langsungkan sekali."

"Mama kan Iqbal dah cakap..."

"Iqbal. Mama tahu Iqbal tak setuju. Dan mungkin perbuatan mama dan papa sangat kejam but papa dah berkenan sangat dengan Wani. Dia nak sangat tengok Wani jadi menantunya. Plus, kita boleh kembangkan business kita bila Iqbal nikah dengan Wani. You will both be financially stable. Ayah Wani pun nak sangat berbesan dengan Papa." Datin Mariam cuba membuat Iqbal faham.

"Kasi ajalah pada Faiz."

"Iqbal, Wani bukannya barang nak main kasi-kasi aja." Bantah Datin Mariam.

"Exactly. Wani bukan barang, Iqbal pun bukan barang. Mama tak boleh desak-desak Iqbal. Iqbal bukan barang yang tak ada perasaan. Baru tadi Iqbal admit dekat mama yang Iqbal ada menyimpan perasaan kat seseorang. And I'm planning to tell her. Kali ni Iqbal betul-betul serious tentang perasaan Iqbal. All this desakkan membuat Iqbal pasti yang Iqbal tak boleh bersama orang lain kecuali Dhia. Thanks ma for making me realise this."

~

Faiz melangkah keluar masuk ke perut lift. Dia asyik teringat akan kata-kata abang tirinya. 'Dhia, apa istimewanya kau?'

"Dingg!" pintu lift terbuka.

"Faiz!" suara wanita yang asyik dia fikirkan mengembalikan Faiz ke dunia realiti. "Awak dari mana?"

"Kerja." Jawab Faiz.

"Awak free? Saya ingat nak minta awak ajar saya swimming. Nak harapkan si godzilla tuh, tak sampai ke mana pun."

"Godzilla?"

"Abang tiri awak."

Faiz yang hanya tersenyum. 'Hai Dhia... Ada ke peluang aku dengan kau?'

"Kenapa awak panggil dia Godzilla?"

"Sebab muka dia bila marah sebijik macam godzilla. Bengis semacam." Dhia memimik muka marah Iqbal. Mukanya yang berkerut-kerut membuat Faiz ketawa. Faiz merenung wajah Dhia yang turut geli hati. Boleh dia dengar dengupan jantungnya sendiri. Dia rasa sempit sangat berada dari lift bersama Dhia. 'Apa yang kau dah buat pada aku?'

"So macam mana? Boleh awak tolong saya? Please." Pujuk Dhia. mereka sudah punya melangkah keluar dari perut lift. Langkah mereka terhenti di lift lobi. Masing-masing ada hala tujuan masing-masing tetapi berat sungguh Faiz ingin melangkah pergi. Dia senang bersama wanita itu. Apa istimewanya wanita itu, dia sendiri tidak pasti tapi dia langsung tidak pelik bagaimana abang tirinya boleh jatuh hati. Dhia ada personaliti yang akan membuat sesiapa sahaja senang bersamanya.

Faiz ingin sangat meluangkan lebih masa dengan Dhia, tetapi selagi dia tidak tahu apakah sebenarnya perasaan abang tirinya terhadap Dhia, selagi itu dia rasa tidak senang. "Maaf Dhia. Saya ada kerja sikit. Mungkin lain kali?"

Dhia mengangguk. "Oklah... kalau awak tak boleh tak apa lah. Saya tak boleh nak kata apa. Cuma saya macam rindu aja nak spend time dengan awak. Iya lah. Semalamkan awak tak ada."

Mendengar kata rindu Dhia membuat hati Faiz kacau. "Dhia saya pergi dulu. See you." Faiz akhirnya meminta diri dulu.

"Bye. I'll miss you!"

~

"Rasa macam dah lama tak nampak meja kita complete." Dhia berkata dengan ceria sekali. "Well almost." Sambungnya sambila memandang semua yang hadir. Keluarganya sedang menikmati makan tengah hari di Restoran Kenny Rogers Roasters. Mereka sekeluarga merancang untuk menghabiskan masa di Berjaya Times Square sebelum Fandi berangkat pulang ke Singapura esok. Hampir seminggu mereka berada di Kuala Lumpur tetapi ini hanya kali ke dua mereka meluangkan masa bersama.

"Makan banyak-banyak Dhia. Hari ni abang Di belanja." Pelawa Fandi dengan ceria. Dia memandang isterinya yang sedang asyik merenung meja.

"Yes! Thanks abang Di! Dhia doa semoga abang dapat projek ni! Biar sukses lepas itu boleh dapat anak!" kata Dhia dengan ceria. Hari ini moodnya baik.

"Dhia dah tak sabar nak dapat anak sedara ke? Nanti abang Di suruh Dhia babysit baru tahu." Gurau Fandi.

"Boleh aja. Dah lama family kita tak ada baby!"

"Kau betul-betul tak bersedia nak ada anak ke?" tanya Zaiful yang sejak tadi mendiamkan diri. Dia pelik benar dengan Fandi. Kalau dia bernikah dengan Radiah, seboleh-bolehnya dia hendak cahaya mata dengan segera. Memikirkan tentang anak, semakin berbunga-bunga hatinya.

"Aku nak anak aku selesa. Kalau business aku struggle nanti anak aku juga yang meranah." Fandi cuba untuk menegakkan pendiriannya. Namun apa yang dia gagal untuk lihat adalah perasaan hampa Raudah. Semakin Fandi menolak hasrat untuk menimang cahaya mata, semakin jauh hatinya. Perutnya yang terlindung dengan meja diusap perlahan-lahan. Radiah yang sedang memerhatikannya hanya dapat menumpang simpati dengan dilema kakak sulungnya.

"Alah abang Di, anak itu kan rezeki dari Allah. Anugerah Tuhan." Jawab Dhia.

"Betul tuh. Sampai bila kau nak tunggu ready? Kesian aku tengok kak Raudah ni. Sunyi aja." Celah Zaiful pula.

Sejujurnya, bukan Fandi tidak pernah terfikir untuk ada anak tanpa perancangan. Namun dia tidak yakin dengan dirinya. Bolehkah dia menjadi ayah yang baik untuk anaknya? Bolehkah dia menjamin masa hadapan anaknya? Fandi takut bila dia terlalu sibuk dengan businessnya, dia tidak akan ada masa untuk menjaga dan melihat anaknya membesar.

Topik tentang anak terhenti sebaik sahaja makanan mereka tiba. Masing-masing menjamu selera dengan hidangan masing-masing.

~

Rafidah memerhatikan pasangan yang berada dihadapannya. Walaupun pasangan itu membelakangkannya, dia tetap dapat melihat kemesraan mereka. Rafidah memerhatikan lelaki itu mengelap pipi kekasihnya. Untuk menunjukkan rasa sayangnya, wanita itu pun mencium pipi lelaki itu. Rafidah menundukkan kepalanya. Rindunya kepada Hafizul semakin dalam. selepas pertengkaran mereka, Hafizul terus menghilangkan diri. telefon bimbitnya dibiarkan sepi. Rafidah risau, marah dan sedih mengenangkan hubungannya. Serius dia tidak tahu apa yang berlaku sehinggakan hubungan mereka boleh renggang dengan sekelip mata. Salah dia kah? Salah tunangnya kah? Hanya tinggal dua bulan lagi sebelum mereka disatukan. Ya Allah adakah kau sedang menguji hubungan kami?

Rafidah mengambil nafas sambil leka memerhatikan pasangan tadi. Dia mahu menenangkan kembali keadaan yang keruh. Dia tidak mahu kehilangan lelaki yang dia sayang.

Rafidah mula melangkah. Dia mahu segera pulang ke hotel dan tunggu kepulangan tunangnya. Rafidah berlaga bahu dengan pasangan tadi.

"Maaf..." kata-katanya terhenti apabila terpandang wajah lelaki yang amat dia kenal. Matanya beralih ke wanita yang telah dia langgar tadi. Sekeping hatinya hancur berderai. Ya Allah, dugaan apa yang hendak kau berikan kepadaku?

"Rafidah..." Hafizul mula bersuara.

"Zul..." lirih sahaja suara Rafidah. Dia memerhatikan wajah tunangnya. Bersalah, cemas, risau bercampur adu.

"You kata dia hanya bestfriend you. I tak tahu pulak bestfriend boleh sampai cium pipi." Rafidah mula berbicara. Tidak ada guna mendiamkan diri lagi.

"Sayang, jangan salah faham."

"Mata I tak boleh tipu. I tahu apa yang I nampak ni benar."

"I cuma..."

"Zul, you terus terang ajalah dengan tunang you ni apa sebenarnya hubungan kita. Dia dah nampak, tak payahlah you nak sembunyi lagi." Linda akhirnya bersuara.

Kata-kata Linda merobekkan lagi hati Rafidah. Dia cuba menenangkan dirinya. Dia cuba untuk menghadapi masalah ini dengan tenang. "Zul, I nak you explain dengan I sejujur-jujurnya. Itu aja."

"Rafidah, I. I. Bukan. Bukan maksud I untuk menghampakan you. I. I minta maaf." Kata-kata Hafizul cukup untuk membuat Rafidah bereda dari situ. Dia hanya menipu dirinya. Dia tidak boleh menghadapi semua ini dengan tenang.

~

"Raudah sayang, tunggu sekejap eh. Abang belikan cotton candy." Fandi berkata sambil dia tersenyum. Sekejap tadi dia terlihat sebuah kios yang menjual cotton candy. Dia tahu itu salah satu makanan kegemaran isterinya. Sejak mereka makan tadi wajah isterinya pucat dan tidak bermaya. Hatinya risau sangat. Bila ditanya, isterinya hanya berkata yang dia penat. Kerana itu Fandi ingin menceriakan isterinya dengan membeli cotton candy. I mean, siapa tak suka cotton candy?

Belum sempat Raudah berkata apa-apa, Fandi sudah hilang di balik orang yang ramai. Keadaan yang sesak membuat Raudah tidak sedap badan. Kepalanya asyik berdenyut-denyut dan tekaknya terasa mual. Dia tahu ini adalah side effects pregnancy. Kepalanya semakin berpinar-pinar. Orang ramai membuatnya terasa lemas. Raudah bangun dari tempat duduk. Hasrat di hatinya ingin mencari Fandi namun langkahnya terhenti apabila dia rasa dunia ini berputar dengan laju. Kuat Raudah. Kau kena kuat. Namun kakinya sudah semakin lemah dan akhirnya dia rebah.

"Raudah!" dengan pantas Fandi memeluk badan Raudah yang sudah lemah. Nasib baik dia sempat tangkap isterinya sebelum dia rebah.
--

Day 6
Langkah Rafidah semakin laju ke arah pintu keluar. Airmatanya cuba ditahan. Sabar Rafidah. Sikit aja lagi!

"Kak Idah?" suara Radiah menegurnya. Langkah laju dihentikan. Dia memandang adik bongsunya. Sebelah Radiah, Dhia dan Zaiful turut kelihatan risau.

"Rafidah dengar dulu cakap I!" suara Hafizul pula menceroboh cuping telinganya.

"Rafidah, I tak sengaja lukakan hati you. Semua terjadi dengan cepat. Sumpah I hanya sayang you sorang. Percayalah! I tak sayangkan perempuan itu pun!"

Laju sahaja tangan Rafidah singgah di pipi tunangnya. "Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Kalau you tak layankan, tak mungkin jadi begini. You masih ingat? You pernah minta I janji untuk jangan maafkan you kalau you lukakan hati I. Well, a promise is a promise."

"I minta maaf Zul. Buat masa ni I tak boleh nampak muka you. I'm so furious, Allah saja yang tahu." Dengan kata-kata akhir itu, Rafedah melangkah pergi membawah hati penuh dengan luka. Dia tidak tahu jika dia dapat melupakan apa yang terjadi tetapi yang dia tahu dia ingin mengubati hati yang luka.

~

Kejadian tadi masih bermain di fikiran Fandi. Syukur isterinya menyedarkan diri tidak lama selepas itu. Mereka telah membuat keputusan untuk pulang sahaja ke hotel. Kini Fandi duduk di kerusi malas bertentangan dengan katil. Dia memerhatikan wajah isterinya yang pucat. Keadaan sepi membuat masing-masing hilang dalam lamunan masing-masing.

"Sayang, abang tanya ni, sayang jawab sejujur-jujurnya dengan abang." Suara Fandi mengembalikan Raudah ke alam nyata. "Sayang ada sembunyikan sesuatu dari abang?"

Raudah mendiamkan diri.

"Sayang sakit ke?"

Sekali lagi hanya sepi menjawab pertanyaan Fandi.

"Raudah. Mungkin Raudah lupa yang abang cuma ada Raudah sorang aja dalam hidup abang. Abang dah tak ada ibu dan ayah. Abang tak ada adik beradik. Seumur hidup abang, abang hidup seorang. Bila Raudah hadir dalam hidup abang, Raudah ajar abang macam mana hendak jadi manusia yang baik. Raudah ajar abang erti sayang. Bila Raudah sudi jadi isteri abang, abang rasa sempurna. Raudah, Allah berikan Raudah kepada abang sebagai peneman hidup. Abang sayang sangat dengan Raudah. Sayang abang pada Raudah adalah selama-lamanya."

Raudah sudah teresak-esak mendengar kata sayang suaminya. Dia dapat merasakan keikhlasan Fandi.

"Sayang, jujurlah dengan abang. Apa yang sayang sembunyikan dari abang?"

"Raudah pregnant."

~

"Kak Idah," Radiah menegur Rafidah yang duduk bersebelahan dengannya. Sejak dari perjalanan pulang, Rafidah hanya duduk mendiamkan diri. Tiada airmata. Hanya duduk.

"Kak Idah ok?" tanya Dhia pula. Dia juga turut memerhatikan Rafedah sejak dari tadi.

"Akak ok. Korang jangan risau." Akhirnya Rafidah bersuara.

"So lepas ni akak nak buat apa?" tanya Dhia.

"Akak tak perlu buat keputusan terburu-buru. Akak tunggu fikiran akak tenang, lepas tuh baru akak buat keputusan." Nasihat Radiah.

"Akak tak nak fikirkan pasal benda ni. Akak nak focus on menyembuhkan hati akak. Akak sedar sesuatu. Sepanjang akak bersama Zul akak tak pernah sekalipun terfikir yang dia akan lukakan akak. Akak ingat akak akan bahagia. Akak berikan seluruh hati akak pada dia. I should have kept a little bit of my heart for myself. Jadi sekarang akak nak ambil masa berjauhan dengan dia and akak nak fix hati akak." Kata-kata Rafedah membuat Radiah dan Dhia terdiam.

"Wow! When did you get so matured?" gurau Dhia. Sekurang-kurangnya mereka tahu Rafidah tenang menghadapi dugaan.

"Kak Idah, if you ever need anyone, kita ada untuk akak. Allah ada. Yang kita nak dari akak adalah senyuman ikhlas akak." Radiah bersuara.

~

"Raudah pregnant." Dengan payah Raudah mengeluarkan dua perkataan itu.

"Pregnant? Hamil?" Suara Fandi kedengaran kecil berbanding tadi.

Raudah memandang Fandi sambil mengiyakan kata-kata suaminya. Fandi kembali terduduk. 'Hamil? Aku akan ada anak?'

"Abang akan ada anak? Baby? Zuriat?"

Sekali lagi Raudah mengiyakan kata-kata Fandi. Dia gementar menunggu reaksi suaminya.

"Dah berapa lama?"

"Dua bulan."

Fandi terdiam. Bermacam-macam benda yang difikirnya.

"Abang...Maafkan Raudah. Raudah tahu abang belum bersedia nak ada anak." Kata-kata Raudah disampuk oleh Fandi.

"Maafkan abang sayang. Selama dua bulan Raudah menyimpan berita ini? Selama dua bulan Raudah menghadapi morning sickness seorang diri? Ya Allah maafkan abang sebab terlalu pentingkan diri sendiri. Sepatutnya abang ada untuk Raudah setiap waktu. Maafkan abang sayangku." Fandi memeluk isterinya. Bertubi-tubi ciuman dihadiahkan pada isterinya.

"Abang, abang tak marah? Abangkan belum bersedia nak ada anak?" tanya Raudah. Dia keliru dengan reaksi suaminya.

"Ya Allah anak itu anugerah Allah. Abang tidak sepatutnya menidakkan takdir Allah. Terima kasih Raudahku. Terima kasih." Fandi memandang isterinya lalu menyambung, "Sayang, abang janji untuk jaga Raudah sebaik mungkin. Untuk jaga anak dalam kandungan Raudah ini. Abang janji Raudah tak perlu lagi sembunyikan apa-apa dari abang."

"Alhamdulilah." Raudah mengucapkan kata syukur sambil tersenyum. 'Terima kasih Ya Allah kerana membuka hati suamiku untuk menerima anak ini.'

"Sayang, kita akan ada anak! Abang boleh ajar dia main guitar!"

~

Zaiful memandang Hafizul yang sejak tadi hanya mendiamkan diri. Setelah Rafidah mengangkat kaki pergi meninggalkan Hafizul, Radiah menyuruhnya berbual dengan lelaki itu.

"Zul! You dah bilang dia ke belum?" seorang wanita telah berada di sebelah Hafizul.

"Linda! Kan aku dah cakap, kau dengan aku cuma kawan. Aku sayangkan tunang aku. Dia wanita istimewa dalam hati aku!" Hafizul berkata sambil merentap lengannya dari pengangan wanita itu.

"Zul, kau jangan bohong. Hari itu kau kata kau sayang aku. Kau kata kau menyesal tinggalkan aku."

"Aku kata macam-macam sebab kau buat aku mabuk. Sepanjang aku dengan dia, tak pernah sekalipun aku sentuh benda tuh lagi. Tapi dengan kau, bila kau kasi aku air tuh, hati aku tak kuat." Hafizul kecewa dengan dirinya sendiri.

"Pergilah Linda. Pergi."

"Zul."

"Aku tak tahu apa yang terjadi. Aku tak tahu kenapa aku boleh lukakan hati dia. Aku tak tahu kenapa aku begitu lemah dengan godaan." Suara Hafizul terketar-ketar mengeluarkan kata-kata itu. menyesal pun tiada guna.

"Aku dah terlambat ke?"

"Zul, buat masa sekarang, kau jangan dekat dengan Rafidah. Dia tengah kecewa. Dia tengah marah. Apa yang kau cakap pun tak akan mengubah apa-apa. Pergilah. Kalau kau orang ada jodoh, Insha Allah korang akan kembali semula." Hanya itu yang mampu Zaiful berkata.

~

"Kak Raudah ok? Macam mana boleh pengsan?" Dhia bertanya sebaik sahaja Dhia tiba di bilik Raudah dan Fandi. Dia risau apabila mendapat berita yang Raudah pengsan di mall tadi.

"Duduk dulu Dhia." Fandi menegur. Dia telah memanggil adik beradik isterinya dan juga Zaiful ke bilik mereka. Tidak sabar rasanya untuk mengumumkan berita gembira ini.

"Abang dengan kak Raudah ada berita gembira." Sambil tersenyum dia menyambung, "Raudah hamil."

Kecuali Fandi, yang lain tidak memberikan apa-apa reaksi. "Eh, kenapa korang buat macam biasa? Kan abang cakap, Raudah pregnant. There will be a baby in this family!"

"Ah abang, dorang dah tahu." Raudah akhirnya berkata. Dia tidak boleh lagi melihat wajah adik-beradiknya yang hanya tersengih.

"Abang Di tak kisah kak Raudah pregnant?" tanya Dhia. selepas kejadian semalam, Radiah telah memberitahunya yang Raudah hamil. Namun Radiah memberitahu bahawa Fandi belum lagi dimaklumkan berita ini. kerana itu dia asyik membuka topik anak.

"Lepas perbualan masa lunch tadi, abang banyak berfikir. Buat apa nak tunggu bersedia? Sampai bila nak tunggu bersedia. Dah Allah nak berikan abang rezeki, tak kan abang nak tolak." Kata-kata Fandi membuat semua yang berada di bilik terasa lega.

"Raudah, lain kali anything pasal baby, abang nak jadi orang pertama yang tahu." Fandi berkata sambil tersenyum ke arah isterinya.

"Oh ya. Dah kami dah buat keputusan untuk pulang ke Singapore besok. Abang risau nak tinggalkan Raudah kat sini. yelah, walaupun korang ada di sini, abang tetap risau. Harap korang semua faham niat abang."

"Adik pun ingat nak pulang besok." Rafidah menyampuk.

"Adik dah telefon ayah. Adik dah bilang ayah tentang masalah adik dengan Zul. Ayah suruh pulang dan tenangkan fikiran adik kat Singapore. Ayah kata, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tak, adik harus terima dengan redha." Rafidah bersambung.

~

Dhia perlahan-lahan duduk di atas kerusi malas yang berada sebelah kolam renang. Fikirannya kembali ke Singapura. Sudah seminggu dia tinggalkan tanah airnya. Rindu kah dia? Fikirannya beralih pula ke Iqbal. Dia teringat kembali insiden lelaki itu menolaknya ke dalam kolam. Dia juga teringat bagaimana lelaki itu mengajarnya berenang. Lelaki it baru seminggu dia kenal. Datenya bersama Iqbal semalam membuat dia tersenyum. Lelaki itu membuat Dhia keliru. Kenapa aku asyik tersenyum aja teringatkan kau?

"Termenung apa? Tengah tunggu prince charming ke?"

Dhia yang sejak tadi mengelamun terperanjat dengan kehadiran Iqbal. Dia memerhatikan Iqbal yang telah melabuhkan punggung di atas kerusi malas bersebelahan dengan kerusinya. Dhia kembali menegakkan badan. Dia mahu beredar dari situ. Berada bersama lelaki itu membuat hatinya berdebar. Degupan jantungnya mula menggila. Silap haribulan, Iqbal pun boleh dengar degupan jantungnya.

"Dah nak pergi? Duduk lah dulu. I want to chat. Rindu pulak tak jumpa satu hari." Kata-kata Iqbal membuat Dhia membatu di kerusinya. 'Hish dia nak main rindu-rindu pulak. Yang aku nervous sangat ni apasal? Dulu ke main lancang lagi berlawan kata dengan lelaki ni!'

"Rindu apa pulak? Kan kita jumpa tadi pagi. Eh, kalau jumpa selalu nanti meluat pulak." Jawab Dhia. 'Bagus bagus. At least tak de lah suara aku macam katak.'

"Sekejap aja. Menyesal pulak tak dapat join family you breakfast." Iqbal tersenyum. Dia dapat melihat wanita itu tidak selesa dengannya.

"Duduk lah. I berbual dengan you. Please." Pujuk Iqbal sambil menghadiahkan Dhia senyuman manisnya.

"So tadi pagi you tergesa-gesa nak pergi mana?" tanya Dhia apabila dia kembali duduk. Dia cuba untuk relax.

"I ada meeting dengan mama I."

"Wait, Faiz kata ayah tiri dia owner hotel ni. You abang tiri Faiz. So wait. Your dad owns this hotel?" tanya Dhia setelah berfikir lama.

"It took you so long to realise that?" tanya Iqbal. Pelik. tak observant betul minah ni.

"What?! Patutlah you buat hotel ni macam rumah you. I ingat you... uh. Takde takde." Dengan pantas Dhia mematikan suaranya.

"You ingat I apa?"

"Tak nak jawab."

"Fine, ten questions. You ingat I apa?"

"Uhm gigolo." Jawab Dhia sambil menyembunyikan wajahnya.

"Gigolo???!" jawapan Dhia sungguh memeranjatkan Iqbal. "Ada ke image I dan rupa I yang handsome ni macam gigolo?"

"Tak lah. You banyak nah spend time kat sini. Plus I pernah nampak you gaduh dengan seorang perempuan."

"Muka handsome handsome gini you kata I gigolo. I'm hurt."

"Sorry? Oh, my turn. Siapa perempuan yang you gaduh dengan tu?" tanya Dhia. Dari hari itu dia nak tanya dia wanita itu, tapi asyik lupa aja.

"Wani."

"Wow. Panjangnya jawapan you." Sindir Dhia.

"My turn. You ada boyfriend kat Singapore?" tanya Iqbal.

"Kenapa nak tahu?"

"Ini penting untuk I."

"Tak ada."

"Panjangnya jawapan you." Iqbal mengembalikan sindiran Dhia.

"Tak ada. I terlalu sibuk tumpuhkan perhatian pada pelajaran. Lepas habis belajar, I pulak tumpuhkan perhatian pada kerja. Baru masuk dua tahun I kerja. Barulah dapat rehat. Itu pun bukannya lama sangat. Puas hati dengan jawapan I?"

Iqbal hanya tersenyum.

"So, who is this Wani? Marah betul dia dengan you."

"Dia wanita yang mama nak jodohkan dengan I. Thing is, I dah kenal Wani sejak kecil lagi. Dah macam adik. I tak boleh nak kahwin dengan dia atas alasan apapun." Jawab Iqbal dengan jujur. Ini kali pertama dia berkongsi perasaannya dengan sesiapapun.

"I ingat benda ni terjadi dalam drama aja."

"Agaknya hidup I memang macam drama kot."

"You sukakan orang lain ke, sebab tuh you tak boleh kahwin dengan Wani?" tanya Dhia. Dia ingin tahu tentang perasaan lelaki ini.

"Not your turn."

"Hish. Ni berbual kosong aja. A question from a friend to a friend." Marah Dhia. 'Mamat ni aku sekeh kang!'

"Rules are rules my dear." Iqbal tersenyum melihat wajah Dhia yang sudah berkerut seribu.

"Fine. Giliran tuanku." Sekali lagi Dhia menyindir.

"How do you feel about me?" tanya Iqbal.

"Marah, meluat and why am I still talking to you." Jawab Dhia dengan pendek.

"Betul?"

"Yes. Kenapa?"

"Sebab I rasa I dah mula sukakan you."
--

Day 7
Dhia terduduk di bibir katil yang telah dihuninya selama seminggu. Matanya sibuk memerhatikan Rafidah mengemas pakaian. Hari ni, Raudah, Fandi dan Rafidah akan berangkat pulang ke Singapura. Tiada khabar dari Hafizul. Yang dia tahu, Hafizul telah berangkat pulang semalam.

Kata-kata Iqbal semalam terngiang-ngiang di kepala.

"Sebab I rasa I dah mula sukakan you." Kata-kata Iqbal membuat Dhia terkejut beruk.

"What?" tanya Dhia. Dia sendiri tidak pasti apa yang dia dengari.

"I'm serious Dhia. I don't know when this happen, but it did. I'm starting to like you." Iqbal berkata dengan tenang.

Dhia memerhatikan wajah lelaki itu dengan teliti. Tiada tanda yang dia sedang bergurau. Malah lelaki itu nampak tenang sekali. Tetapi sebaliknya bagi Dhia. Mukanya berkerut-kerut sambil cuba memprocess kata-kata Iqbal.

"Like yang macam mana? As a friend or like LIKE?"

Iqbal menghadiahkan senyuman manisnya. "Lebih dari kawan. I suka you lebih dari kawan."

"Stop. Jangan senyum macam gitu. You're distracting me." Marah Dhia.

"Ok. Let me get this straight. You suka I? Even though kita baru kenal tak sampai seminggu? And even though most of the time kita asyik bertengkar aja?" tanya Dhia. Cuba menyusun ayatnya supaya tidak kedengaran kasar.

"Yes."

"Merepek."

Iqbal hanya tersenyum.

"I nak balik bilik. I anggap yang I tengah mimpi." Jawab Dhia apabila melihat Iqbal tidak memberi reaksi lain. "Besok kalau kita jumpa I hope you snap out of it."

"HOI! Termenung jauh je. Teringatkan siapa?" tanya Radiah yang sudah bersiap sedia untuk turun bersarapan. Buat kali terakhir mereka berada di sini, mereka sekeluarga berjanji untuk sarapan bersama sebelum Fandi, Raudah dan Rafedah berangkat pulang.

"Oh mak pocot!" Dhia melatah. Dia mengelamun jauh sangat sehinggakan tidak sedar kehadiran Radiah.

"Kau ni apasal Dhia? Dari balik bilik semalam. Asyik berbual sendiri. Berkerut sana, berkerut sini. Hah tulah. Akak dah cakap, jangan suka pergi dekat kolam renang malam-malam. Lagi tempat gelap macam tu, banyak jenis makhluk tau yang ada. Yang halus lah, yang keras lah." Bebel Radiah.

"Apa yang kak Radiah merepek ni. Bila masa Dhia kena sampuk dengan makhluk halus? Paling tidak pun Dhia terperanjat beruk aja semalam."

"Kenapa pulak?" tanya Radiah. Dia duduk bertentangan dengan adik saudaranya sambil menunggu Rafedah bersiap.

"Akak percaya tak bila orang yang kita kenal tak sampai seminggu confess yang dia suka akak? Tak gila ke?" tanya Dhia.

"Siapa pulak yang suka kau ni?" tanya Rafidah yang sejak tadi hanya memasang telinga.

"Cik abang godzilla ke?" Radiah pula bertanya.

Mendengar nickname lelaki itu membuat hati Dhia tidak menentu. 'Hish yang jantung ni macam nak meletup kenapa?!'

"Taklah! Dhia tanya aja. Its for work. Sekiranya, ada orang confess yang dia suka akak walaupun pun tak sampai seminggu dia kenal akak, akak akan percaya tak?"

Tak mungkin Dhia akan mengaku yang sebenarnya si godzilla tuh yang confess. Mahu teruk kena kacau dengan dorang ni!

"Tak mustahil. Perasaan ni bukannya boleh kita kawal. Yang boleh kita kawal adalah actions kita." Jawab Rafidah.

Dhia memandang Rafidah dengan pandangan pelik. Buat pertama kalinya kakak saudara memberi jawapan matang. Selalunya dia hanya akan perli, main-main atau buat bodoh aja bila topik sebegini keluar.

"Habis tuh kita kena respond ke dengan confession macam gitu?"

"Terserah. Tapi yang pasti, Dhia kena jawab dengan jujur apa yang Dhia rasa. Dhia kena jujur dengan perasaan Dhia. Dhia boleh tipu orang lain, but Dhia tidak boleh tipu diri dia." jawab Rafidah. Sekali lagi Dhia pelik mendengar jawapan Rafedah itu.

"Fuyoh. Kak Idah sound very wise compared to before." Tegur Radiah. Rupanya bukan Dhia sorang aja yang perasan perubahan Rafidah.

"Eh. Ingat dulu akak tak matang ke hah? Please eh. Dah lah. Jom turun sarapan. Yang lain mesti dah tunggu kita."

Dhia dan Radiah saling berpandangan sambil mengangkat kening.

"Eh, si godzilla tuh eh yang confess?" bisik Radiah.

Dhia mendengus dengan kuat. "TAK LAH! DHIA TANYA JEEE HISSSHHHH! TAHU TAK TANYA LAH."

Radiah tertawa kuat memandang Dhia menghentak kakinya sambil melangkah keluar.

~

"Nah, abang dah ambilkan nasi lemak, ayam goreng, mee rebus, mee goreng dengan telur goreng untuk isteri abang. Oh dengan ni air putih." Fandi tersenyum sambil meletakkan pinggan yang bertimbun dengan makanan di hadapan Raudah.

"Wow, kak Raudah ada berapa banyak baby dalam perut tuh? Sepuluh ke?" gurau Dhia.

"Dhia, jangan tegur orang yang nak makan." marah Fandi. "Makan sayang, makan. Abang pergi ambil lagi eh."

Raudah hanya tersenyum sumbing. Matanya memandang makanan yang bertimbun. Aduh, boleh meletup perut.

"Wah caring betul abang Di." Dhia berkata sambil melabuh punggung di atas kerusi berdepan dengan Raudah.

"Adik tengok abang Di tuh protective sangat. Kalau boleh, dia nak dukung akak ke mana-mana." Rafidah turut menyampuk.

Raudah hanya boleh menghela nafas. "Ni baru sikit. Semalam, sampai akak nak mandi sendiri pun tak boleh. Dia mati-mati nak mandikan akak."

"Ahhhhhhh Dhia tak nak tahu. Dhia tak nak imagine!!"

"Pukul berapa flight?" tanya Zaiful yang baru tiba. Dia menghadiahkan senyuman manis kepada Radiah. Dhia yang menyaksikan perbuatan itu membuat muka meluat.

"Pukul 11. But kita kena ada dekat situ tiga jam lebih awal." Raudah berkata. Dia memulakan suapannya.

"Rafidah, aku jumpa surat ni atas katil Zul. Untuk kau." Zaiful menghulur sekeping surat kepada Rafidah. Rafidah mengambil surat itu dengan teragak-agak. "Zul kata dia akan jumpa kau bila kau ready."

~

Mata Dhia mencari kelibat Faiz. Dia ingin bertanyakan sesuatu. Dhia melangkah masuk ke kawasan kolam renang. Matanya terpandang kerusi yang didudukinya semalam. Dia masih boleh membayangkan senyuman manis Iqbal. 'Macam mana mamat tuh boleh sukakan aku? Aku betul-betul peliklah. Nak kata aku mengatal, totally opposite. Aku dengan dia asyik menyinga aja bila jumpa.'

"Cari saya? Rindu ke?" tanya Faiz. Dhia terperanjat dengan gurauan lelaki itu. Selalunya lelaki itu malu-malu dengannya.

Melihat reaksi Dhia, Faiz termalu sendiri. 'Macam mana boleh tercakap rindu pulak ni.'

"Uhm awak nak belajar berenang ke?" tanya Faiz dengan serius. Mukanya sahaja yang nampak tegang tetapi dalam hati, malunya ya ampun!

"Tak. Saya nak jumpa awak. Nak tanya sikit." Jawab Dhia.

Mereka duduk di atas sebuah bench yang tersedia di situ.

"Apa dia?"

"Uhm, abang tiri awak, Iqbal. Dia...ada masalah ini eh?" tanya Dhia sambil menunjuk kepalanya.

Faiz memandang Dhia dengan pelik. "Saya kurang faham. Apa maksud awak 'masalah ini'?"

"Macam dia ada something wrong dengan kepala dia ke? Like dia suka kata yang bukan-bukan eh?" tanya Dhia. Kali ini dia cuba menerangkan soalannya perlahan-lahan. Bagi Dhia confession Iqbal langsung tidak masuk akal; perbuatan gila.

"Dhia, cuba terangkan dengan saya, kenapa awak kata abang saya tu gila."

"Taklah. Semalam. Semalam dia kata dia suka saya. Tapi it doesn't make sense! Saya baru kenal dia seminggu aja kot. Sebab itu saya fikir dia dah gila..." Dhia menerangkan keadaan yang sebenar.

Mendengar kata-kata Dhia, Faiz terdiam. Fikirannya melayang kembali ke kejadian semalam. Jadi betullah, dia sukakan Dhia.

"Kalau dia dah kata gitu, betul lah. Saya boleh gurantee, abang saya tu tak gila." Faiz akhirnya berkata setelah lama berdiam diri.

"Tapi kita baru aja kenal seminggu!!!!" bangkang Dhia. Ini adalah salah satu sebab penting kenapa dia tidak boleh menerima confession Iqbal.

"So? Kalau hati dah suka, nak buat macam mana?"

Dhia mengambil nafas sedalam-dalamnya. Dia cuba berfikiran logik. "Mungkin dia nak main-main kan saya? Dia nak saya perasan yang dia suka saya lepas tuh bila saya mula suka dia, dia akan kata 'HAHA I'M JUST JOKING'?!"

"Awak ni buruk sangka sangatlah. Abang saya tak macam gitu. Seumur hidupnya, dia tak pernah ada girlfriend. Hidup dia cuma sekolah dan hotel ini. Tak mungkin dia nak senang-senang kata dia suka awak semata-mata nak mainkan awak. Apa dia dapat?"

Dhia terdiam sekali lagi. "Hish, tak logik! Tak logik! Tak logik!"

"Tapi itu hakikatnya. Abang saya jenis orang yang tidak akan mengatakan sesuatu sehingga dia betul-betul pasti. Jadi dia memang betul-betul sukakan awak."

~

"Stop!" dengan pantas tangan Dhia menahan pintu lift dari tertutup. Akibat tergesa-gesa, tangan Dhia tersepit di pintu.

"Are you ok?" Dhia cukup kenal suara itu. 'Alamakkkkkkkk!'

"Dhia." Iqbal menegur sambil tersenyum manis. Dia teringat kembali tangan wanita itu yang tersepit. Sebijik macam tangan sotong kena sepit.

"Kenapa senyum-senyum?" tegur Dhia dengan kasar.

"Nothing. You went swimming?" Iqbal bertanya. "Tak basah pun."

"Jangan sibuk." Jawab Dhia. Dia ingin segera keluar. Namun kata-kata Faiz kembali terngiang-ngiang. Dia memandang Iqbal yang asyik tersenyum. Dia melihat Iqbal menuju ke tingkat paling atas hotel ini.

"Awak duduk kat tingkat tuh ke?"

"Office dan bilik saya is on the highest floor."

"So have you snap out of it?" tanya Dhia.

Kening Iqbal ternaik. "Snap out of what?" Apabila dia akhirnya memahami pertanyaan Dhia, dia tersenyum,"Oh, that. I can't sebab I memang sukakan you. I can't 'snap out' of that."

"I nak tahu, kenapa you suka I? Tak sampai seminggu pun kita kenal. Benda ni tak masuk akal. Betul-betul tak masuk akal. Puas I fikir. Apa motive you confess kat I. Kalau tujuan you adalah untuk buat I tak tidur malam, congratulations, you've done it."

"Dengan you, I'm me. I tak payah nak jadi orang lain. Dengan you, I'm always smilling, walaupun kita tengah bertengkar." Iqbal mula menjelaskan perasaannya. Dhia perlu tahu apa yang dia rasa.

"Susah I nak percaya you. This information tak boleh masuk dalam akal I. You ada rupa dan harta, macam mana you boleh suka I? you boleh suka mana-mana perempuan pun, but why me? You tak kenal I. You tak tahu I siapa selain nama I and that I'm on a holiday now. You tak kenal diri I yang kat Singapore. You langsung tak kenal I. Like you said, I mungkin penjenayah."

"You jugak yang ajar I untuk jangan pandang harta. With you I belajar untuk pandang hati. Kalau masalah nak kenal mengenali each other, you ada seminggu lagi. Let me get to know you. Dhia dekat sini and Dhia dekat Singapore."

Mendengar kata-kata Iqbal membuat jantung Dhia sekali lagi menggila. Dengan pantas Dhia melangkah keluar apabila pintu lift terbuka. Iqbal menurut langkah Dhia.

"Kenapa you ikut I?"

"You salah tingkat. Ni tingkat I." kata Iqbal sambil menahan tawa.

~

"Kak Radiah nak pergi mana?" tanya Dhia. Hairan melihat kakak saudaranya turut sibuk mengemas pakaian.

"Ya Allah! Kakak lupa nak bilang Dhia! Akak pun ikut balik dengan dorang. Bos akak call, akak kena hadir krusus. Its important. Abang Zaiful pun balik. Dia nak uruskan hal kahwin kita. Ya Allah macam mana akak boleh lupa ni." Radiah berkata sambil menepuk dahi.

"What?! Akak nak tinggalkan Dhia sorang kat sini?!" kata Dhia sambil memandang bilik hotel. Kalau kena tinggal pagi atau petang oklah. Tapi ni seminggu tidur sorang dekat bilik hotel ni, seram jugak!

"Itulah abang Di tengah check, kalau ada flight left untuk kita."

~

"Akak! Macam mana ni! Dhia tak nak tinggal sorang dalam bilik. Takut!!!" Dhia mengadu sambil memeluk lengan Radiah dengan kuat.

"Ya Allah budak ni. Sakitlah. Abang Fandi dah bookkan Dhia bus. Dhia tak kisah kan naik bus sorang-sorang?"

"Tak kisah, janji Dhia tak tidur dalam bilik hotel sorang-sorang."

"Dah pergi pack."

~

"Abang." Faiz menegur Iqbal sebaik sahaja Iqbal membenarkannya masuk.

"Kau nak apa? Dah lama nah tak naik bilik aku, alih-alih muncul aja." Tegur Iqbal. Tidak sekali pun Iqbal memandang Faiz.

Faiz hanya tersenyum memandang kedinginan Iqbal terhadapnya. Dia faham kenapa lelaki itu marah.

"Abang sihat?" tanya Faiz sekadar berbasa-basi.

"Kau nak apa? Nak tarik diri dari training kau? Pergi cakap dengan papa. Aku dah malas nak layan karenah kau." Iqbal berkata dengan sahaja. Dia menumpuhkan sepenuh perhatiannya kepada kertas kerja.

"Tak lah. I'm actually enjoying the training."

"Baguslah. Jangan buat masalah kat sini. Nanti aku jugak yang kena cover kau."

"Abang, Iz nak tanya sikit."

"Kau takde kerja eh? Sibuk sangat kat sini." marah Iqbal.

"Sekejap aja. Ini penting."

"What?"

"Abang suka Dhia? Like really like her?"

Gerak-geri Iqbal terhenti. Dia akhirnya memandang adik tirinya. Wajah lelaki itu tidak berubah. Senyuman tidak pernah lekang dari wajahnya. Entah apa yang happy sangat.

"Kenapa? Penting sangat ke untuk kau?"

"Penting. Dhia tuh kawan Faiz. So I want to know."

"Kau kenal dia sama lama macam aku kenal dia. So tak ada bezanya kau dan aku."

"Ye ke? Habis kenapa Dhia lebih selesa dengan Iz? Sampai tanya Iz kalau abang gila ke tak."

"What?" tanya Iqbal dengan terperanjat. 'Ada ke minah ni ingat aku gila?! Gilakan kau adalah. Oh my god Iqbal did you just say that?'

"Fine. Memang aku suka dia."

"Are you serious?"

"Yes. Aku tak pernah main-main dengan perasaan aku."

"Kalau gitu kita ada masalah."

Kata-kata Faiz membuat Iqbal hairan. "What? Masalah?"

"Kita ada masalah sebab Iz pun suka Dhia."

"Kau baru kenal dia seminggu!" bangkang Iqbal.

"Abang, the irony. Abang pun baru kenal dia seminggu."

"Habis kau nak aku buat apa? Undur diri? hapuskan perasaan aku terhadap Dhia? I can't. Aku dah cukup mengalah. Kali ini, aku betul-betul sukakan Dhia. Aku tak akan mengalah."

"Fine then. The best man wins." Cabar Faiz.

"Keluar!" marah Iqbal. Berani sungguh Faiz mencabarnya. Setelah banyak yang dia korbankan untuk Faiz.

"Remember abang, best man wins." Sekali lagi Faiz tersenyum. Kali ini senyumannya mencabar.

~

Dhia melangkah ke stesen bas. Dia memandang tiket busnya. Matanya mencari-cari bas yang perlu dia naikki. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Bas akan bergerak tepat jam 10:10 pagi. Di dalam begnya sudah diisi dengan pelbagai jenis makanan ringan. Tidak sabar rasanya mahu duduk dalam bas dan tidur. Empat jam berada dalam bas mewah dan selesa membuat Dhia tersenyum lebar.

Setelah Dhia berasa selesa duduk di dalam bas, Dhia pun memakai headsetnya lalu memejamkan mata. Bas yang dinaikki mula bergerak. Tetapi tidak sampai beberapa saat, bas itu terhenti mendadak. Kedengaran pintu bas terbuka. Seorang lelaki naik dan mula mencari tempat duduknya.

Terasa lelaki itu duduk sebelahnya.

'Hish mamat ni. Bas bukannya penuh. Banyak lagi tempat duduk kat sini, sebelah aku jugak dia duduk! Dah lah asyik langgar-langgar aku.'

Lengan lelaki itu asyik terlanggar lengan Dhia. Dhia terasa semakin tidak selesa. 'Mamat ni aku karate kang!'

"Encik! Boleh tak jangan langgar orang?! Saya nak tidur! Saya nak rehat! Pergi duduk tempat lain. Banyak lagi tempat kosong!" marah Dhia.

"Lady, chill." Suara itu membuat kata-kata Dhia terhenti. No way. No way. No way.

"So, Singapore huh?" Iqbal berkata sambil tersenyum.
--

Day 7
"Rafedah, hari yang you setuju untuk menjadi isteri I adalah hari paling bahagia bagi I. I dah berjanji untuk tidak mensia-siakan you. I dah berjanji untuk menjadi suami yang soleh, suami yang boleh membimbing you ke syurga."

"Tapi hari yang I lukakan you adalah hari yang membuktikan kepada I yang I masih belum bersedia untuk menjadi semua yang I telah janji. Macam mana I hendak bimbing you sebagai suami sedangkan diri I tidak kuat dengan godaan?"

"Kerana itu Rafedah, I akan tinggalkan you buat sementara waktu. I perlu pergi belajar bagaimana hendak menjadi manusia yang sempurna. I buat ini bukan hanya untuk you, but untuk I. I perlu buktikan pada diri I yang I tidak seburuk itu. Dengan masa inilah, you boleh tenangkan fikiran dan cari jawapan. Adakah I lelaki yang you ingin bersama buat selama-lamanya? I akan terima keputusan you dengan redha. Inshaa Allah kalau kita ada jodoh, kita akan bersatu."

Rafidah mengambil nafas panjang. Dia melipat surat itu lalu diletakkan di dalam beg sandangnya. 'Kalau ada jodoh kita Zul, kita akan bersama.'

~

Bengang! Bengang! Bengang! Dhia memberikan jelingan maut ke arah Iqbal yang sibuk mengunyah keropok Lays sambil meminum air green teanya. Kelihatan lelaki itu tersengih sahaja.

"Mine! Mine! Mine!" marah Dhia sambil merampas keropok dan air nya. Apabila Dhia melihat ke dalam beg keropok kegemarannya, hatinya semakin membengkak. "Dah habis?! You tahu tak payahnya I bawak keropok ni? Dah tu you baham sorang-sorang! You memang macam godzilla lah!!!"

"I lapar....." Iqbal berkata sambil mengerut mukanya. Tangannya memegang perut. "Bas aja mewah, kitchen pun tak ada."

"Siapa suruh naik bus? Siapa suruh ikut?!!! Hiiissshhh bengang betul aku dengan mamat godzilla ni!!!" Dhia berterus-terusan membentak. Sudah dia cuba untuk menghalau lelaki itu pergi. Sudah dia cuba untuk menukar tempat duduknya tetapi semuanya tidak berhasil.

"Ni semua you punya pasal lah! Sampai hati you tak bilang I you balik hari ni. Nasib baik Farah yang bilang." Iqbal berkata sambil merampas balik paket keropok di tangan Dhia.

"SUKA HATILAAAAAHH!!!" Dhia semakin bengang melihat Iqbal. Dhia tidak mahu berterus-terusan melayan kebengangannya. Dhia memakai headsetnya dan cuba untuk melelapkan mata.

"But I'm hungryyyyyy...." Iqbal mengadu.

"Pergilah turun sendiri. Kan bus dah berhenti dekat R&R ni!" Dhia cuba tidak mengendahkan pujukkan Iqbal. Termasuk ini sudah lebih lima kali Iqbal memintanya teman.

"Tapi I tak biasa dengan tempat ini." rungut Iqbal.

"Habis you ingat I biasa? Ni kan negara youuuuuuu!!!"

~

3 jam lepas...

"May the best man wins." Cabaran Faiz kembali terngiang-ngiang. Iqbal melangkah keluar dari pejabatnya lalu turun ke lobi.

"Farah, can you check Dhia Arifah tinggal di bilik mana?" Iqbal bertanya. Walaupun sudah seminggu Iqbal kenal wanita itu, dia tidak pernah tahu di bilik mana wanita itu tinggal.

"Dhia Arifah? Maaf cik Iqbal, but dia dah check out tak sampai setengah jam yang lalu." Farah memberitahu Iqbal.

"Check out? Bukan dorang book hotel untuk dua minggu ke?"

"Betul cik Iqbal. But the whole family check out hari ni. Katanya ada hal yang tak dapat dielak."

"Dorang book flight sendiri or through hotel?" tanya Iqbal. Iqbal terasa amat-amat kecewa. Entah mengapa, dia tidak sanggup membayangkan the fact that dia tidak dapat mengucapkan selamat tinggal kepada wanita itu.

"Hotel, cik Iqbal."

"Boleh you check kan their flight details?"

"Their flight is at 10am." Jawab Farah dengan pendek. Jari-jemarinya laju menekan kekunci komputer.

Iqbal melihat jam di pergelangan tangannya. 'Masih sempat kalau aku kejar ni. Eh betul ke apa aku buat ni?'

"Cik Iqbal cari cik Dhia kan? Dia tak naik flight. Dia naik coach sebab flight dah penuh. Basnya berangkat jam 11am."

"Thank you so much Farah!!" Iqbal berkata dengan ceria.

~

Iqbal tersenyum sendiri memikirkan tindakkannya yang membawanya ke sekarang. Dia sabar menanti Dhia dari tandas. Tidak pernah seumur hidup dia melakukan sesuatu sebegini. All of this is crazy. Tapi dengan wanita bernama Dhia Arifah, everything seems sweet aja.

Melihat kelibat Dhia keluar dari tandas Iqbal pun menegur, "Tadi sombong, kata tak perlu tandas lah, apa lah. Sekarang dia yang lambat."

Dhia kembali bengang mendengar sindiran lelaki itu. "You ni kan mulut ikut sedap you aja. Kalau tak pasal ni public place, dah lama you makan penumbuk I!"

Iqbal hanya tertawa mendengar ugutan Dhia. Padanya semua kata-kata wanita itu comel belaka.

"Pergi beli makan lah. Tadi dia yang lapar sangat. Asyik tersengih sorang-sorang. Memang gila, I dah agak you memang gila."

~

"Cepatlah Iqbal! Nanti bas tinggalkan kita!" sudah tiga kali Dhia melaung nama Iqbal yang sedang sibuk memilih snacks untuk dibawa naik bas. Kalau diikutkan hati yang bingit sudah lama Dhia tinggalkan aja lelaki itu. Tetapi kasihan pula. Lelaki itu datang sehelai sepinggang. Lelaki itu cuma membawa dompet, passport dan telefon bimbit. Apa tujuan lelaki ini sebenarnya, Dhia pun tidak tahu. Dhia tidak kuasa untuk ambil tahu. Yang Dhia tahu, sampai Singapore mereka akan mengikut halaun masing-masing.

"Cepat lah!" gesa Dhia sekali lagi apabila akhirnya melihat Iqbal keluar dari kedai sambil menjinjing dua beg besar yang dipenuhi dengan makanan dan minuman.

"Kenapa lambat nah? You beli banyak-banyak ni, you nak belanja satu bas ke? Journey kita tinggal dua jam aja cik Iqbal oi." Sindir Dhia. Kakinya pantas melangkah ke parking R&R.

Sampai sahaja di parking, Dhia melopong. "Ma-mana bas kita?"

"Betul ke kat sini?" Mata Iqbal turut melilau-lilau mencari bas mereka. Tetapi tiada guna kerana hanya tinggal mereka sahaja di parking. Tiada bas mahupun manusia di situ.

"Yelah! Takkan bas kita tinggalkan kita." Suara Dhia semakin mengecil.

"I rasa... I rasa bas kita dah tinggalkan kita."

Mendengar kata-kata Iqbal menaikkan darah Dhia. "INI SEMUA YOU PUNYA PASAL!"

"Aduh aduh aduh aduh Dhia stop. Stop!" Iqbal merayu Dhia untuk memberhentikan pukulannya. Iqbal memandang beg kulit Dhia. 'Sakit jugak kena hentam dengan beg ni.'

"Sekarang you nak buat apa???? Macam mana I nak balik niiiiiiiiii?!!!!"

"Sabar sabar sabar jangan ikut perasaan. I've got it all covered." Iqbal berusaha untuk menenangkan Dhia. Dia mahu menjadi mangsa beg kulit itu lagi.

Iqbal mencapai telefon bimbitnya. Sebaik sahaja memandang skrin telefon bimbitnya muka Iqbal mula mencuak. "Dhia..."

"WHAT?!"

"Handphone I, tak ada battery."

~

"BENCI BENCI BENCI!" marah Dhia. Dia cuba untuk mendahului Iqbal. Tetapi tiada guna kerana Iqbal mempunyai kaki panjang yang membolehkan dia kembali selangkah dengan Dhia.

"Kalau you tak menyibuk ikut I, dah lama I dah bas tu tengah tidur. Tak perlu lah I jalan kat tepi jalan ni di tengah panas macam ni!!!"

Iqbal tertawa. "Actually ni salah you. Siapa suruh tak cakap goodbye dekat I sebelum you pergi? At least kasi nombor handphone ke alamat rumah ke. You tinggalkan I macam tuh aja lepas I dah confess kat you. Sampai hati."

Dhia terdiam seketika. Bukan dia tidak mahu berjumpa dengan Iqbal tetapi dia tidak sempat. Lagipun dia berharap bila dia pulang nanti, semua yang terjadi di sini hanya menjadi kenangan. Dia berharap bila dia tiada lagi di KL, Iqbal akan melupakan perasaannya. Siapa sangka lelaki ini akan mengejarnya.

"Kita duduk sekejap lah kat situ. I pun dah penat berjalan. Nanti I cuba tahan mana-mana kereta yang nak ambil kita." Iqbal berkata sambil tersenyum.

~

Sudah hampir satu jam setengah mereka menapak. Tiada kedai, stesen minyak ataupun R&R di mana-mana. Dhia dan Iqbal sudah semakin penat. Makanan dan minuman yang dibeli Iqbal sudah hampir habis. Cuaca yang panas membuat perjalanan mereka semakin susah.

"I'm sorry." Iqbal berkata setelah lama mereka mendiamkan diri.

Dhia memandang wajah Iqbal. Lelaki itu tidak memandangnya tetapi boleh dilihat yang dia berasa amat bersalah.

"Kenapa you ikut I sebenarnya?"

"I kan dah kata, I nak kenal you. I want to know who Dhia Arifah is. I nak spend time dengan you. I miss you when I don't see you."

Kata-kata Dhia memperlahankan langkahnya. 'Rindu?'

"Are you serious about this feeling you have for me?" tanya Dhia.

"I tak pernah seserious ini tentang perasaan I. Selama ni, kalaupun I rasa something kepada someone, I pendam sebab I don't think its worth the trouble. But dengan you, I sanggup kejar sampai ke Singapore. You are special dan I tak mampu nak kehilangan you."

Iqbal sudah memandang Dhia. Matanya mencari mata wanita itu. Dia mahu wanita itu sedar keikhlasannya.

Dhia tidak mampu berlawan mata dengan lelaki itu. hatinya berdebar-debar. Sejak Iqbal confess tentang perasaannya, Dhia tidak mampu mengawal degupan jantungnya. Dia keliru dengan perasaannya sendiri. Dan kehadiran Iqbal membuat dia bertambah keliru.

"I tak pernah rasa macam ni terhadap sesiapa. Selama ini I fikir, I'm better off alone. But bila I kenal you, I berbual dengan you, I rasa mungkin I tak perlu bersendirian lagi."

Hati Dhia semakin lembut mendengar kata-kata Iqbal. Iqbal di hadapannya bukanlah Iqbal yang Dhia terlanggar seminggu lalu. Iqbal yang ini lebih disenanginya.

"Sudi kah you berkenalan dengan I?"

"PIIIIITTTTTTTT PIIIIITTTTTT!" bunyi hon kereta menganggu perbualan mereka. Tanpa mereka sedari, jarak antara mereka semakin rapat. Dengan pantas Dhia menjarakkan diri. degupan jantungnya semakin menggila. Dhia memandang kereta yang sudah berhenti di sebelahnya. Tingkap kereta telah dibuka dan muncullah Faiz. "Anyone need a ride?"

~

Iqbal memandang Faiz yang sedang memandu. Walaupun dia lega yang akhirnya mereka tidak perlu menapak lagi, kehadiran Faiz membuat Iqbal tidak senang hati. Iqbal terpandang Faiz yang tersengih ke arah Dhia melalui rear mirror.

"Macam mana kau tahu kita orang ada kat sini?"

"Dhia bilang."

"What?"

"Bukan bilang yang korang kena tinggal bas but bilang yang dia kena balik Singapore. Jadi Iz ingat nak ikut lah. Iz pun dah lama tak pergi Singapore. Plus, papa suruh Iz temankan abang pergi meeting kat sini hari ni. Kenapa abang tak naik flight aja?" Faiz pura-pura bertanya Iqbal walaupun dia tahu tujuan sebenar Iqbal adalah untuk mengejar Dhia.

'Ohhhhhhh ada meeting. Ingatkan betul-betul datang Singapore untuk aku. cheh propa banyak.' Dhia berkata dalam hati. Sejak tadi dia mendiamkan diri. Kata-kata Iqbal membuat dia berterus-terusan berfikir. Betulkah dia ikhlas?

~

"Kringggggg..." telefon bimbit Dhia kembali berbunyi setelah hampir seminggu mendiamkan diri. Sebaik sahaja mereka lepas imigresen di Woodlands, Dhia menghidupkan Iphone nya.

"Helo?"

"Dah baru aja sampai."

"Tahu. Tadi Dhia ada masalah tengah jalan."

"Nanti Dhia ceritalah."

"Ok jumpa besok."

"Dhia nak saya hantar awak kat mana?" tanya Faiz.

"Awak turunkan saya kat MRT station aja. Saya boleh naik MRT. Lagipun saya tak ada luggage. Semua family saya dah bawa balik."

"Eh, tak kan kita orang nak hantar you kat mana-mana. Biar kita hantar you balik. Thats the least I could do after what happened." Iqbal pula membuka suara.

Akhirnya Dhia akur.

Sesampai sahaja di bawah kolong bloknya Dhia pantas keluar. "Terima kasih sebab hantar saya. And thank you sebab bawa I jalan-jalan kat KL. Both of you. I had fun. Walaupun hanya seminggu, I appreciate it. Kalau panjang umur kita jumpa lagi."

"Dhia! Nanti dulu." Panggil Iqbal. Dia melangkah keluar dari kereta. "You nak pergi mana? Kan you dah janji untuk beri I peluang untuk kenali you."

"I tak janji pun..." kata-kata Dhia dipotong oleh Iqbal, "Plus, I tak book hotel. I tak ada tempat tinggal."

"So? Pergilah mana-mana hotel. Singapore ni banyak hotel."

"I tak nak tinggal hotel." Jawab Iqbal dengan bersahaja. "Boleh I naik rumah you? At least let me have a drink first. I haus ni."

"But..."

"And also I nak apologise dekat family you. Sebabkan I, you balik lambat." Dengan selamba Iqbal menyambung, "So tingkat berapa?"

"Nanti nanti. Iz nak ikut." Kata Faiz sambil tersengih.

~

Dhia perlahan-lahan membuka pintu. Rumahnya terang benderang. Dia hairan. Abah dah pulang ke? Dhia memandang kedua-dua lelaki yang berada di belakang. Rasa bersalah pula hendak mengajak mereka masuk.

Mata Dhia terpandang lugagge nya yang berada di sebelah sofa. Dan ada sebuah lagi lugagge di situ. "No way."

"Dhia Arifah. Kenapa lambat nah balik?" suara garau itu mengiyakan andaiannya. Satu-satunya abang kandungnya tercegat di hadapannya.

"Abang? You're really here?" Dhia bertanya. Hanya dia sahaja yang tahu berapa leganya dia melihat lelaki itu berada di Singapura.

"Yes." Jawab abangnya dengan pendek sambil langkah ke arah Dhia untuk memeluk adik yang dirinduinya.

"How? I thought abang ada lagi setahun?" tanya Dhia. Setelah dia betul-betul pasti yang abangnya betul-betul berada di hadapannya, dia pantas membalas pelukkan abangnya. "Abang, thank you." Bisik Dhia. Bisikkan itu hanya difahami Dhia dan abangnya.

"And siapa mereka?" tanya abangnya dengan serius.

Oh no. Oh no. Masalah ni!
--

Day 8
"Bang, lepaskan saya. Saya dah penat nak layan karenah abang. Abang duduklah dengan anak-anak abang ni."

"Awak dah lupa anak-anak ke? Apa lagi yang awak nak dari saya?"

"Saya cuma nak cerai, itu aja! Abang tolong jangan jadi suami yang dayus!"

PANGGGGG!

Dhia tersedar dari mimpinya. Dahinya dibasahi peluh. Dhia mengambil nafas sambil cuba menenangkan diri. 'Welcome back Dhia. Welcome back. You're really back home.'

Dhia perlahan-lahan bangun dari katilnya dan melangkah keluar. Langkahan nya terhenti apabila melihat Iqbal dan Faiz duduk di meja makan sambil menjamu selera.

12 jam sebelum...

"And siapa mereka?" tanya Abangnya.

Iqbal dan Faiz melangkah masuk sambil memberi salam. Dhia sudah keresahan.

"Saya Iqbal dan ini Faiz." Iqbal mula berkata setelah melihat Dhia hanya mendiamkan diri.

"Aku tak tanya kau." Suara garang abang Dhia membuat Iqbal dan Faiz kecut perut. Apa lagi Dhia.

"Abang...uh dorang uh dorang uh ka-kawan Dhia masa Dhia cuti kat KL. Dorang datang sini sebab ada hal. Do-dorang yang hantar Dhia balik." Suara Dhia takut-takut menjawab bertanyaan abangnya.

"Kan Dhia balik naik coach? Abang Di sendiri yang bilang abang." Abang Dhia memandang Iqbal dan Faiz lalu bersambung, "Adik baru kenal dorang seminggu adik dah percaya dorang? Adik dah bawak dorang balik rumah? Adik tak tahukan yang abang dah balik?"

Dhia hanya menggelengkan kepala sambil menunggu abangnya menyambung kata-katanya.

"Jadi adik nak ajak dorang masuk rumah? Adik dan dorang aja? Kau ni dah hilang akal ke?"

"Uhm, bang, sebenarnya ini salah saya. Saya yang nak ikut naik. Saya nak mintak maaf personally dekat keluarga Dhia. Sebab sayalah yang buat Dhia pulang lambat. Sebab saya Dhia tertinggal bas. Itu yang adik saya datang ambil kita dan hantar Dhia balik rumah." Iqbal mencelah. Melihat wajah muram Dhia membuat hati rasa amat-amat bersalah. Siapa sangka wanita ini ada abang garang macam singa?

"Adik tak bilang ke yang abah tak ada rumah? Siapa nama tadi? Iqbal?"

"Ye bang. Dan ini Faiz."

"Nama abang, Diyan. Terima kasihlah sebab hantarkan adik abang. Kau orang boleh pergi sekarang." Diyan berkata. Suaranya cuba dilembutkan. Kesian pulak melihat semuanya kecut perut.

"Sebenarnya kami tak ada tempat tidur untuk malam ni. Kami tak sempat book hotel. Saya ingat nak mintak kebenaran abang untuk tumpang tidur sini malam ni. Esok pagi kami akan pergi cari hotel." Iqbal bertanya dengan sopan.

Permintaan Iqbal membuat Dhia dan Faiz terkejut. Namun Faiz lebih pantas menangkap tujuan sebenar abangnya.

"Ye bang. Kami sebenarnya datang sini last minute, itu yang tak sempat nak book hotel." Faiz menambah.

"Ok." Kata Diyan.

"What?" Dhia mengalihkan pandangannya arah Diyan. "Abang, kasi dorang tidur sini?"

"Terima kasih bang. Terima kasih." Iqbal berkata sambil tersenyum.

"Abang, are you serious?" Dhia bertanya. 'Abang! Abang tahu tak salah satu di antara dorang ni suka adik? Abang tak risau ke pasal adik?!'

"Serious lah. Dorang penat-penat drive adik balik. Lagipun kalau adik percayakan dorang, abang pun percayakan dorang." Diyan berkata. "Dah adik, pergi masuk bilik dah rehat. Mesti korang semua penat. Iqbal dan Faiz boleh tidur luar sini malam ni."

~

"Mari sarapan." Ajak Diyan.

Dhia perlahan-lahan menuju ke meja. Tidak ada yang istimewa pun. Hanya roti bakar, tuna, nutella, mentega dan kaya terhidang di atas meja. Namun yang menarik abangnya membawa pulang kimchi. Dhia memerhatikan abangnya mengambil sekeping roti dan dia meletakkan kimchi di atasnya. Sungguh berselera abang menikmati sarapan.

"Bila abang balik? Bukan abang ada lagi setahun ke kat sana?" tanya Dhia. Dia ingin bertanyakan soalan itu sejak semalam lagi. Tetapi kerana terlalu letih, dia tidak sempat.

"Semalam pagi. Abang balik untuk dua tiga bulan aja. Abang tengah semester break. Rindu pulak dengan adik abang ni. Risau pun ada." Diyan berkata sambil mengunyah. Dia seperti teringatkan sesuatu lalu bangun dan melangkah ke dapur.

"Selamat pagi Dhia." Faiz berkata akhirnya. Lelaki itu sudah selesai menjamu selera. Dhia hanya tersenyum.

"Saya mintak maaf kalau kami ada membuat Dhia dan abang Dhia tak selesa. Rasa bersalah sangat sebab main terjah aja ke rumah Dhia." Faiz berkata lagi.

"Tak apa. Abang pun nak mintak maaf kalau abang nampak garang sangat semalam. Sebenarnya abang risau aja pasal Dhia. Dia satu-satunya adik abang." Diyan berkata apabila dia muncul kembali dari dapur. Tangannya menghulur Dhia dua biji pil kecil. Dhia dengan pantas mengambilnya dan memasukkan ke dalam mulut. Dia tidak mahu salah satu lelaki itu sedar perbuatannya.

"So berapa lama korang dekat Singapore?" tanya Diyan.

"Tengoklah macam mana dengan meeting kami. Mungkin dalam seminggu?" Iqbal menjawab. Matanya memandang Dhia. mungkin Faiz tidak melihat pil yang dimakan Dhia tetapi Iqbal dapat melihat. Hatinya meronta-ronta ingin tahu pil apa yang dimakan wanita itu. Tetapi disabarkan hatinya kerana dia tahu Dhia pasti tidak mahu Faiz atau dirinya tahu tentang pil itu.

"Jadi keluarga korang nak kembangkan bisnes hotel korang ke Singapura?" Diyan bertanya.

"Ya. Sebab itu kita kena jumpa potential client di sini. Inshaa Allah kalau tak ada masalah, dapatlah kami kembangkan bisnes keluarga kami." Faiz menjawab soalan Diyan.

Iqbal masih sibuk memerhatikan Dhia. Dhia sedar dirinya diperhatikan oleh Iqbal. Rasanya dia tahu kenapa Iqbal memerhatikannya. 'Oh no. Bagaimana reaksi lelaki ini?'

~

"Terima kasih bang sebab sudi benarkan kita tidur sini malam tadi." Faiz berkata. Faiz dan Iqbal sudah bersiap sedia untuk pergi ke meeting mereka. "Insha Allah sebelum kami pulang kami akan jumpa abang dulu."

"Datang aja bila-bila. Friends of Dhia are friends of mine too." Diyan berkata dengan ramah. "Dia pergi hantar mereka kat bawah blok."

Dhia yang hanya mendiamkan diri sejak tadi akur dengan kata-kata abangnya.

Sebaik sahaja sampai di bawah Faiz lalu sahaja melangkah ke keretanya. "Dhia, tiket apa ni?"

Dhia memandang tiket yang dihulur Faiz. Dhia ketawa sedikit. "Awak kena saman."

"What?"

"Yelah awak park sembarang. Awak ingat ini drama ke? Ada orang park kan kereta awak bila awak tinggalkan macam itu aja? Sini awak kena bayar parking, kalau tak kena saman."

Faiz membuat muka sedih.

"Anyways, welcome to Singapore. Singapore welcome you with a fine. Enjoy your stay!" Dhia meniru lagak tour guide.

"Dhia, I want your number." Iqbal berkata selepas Faiz akhirnya masuk ke dalam perut kereta.

"Buat apa?"

"Kan I nak berkenalan dengan you. Please? I promise I won't call you kacau you selalu."

"Fine. You hanya boleh call I bila ada hal penting aja. Nothing else. Promise?"

"Promise."
--

Day 8
Bunyi lagu default Iphone memecah kesunyian di dalam lift. "Yes abang?"

"Rumah kak Raudah? Ok." Sebaik sahaja mematikan talian, Dhia memicit angka dua belas. Keluarga Kak Raudah tinggal sama bangunan dengannya. Satu unit rumah merupakan rumah Kak Raudahnya dan unit di sebelah adalah rumah ayah Kak Raudah. Mereka senang tinggal berdekatan. Hubungan kekeluarga mereka lebih erat begini.

"Betul ke mamat godzilla tuh hantar balik?" tanya Radiah sebaik sahaja Dhia memasukki rumah mereka.

"Mana satu godzilla?" tanya Diyan.

"Yang nama Iqbal. Dengan si Iqbal, Dhia ni asyik menyinga aja." Rafidah menyampuk.

"Dhia, lain kali jangan buat macam tuh lagi. Buat hati perut akak risau je. Lagi-lagi bila si Yan telefon cakap kau belum sampai. Dah lah akak dan abang kau ni fikir yang bukan-bukan. Akak rasa bersalah sangat tinggalkan kau seorang." Raudah mengomel. Bukan apa, dia risau sangat jikalau ada sesuatu buruk yang terjadi kepada adik saudaranya.

"Kak Raudah belum give birth pun dah mula berleter. Kesian dengan anak sedara Dhia nanti," ujar Dhia dengan malas sambil berlalu ke dapur. Tekaknya terasa amat dahaga. Cuaca di Singapura teramat lah panas. Kalau cuaca begini berendam dalam swimming pool pun best. Minda Dhia mula kembali ke waktu Iqbal mengajarnya berenang. Badan tegap Iqbal kembali menari-menari di dalam mindanya. 'Ya Allah kenapa dengan kepala otak ni?!'

"Iqbal eh yang confess kat Dhia?" bisik Radiah.

Dhia yang asyik mengelamun terperanjat dengan kehadiran kakak saudaranya. "Ish sejak bila Kak Radiah ni jadi busybody?"

"Mesti si Iqbal yang confess kat Dhia. Kalau bukan pasal dia sukakan Dhia, takkan dia sanggup naik sama bas segala. Siap hantar depan pintu lagi. Apa kes pulak adik dia? Tak pernah pulak kau kenalkan kita orang dengan dia." Radiah mula cuba untuk meneka hal sebenar.

"Kak Radiah rasa dia ikhlas ke?"

"Jadi betul lah si Iqbal tuh confess yang dia suka kau? Tapi dah agak dah. Dari masa dia mula kenalkan diri lagi. Asyik tersenyum-senyum je bila tengok kau." Radiah berkata.

"Tapi kenapa Dhia?"

"People cannot control their feelings. Who knows why?"

Sekali lagi telefon bimbit Dhia berbunyi. Private number tertera di skrin telefon. Kerana Dhia berkerja dengan media, dia sudah biasa mendapat call dari private numbers. Mungkin ini salah satu panggilan dari kerja.

"Helo?"

"Dhia?"

"Yes speaking."

"Tak sangka you kasi number betul. Ingatkan you nak kelentong I. Baik jugak hati you."

Dhia mula kenal dengan suara garau ini. 'Panjang umur dia. Baru aku sebut.'

"I'm not that cruel sampai nak kasi number palsu."

"So that means you beri I peluang untuk kenal dengan you lah?" tanya Iqbal.

"You nak kenal apa? Kan dah kenal."

"You sendiri cakap I tak kenal Dhia Arifah yang kat Singapore. So here I am. I nak kenal you."

"What is there to know? I biasa je. Mungkin you yang terlebih berangan ingatkan I ni special sangat. I'm nothing special."

"No. I pasti you lain dari yang lain. I know it." Jawab Iqbal. Mendengar kata-kata Iqbal membuat bulu romanya ternaik.

"You nak apa? Kan I dah bilang, call bila ada benda important aja." Suara Dhia kembali dingin.

"I tak important ke?"

"Tak."

"Ouch you just hurt my feelings. Sekarang siapa nak ubat?" Iqbal berkata. Suaranya berubah menjadi lebih romantik. Sekali lagi bulu roma Dhia ternaik.

"Eww boleh tak you jangan jiwang. You nak kenal I? Fine. First of all, I tak suka lelaki jiwang."

Iqbal tergelak besar di hujung talian. Gelak Iqbal membuat jantung berdegup kuat. Tanpa Dhia sedari gelak Iqbal membuatnya tersenyum. Apabila dia tersedar akan aksinya itu dengan pantas Dhia berkata dengan garang, "Only call me when its really important."

Dhia mematikan talian sebaik sahaja berkata begitu. Dia terpandang Radiah yang masih berada di situ. Radiah tersenyum namun dahinya berkerut. "Akak macam kenal senyuman tuh."

~

Dhia dan abangnya berjalan pulang ke rumah mereka. Langkah Dhia terhenti melihat pintu rumahnya terbuka. Dhia memandang Diyan. Wajah Diyan membatu. Namun Diyan sempat menggengam tangannya lalu dilepaskan. Dhia tahu abangnya cuba untuk memberi kekuatan kepadanya. Namun selepas seminggu berada di tempat lain, dia tidak tahu kalau dia mampu untuk terus kuat.

Mereka melangkah masuk. Di atas sofa rumahnya kelihatan sekujur tubuh terbaring kaku. Wajah abahnya direnung. Seminggu tidak berjumpa namun wajah abahnya tetap sama. Misai yang berselerak tidak dicukur. Baju kemejanya ronyok. Stoking dan kasut masih di kaki. Jelas sungguh abahnya terus berbaring di atas sofa sebaik sahaja melangkah masuk rumah. Dhia memandang jam dinding. Waktu baru pukul lima petang.

Terdengar dengusan kasar abangnya. Dhia menoleh melihat wajah abangnya yang merona merah. Jika semalam wajahnya garang, hari ini wajahnya amat bengis.

"Abah!" laungan kuat Diyan membuat Dhia terperanjat. Namun abahnya tidak sedikit pun tersedar. Dia masih enak terlena. Dhia tahu lena abahnya bukan sebab penat. Tetapi sebab abahnya sedang mabuk. Mabuk akibat air yang diharamkan Allah.

Diyan mengoyang-goyangkan bahu abahnya dengan kasar. "Bangun!!!"

"Ehhhhhh diamlahhhhhh bisinggggg aku nak tidur........" abahnya bersuara namun tidak terang. Jelas sungguh dari kata-kata abahnya, dia mabuk. Dada Dhia mula terasa sempit.

"Bangun lah! Lain kali kalau mabuk jangan balik rumah. Jangan bawak dosa kau kat sini. Aku ingat setahun aku pergi ada jugak perubahan. Tapi ini tidak semakin teruk adalah!" marah Diyan. Dia sudah mula mengegar-gegarkan bahu abahnya. Sekarang dia masih waras. Jika tidak sudah lama dia mencederakan lelaki yang dipanggil abah ini. Hatinya membengkak melihat keadaan lelaki berumur separuh abad itu.

"Diam lahhhhhhhhhhhhhhhhhh kau tidur aku tak kacau pun jangan kacau aku." perkataan yang keluar dari mulut abahnya sukar difahami.

Diyan mula menyinga. Dengan lalu dia mencapai botol air yang kebetulan berada di atas meja lalu di simbah ke muka lelaki itu. Memang di mata orang perbuatannya nampak melampau atau kurang ajar tetapi lepas bertahun-tahun menghadapi masalah ini, orang lain juga akan bertindak sama sepertinya.

"AHHHHHHH KAU DAH GILA KEEE?!!!" marah abahnya. Kini dia sudah semakin sedar dari mabuknya.

"KAU TAK BOLEH NAMPAK AKU SENANG KE? KAU ORANG BERDUA SAMA AJA MACAM MAK KAU MENYUSAHKAN AKU. KALAU AKU TAHU KAU ORANG MENYUSAHKAN AKU MACAM GINI AKU, BAIK AKU TINGGALKAN AJA DULU!" Abah mengherdik Diyan dan Dhia. Mata Abahnya berhenti ke arah Dhia.

"KAU! PATUT AKU BIARKAN AJA KAU LEMAS. MENYUSAHKAN AKU AJA!"

"ABAH!" Diyan sekali lagi melaung. Lelaki separuh abad itu seharusnya sedar yang dia merupakan seorang ayah dalam hidup mereka. Dan bukan seorang kaki mabuk yang hanya tahu salahkan semua orang kecuali diri sendiri. Dia mahu abahnya kembali.

Dada Dhia semakin sempit. Dhia rasa dadanya dihimpit. Setiap kata-kata abahnya berulang-ulang di dalam kepala seperti radio rosak. Nafasnya tersekat-sekat. Kepalanya terasa seperti kurang udara. Tompok-tompok hitam mula kelihatan. Hanya kata-kata abahnya kedengaran. Dhia seperti sudah tidak tahu bagaimana hendak bernafas.

"Aaaabang," hanya itu yang sempat Dhia panggil sebelum dunianya terus gelap.

~

Rafidah duduk bertentangan Ayahnya. Rafidah memerhatikan ayahnya yang leka menonton berita. Radiah juga sedang turut duduk menonton berita. Mereka sudah kembali ke rumah mereka sendiri iaitu bersebelahan rumah kakak sulungnya. Sejak arwah ibunya meninggal dunia, ayahnya sering mengingatkan betapa pentingnya keluarga. Kawan, kekasih, suami boleh dicari ganti. Namun keluarga hanya satu. Jangan pernah sekalipun melupakan keluarga. Kerana itu Raudah telah mengambil keputusan untuk membeli unit rumah bersebelahan rumah mereka. Supaya dia dapat hari-hari melihat ayahnya. Untung Fendi tidak kisah malah lebih senang begitu.

"Ayah, Rafidah ada sesuatu nak bilang ayah."

Suara perlahan Rafidah membuat Radiah faham apa yang hendak kakaknya katakan.

"Rafedah nak tangguh pernikahan Rafidah. Rafidah dan Zul belum bersedia." Rafidah berkata dengan perlahan. Dengan sabar dia menanti jawapan ayahnya.

"Iyalah. Nanti ayah bilang pak long. Insha Allah dia boleh uruskan," ayahnya berhenti seketika. Dia menoleh ke arah anaknya sambil bersambung, "Tak apa. Ayah tak kisah berapa lama anak ayah ambil untuk bersedia. Ayah faham kahwin ini perlukan banyak persediaan. Awak fikir dulu. Fikir masak-masak, lepas tuh bilang ayah keputusan awak."

Kata-kata lembut ayahnya menenangkan hati Rafidah. Alhamdulilah, dia dikurnia ayah yang sungguh baik.

"Radiah, nanti suruh Zaifullah datang rumah dan bawa rombongan meminang." Sambung ayahnya. Radiah tersenyum. 'Terima Ya Allah kerana kau berikan kami Ayah yang terbaik buat kami.'

~

"Dhia, breath in breath out. Ingat apa doktor cakap. Happy place. Find your happy place." Suara Diyan menceroboh cuping telinganya. Setelah hampir apa Dhia rasa sejam, barulah Dhia dapat kembali ke alam nyata. Dhia mula membayangkan happy placenya. Ironically, happy place nya adalah kenangan lalunya bersama keluarganya. Pernafasan Dhia kembali lancar. Dadanya semakin lapang. Di mindanya tergambar dirinya dan juga keluarga berkelah. Abah dan mamanya tersenyum gembira. Dia sibuk bermain dengan abangnya. Semua tergelak gembira. Semuanya normal.

"Dhia?" Diyan memanggil adiknya.

"I'm ok bang."

"Nah, makan ni." sekali lagi Diyan menghulur dua biji pil kecil kepada Dhia.

"Adik,I am so sorry."

"Tak apa abang. Bukan salah abang. Bukan salah abang yang adik boleh kena panic attack. I should have been able to control myself. Bukannya adik tak belajar macam mana nak control panic attacks." Dhia berkata sambil duduk di atas sofa yang menjadi tempat abahnya berbaring tadi. Abahnya sudah keluar rumah sebaik sahaja mengeluarkan kata-kata kasar tadi.

"Mungkin sebab dah lebih seminggu adik tak jumpa abah, adik jadi terlalu selesa."

"Adik, you shouldn't be afraid of him."

Dhia hanya tersenyum tawar.

"Abang minta maaf adik." Diyan berhenti seketika. Wajahnya berkerut seribu. "Abang minta maaf sebab tinggalkan adik dengan dia."

"I'm fine. Selalunya bila dia tak mabuk, I don't even interact atau cross path dengan dia. Dan bila dia mabuk, adik tak kacau pun. So I'm fine when you're gone abang. Don't feel guilty." Dhia berkata sambil menutup mata. Penat datang dengan tiba-tiba. Dia penat. Dia sudah lama penat.

"Adik..."

"Adik masuk tidur dulu. Adik rasa penat sangat tiba-tiba. I'll just see you in the morning. Selamat malam." Dhia meminta diri.

Diyan hanya memerhatikan langkah adiknya. Dia risau. Dia risau jikalau apa yang terjadi dua tahun lalu berulang kembali. Dia takut kali ini ia akan semakin teruk.

~

Iqbal melabuh punggung di atas katil bilik hotelnya. Setelah selesai dengan ke semua mesyuaratnya, dia mengambil keputusan untuk duduk di hotel sahaja. Badannya terasa penat sangat. Fikiran Iqbal melayang ke kejadian semalam. Walaupun tidak lama, dia bahagia dapat bersama dengan Dhia. Walaupun sedikit, dia berpuas hati dapat mula mengenali wanita itu.

Iqbal merenung telefon bimbitnya. Jari-jemarinya gatal hendak mendial nombor Dhia.

Iqbal teringat pula akan pil yang dimakan Dhia. Pil apa itu? Sakit kah dia? Ah baik aku call aja!

Iqbal sabar menanti panggilannya dijawab. Lama juga dia menunggu dan akhirnya kedengaran suara perlahan Dhia.

"Hello?"

"Hello, Dhia? I ganggu ke?"

"Tak..."

"Kenapa dengan suara you? You ok ke?"

"Ok."

"Are you seriously ok?"

"I'm fine Iqbal."

"Dhia jangan tipu. Kenapa suara you macam sedih aja?"

"I'm fine Iqbal. I'm tired, I nak tidur. You call besok ajalah."

Dengan itu talian di hujung sana mati.

~

Dhia menangis teresak-esak sebaik sahaja mematikan talian. Dia melepaskan pisau cukur ditangannya. 'Ya Allah... Apa yang aku hampir lakukan?'
--

Day 9
Day 9

"Adik! Adik! Jangan buat abang macam gini dik! Bangun adik! Jangan tinggalkan abang! Jangan pergi ke mana abang tak boleh ikut!"

"Encik, her heart is failing. Be prepared for the worst."

"ADIKKKKKKK!"

"Arggh!" Dhia teriak kecil. Dia tersedar dari tidurnya kerana mimpi itu. Dahinya basah dengan peluh sejuk. Sejak dari pulang dari KL, mimpi buruknya semakin menjadi-jadi. Masalahnya Dhia tahu semua itu bukan mimpi.

Matanya terpandang pisau cukur yang masih terletak di atas lantai. Tangannya pantas mengutip pisau cukur itu lalu dibuang dalam tong sampah. 'Ya Allah, kuatkanlah imanku. Janganlah kejadian semalam berulang kembali.'

Bunyi ketukkan di pintu memberhentikan lamunannya.

"Dhia, pergi mandi dan siap. Kita keluar makan breakfast." Suara Diyan kedengaran di balik pintu.

"Ok!"

~

"Dhia kenapa muram je? Rindu KL ke?" tanya Raudah yang sejak tadi asyik memerhatikan adik saudaranya. Entah mengapa hati Raudah seperti tidak boleh senang. Lebih seminggu lalu, adik bongsunya yang dilanda masalah. Kemudian Rafidah. Sekarang Dhia pula? Hai... siapalah yang karangan cerita ni? 'Hei sang penulis, boleh tak cepat-cepat kasi happy ending?!'

"Nak rindu KL apanya? Orang KL tuh hah, ada kat sini. Call aja; dia sampai." Radiah menjawab soalan Raudah yang dibiarkan sepi oleh Dhia.

"Merepek je kak Radiah ni. Makan ajalah senyap-senyap." Bangkang Dhia.

"Jadi Pak Su buat hal lagi?" tanya Raudah kepada Diyan.

Wajah Diyan mengeruh. "Yan ingatkan dia dah berubah. Iyalah, Dhia pun selama setahun tak bilang Yan apa-apa. Tapi bila Yan nampak dia mabuk semalam, sungguh Yan tak dapat kawal kemarahan Yan."

"Diyan, akak tahu Yan marah. Tapi Yan kena ingat, he is still your father. Baik atau buruk dia Yan tetap kena hormat dia sebagai ayah. Selama ni pun kita tak tahu kenapa Pak Su asyik minum. Yan dah cuba berbual dengan dia?" Raudah sedaya upaya memberi nasihat dan sokongan.

"Nak cakap macam mana kak? Kalau tak mabuk, dia tak ada rumah. Kalau ada rumah pun dia tidur aja. Di kacau, meradang. Entahlah."

Berbicara tentang abahnya membuat Dhia rasa lemas.

"Dahlah. Inshaa Allah satu hari nanti abah akan berubah. Allah yang maha mengetahui segalanya." Dhia berkata dengan perlahan.

Kesemua yang berada di meja memandang Dhia lalu mengangguk. Dalam situasi ini, Dhialah yang panggil mereka risaukan. Insiden lalu tidak boleh berulang lagi. Rasanya semua tidak sanggup ulangi apa yang terjadi pada Dhia.

"Assalamuai'laikum." Suara Zaiful menyampuk perbualan mereka.

"Zaiful!"

"Diyan!"

Kedua sahabat baik itu bersalaman. Zaiful merupakan kawan baik Diyan sewaktu di bangku sekolah. Mereka sudah berkawan lebih sepuluh tahun. Zaiful tempat Diyan mengadu dan meminta pendapat. Siapa sangka, kawan baiknya bertemu jodoh dengan sepupunya.

"Korang ni tersengih-sengih kat each other. Dah macam korang pulak yang couple." Radiah menegur. Kelakar rasanya melihat bakal tunangnya dan sepupunya saling tersengih-sengih macam dalam cerita bollywood.

"Eh Radiah. Sebelum kau couple dengan Zaiful ni, aku tau buah hati pengarang jantung dia. Tapi yelah, korang kan dah nak kahwin...siapalah aku padanya..." Diyan membuat suara sedih.

"Dahlah Yan... Janganlah kau buat drama sinetron sebabak kat sini. Semua aku sayang. Cuma Radiah aja aku sayang lebih banyak." Zaifullah berkata.

Suasana yang mula ceria membuat mood Dhia semakin baik. Akhirnya dia berkata, "Eeee kenapa semua jiwang ni? Agaknya kalau jatuh cinta memang macam gini kot!"

"Jangan cakap meluat pulak Dhia. Tak lama lagi Dhia pun sama. Kang nanti gelaran godzilla bertukar jadi honey pulak." Radiah menjawab ejekkan Dhia dengan ejekkan.

Dhia membuat muka meluat. Sudah tidak kuasa hendak menbangkang kata-kata Radiah. Bukan dia nak dengar pun. Buang air liur je.

"Aku betul-betul nak jumpa si mamat godzilla ni lagi lah. Kali ni aku nak goreng dia habis-habis. Ohhh nak tackle adik aku eh?? Suruh dia tackle aku dulu!" Diyan bergurau.

"Abang!!"

~

"So we will proceed with the agreed tender. Our company is very happy to be working with your hotel. We have heard many good things. Especially about you Mr Iqbal."

Iqbal hanya tersenyum merendah diri mendengar pujian itu. Apa yang hendak dimegahkan? Dia hanya manusia yang boleh merancang, Allah yang menentukan segala. Baik katanya, baiklah benda itu.

Monologue nya terhenti apabila klient itu bertanya, "So have you gone sight-seeing yet? Singapore definitely has a lot of places for entertainment. Do you need a tour guide? We can arrange a tour guide for you."

"I would love to go sight-seeing. But its ok. I've got my own personalize tour guide for this trip. And hopefully many more to come."

Di dalam minda Iqbal hanya ada satu tour guide yang Iqbal mahu. Tapi punyalah susah nak dapat. Allah ajalah yang dapat lembutkan hatinya.

~

"Faiz, aku nak kau balik KL and submit tender kat HR. From there Russell akan guide kau." Iqbal berkata sambil menyerah tender itu kepada adik tirinya. Mereka sedang menjamu selera di hotel di mana meeting itu berlangsung.

"Abang tak ikut balik?" tanya Faiz.

"Tak. I still have some work to do."

"Kerja ke mengorat?"

Pertanyaan Faiz menghasilkan senyuman dibibir Iqbal. "Well, the best man wins."

"Then I'm staying." Faiz berkata. "It's no fun kalau your competition tak ada sekali."

"Tapi kau dah janji dengan mama to do well in this project. Kau yang berjanji." Iqbal berkata lagi. Dia tahu, kali ini kemenangan berada di tangannya.

"Faiz bergerak petang ni."

~

Bunyi nada deringan default iphone kedengaran. Dhia mengambil telefon bimbitnya dan membaca nombor telefon di skrinnya. Unknown number.

"Hello?"

"Selamat tengah hari Dhia Arifah." Suara ceria Iqbal kedengaran di hujung talian.

"Khairun Iqbal, well how lovely." Dhia berkata dengan mendatar.

"Surprisingly suara you kedengaran very professional over the phone. But still very sweet. Macam mana tuh?" Iqbal berbual kosong. Namun memang benar, suara wanita itu kedengaran merdu aja dicorong telefon. Alah, kalau dah suka, suara macam katak pun dikata merdu.

"Iqbal, you dah tak ada kerja ke sampai tanya soalan yang tak masuk akal langsung," Dhia sudah memperbetulkan kedudukkannya.

Kedengaran Iqbal tertawa.

"Have you had lunch?"

"Diet."

"Betul ke? Are you sure you're not munching on chips sambil tengok youtube?"

'Oh.My.God. Mamat ni stalker ke?!' Dhia panik seketika. Matanya memandang potato chips brand calbee yang sedang enak dinikmatinya. Komputer ribanya juga elok terletak di atas pehanya.

"You...you kat mana ni? you... you tak ada me me meeting ke? dok sibuk mengacau orang je..." Suara Dhia gugup memarahi Iqbal.

"I dah habis meeting dah. Kalau you nak tahu, it went well. So sekarang I nak ajak you lunch. Turunlah, I kat bawah ni."

"HAH? YOU YOU KAT BAWAH?"

"Its either you turun or I naik."

Dhia memandang abangnya yang sedang sibuk buat kerja di dalam biliknya. Mati aku kalau abang jumpa si godzilla ni lagi! Aduh benci betul lah!

"I'm coming down in ten minutes."
--

Day 9
Rafidah melangkah keluar dari Masjid Sultan yang terletak di Kampong Glam, salah satu lokasi tarikan masyarakat melayu dan juga pelancong.

Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Pada hari itu, dia berpeluang untuk mendengar ceremah dari Yasmin Mogahed, penulis yang terkenal dengan bukunya; Reclaim your Heart. Topik yang bincangkan adalah mengenai menyanyangi diri sendiri dan bagaimana hendak pulih dari ditinggalkan orang yang tersayang. Topik itu amat kena sekali dengan situasi hidupnya. Fikirannya jauh terbang memikirkan tunangnya Hafizul yang entah ke mana. Hafizul berkata dia hendak mencari dirinya. Dia hendak menjadi lelaki dan suami yang soleh. Dia ingin kembali ke jalan Allah SWT.

Surat dari Hafizul membuat Rafidah terfikir. Dia juga bukan wanita sempurna. Dia jauh sekali dari wanita sempurna. Banyak cacat celanya. Banyak yang boleh dia berbaiki. Yang paling penting, dia mahu membaikki hubungannya dengan Allah SWT. Kerana itu dia faham. Dia faham mengapa Hafizul mahu pergi mencari diri. Dia juga perlu masa. Dia perlu mencari dirinya juga.

Ya Allah, kau permudahkanlah berjalanan kami untuk mencari mu. Kau bimbinglah kami.

~

"Awak dah ada tarikhnya?" tanya Radiah sambil menjamu selera di sebuah kafe yang baru dibuka. Matanya memandang ke arah Zaiful yang turut menjamu selera. Menu mereka petang itu adalah, steak. Kafe yang dikendalikan sahabat Zaiful mempunyai salah satu steak yang halal dan enak.

"Dah. Saya dah bincang dengan mak ayah saya. Mereka kalau boleh nak mempercepatkan majlis ni. Kata dorang benda baik jangan ditangguhkan." Jawab Zaiful. Dia meletakkan pisau dan garpunya. Steaknya sudah hampir habis dimakan. "Saya pun setuju. Baik kita cepatkan tarikh. Maklumlah, sementara awak masa nak. Itupun kalau ayah awak setujulah."

"Awak, kan saya dah berikan keputusan saya. Inshaa Allah, kalau awak jodoh saya, nikahlah kami." Radiah menjawab dengan tenang. Suapannya juga sudah berhenti.

Zaiful memandang Radiah dengan lembut. Allah sahaja yang tahu betapa wanita ini membuatnya bahagia. Dan impian untuk memperisterikan wanita ini amatlah diharapkan. Wanita ini istimewa. Syukur Allah pertemukan mereka. Namun ada sesuatu yang harus dia tanya pada wanita itu. Jika tidak ditanya sekarang, dia takut hal ini akan menjadi nanar dalam hubungan mereka.

"Radiah, awak sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan Haziq kan?"

Radiah sudah bersedia dengan soalan itu. Dia tahu, lambat-laun Zaiful akan bertanya tentang lelaki itu. Jika dulu, Radiah akan mengelak. Namun kali ini, biar lelaki di hadapannya tahu isi hatinya. Dia ingin memulakan lembaran baru dalam hidupnya.

"Tidak. Lelaki itu sudah tidak ada hubungan dengan saya. Kalau dia cuba contact saya, inshaa Allah, saya janji saya akan terus bilang awak. Saya sudah tidak tahan lagi dikejar bayangan semalam. Apa yang Haziq buat memang amat kejam. Hati saya luka dan kecewa. Apa yang Harziq buat telah membuatkan saya sukar untuk membuka hati saya untuk orang lain. Jujur selama ini saya masih marah. Sangat marah. Untuk memaafkan dirinya memang amat sukar." Airmata yang degil mahu jatuh ditahan jua. Sudah cukup airmatanya jatuh untuk lelaki itu.

"Tapi, Haziq juga manusia. Dia juga membuat silap. Syaitan turut mengodanya. Ujiannya mungkin lebih hebat dari kita. Sedangkan nabi memaafkan umat-umatnya, apalagi kami, hamba yang hina. Sukar namun saya akan cuba. Saya perlu maafkannya untuk bahagia. Biarlah dosanya, Allah yang balas. Siapa saya untuk menghukumnya?" sambung Radiah.

Sedikit airmata berjaya lolos dari matanya.

"Saya hendak bahagia. Di samping awak Zaiful. Di samping awak saya nak bina hidup baru. Hidup yang diredahi Allah. Sudikah awak menerima saya?" Radiah mengakhiri kata-katanya.

Zaiful mendiamkan diri. Hatinya sebak. Hatinya bahagia. Ya Allah, terima kasih kau pertemukan aku dengan wanita ini. Tanpa dapat Zaiful halang, cinta dan sayang nya semakin mendalam terhadap wanita itu.

"Inshaa Allah. Saya terima."

Author's note: hahahaha cuba teka saya dapat line tuh dari siapa? Hehehe inshaa Allah saya terima

~

Raudah sibuk mengemas rumah. Dia bernyanyi bersama radio yang telah dipasang untuk dijadikan peneman. Suaranya kuat melaungkan lagu terbaru Alyah yang berkumandang di radio Warna. Pergerakkannya lincah. Maklumlah perutnya belum membesar lagi. Namun hatinya tidak sabar untuk menerima anak ini. Lapang sungguh dada dapat berterus-terang tentang kehamilannya. Sebaik sahaja sampai rumah, ayahnya orang pertama tahu. Dan kemudiannya baru-barulah rakan-rakan. Sememangnya tidak semua boleh dia beritahu secara peribadi, kerana itu dia umumkan hal ini di muka buku. Walaupun ramai orang kata lelaman sosial media banyak keburukkan, Raudah berfikir sebaliknya. Semua benda akan jadi tidak bagus jika diguna secara berlebihan. Sebab itu semua harus dibuat dan diguna secara sederhana.

Telefon rumahnya berbunyi nyaring. Radionya diperlahankan lalu Raudah menjawab panggilan, "Hello."

"Hello sayang. Buat apa tuh?" suara mesra suaminya menyapa cuping telinga. Raudah tersenyum lebar. Hari ini masuk hari kedua Fandi mula kembali kerja. Namun sudah beratus-ratus kali Fandi menelefon. Dia tahu suaminya risau namun Ya Allah, dia rasa macam budak kecil pulak dirisaukan begitu sekali.

"Kemas rumah."

"Sayang, kan abang cakap jangan buat kerja rumah. Jangan gerak banyak. Sayang kena banyakkan rehat. Rumah, sayang jangan risau. Balik nanti abang yang kemas. Kalau susah sangat, biar abang pasang maid. Lagi senang. Abang bukan apa, abang risau tentang sayang. Kalau apa-apa jadikan susah. Sayang sorang kat rumah. Susah sangat, nanti abang suruh ayah tengok-tengokkan Raudahku ni." Fandi sudah mula membebel.

Raudah menjulingkan mata. Sebetulnya, geli hati juga dengar bebelan Fandi. Selalunya suaminya bukan jenis kuat membebel. Entah angin apa. Macam menyesal pulak bilang dia.

"Abang, perut Raudah masa kempis lagi. Belum sarat pun sampai tak boleh buat kerja segala. Raudah tahulah jaga diri. Tak payah nak susahkan ayah. Nanti lepas kemas rumah, Raudah memang cadangnya nak jengok ayah kat rumah. Abang jangan risau. Raudah boleh jaga diri Raudah. Sebelum abang tahu pun, Raudah tak ada masalah nak jaga anak kita." Kata-kata Raudah terhenti mendengar nafas Fandi.

"Raudahku, abang minta maaf sangat-sangat. Sebabkan perangai abang, Raudahku sampai tidak tahu bilang abang tentang kehadiran anak ini. Memang abang mengaku, salah abang. Sebab itu abang nak tebus kembali silap abang. Abang nak jaga Raudah sebaik mungkin. Selama-lamanya. Abang tak nak Raudah rasa macam mana Raudah rasa beberapa bulan yang lalu. Abang sayang Raudah abang. Dan anak ini, anugerah kita sayang."

Airmata Raudah tumpah. Ya Allah nikmatnya disayangi sebegitu sekali.

"Raudah sayang abang jugak. Tapi abang kena percaya yang Raudah mampu jaga diri sendiri. Nanti bila Raudah dah sarat, kaki dan bengkang, pinggang dah mula sakit, barulah abang boleh protective pasal Raudah. Ok sayang?"
--

Day 9
"I was so close to actually going to your house." Iqbal berkata sebaik sahaja Dhia keluar dari perut lif.

"I told you I was coming." Dhia menjawab. Sebaik sahaja meletak telefon, Dhia bergegas masuk biliknya dan menukar baju. Pakaiannya untuk petang ini amat simple. Baju t-shirt putih dan cardigan berwarna kelabu dan seluar jeans.

"You look good." Puji Iqbal.

"Thanks, I try."

Iqbal mempersilakan Dhia masuk ke dalam perut kereta. "So, you nak lunch kat mana?"

"Eh, you lah decide. You yang ajak I."

"Yes, but I bukannya familiar kat Singapore. So how would I know tempat makan mana yang best." Iqbal kata sambil membuat muka bosan. "Cepatlah, I lapar ni."

"So you ajak I keluar supaya I boleh jadi tour guide you lah?"

"Yes and no. I also nak keluar dating dengan you." Iqbal tersenyum manis.

Sekali lagi senyuman itu membuat hati Dhia berbunga.

"Jangan senyum."

"Why?" Iqbal bertanya sambil melebarkan senyuman.

"Just...don't." Dhia memaling mukanya ke arah lain.

"Are you attracted to my smile?" tanya Iqbal sekali lagi. Kali ini Iqbal mengusik Dhia. Dia memberi wanita itu senyuman paling manis.

"No!" bangkang Dhia namun riak wajahnya berkata sebaliknya. Seluruh mukanya berubah warna ke merah-merahan. Nak buat macam mana, memang lelaki itu mempunyai senyuman yang menarik.

"Oh yes you do. You tertarik dengan senyuman I!" hati Iqbal bangga memikirkan yang dia mampu membuat wanita itu termalu-malu. "Don't worry dear. I pun tertarik dengan you. Everything about you membuat I tertarik."

Muka Dhia sudah semakin merah. Jantungnya berdegup kencang. 'Kenapa aku termalu-malu macam aku ni enam belas pulak! Come on Dhia, you're already twenty-two. Be confident!'

Dhia berdehem kemudian berkata, "You ada rasa nak pergi lunch sendiri? Sebab kalau you asyik kacau I je, you're having lunch yourself!"

"Alah Dhia. I gurau je. Why not you bilang Pakcik Mahmood kita mana you nak pergi." Iqbal menjawab.

Baru Dhia perasan akan kehadiran orang lain di dalam kereta. Pakcik Mahmood tersenyum memandangnya. 'Aduh malunya!'

"Uh kita pergi orchard lah. Terima kasih pakcik."

~

Akhirnya Dhia membawa Iqbal menjamu selera di restoran halal yang terletak di daerah orchard road.

"You selalu pergi orchard?"

"Tak sangat. I don't like it here."

"Oh? Bukan ini salah satu tourism attraction ke?"

"Sebab tuh lah ia dipanggil tourist attraction. Banyak tourist aja yang pergi. Locals tak suka sangat. Well, I guess more of I yang tak suka sangat. Terlalu ramai orang and mahal. Not my cup of tea." Jawab Dhia dengan panjang lebar. Namun matanya tidak berhenti memandang pinggan.

"Habis kenapa you bawak I?"

"You kan tourist. Duh."

"But I also nak pergi dating dengan you. So we should have gone to the place yang you nak." Iqbal memandang sekeliling. Restoran ini bertemakan simplicity.

"You wanted a tour guide, well this is where a tour guide will probably bring you."

Mereka kembali senyap. Dhia sambung suapannya dan Iqbal terus memandang Dhia. Iqbal asyik memandang wajah Dhia. wanita itu tidaklah teramat cantik. Manis, ya. Tetapi dia pasti tidak boleh mengalahkan ratu cantik. Namun yang membuatnya tertarik adalah keperbadiannya. Walaupun dengan dirinya wanita itu sering bertikam lidah tetapi bila tidak, wanita itu sebenar amat lemah lembut. Selalu menjaga mata. Dan rapat dengan keluarganya.

"Cuba you ambil gambar, tahan lebih lama." Ujar Dhia tanpa memandang Iqbal. Beberapa saat kemudian terdengar bunyi kamera. Dhia memandang Iqbal sambil mengerut dahi. "What? You kata ambil gambar, I ambil lah."

Dhia menggelengkan kepalanya melihat sengihan Iqbal.

"So, mana Faiz?"

"Kenapa you nak tahu?"

"Yelah dia kan yang tumpangkan kita."

"I dah suruh dia balik."

"Habis kenapa you tak balik sekali?"

"Sebab I nak spend time dengan you."

Sekali lagi Dhia mengerut dahi.

"Why do you like me? I mean I tahu I pernah tanya you kenapa tapi, I don't know. I rasa macam tak masuk akal."

"You pernah ada boyfriend?" tanya Iqbal.

"I'm not answering that."

"Fine. Kita main ten questions. You pernah ada boyfriend?"

"Mana aci! I kena jawab soalan you!"

"You can just pass...." cadang Iqbal sambil meminum air.

"Fine! Tak ada. Tak pernah ada."

"So you tak pernah ada lelaki confess kat you?"

"Tak. I tak pernah pay attention pun pasal lelaki. I'm that student yang asyik belajar je."

"Kenapa you tak boleh percaya yang I suka you? Like what is so difficult untuk faham?" tanya Iqbal akhirnya.

"Believe it or not, I susah nak faham kenapa you suka I. You dengan I macam langit dan bumi. I know I macam tak acknowledge this about you tetapi you ni kaya raya. The heir to a hotel. Sedangkan I? I'm just someone dari Singapore yang duduk rumah empat bilik. To be honest, famili I tak kaya. But we make do. I have many issues. I'm overall not a prefect girl. Lagi-lagi untuk orang macam you. Ramai lagi wanita from Malaysia and Singapore untuk you pilih. Why me?" Akhirnya Dhia meluahkan apa yang dia fikirkan selama ini.

Iqbal tersenyum. "My dear Dhia. Apa yang you cakap ni, macam I pernah dengar kat drama. I ingat dialog ni kat drama aja buat. Let me just tell you, I tak kisah pun you siapa. You can be the queen of England pun, kalau I tak suka, I tak suka. I'm that guy yang kalau hijau kata I, hijau lah benda tuh. I stick to what I like. Susah untuk I suka seseorang. But bila I suka, I will not let go. I need you to faham dan accept yang I suka you. I am interested in you. I tak suruh you suka I balik, but I need you to open up to me. Kasi I kenal you, and you pun boleh kenal I."

Confession Iqbal membuat Dhia terharu. Entah mana datangnya keyakinan Dhia kepada Iqbal. Melihat mata Iqbal, nampak keikhlasannya. Patutkah?

"Fine. I'll give it a try. I nak you tahu yang its difficult untuk I open up to people. It'll take time dan effort untuk kenal I. Kalau you sudi, I tak kisah. Plus I do have some questions for you." Jawab Dhia akhirnya. 'Apa salah nya kenal lelaki yang aku panggil godzilla ni.'

"Thank you."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience