PROLOG

Drama Completed 93389

Kaki melangkah tenang ketika keluar dari Mahkamah Syariah. Tenang yang berusaha keras dipamerkan, hakikatnya batin meraung. Sekeping hati hancur luluh! Bukan setakat dicerai talak tiga, tuntutan ke atas rumah yang didiami selama dua tahun juga gagal dengan kepetahan peguam itu memutar belit fakta. Sial! Batin menyumpah. Hanya kerana perempuan itu tengah mengandung dan dia dikatakan mandul? Double celaka!

Siapa yang tidak menginginkan anak dengan alasan mahu stabilkan ekonomi keluarga dahulu? Dia yang separuh mati berusaha bila jantan sial itu dibuang kerja… stabilkan ekonomi taik kera!

Bola mata memicing bila lihat sepasang sejoli sedang bergandingan mesra keluar dari perut mahkamah. Siap berbisik-bisik dan tergelak sakan seolah-olah hanya mereka berdua yang wujud di bumi. Rahang terkancing rapat. Dada mahu meletup bila darah mulai menggelegak.

Langkah diatur laju, mahu mengejar dua manusia durjana itu. Tubuh hilang kawalan bila dirempuh kasar dari belakang dengan tiba-tiba. Lebih malang, kasut tumit tinggi terpeleot. Macam mahu tercabut buku lali dari tempatnya. Dia rebah, punggung lebih dulu mencium lantai. Triple celaka!

“Nuh! Don’t do this… I beg you sayang…” Terpicing mata melihat drama kejar mengejar di depan mata. Mujur dia tidak dipijak oleh wanita yang sedang mengejar lelaki yang melanggar dia tadi. Lebih menyedihkan, wanita itu sedang menggendong seorang bayi yang masih merah. Hati yang tengah memanas semakin marak dibaham api bila lihat kejadian itu.

“Jangan ceraikan I Nuh!” Lelaki itu langsung tidak mengendahkan. Melangkah lurus masuk ke dalam mahkamah. Wanita itu cuba mengejar lalu merentap lengan lelaki itu.

“Nuh, please!”

PANG!

Terkejut! Dia yang tengah melihat sungguh-sungguh terkejut. Selama ini dia ingat dialah wanita paling malang di dunia kerana membiarkan diri dibelasah oleh manusia bernama lelaki, rupa-rupanya ada lagi yang lebih malang. Dilempang oleh seorang lelaki di khalayak ramai sambil mendukung bayi yang mungkin baru seminggu melihat dunia… itu terlalu kejam!

Sakit bersalin belum hilang. Luka bersalin belum sembuh sepenuhnya. Kini ditambah lagi dengan tangan suami yang naik di badan… Ya, dia agak lelaki pasti suami wanita itu. Dan wanita yang baru melahirkan itu bakal menerima nasib yang sama seperti dia kerana dia dengar selepas mereka, ada satu pasangan lagi yang akan lafaz cerai di mahkamah.

Dia bingkas bangun. Hampir terduduk semula kerana kaki jadi tidak seimbang. Bola mata turun lalu menyumpah dengan rasa jengkel. Sebelah tumit kasut tinggi patah.

“Nuh!” Wanita itu meraung. Air mata berjujuran jatuh. Hampir terlepas bayi di dalam pangkuan.

“I’d give you enough time, now get lost!!!” Tanpa sedikitpun rasa bersalah, lelaki itu membentak keras. Dasar bajingan! Batin semakin rancak menyumpah. Mungkin kerana dendam pada bekas suami dan lelaki itu hampir sama gaya dengan bekas suami, rasa benci mencanak-canak.

Kasut ditanggalkan kerana terlalu sukar mahu bergerak. Kaki menapak laju menghampiri pasangan yang sedang bergaduh itu.

“Nuh! I can’t live without you!” Lengan lelaki itu cuba disambar sekali lagi.

“Don’t touch me!” Tubuh wanita itu ditolak dengan kasar. Dia ikut menjerit, hampir serentak dengan jeritan wanita itu ketika tubuh terdorong ke belakang sebelum jatuh terduduk di atas lantai. Tangisan bayi bergema, seiring dengan tangisan wanita itu.

Dia yang tengah melihat sudah tidak mampu mengawal perasaan. Laju dia lari mendapatkan wanita itu.

“You okay tak ni?” Usai tanya, wanita yang hampir terlentang di atas lantai itu dibantu untuk duduk. Melihat bayi yang dikendong menangis sepenuh hati, dia rasa tersayat. Malang sungguh nasib si kecil itu. Wanita itu tidak menjawab. Hanya tangisan yang keluar dari bibir. Bola masih masih terpaku pada lelaki yang langsung tidak menoleh ke arah mereka. Dasar bajingan lelaki itu!

“Hey you!!!” Lelaki itu dia panggil dengan suara lantang. Badan sudah terpacak tegak. Jemari yang mengenggam kasut menggigil lantaran rasa marah yang teramat sangat.

Langkah lelaki itu spontan mati. Badan dipusing ke arahnya. Sempat tergamam sebentar ketika pandangan bertaut dengan lelaki itu. Kacak! Sungguh kacak. Jauh lebih kacak dari bekas suami yang dia gilai sejak pandang pertama dalam perut MRT.

“Did you call me?” Tanya lelaki itu kasar.

“This is for you!” Seraya melantun suara nyaring, kasut tumit dibaling deras ke arah lelaki itu.

BUK!

Sebelah kasut tersasar menghentam dinding manakala sebelah lagi mengena tepat di dahi putih licin lelaki itu. Lelaki itu terundur selangkah. Wajah merah padam menahan sakit dan marah sekaligus.

“What the…” Dahi yang tercalar disentuh. Renungan pembunuh dilempar. Tak dinafikan, ada rasa terkejut dengan keberanian wanita yang tidak dikenali itu. Tersentak bila renungan membunuh yang dia lontar ditentang berani oleh wanita itu tanpa sedikitpun gentar.

“Who are you?!” Lelaki itu bertempik dengan berang. Sakit hati melihat jari yang menyentuh dahi kini tercemar dengan darah.

“Get up now.” Pertanyaan lelaki itu dibiarkan seperti angin lalu. Dia malah memaling badan lalu membantu wanita itu untuk berdiri. Pasti sukar melakukannya seorang diri apatah lagi bila kedua tangan digunakan untuk memangku anak kecil.

“Keringkan air mata you. Lelaki bajingan itu sungguh tidak layak untuk you tangisi. One fine day, lelaki itu pasti akan dibalas berlipat kali ganda dari apa yang dia beri pada you. Kirafah itu wujud.” Tangisan wanita itu semakin menjadi-jadi bila dengar apa yang dia katakan. Kening bengkok memandang.
Apa dia ada salah cakap ke? Asal nangis macam kematian laki pula?

“Hey, you! I’m talking to you damn it!” Jeritan kasar lelaki itu dia buat tak dengar.

“Be strong and take care of the baby.” Sempat dia nasihati wanita itu sebelum berlalu. Langsung tak mahu pandang ke belakang. Risau dia akan memaki dan mencarut di depan orang yang lalu lalang.

“Hey!” Lelaki itu menjerit lagi. Lebih keras, lebih berang. Dia berpaling untuk memandang.

“Sorry, I tak bercakap dengan lelaki dayus!” Sinis nada suara, sesinis senyum tak ikhlas yang dia lemparkan. Tak sudi mahu pandang wajah yang seperti disimbah cat merah itu, langkah diteruskan dengan laju.

“Encik Nuhan Hazzan dan Puan Rosalia Damia, sila masuk sekarang.”

Langkah mati di ambang pintu keluar bila telinga menangkap sebaris nama yang dijerit lantang oleh seseorang.

Nuhan Hazzan?

Sebaris nama yang dia dengar itu terlalu familiar. Henfon segera dikeluarkan dari beg tangan. Dia mahu mengetahui lebih lanjut tentang lelaki itu.

Ah?

Nuhan Hazzan… pewaris tunggal Zaba’s Group, nama gah yang bukan hanya digeruni dalam negara malah negara-negara besar di luar. He’s a billionaire! Bakal jadi duda terhangat di pasaran. Dahi berkerut ketika memikirkan sesuatu.

He's the one!

Hi bestie, Mandakz is back! duda ni bakal menggantikan cik ahjuma ya. Empat chapter boleh dibaca secara percuma dan selebihnya kena guna coin. Tq support, love and hugs!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience