Beberapa jam kemudian,mereka telah sampai di lokasi yang diarahkan untuk mereka pergi.
"Aku pergi sorang ek?"
"Iye,dia kata nak jumpa kau je,"Nabilla menarik nafas dalam.Dia pun membuka pintu tersebut.
"Nabilla,"kata lelaki tersebut.Apabila lelaki tersebut mengangkat wajahnya,ternganga mulutnya melihat gerangan lelaki tersebut.
"Paksu?!"
"Inspektor Iskandar,"Nabilla menjeling menyampah.
"Macam mana paksu boleh.."
Tiba-tiba,pintu pejabatnya dikuak dan dapat Nabilla melihat lelaki yang sama menghantar makanan kepadanya.
"Tuan,saya dah hantar laksa tu dekat..."terhenti percakapannya apabila melihat Nabilla yang sedang tajam memandangnya.
"Saya keluar ye,"kata lelaki tersebut dan pergi.Nabilla memandang wajah Iskandar yang sedang menunduk.
"So,paksulah orangnya yang hantar makanan kat kak bell?"
"Ha'ah,haiwat?Tak sedap?"
"SEDAP!DAHLAH LAKSA!"
"Tahu pun.Aku yang buat hang tau?"
"Seriuslah?"
"Serius,untuk hang,"
"Werk,patutlah masin,"
"Kata sedap!"
"WKWKWKWK gurau jee.Sedap sangat!"Iskandar tersenyum malu namun cepat dia menahannya."So,dah sedia nak jumpa si dera?"tanya Iskandar dan Nabilla mengangguk.Kini,emosi mereka bertukar menjadi serius.
(30 minit kemudian)
Nabilla menutup kameranya dan membukanya semula.Begitulah yang dia lakukan selama 5 minit dalam perjalanan.
"Nabilla.Sudahlah,"
"Aku tak sangka.Aku tak sangka semua ni,"Ika melepaskan nafas panjang.
"Perempuan tu pukul lelaki tu dulu Ika!Dia pukul sebab lelaki tu miskin?!Tak dapat beli apa yang dia nak?Sekarang ni aku rasa macam ditipu!Bodohnya dunia!"
"Nak buat macam mana?"
"Kita berpihak yang salah sekarang ni,"Nabilla menelan liurnya.Mengingati setiap perkataan yang dikatakan oleh lelaki yang bernama Ikhwan itu,pendera.
"Dia pukul saya dengan baldi sebab saya tak mampu belikan dia beg.Dia mengadu dekat mak ayah dia yang saya pukul dia,tapi kalau saya tak buat macam tu,saya mungkin akan mati dihunus pisau," - Ikhwan
Nabilla mengetap bibirnya.Fikirannya tiba-tiba teringat akan kejadian yang sama pernah ditimpa oleh Iskandar yang pernah ditolak Natasha sehingga jatuh tangga.'Apa agaknya yang Natasha buat sekarang?'
(2 minggu kemudian)
Nabilla mempersiapkan dirinya untuk pulang ke Perak.Mujur di sana dia sudah mempunyai rumah.Senanglah untuk dia mengendalikan kes di sana.Dia pun menyalam tangan Bariah.
"Hati-hati ye kak,"kata Bariah.Nabilla hanya tersenyum dan mengangguk.Dia pun pergi ke arah Fina pula.
"Hati-hati,"Nabilla mengangguk.
"KAK BELL!"panggil Irwan dan Irdina.
"Apo?"
"Coklat.Kak bell makanlah waktu kak bell balik sana.Ni,ada selimut,"kata Irwan.Nabilla tersenyum manis.
"Terima kasih pak uda,"kata Nabilla."Kak bell balik tau.Apa-apa pun,kak bell kena balik,"kata Irdina pula.Nabilla mengangguk.Dia teringat akan Iskandar.Seingatnya,Iskandar juga membeli rumah di Perak.Cuma kawasannya sahaja tidak dia tahu.Kalau ditanya,kantoilah.
"Kak bell balik dulu,"kata Nabilla,melambai-lambai ke arah keluarganya.
(malamnya)
Iskandar mengemas mejanya.Tibalah masanya untuk dia pulang ke rumah.Dia pun menghidupkan enjin motornya dan pulang ke rumahnya.
Selepas 25 minit dia sampai ke rumah,dia menjilat bibirnya yang kering.Hatinya berdegup laju sehingga boleh dirasai di dada.Tangannya terketar-ketar.Tanpa membuang masa,dia perlahan-lahan membuka pintu rumahnya dengan kuncinya.
Terkejut dua insan itu apabila pintu depan itu dikuak seluas-luasnya.Dapat dia melihat Natasha bersama seorang lelaki sedang duduk berapat-rapat sambil melihat filem di televisyen.
"Iskandar?"katanya,terkejut."Awal...you balik..."katanya lagi,terketar-ketar.
"Ouh,ini rupanya yang berlaku waktu I takdek?Takpek takpek.Teruskan.Seronok cerita ni.Teruskan ye,"
"Iskandar!Tunggu!"Iskandar tidak menghiraukannya.Laju dia menghidupkan motornya dan pergi.
"HUUU!"jeritnya,memberitahu dunia bahawa dia terasa sakit yang amat.
Share this novel