PART 6

Crime Completed 8878

"Kau salah pilih orang Nera. kalau kau tak mahu aku apa-apakan kau, lagi-lagi muka kau yang cantik tu, lebih baik kau jauhkan diri dari suami aku." ujar Melati terus-terusan memberi amaran. ketika ini dia masih lagi mahu memberikan gadis itu peluang.

"Kau ingat aku takut ke dengan ugutan kau tu?" Nera masih lagi mahu bertindak berani. Dia yakin, dia akan dapat merampas Rizal dari Melati.

"Kau tak tahu siapa aku, Nera. Aku harap kau jangan menyesal nanti." kata Melati memberikan peringatan buat gadis angkuh tersebut. Melati merenung wajah gadis itu dalam-dalam. kemudian mengundur dan terus melangkah pergi meninggalkan Nera sendirian di dalam tandas tersebut.

"Perempuan sial!" maki Nera sekuat hati. darahnya mendidih dengan ugutan wanita itu. dia akui, agak takut apabila melihat wajah bengis wanita itu tadi. seolah-olah tiada apa-apa perasaan pada jiwanya. tetapi, itu bukan alasan untuk dia mengalah.

****

Melati terus turun ke lobi bangunan di mana tempat suaminya berkerja. perasaannya berkecamuk dengan tindakkan berani mati gadis itu. tetapi, Melati masih lagi mampu bersikap tenang. Melati masih lagi mampu untuk tersenyum. dengan langkah yang sedikit laju, dia terus sahaja menuju ke parking di mana dia meletakkan keretanya. kawasan parking itu sedikit sunyi. Hanya melati seorang sahaja di situ. tetapi, Melati dapat merasakan ada seseorang yang mengekorinya sejak beberapa hari yang lalu. Maka, kerana sebab itu Melati hanya berada di rumah sahaja. paling kurang pun, dia ke pasar membeli bahan-bahan basah atau ke shopping mall untuk mendapatkan barangan peribadi dirinya.

langkah Melati di perlahankan, dengan berhati-hati dia menggenggam sesuatu untuk mempertahankan dirinya sendiri. Melati adalah seorang yang peka dan cukup berwaspada.

Melati memasang telinga mengamati derap langkah seseorang. wanita ini dengan pantas terus berlari menuju ke keretanya, pintu kereta di buka, dan tanpa di sangka, seorang lelaki tiba-tiba sahaja menghunuskan sebilah pisau yang berkilat di leher Melati.

"Masuk dalam kereta cepat, kalau kau tak nak mati kat sini" Arah Azuan dengan tegas.

Melati hanya mendiamkan diri. Dia mencongak-congak mencari jalan untuk melepaskan diri.

"Masuk!" arah Azuan lagi sambil menolak-nolak kepala Melati. Matanya meliar memandang keadaan sekeliling untuk memastikan tiada sesiapa di situ selain mereka berdua. Melati hanya menurut perintah. di dalam kepalanya sudah terencana sesuatu.Melati tersenyum-senyum.

Di dalam perjalanan, Melati mulai bersuara.

"Kau nak bawa aku ke mana?"

"Kau diam boleh tak?" Marah Azuan. pandangannya masih tertumpu ke arah pemanduannya.

"Aku tanya pun salah ke?" jawab Melati.

"Kau nak apa ni?" Soal Azuan semula.

"Aku ada tawaran untuk kau. bayarannya cukup lumayan" Azuan terus berkalih memandang Melati.

"Maksud kau apa?" Soal Azuan semula, sepertinya lelaki itu seakan-akan berminat dengan tawaran yang di berikan oleh Melati.

"Aku tahu kau di upah seseorang untuk hancurkan aku kan?" Melati cuba menduga lelaki yang ada di sebelahnya itu. "Apa tawaran yang kau nak bagi tu?" Melati tersenyum sinis. perangkapnya sudah mengena.

"Aku nak kita bincang di rumah aku. berdua tanpa gangguan sesiapa. setuju?" Ujar Melati memberikan cadangannya.

"Baik, kalau itu yang kau nak, aku ikut. asalkan kau tak tipu aku. kalau kau cuba-cuba berani menipu aku, tubuh kau akan aku kerat-kerat" ujar Azuan memberikan persetujuannya. manakan tidak, Azuan memang pantang bila terdengar sahaja tentang duit. Azuan menjadi tamak dan dia sendiri tidak menyedari persetujuannya kepada wanita itu adalah tanda dia menyerahkan dirinya kepada Melati dengan rela hati.

Melati tersenyum lebar. senyuman manis yang kadang kala menggerunkan sesiapa sahaja yang melihatnya.
Tanpa berfikir panjang, Azuan meneruskan pemanduannya ke rumah Melati untuk sesuatu yang di anggap penting.

"Akhirnya.." ucap Melati di dalam hati. "tinggg..tongg.." kedengaran bunyi loceng di luar pagar. Nera yang baru sahaja selesai mandi, menjengah keluar tingkap.

Kelihatan seorang lelaki yang bertopi dan berjaket biru gelap berdiri di luar pagar sambil memegang sebuah kotak berwarna merah. Nera mengerutkan dahinya kerana dia tidak mengenali lelaki itu. "Atas urusan apa dia di sini ya?" getusnya di dalam hati. Nera segera menyalin pakaian, lantas terus sahaja menuruni tangga menuju ke ruang bawah.

"Bik Nita!" panggil Nera. Bibik Nita terkedek-kedek berlari anak menghampiri majikannya.

"Ada apa non, Bibik lagi masak di dapur. Ada yang bisa bibik bantu?" terkulat-kulat Bibik Nita memandang Nera.

"Bibik, ada orang di luar tu, tanya dia, ada urusan apa dia ke sini" arah Nera kepada pembantu rumahnya.

"Baik Non Nera" Bibik Nita terus sahaja membuka pintu dan menuju keluar menemui tetamu yang tidak diundang itu. Nera hanya memerhati dari sebalik jendela. kemudian, Bibik Nita kembali masuk ke rumah menemui majikannya. kotak hadiah dari pemberian lelaki itu sudah berpindah tangan. Nera merasa agak pelik kerana tarikh lahirnya belum lagi sampai masanya, dan siapakah pemberi hadiah ini. Nera merasa tidak puas hati kerana tiada langsung nama pengirim yang tertera di situ.

Tanpa membuang masa, Nera terus sahaja membuka penutup kotak hadiah itu dengan perlahan, dan tiba-tiba Nera menjerit sekuat hati.

"Aaaaarrrrggghhhhhhh!!!" Serta-merta kotak itu di campak ke lantai. Mata Nera terbeliak. Bibirnya bergetar. peluh dingin merecik keluar dari liang-liang romanya. Nera mundur ke belakang menjauhi kotak itu.

"Siapa punya kerja ni? siapa lelaki itu?" soalnya sendiri bertubi-tubi.

Bibik Nita yang sedang sibuk memasak di dapur segera berlari keluar mendapatkan majikannya itu yang kelihatannya takutkan akan sesuatu. Spontan juga, Bibik Nita menjerit apabila dia melihat sepasang tangan jatuh tergeletak di atas lantai.

"Bibik, ada nota di situ, tolong ambilkan untuk saya" suruh Nera. gadis itu memang tidak sanggup untuk datang dekat mengambilnya.
Bibik Nita merasa serba salah. Dia juga merasa takut. Takut apabila melihat tangan yang sudah di potong berada di situ. Itu adalah satu pemandangan ngeri baginya.

Dengan langkah yang berhati-hati. Bibik Nita mengambil sekeping nota yang berada di atas tangan tersebut dengan terketar-ketar.

Kemudian,nota itu di serahkan kepada Nera. Nota yang terpalit dengan darah itu di buka dan di baca.
Hadiah dari aku untuk kau. Mesti kau teruja kan? - Melati

Nera menekup mulutnya. Dia tidak menyangka akan tindakkan nekad wanita itu. Nera memandang pula ke arah sepasang tangan yang berlumuran darah. terbit satu persoalan di hatinya, milik siapa tangan itu. apa yang gadis itu dapat lihat, ada sebentuk cincin berwarna hijau di jari manis tangan itu. Nera seakan tidak percaya, mustahil tangan itu milik.... "Argghhh!" jerit Nera di dalam hati.

Tanpa berlengah sikit pun, Nera mencapai telefon bimbitnya. Butang telefon di tekan-tekan. Nombor telefon di dail. Seminit, dua minit sehingga beberapa jam seterusnya, panggilannya tidak di jawab. Nera mulai gelisah.

"Kemana pula dia ni pergi. time-time macam ni lesap pula." bebel Nera. Hati dan perasaan Nera di serang rasa tidak enak. Matanya di alih semula ke arah sepasang tangan yang masih lagi terletak elok di hadapannya. Dia percaya, tangan itu milik seorang lelaki berdasarkan saiz dan bentuknya.

"Sial!" kutuk Nera. telefon di campak ke atas sofa. Nera tidak berpuas hati.

*** Azuan perlahan-lahan membuka matanya. Dia cuba menggerakkan tubuhnya tetapi, ternyata dia gagal untuk berbuat demikian. kaki dan tangannya terikat ketat. Azuan meliarkan pandangan ke arah sekeliling. tetapi pandangannya terbatas kerana keadaan di situ agak gelap.

"Hoi! apa ni? kenapa ikat aku?" Jerit Azuan sekuat hati.
Senyap

"Hoi! kau pekak ke?!" Azuan menjerit lagi untuk kali kedua.
Masih lagi senyap.
Azuan semakin gelisah. Dia tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya. kepalanya pula terasa sakit yang amat sangat. seolah-olah di pukul sesuatu. Lelaki itu mencuba untuk mengingat kembali apa yang brlaku kepada dirinya. Dia mengikuti seorang wanita yang telah menjadi sasarannya untuk di bunuh. Tanpa di sangka, wanita itu menawarkan tawaran yang juga cukup lumayan baginya, dan ketika itu, apa yang ada di dalam kepalanya adalah, dia mahu mengambil kesempatan dari kedua-dua belah pihak. Kerana sifat tamak itulah, dia berada terikat seperti ini. Azuan percaya, wanita itu sengaja memerangkap dirinya.
"Dah bangun rupanya. lena tidur?" terdengar satu suara wanita di sebalik kegelapan. Azuan mencari-cari arah datangnya suara itu.

"Kau memang sengaja cari masalah dengan aku, Melati!" Jerit Azuan. Dia meronta-ronta untuk melepaskan ikatannya.

"Aku? cari masalah dengan kau? hahahahahaha! aku salah dengar ke ni?" Melati mula menapak sedikit demi sedikit menunjukkan diri.

"Kau yang cari masalah dengan aku. Ada hati pula nak kerat aku? Siapa kerat siapa ya nanti?" ujar Melati yang sudah memunculkan diri sepenuhnya.

Azuan memandang lurus ke arah wanita itu. Melati yang berbaju kurung merah jambu dengan rambut ikal yang ikat tocang tinggi hanya tersenyum manis ke arahnya. apa yang membuatkan Azuan gementar ialah sebilah parang daging yang di genggam kemas oleh wanita itu.

"Kau nak buat apa dengan parang tu, hah?" Soal Azuan yang sudah pun ketakutan. Melati menghampiri tubuh Azuan yang terikat di atas kerusi, kepala Azuan di usap. pipi Azuan di belai-belai dengan lembut. Melati bergerak mengelilingi lelaki itu. Adakalanya terdengar tawa halus wanita itu.

"Kau ni, siapa sebenarnya?" Soal Azuan lagi. Dia sudah dapat merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Dia juga pasti, Melati bukan jenis wanita sembarangan. Nampaknya, dia sudah tersilap memilih mangsa.

"Tak perlulah kau tahu. Cukuplah kau tahu nama aku Melati." jawab wanita itu sambil tergelak-gelak.

Parang daging yang ada di tangannya di letakkan di leher Azuan. Kemudian, di wajah lelaki itu. Azuan semakin takut. Dia tidak mahu nyawanya di renggut oleh wanita gila yang ada di hadapannya kini. Azuan sudah sedar, dia menyerahkan nyawanya sendiri dengan rela hati. Air matanya sudah bergenang. air mata dari seorang pembunuh upahan!. "Aku belum ada hati nak bunuh kau malam ni. tapi, aku mahukan sesuatu dari kau. sesuatu yang berharga." Melati tersenyum sinis di hujung bibirnya.
Azuan semakin tidak keruan. peluh dingin merecik membasahi tubuh dan pakaiannya. Dia cuba meronta sekali lagi agar ikatannya terlerai. Dia tidak mahu mati di tangan wanita itu dengan percuma.

"Tangan kau ni sungguh kuat. mesti dah ramai mangsa yang kau bunuh kan?" Tanya Melati, sambil membelai tangan sasa lelaki itu.

"Tolong aku Melati, maafkan aku. lepaskan aku. aku janji, aku takkan ganggu kau. lagipun, semua ni aku buat sebab ada orang upah aku. dia nak kau hancur" Akhirnya Azuan membuka mulut. "Aku tahu. Kau tak cerita pun, aku dah tahu. Sebab tu, aku perlukan tangan kau ni"

"Tolong jangan buat macam ni pada aku Melati, aku merayu."

"Pembunuh bunuh pembunuh. hurmmm..ironiknya kisah kita kan. hehehe" sindir Melati.

"Tapi nasib kau baik hari ni, aku cuma perlukan sepasang tangan kau je, aku akan biarkan kau hidup sampai aku bawa perempuan tu ke sini. aku akan temukan kau dengan dia. Semestinya kau amat-amat rindukan dia kan?" "Jangan! jangan Melati. Ampunkan aku! Ampunkan aku!" Azuan ketakutan. semakin hebat tubuhnya meronta-ronta. Tetapi, Melati langsung tidak menghiraukan rayuan dari Azuan.

Melati tesengih-sengih. Parang di angkat tinggi. jeritan Azuan semakin kuat. Tetapi sayangnya, tiada sesiapa pun yang mendengar jeritan lelaki itu, kerana Azuan di letakkan di sebuah bangunan kosong yang terbengkalai.

"Prakkkkk"
sebelah tangan jatuh tergeletak di hujung kaki Melati. darah yang keluar semakin melimpah ke lantai. "Aku nak satu lagi boleh?"

Azuan menggelengkan kepalanya. keperitan yang dirasa ketika ini memang tidak dapat di bayangkan oleh sesiapa. Azuan mengetap bibir menahan sakit dan pedih.

"Prakkk"

sebelah lagi tangannya jatuh ke bawah. Darah melimpah dengan banyaknya membentuk seakan lopak. Tangan yang telah di potong itu di ambil oleh Melati. kemudian, di letakkan di pipinya.

"Terima kasih" Ucap melati sambil berlalu pergi meninggalkan Azuan yang merintih kesakitan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience