Bab 3

Romance Completed 146002

"KAU kenal Tuan Izz ke?" soal Selina sambil memandang Izz Rafael yang masih belum berganjak dari kedudukannya berdiri sebaik sahaja Rya Inara memandu pergi dari kawasan parkir kelab malam.

"Tuan Izz?" Rya Inara mengerutkan dahinya.

"Lelaki yang tumbuk boyfriend aku dan yang aku bercakap-cakap tadi tu, nama dia Tuan Izz Rafael."

"Kau kenal dia ke?" Rya Inara membalas dengan soalan.

"Eh! aku yang tanya kau dulu, jadi kaulah yang kena jawab dulu," kata Selina dengan muka tidak puas hati.

"Tak kenal." Ringkas jawapan yang terpacul dari mulut Rya Inara. "Kau kenal?"

"Tuan Izz tu anak Tuan Zeidi. Ketua ahli kongsi gelap area bandar raya ni. Aku tahu sebab aku pernah sekali serve minuman untuk dia dengan konco-konco dia. Jarang dia datang kat kelab Mr. Mike tu, sebab dia pun ada kelab malam sendiri, kan. Bukan sembarangan orang Tuan Izz tu tau. Handsome, tapi menakutkan," jelas Selina panjang lebar.

"Anak Tuan Zeidi... hmmm, patutlah." Rya Inara mendesis perlahan dengan muka sinis kerana teringat tentang apa yang berlaku di antara dia dan lelaki itu semalam. Bukannya dia tidak kenal dengan ketua ahli kongsi gelap yang perkatakan oleh Selina tadi. Dia juga tahu Tuan Zeidi mempunyai seorang anak lelaki, cuma dia tidak pernah berjumpa dengan anaknya sahaja selama ini.

"Apa yang patutlah? sebab dia berani belasah boyfriend aku tadi ke?" teka Selina.

Rya Inara menoleh sekilas. "Ya," jawabnya sepatah. Malas hendak memanjangkan cerita.

"Aku tak jadilah tidur kat rumah kau malam ni, Rya. Hantar aku balik ke rumah sewa aku jelah. Tuan Izz dah warning boyfriend aku tadi. Aku rasa dia tak berani dah tu."

"Putus jelah. Tak guna simpan lelaki tak guna macam tu." Selamba Rya Inara menuturkan ayat tersebut.

Selina mengeluh panjang. Tubuhnya lantas disandarkan sambil berpeluk tubuh. "Aku cintakan dia, Rya. Cuma, kalau time dia mengamuk tu jelah. Sorry tau sebab dah beberapa kali aku susahkan kau sebab dia. Aku tak sangka pula dia nak pukul kau tadi."

"Belum kahwin dah berani angkat tangan, kalau dah kahwin, dah tinggal sebumbung, macam mana?" Serius dan tenang kedengaran nada suara Rya Inara.

"Aku tak boleh tinggalkan dia, Rya. Hubungan aku dengan dia dah pergi terlalu jauh. Aku dengan dia..." Selina mengetap giginya sambil menutup mata.

"Kenapa? dah pernah terlanjur?" tukas Rya Inara seolah-olah dapat menangkap apa yang hendak diperkatakan oleh wanita yang baru dikenalinya selama lima bulan itu.

Tiada balasan daripada Selina, tetapi Rya Inara seakan-akan dapat mengagak jawapannya.

"Perempuan lemah okey lagi, Selly, tapi jangan jadi bodoh. Just break up with him. Kalau kau stay dengan dia sebab seks, itu bukan cinta, tapi nafsu."

"Yes, aku mengaku aku bodoh, Rya. Aku dengan rela hati serah tubuh aku kat dia setiap kali dia nak and the bad is, I always enjoy it."

"Addiction that becomes a habit?"

"Yes," jawab Selina jujur. Baru kali ini dia berterus-terang terhadap satu-satunya rakan yang dia agak rapat itu, kerana baru kali ini juga Rya Inara bersuara mengenai hal tersebut.

"Up to youlah, Selly. Aku cakap je, tapi kau yang buat keputusan." Rya Inara terus membelok masuk ke simpang yang menuju ke kawasan perumahan teres.

"Tak nak singgah dulu ke? kita lepak minum-minum. Ada Zaza je kat dalam tu," pelawa Selina.

"Maybe next time. Aku nak balik."

"Okey. Thanks tau."

Rya Inara hanya menggangguk sambil tersenyum nipis, kemudian dia terus memandu pergi dari situ.

"Kenapa tuan nak follow perempuan tu, tuan?" soal Radzi sambil memandang kereta di depan mereka.

"Tugas kau bukan nak persoalkan apa yang aku suruh," balas Izz Rafael dengan suara dan muka serius.

"Err... maaf, tuan."

RYA INARA berjalan tenang dengan kedua-dua tangan di dalam poket jaketnya menuju ke lif selepas dia memarkirkan kereta tanpa menyedari beberapa pasang mata sedang memerhatikannya.

"Miss Rya!"

Rya Inara memberhentikan langkah kakinya, lalu dia berpaling ke belakang. Spontan dia mendengus selepas dia melihat dua orang lelaki bersut hitam sedang berlari anak menuju ke tempatnya. "Hisy!" Dia terus berpaling semula dan meneruskan langkah kakinya yang terhenti tadi.

"Miss Rya."

Kini dua orang lelaki itu berdiri tepat-tepat di depannya untuk menghalang jalan.

"Ke tepi!" Rya Inara mencerlung dua wajah di depannya dengan muka serius.

"Tuan Wafie suruh kami bawa miss balik," kata salah seorang daripada lelaki itu.

"No! Ke tepi!" bentak Rya Inara sambil menolak dua orang lelaki itu ke tepi, tetapi dua orang lelaki itu terus menangkap tangannya.

"Maaf, miss, tapi kami kena bawa miss balik sekarang."

Rya Inara mendengus geram. "No! Lepaskan tangan korang! kalau tak..."

"Sorry, miss, tugas kami di bawah arahan Tuan Wafie, jadi kami tak akan terima arahan daripada orang lain selain Tuan Wafie." Kedua-dua lelaki itupun terus menarik Rya Inara menuju ke sebuah kereta hitam yang diparkirkan tidak jauh dari situ.

"Hey, hey, hey! chill out bro! Lepaskan dia!"

Serentak Rya Inara dan dua orang lelaki itu menoleh.

"Tolong jangan masuk campur!" kata lelaki yang sejak tadi bercakap dengan Rya Inara. Lantas, dia dengan seorang lagi rakan setugasnya menarik Rya Inara untuk membawanya pergi, tetapi Rya Inara mengeraskan tubuhnya.

Izz Rafael mendengus. Pegangan dua orang lelaki di tangan Rya Inara dilepaskannya dengan kasar. "Leave her alone!"

"Kami tak terima arahan orang lain dan tolong jangan masuk campur!"

Kedua-dua lelaki tadi cuba mencapai semula tangan Rya Inara, tetapi kerana kesabaran yang tipis, Izz Rafael terus melayangkan penumbuk ke wajah dua orang lelaki tadi dan berlakulah sedikit pergelutan. Radzi tidak duduk diam dan terus membantu majikannya. Rya Inara pula hanya menyaksikan sahaja pertarungan itu berlangsung sambil berpeluk tubuh dengan lagak tenang.

"Pergi sekarang! Jangan sampai aku bunuh korang berdua!" tempelak Izz Rafael dengan muka bengis memandang dua orang lelaki yang sudah terbaring memegang perut masing-masing. Rambutnya diraup ke belakang, lalu dia menoleh memandang Rya Inara dari atas sampai ke bawah. "You ada luka kat mana-mana ke?"

Rya Inara menggeleng. "I'm fine."

"Good."

"Tuan!"

Belum sempat Izz Rafael habis menoleh memandang Radzi, salah seorang daripada lelaki bersut hitam tadi menghayun pisau ke arahnya. Spontan Izz Rafael mengelak tetapi sisi bahunya sempat terkena hujung mata pisau.

"Haisyyy! damn it!" Izz Rafael membentak sambil mencengkam sisi bahunya yang terluka.

Radzi meluru ke arah lelaki yang memegang pisau itu, tetapi Rya Inara sudah terlebih dahulu bertindak menarik kolar baju lelaki bersut hitam itu dan langsung memberikan satu penampar berkelajuan kilat ke wajahnya membuatkan lelaki itu terdiam dan terus menunduk tidak melawan.

"Pergi dari sini!" kata Rya Inara dengan suara keras.

"Tapi, miss..."

Rya Inara mendecit geram, lalu dia mengeluarkan sesuatu dari poket jaketnya. "Kau tahu aku akan buat, kan?" Muncung pistol ditekankan pada sisi kepala lelaki itu.

Lelaki itu melepaskan keluhan dengan riak wajah orang yang kecewa kerana gagal. Dia memandang rakannya yang masih terbaring lemah di atas lantai kerana dibelasah oleh Izz Rafael tadi. "Jom pergi!"

Rya Inara memasukkan semula pistolnya ke dalam poket jaketnya setelah dua orang lelaki itu pergi dari situ, lalu dia memandang Izz Rafael yang kelihatan terkejut dan sedang mencengkam lukanya yang berdarah. "Mari I tolong sapu ubat kat luka you," ujarnya dan dia terus melangkah menuju ke lif.

Izz Rafael memandang Radzi dengan riak muka yang masih terkejut dan bingung. Daripada cara Rya Inara bertindak dan bereaksi tadi, jelas menunjukkan wanita itu sudah biasa berdepan dengan situasi seperti yang berlaku sebentar tadi.

Siapa dia sebenarnya? Izz Rafael memerhati sosok tubuh Rya Inara dari belakang bersama dengan kerutan di dahinya sebelum dia mengejar langkah wanita itu.

"KENAPA you follow I?" soal Rya Inara dengan lagak bersahaja setelah dia duduk di sebelah Izz Rafael bersama dengan peti kecemasan kecil yang diletakkan di atas ribanya.

Tiada balasan daripada lelaki itu. Izz Rafael terus-terusan merenung wajah cantik dan tenang itu sedari tadi.

"Buka jaket you," arah Rya Inara sambil menuang ubat luka pada kapas yang dipegangnya.

Bagaikan dipukau, Izz Rafael menurut sahaja arahan wanita itu tanpa sebarang bantahan.

"Angkat lengan baju you sampai bahu," arah Rya Inara lagi.

Cepat-cepat Izz Rafael melakukan seperti yang disuruh.

Radzi yang sedang berdiri tegak tidak jauh dari situ mengerutkan dahinya memandang majikannya. Pelik melihat Izz Rafael kelihatan seperti anak kecil yang menurut perintah.

Selama sepuluh tahun Radzi berkhidmat dengan lelaki itu, ini merupakan pertama kali dia melihat lelaki itu langsung menurut arahan tanpa berkata apa-apa. Pelik. Lebih-lebih lagi, yang mengarahkannya itu adalah seorang wanita, iaitu kaum yang dianggap oleh majikannya itu sebagai makhluk yang hanya layak diperlakukan sebagai hamba dan pemuas nafsunya.

"I tak tahu apa niat you follow I, tapi you tak sepatutnya masuk campur dalam urusan I," kata Rya Inara dengan muka tenang dan bersahaja sambil menyapu ubat pada luka Izz Rafael.

Izz Rafael masih merenung wajah tenang dan cantik itu dari dekat. Cantik, sungguh cantik! Namun, wajah cantik yang kelihatan lembut dan ayu pada pandangan matanya itu tidak sepadan langsung dengan karakter pemilik wajah itu.

"Who are you?"

Rya Inara memandang wajah Izz Rafael sekilas pandang. Senyuman nipis yang tampak sinis, terlakar di wajahnya. "Bukan you dah tahu ke?"

"I tahu nama you je," jawab Izz Rafael terus terang.

Sekali lagi Rya Inara tersenyum nipis. "You dah tahu nama I, kenapa tanya lagi?"

"Siapa dua orang lelaki tadi?" Izz Rafael masih terus menyoal soalan yang berlegar-legar di dalam ruang fikirannya. Terlalu banyak persoalan yang mengganggu fikirannya yang berkaitan dengan wanita itu.

"Okey, done! You boleh pergi sekarang," kata Rya Inara setelah dia selesai menampal plaster pada luka Izz Rafael tanpa menjawab soalan yang diajukan kepadanya. Lantas, dia berdiri di depan Izz Rafael menanti lelaki itu berdiri dan pergi dari situ.

"You tahu siapa I?" soal Izz Rafael setelah dia berdiri berdepan dengan Rya Inara.

"Yes."

Izz Rafael mengerutkan dahinya mengamati wajah tenang wanita cantik itu. Dalam masa yang sama, dia berasa sedikit tergugat kerana wanita itu tidak menunjukkan sedikit pun rasa takutnya walaupun sudah mengetahui siapa dirinya.

"You tak takut?" soal Izz Rafael lagi sambil memicingkan matanya.

"Tak," balas Rya Inara, lalu dia terus melangkah menuju ke pintu. "You can go now, please I nak rehat," ujarnya lagi setelah dia membuka pintu.

Izz Rafael memberikan isyarat mata kepada Radzi supaya keluar dulu dan tanpa diduga, dia terus menutup pintu dan menolak Rya Inara sehingga tersandar pada dinding dan mengurungnya dengan kedua-dua tangan. "Tell me, who are you?" Jarak wajah mereka terlalu rapat sehinggakan kedua-duanya mampu merasakan hembusan nafas masing-masing.

"As you know, my name is Rya Inara. Seorang insan naif dan lemah yang cuba hidup mencari nafkah untuk tanggung perbelanjaan hidup I di bandar raya ni," jawab Rya Inara yang masih kelihatan tenang. "Is it enough?" Sepasang keningnya dijongketkan membalas renungan Izz Rafael.

"Naif? Lemah?" Tawa sinis terpacul dari mulut Izz Rafael. Selepas apa yang dia lalui dan lihat dengan mata kepalanya sendiri, dia tahu kata-kata yang terpacul dari mulut wanita itu adalah satu pembohongan yang nyata.

"Well, it's up to you nak percaya ke tak. So, now please leave kalau you tak nak luka you bertambah teruk."

Wajah Izz Rafael serta merta berubah riak. Dia berasa tercabar seorang wanita menghamburkan kata-kata yang berbaur ugutan kepadanya. "You..."

Rya Inara mendecit. Geram dan rimas. "Please leave." Tubuh tegap yang mengurungnya terus ditolak, lalu dia membuka semula pintu. "Leave, now," ujarnya lagi. "Oh, ya! just a soft reminder. I bawa you masuk dalam rumah I ni bukan tiket untuk membenarkan you datang lagi ke sini selepas ni. I tak suka orang luar datang ke rumah I, cuma sekarang ni I ada sebab kenapa I bagi you masuk, so, I harap you jangan datang ke sini lagi and... stop following me."

Terketap gigi Izz Rafael selepas mendengar kata-kata wanita itu. Perasaan geram, marah, sakit hati dan tercabar, semuanya bercampur baur. Perasaan ingin tahu tentang wanita itu menimbulkan pelbagai persoalan di benak fikirannya. Jelas, wanita itu benar-benar telah menarik minat dan perhatiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience