BAB 1

Humor Completed 6445

Apa yang spesialnya dengan roti 80 sen tu? Banyak yang special. Satu, aku memang peminat sambal bilis, kedua, kau yang ajar aku makan roti ni dan ketiga, kau rasa apa? Sebab aku suka kamu!

***

Zeek duduk di bawah pokok besar yang dah jadi port kegemarannya sejak

dia pindah dari Selangor ke Kedah.Sketch book dibuka. Tangan kanannya

menggagau beg sandangnya, mencari pensil kayu yang selalu dia gunakan.

Yeah! Jumpa! Zeek senyum sebelum dia memandang sekeliling.

Sepasang pasangan separuh abad yang duduk di bangku yang mengadap tasik

buat dia mengangguk. Target dah dijumpai. Pensil kayu mula berlari di

atas sketch book. Sesekali matanya memandang ke arah pasangan itu.

Tua-tua masih nampak mesra.

“Wah, cantiknya awak lukis!"

Tangan Zeek terhenti terus dari melukis. Dia panggung kepala, melihat

gerangan yang menegur.

Si manusia yang berbaju kurung kapas itu ukir senyum serba-salah,

“Er...sorry! Saya ganggu awak, ke?"

Zeek spontan mengangguk.

“Sorry! Sorry!" Si baju kurung kapas senyum serba salah.

Zeek angkat tangan kanan, menyuruh si gadis berhenti meminta maaf.

“Saya duduk sini, boleh?" Si baju kurung kapas bertanya.

Zeek angkat bahu tanda tak kisah.

“Saya Nurul Ain."

Zeek pandang si gadis sekilas sebelum angkat jari telunjuk kanan ke

mulut, menyuruh si gadis diam.

Nurul Ain angguk kepala tanda faham. Sedari tadi mamat ni senyap. Bisu

ke dia? Tanpa sedar, dia terleka merenung si pelukis bisu. Ceh, Ain!

Awal-awal lagi kau dah bagi dia gelaran!

Zeek yang sedar dirinya diperhatikan kalih ke kanan. Nurul Ain

tersentak. Oh, dia tak selesa.

Nurul Ain menggeleng, “Sorry kalau awak rasa tak selesa."

Zeek angkat kening memandang Nurul Ain.

“Saya nak tahu apa nama awak."

Zeek menulis sesuatu di atas sketch book sebelum dihulur kepada Nurul Ain.

`Muhammad Afif Zikry @ Zeek.'

Nurul Ain angguk kepala. Zeek. Muka kacak tapi sayang, bisu. Tak apalah

Ain, manusia itu tak semua sempurna sifatnya.

“Awak lapar tak, Zeek?"

Zeek yang baru nak meneruskan lukisannya, angkat kening. Dia mengaku dia

agak lapar tapi kerana dia tak nak buat baik sangat dengan si gadis

banyak mulut, dia menggeleng.

Nurul Ain mengangguk saja lalu bekal di dalam begnya dibawa keluar. Roti

Gardenia saiz kecil diletakkan di depannya. Kemudian, sebiji tupperware

bersaiz sederhana besar diletakkan di sebelah roti Gardenia.

Zeek sempat mengerling isi tupperware yang dibawa si gadis baju kurung

kapas. Eh, sambal bilis! Sedap baunya.

Tanpa sedar, bibirnya terukir senyum. Si gadis sudah mula makan roti

berintikan sambal bilis. Dia terasa macam nak tukar target. Dia terasa

nak lukis gambar si gadis baju kurung kapas yang mulutnya penuh dengan

roti Gardenia sambal bilis. Zeek senyum. Comel!

Zeek hempaskan badannya ke atas sofa yang ada di ruang tamu rumah.

Seharian dia duduk di taman tasik itu. Berkenalan pulak dengan si gadis

baju kurung kapas. Tengok gaya si gadis tu, macam muda lagi.

“Along?"

Zeek yang bersandar terus duduk tegak, “Umi."

“Pergi mana tadi?"

Zeek senyum, tak menjawab.

“Dah makan?" Umi tukar soalan lain.

“Dah, umi. Adik-adik mana?"

“Acha tidur rumah kawan dia. Amli pergi main bola. Karang baliklah dia.

Along dah solat?"

“Dah, umi," Zeek senyum lalu dia pandang bilik tidur utama yang pintunya

bertutup, “Abah tidur, ya umi?"

Umi mengangguk, “Lepas makan ubat tadi, tidurlah dia. Along pergilah

mandi dulu. Kejap lagi, jenguklah abah. Tadi abah tanya pasal along."

Zeek angguk lalu dia bangun. Beg sandangnya dia buka dan bekas

tupperware milik Nurul Ain dihulur pada umi, “Umi, tolong hangatkan

sambal bilis ni, boleh?"

Umi mengangguk tapi umi ukir senyum mengusik, “Mana dapat ni?"

Zeek ketawa lalu menggeleng. Umi dah dapat idea luar alam ni, “Kawan

bagilah, umi. Umi jangan fikir lain pulak."

Umi senyum, “Umi tak cakap apa-apa pun."

Zeek geleng kepala namun bibirnya masih menguntum senyum, “Along masuk

bilik dulu, umi."

Nurul Ain tolak daun pintu rumah neneknya, “Assalamualaikum!"

“Waalaikumussalam," satu suara menjawab salamnya.

“Tok wan! Ain dah balik!"

“Ya, tok wan ada di dapoq ni!"

Nurul Ain senyum. Tok wan mesti tengah masak. Dah masuk tiga tahun dia

duduk dengan tok wan, menggantikan pak su yang menyambung pelajaran di

luar negara. Anak-anak tok wan semuanya bagi pelbagai alasan, tak boleh

menjaga. Akhirnya ibu dia yang bersetuju untuk menjaga tok wan, yakni

ibu mertuanya. Pelik kan? Sedangkan ayahnya sudah meninggal lima tahun

lepas.

“Ain, mai tolong tok wan sat!" Suara tok wan dari dapur mematikan

lamunannya.

“Tolong apa, tok wan?" Nurul Ain berlari ke dapur selepas pintu depan

ditutup dan dikunci.

“Tolong tumbuk sambai ni sat. Tok wan nak pi solat."

Nurul Ain mengangguk, “Tok wan, ibu ada telefon tak hari ni?"

Tok wan mengangguk, “Ada. Ibu Ain habaq, esok dia balik."

Nurul Ain mengangguk. Yeay! Ibu balik esok. Dah dekat seminggu dia tak

jumpa ibu sebab ibu berkursus.

Tiba-tiba fikiran dia teringat pada si pelukis bisu. Mula-mula dia agak

je si Zeek tu bisu, rupanya si Zeek memang betul-betul bisu. Kesiannya dia!

Oh ya, dek kerana tadi dia ganggu Zeek melukis, dia terus bagi bekas

sambal bilis yang masih banyak berbaki kepada Zeek. Kenapa dia bagi?

Entahlah! Mungkin sebab dia nak cari satu alasan supaya dia boleh jumpa

Zeek, agaknya...

Zeek senyum mendengar abahnya bercerita. Walaupun butir katanya tidak

jelas namun dia tetap mendengar bagai dia mengerti cerita abahnya itu.

“Lepas tu, abah?” Zeek bertanya, apabila abah berhenti bercakap.

“Abah phenat,” sedikit pelat, abahnya bersuara. Zeek senyum lagi.

“Abah nak air? Abah bercerita banyak sangat ni,” ujar Zeek, menggeleng.

Masih mengukir senyum.

Abah mengangguk.

Zeek segera mencapai jag air lalu dituang ke dalam gelas, “Abah dah

pandai minum pakai straw, kan?”

Abah mengangguk lagi. Zeek terus hulurkan muncung straw ke mulut abah.

Air masak yang dituang penuh ke dalam gelas itu, sedikit demi sedikit

susut isipadunya. Bila abah keluarkan straw dari mulutnya, Zeek bertanya

lagi, “Abah nak air lagi?”

Abah menggeleng, “Abah laphar...”

Zeek mengangguk, “Umi tengah masakkan bubur untuk abah. Tunggu kejap, ya?”

Abah mengangguk.

“Abah nak along suap ke, umi suap?”

“Along shuaph...” abah ukir senyuman meskipun bibirnya sedikit herot.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience